DA - 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

P/s : Maybe lambat lgi kot tamatnya 😂😂 terfikir sampai bab 60+ je .. but terpaksa up kan sampai 70+ bab kot 😅😅 .. x sanggup nk tamatkan DA  ni 😪 hahahaha .. back to story guys ..

_________________

Kisha Afina memotong sayur-sayuran dalam keadaan kekok. Selama ini dia tidak pernah masuk ke dapur. Semuanya bibik yang buatkan. Biasalah anak orang kaya. Tapi tidak semestinya dia tidak tahu memasak. Cuma itulah kalau malas semuanya tak jadi. Hari ini tiba-tiba mood dia baik mahu masuk ke dapur. Ditemani dengan dua wanita yang pro dalam bidang masakan. Siapa lagi kalau bukan Maya dan Elly Adelia.

"Kisha, boleh tak potong tu? Kalau tak boleh Kak Adel tolongkan" tegur Elly Adelia. Kesian pula dia tengok adik ipar dia yang nampak terkial-kial itu.

"Boleh kak. Cuma itulah dah lama tak masuk dapur itu yang jadi kekok" ujar Kisha Afina. Tersenyum dia melihat hasil potongan dia. Kacang bendi yang dipotongnya bermacam saiz yang ada. Ada besar ada kecil .

Elly Adelia tersenyum. Dia memotong ayam menjadi kecil. Kemudian dia menyiang ikan yang baru dibeli oleh mereka bertiga dari pasar tadi. Dapur mewah itu menjadi tempat mereka berperang. Tengku Dahlan sendiri yang membenarkan mereka membuat seperti rumah sendiri.

"Wahhh sedapnya bau" satu suara menyedarkan mereka dari melakukan kerja. Tengku Alisa masuk dengan muka bangun tidur. Comel je dengan baju tidur hello kitty dia itu.

Sekali tengok macam budak belasan tahun saja. Kecil sangat. Tapi kalau sesiapa tahu umur gadis itu pasti terkejut. Itulah dah pendek nak buat macam mana kan? Terimalah seadanya.

"Kau masak apa Maya? Dari tadi aku tengok kau sekejap tengok fon? Kau buat apa?" Tengku Alisa menegur sepupu dia itu. Kerusi di meja bar itu ditarik lalu dia duduk.

Maya tersenyum. Dia sebenar sedang melihat resepi kek. Teringin nak makan kek pula mak buyung itu. Habis resepi kek ditengokknya. Alih-alih kek pelangi dan kek coklat menjadi pilihan dia.

"Ohh kau tengok resepi? Aku tolong kau ahh..bosan takde kerja nak buat" Tengku Alisa mempelawa dirinya.

"Baguslah! Kau tolong aku buat kek pelangi ni. Aku buat kek coklat. Cepat sikit masaknya" ujar Maya ceria. Dapat juga dia makan kek. Ahh tak sabarnya! Hati dia menjerit teruja.

Maka peperangan antara empat wanita itu bermula. Elly Adelia dan Kisha Afina bahagian lauk-pauk. Maya dan Tengku Alisa pula bahagian pemanis mulut. Riuh-rendah dapur itu jadinya. Macam-macam mereka bualkan.

Di ruang tamu, Mak Peah bersantai bersama Pak Leh dan Tengku Dahlan. Mereka rancak berbual dan disertai oleh Syed Syakil dan Mawar Qaisara. Penuh rumah banglo itu dengan kehadiran mereka semua.

"Mak tolong jagakan Marissa kejap. Ira nak naik atas ambil barang" Tegur Tengku Fazira. Walaupun dah habis pantang, tetap kena berhati-hati. Sebab Mak Peah cakap kita ni perempuan. Kalau sakit di kemudian hari susah. Semua sebab urat-urat masa bersalin yang putus itu. Tua nanti tahulah.

"Baik-baik jalan tu. Jalan sampai tersadung pula. Dah lah stokin tak pakai. Hai lah kamu ni" bebel Mak Peah. Beberapa dia tegur tapi Tengku Fazira tetap tak dengar. Kalau sejuk ke pakai stokin kalau tak memggigil lah jawabnya.

"Alaa mak orang naik atas nak ambil stokin laa ni. Jagakan Rissa kejap ya.." Mak Peah angguk je. Tubuh kecil Nur Marissa dibaringkan ke atas tilam bayi.

Bersebelahan dengan Eliana Aulia. Kedua bayi itu berpandangan. Hanya berbeza beberapa bulan saja. Tak jauh beza pun umur mereka berdua. Eliana Aulia asyik bermain dengan tangan dia. Nak buang sarung tangan yang asyik membungkus tangan kecil itu.

"Aulia..kena ni cucu nenek" Mawar Qaisara bersimpuh di sebelah Eliana Aulia. Bulat mata dia memandang si nenek.

"Tu..tu.." menyembur air lius apabila dia menyebut. Badan diterbalikkan dan dia mula meniarap.

Mawar Qaisara suka menengok semangat Eliana Aulia. Walaupun tanpa sebelah kaki, dia akan berusaha bersungguh-sungguh menolak badan dia dengan kaki kanan. Begitu juga yang lain.

Kedengaran ketawa dari dua bayi itu. Mereka berdua mula merebutkan mainan yang sama. Si atