DA - 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Elly Adelia bersandar lemah di kerusi menunggu sementara menunggu namanya dipanggil. Sesekali dia tersenyum sendiri. Tak sabar menunggu beritan gembira yang bakal dia terima hari ini. Senyuman dia bertambah lebar apabila tangan dia tidak sengaja menyentuh perut kempisnya.

Dia telah membuat ujian kehamilan sejurus sahaja dia selesai mandi. Darah haid dia yang tidak keluar selama 3 bulan membuatkan dia membuat ujian itu. Ternyata benar apabila ujian itu menunjukkan dua line dan positif. Dia cuma mahukan keputusan dari doktor sahaja.

"Puan Elly Adelia.."

Dia pantas berdiri dan bangun apabila namanya dilaungan oleh seorang nurse. Sempat dia tersenyum kepada doktor itu.

Masuk saja di dalam bilik doktor, seorang doktor lelaki separuh usia menyapa dia dengan senyuman. Elly Adelia duduk di hadapan doktor itu dengan perasaan berdebar-debar. Bimbang jika itu hanyalah dusta sahaja. Dia tidak ingin menerima harapan yang palsu.

Dia memandu sendiri, sebaik saja dia menerima lesen kereta. Suaminya turut menghadiahi sebuah kereta Axia kepadanya kerana berjaya memperolehi lesen kereta.

"Boleh saya tahu puan sakit apa?" Soal doktor itu sebaik saja dia selesai menyemak laporan kesihatan pesakitnya.

"Erm...saya dah lama tak datang bulan. Lepas tu kepala saya asyik pening-pening je. Badan pula cepat rasa letih sedangkan saya tidak buat kerja berat" jelas Elly Adelia.

Doktor itu tersenyum. "Ahh macam tu" respon doktor itu. Pasti sudah berpengalaman.

Selesai saja membuat pemeriksaan, Elly Adelia duduk kembali di kerusi tadi. Hati dia menjadi tidak tenang dan berdebar-debar. Doktor lelaki itu kembali semula dengan senyuman lebar di bibir.

"Tahniah! Puan mengandung 2 bulan" ucap doktor itu.

Elly Adelia seakan-akan tidak percaya. Tangan kanan dia naik menekup mulutnya. Mata dia berkaca-kaca mendengar khabar berita itu.

"Betul ke doktor?" Soalnya tidak percaya. Wajah dia saja menunjukkan kegembiraan.

Doktor itu mengangguk. Beginilah jika dikhabarkan mengenai kehamilan pesakitnya. Berbagai reaksi yang dia terima. Terutama sekali yang bakal menjadi ibu.

"Syukur, alhamdulillah"

"Saya akan berikan awak vitamin. Ini untuk memguatkan ketahanan awak. Pastikan awak ambil kesemua vitamin ni. Ubat sila ambil di kaunter"

"Baiklah. Terima kasih doktor"

Elly Adelia keluar dari bilik rawatan itu. Dia menunggu di hadapan kaunter ubat. Selesai saja urusan dia disitu, dia mula beredar dengan wajah terujanya. Akhirnya, dia dapat juga merasai perasaan seorang ibu untuk merasai kehadiran cahaya mata.

Seseorang tersenyum sinis melihat Elly Adelia yang baru keluar dari klinik itu. Telefon diambil dan dia mendail nombor seseorang.

"Aku nampak dia. Sorang tanpa sesiapa. Kau nak aku buat sekarang ke?"

"Aku nak dia"

Lelaki itu tersenyum sinis. Kerjanya lebih mudah apabila menerima arahan orang itu. Talian terus dimatikan. Dia memandang Elly Adelia yang kebetulan singgah di sebuah kedai.

Dia mengekori wanita itu dalam diam. Tersungging senyuman senget dia apabila melihat kereta wanita itu dipakir jauh dan agak tersorok daripada pandangan orang ramai.

"Bodoh! Suami je mafia, tapi bini sendiri tak jaga" gumam dia sendiri. Hud ditarik lagi ke depan menutup wajahnya dari kelihatan.

Elly Adelia memegang erat beberapa asam yang dibelinya tadi. Tekak dia terasa mahu makan asam. Jadi dia membeli kebetulan pula dijual di kedai berhampiran. Beg tangan diambil apabila dia kini berdiri di hadapan keretanya. Kunci kereta diraba-raba apabila tidak dijumpai.

"Haihh mana pula kunci ni" dengus dia tidak puas hati. Sudahlah badan dia terasa letih semacam.

PAK!

Elly Adelia terus saja pengsan apabila dia terasa sakit di lehernya. Perlahan-lahan badan dia terkulai. Namun dia sempat menangkap senyuman jahat seseorang yang menyambut tubuhnya.

"Mudah betul kerja aku harini" dia memandang kawasan itu. Tiada orang dan dia mencempung tubuh Elly Adelia dengan penuh berhati-hati.

Barang-barang milik gadis itu juga diambil. Sempat dia menyelit satu kertas di cermin kereta wanita itu. Tersenyum dia apabila wanita itu jatuh juga ke tangan dia.

*****

"Dia dah sedar?" Tanya dia sebaik saja melihat seorang wanita turun dari tingkat atas.

Di tangan wanita itu juga ada pakaian milik Elly Adelia. Kini mereka semua berkumpul di ruang tamu rumahnya.

"Bagus kerja kau Shah! Ni upah untuk kau" Adam melemparkan satu sampul yang kelihatan tebal.

Shahril tersenyum lebar apabila menerima habuan daripada sahabat dia. Datin Normah pula tersenyum di sisi kekasihnya itu.

"Aku punya perempuan macam mana?" Soal Shahril. Wajah Adam dipandang menginginkan kepastian.

"Kau jangan risau. Budak-budak aku akan buat kerja tu" ujar Adam. Dia menyambut pakaian yang diberikan oleh seorang wanita yang bekerja dengannya.

"You nak buat apa dengan pakaian perempuan tu? Nak simpan?" Soal Datin Normah berbaut cemburu.

Hati dia panas melihat Shahril membawa wanita dibencinya ke rumah kekasih dia. Tapi melihat Adam yang nampak teruja itu, dia pendamkan saja. Pasti lelaki itu mahu lakukan sesuatu kepada wanita itu. Datin Normah dalam diam memyetujui rancangan Adam Rizalman.

"Aku nak kau hantar kepada musuh aku. Kau tahukan macam mana nak buat dengan pakaian ni?" Adam tersenyum sinis. Pakaian itu dilemparkan kepada Shahril.

Shahril mengangguk. Dia pasti dengan kehilangan wanita itu, pasti memberi impak yang besar kepada musuh mereka. Lebih menyenangkan kerja mereka yang selama ini selalu gagal.

*****

Tengku Fazira memandang suaminya; Hafiz Rosli. Mereka baru dinikahi semalam dan paling tidak disangkan olehnya apabila lelaki itu sudi mengangkat dia sebagai seorang isteri. Diri dia terasa kerdil apabila bersama dengan Hafiz. Seorang lelaki yang baik. Tidak layak untuk dia yang penuh dengan kesan hitam.

Dia telah meniduri ramai lelaki di luar sana tapi lelaki itu masih juga memperisterikannya. Tengku Fazira bersyukur kerana dia diterima oleh lelaki itu dengan seadanya bukan kerana nafsu semata-mata.

"Awak.." panggil Tengku Fazira. Pelik dia melihat Hafiz yang asyik termenung kebelakangan ini.

Suaminya itu sejak pulang dari kerja lagi sibuk termenung. Masa makan malam tadi pun sama. Tengku Fazira berdiam diri masa itu. Pasti lelaki itu kepenatan setelah seharian berada di hospital.

"Awak.." panggilnya sekali lagi apabila suaminya tidak menyahut. Bahu Hafiz disentuh perlahan dan ternyata lelaki itu sedikit tersentak.

"Erm..Ira..awak nak apa?" Sejak semalam panggilan mereka berubah. Mereka memanggil nama sendiri.

"Fiz okay ke tak? Ira tengok Fiz banyak termenung hari ni?"

Hafiz tersenyum nipis. Tak sangka isteri dia perasan. "Fiz okay je. Cuma Fiz ada benda nak cakap dengan Ira. Harap Ira dengar baik-baik. Fiz buat semua ni sebab nak kehidupan kita lebih baik" Hafiz memegang kedua tangan isterinya.

"Cakaplah. Ira sudi dengar.." Tengku Fazira tersenyum.

"Pengarah hospital bagi surat pada Fiz tadi. Mereka pinta Fiz pindah ke Sabah dalam masa terdekat. Di sana kekurangan doktor pakar dan Fiz diminta untuk pindah ke sana. Minggu depan Fiz kena lapor diri kat sana. Rumah semua, Fiz dah settle. Fiz cuma nak persetujuan Ira je sekarang ni" jelas Hafiz.

"Ira tak kisah. Ini untuk kebaikan Fiz juga. Ira akan ikut Fiz ke sana. Kita bina hidup baru kita kat sana. Lagi pun Ira memang dah lama nak ke Sabah" ujar Tengku Fazira dalam nada teruja.

Hafiz tersenyum. Terlepas satu bebanan. Tak sangka isterinya mudah dibawa bincang. Kalau tidak kerana arahan pihak atasan memang dia tak akan pindah. Tapi memandang mereka baru saja berkahwin dan tiada anak, tiada jadi masalah untuk ke sana.

"Syukurlah Ira setuju. Fiz ingkatkan Ira tak setuju kalau kita pindah ke sana"

"Takdelah. Ira okay je. Nanti kita ke rumah papa"

Hafiz mengangguk saja. Bahu Tengku Fazira dirangkul erat. Mereka tersenyum bahagia sambil memandang kepekatan malam di balkoni bilik. Tidak tergambar rasa bahagia apabila mereka kini sudah sah bergelar suami isterinya. Tiada lagi rasa bersalah dan malu pada Yang Maha Esa kerana bersekedudukan tanpa ikatan. Hafiz kini lega dengan ikatan halal antara mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro