DA - 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maya mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja beberapa kali. Fikiran dia melayang entah ke mana. Tapi mata fokus pada sesuatu. Gigi diketap kuat apabila dia melihat satu pemandangan yang kurang senang. Hati dia yang panas cuba ditahan sedaya upaya.

Berasap satu badan. Fikiran dia mula menerawang ke arah perkara yang negatif. Mujur saja staf-staf lagi tiada. Mereka keluar untuk makan tengah hari. Ini tak boleh jadi, fikiran dia mula menghasut perkara yang bukan-bukan. Dari sakit hati lebih baik dia turun ke bawah mengalas perut yang sedang kelaparan.

Maya membetulkan pakaian dia. Beg tangan dibawa dan dia menayangkan wajah yang tidak berperasaan. Sewaktu melewati dua pasangan itu, Maya buat tidak tahu dan menekan-nekan telefonnya. Sempat juga dia menangkan senyuman sinis perempuan itu.

'Huh, kau fikir aku heran sangat ke dengan kau? Muka dah lah fake! Ada hati nak rampas laki aku! Dasar perempuan tak sedar diri!'

Tanpa berkata apa-apa Maya terus berjalan. Sempat juga dia bertentangan dengan suaminya, siapa lagi kalau bukan Zul. Maya memang tidak kisah jika suaminya berbual dengan wanita lain. Tapi bila dah sampai tahap nak menggoda, hatinya akan panas. Lebih dia elak secepat yang mungkin sebelum ada yang kena nanti.

Sampai saja di lobi bawah, dia terus menonong jalan tanpa mempedulikan mata-mata memandang. Perut dia lapar dan meminta diisi. Kerap kali dia makan, namun tidak kenyang. Selera makan dia makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

"Maya!"

Langkah Maya terhenti apabila seseorang memanggil dia dari belakang. Dia tersenyum lebar melihat seorang lelaki melangkah penuh gaya ke arahnya.

"Angah!" Maya menjerit teruja lalu mendakap erat tubuh Ahmad Mikael.

Mata dia bersinar melihat perubahan pada abang kedua dia. Rambut pula semakin pendek dan kemas. Badan semakin tegap. Dia hanya mengenakan pakaian santai. Tidak memakai pakaian rasmi polis.

"Maya nak ke mana? Tergesa-gesa nampak? Mujur Angah tak naik atas tadi. Menonong je jalan sampai tak tengok kiri kanan dah. Lapar sangat ke?" Usik Ahmad Mikael.

"Aah lapar. Angah jom lah makan sama-sama. Biar adik belanja" ajak Maya ceria. Lengan kekar Ahmad Mikael dirangkul erat.

Zul dan seorang perempuan memandang Maya dari jauh. Zul hanya beriak tenang sedangkan perempuan di sebelah dia sudah tersenyum sinis.

"Itu ke perempuan yang Fad minat? Macam tak cukup seorang lelaki je. Fad cari yang lain je. Perempuan tu tak sesuai untuk Fad" lancar dia berkata tanpa dia sedari yang wajah Zul mula berubah.

Zul cukup pantang jika ada yang mengutuk ister kesayangan dia. Jika perempuan ini bukan sepupu dia, dah lama kot kena tembak dengan Zul. Tanpa mempedulikan perempuan itu, Zul melangkah pergi.

Dia sudah maklum dengan kedatangan Ahmad Mikael. Malah mereka telah bertemu semalam. Jadi Zul tidak marah jika dia nampak Maya bermesraan tadi. Kerana itu adalah abang ipar dia. Zul cukup kenal walaupun dilihat dari belakang saja.

Maya dan Ahmad Mikael memilih kedai mamak di hadapan company Zul. Itu pun mengikut kehendak si adik yang teringin mahu makan tosai dan roti canai. Ahmad Mikaek memilih tempat di luar kedai itu. Dia mahu menghirup udara yang segar.

Pesanan dibuat oleh mereka berdua. Ahmad Mikael mengerutkan dahinya melihat adiknya yang memesan lebih dari dua menu untuk tengah hari. Sebaik saja pekerja itu pergi, Ahmad Mikael mengecilkan mata dia.

"Banyak gila kau makan. Dah buat stok sebulan ke macam mana?" Perli Ahmad Mikael. Dia bersandar tenang di kerusi.

"Lapar. Angah apa tau" ujar Maya. Mata dia sudah terbayang-bayang makanan yang dia pesan tadi. Tekak dia mula menelan air liur.

Kerusi di sebelah Maya ditarik seseorang. Tak usah berpaling lagi kerana bau wangian saja Maya dah cam. Sebab wangian itu hanya suami dia saja yang guna.

"Sorry bro lambat. Ada hal sikit tadi" Zul menegur Ahmad Mikael.

"Hal lah sangat..." gumam Maya perlahan. Hanya dia saja yang dengar.

"Angah, kau tak kerja ke hari ni? Bukan kau selalunya busy memanjang" Maya menyoal si abang. Pelik melihat abang dia santai saja berbual dengan Zul tanpa memikirkan soal kerja.

"Aku dah berhenti dari polis. Aku kerja sendiri dengan Along. Kami buka syarikat pengawal peribadi" .

Maya mengangguk. Dia tidak kisah pun janji kedua abang dia tidak buat kerja yang salah. Pesanan akhirnya tiba. Maya tanpa pedulikan dua manusia yang memandang dia terus melahap makanan.

"Banyak betul baby makan. Perut gajah ke apa?" Zul meletakkan tangan dia di belakang kerusi Maya. Terkejut dia melihat menu yang dipesan oleh isterinya. Hampir penuh dengan satu meja.

"Lapar.." kata Maya dengan mulut yang penuh. Sekali tengok memang kena tendang jadi calon isteri. Dua kali tengok nampak comel dengan pipi yang kembung.

Ahmad Mikael tersentak apabila kerusi disebelah dia ditarik oleh seseorang. Berkerut muka dia melihat seorang gadis tanpa segan silu duduk satu meja dengan mereka. Wajah Maya berubah riak tapi dia mengawal agak tidak terlalu ketara sangat.

"Bolehkan kalau Alia join korang semua?" Gadis itu bernama Nur Alia merangkap sepupu Zul yang paling rapat.

"Boleh.." nak tak nak je Zul menjawab. Dia tidak suka dengan kehadiran Alia. Merosakkan mood dia saja. Lagi-lagi apabila wanita itu asyik mengenenkan dia dengan teman baik wanita itu.

Nur Alia tersenyum nipis dengan layanan sepupu dia itu. Tapi apabila terpandang wajah Maya dia terus mencebik bibir. Tidak suka dengan pilihan sepupu dia.

"Banyak betul makannya. Tak takut gemuk ke? Kalau gemuk dah tak ada siapa yang nak" Alia memandang Maya sinis. Dia sendiri tidak makan banyak kerana menjaga badan.

"Makan untuk hidup" mudah saja Maya memberi jawapan. Zul tersenyum saja. Ahmad Mikael pula tertawa kecil.

Asyik mereka menjamu selera, telefon Zul berbunyi. Zul menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello?"

"Bro kau kat mana? Urgent! Aku perlukan kau sekarang ni!" Suara orang di talian kedengaran cemas.

"Aku kat depan kedai company aku. Why?" Zul mengerutkan dahinya. Dari nada suara dia tahu yang Daniel Arfan dalam gelisah.

"My wife was missing! Budak-budak call aku yang dorang hilang jejak wife aku. Kereta ada tapi orang tak ada. Peranti yang aku lekapkan pada baju dia pun tak berfungsi! Aku serabut sangat ni!" Serius Daniel Arfan bersuara.

"Relax bro, aku akan ke sana secepat yang mungkin. Kau tunggu je kat tempat biasa" ujar Zul. Dia dapat rasakan yang sisi gelap Daniel Arfan mula bangkit.

"Kau datang sekarang juga! Call Christ sekali! Aku nak semua ada sharp pukul 2 petang. Kalau tak ada, aku bagi mampus je sorang-sorang!"

Tut..tut..

Zul meramas kasar rambutnya. Dia bangun dalam keadaan tergesa-gesa. Tiga manusia memandang dia kehairanan.

"Mika, kau tolong jagakan Maya dan Alia untuk aku. I got something to do" pesan Zul sebelum berlalu meninggalkan kedai itu.

Ahmad Mikael memandang sepi saja pemergian Zul. Dia tahu sis gelap Zul kerana lelaki itu telah memberitahu dia kesemuanya. Telefon yang berada di dalam poketnya bergetar. Telefon diambil dan satu mesej masuk.

Adelia missing. Arfan mengamuk sekarang ni. Aku nak kau tolong kami detect location manusia hanat tu! Aku akan bagi location akhir Adelia nanti.

-Zul-

"Siapa bang?" Soal Maya ingin tahu. Wajah Ahmad Mikael pun nampak serius dari biasa.

"Nothing, just my friend. Adik dah siap makan kita boleh pergi. Tak payah masuk kerja hari ni" ujar Ahmad Mikael dalam nada keras.

Maya mengangguk. Malas mahu bersoal jawab. Nur Alia pula memandang mereka terpinga-pinga. Selesai saja membayar, dua wanita itu mengikuti Ahmad Mikael. Nur Alia yang tidak tahu apa-apa turut terbabit sama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro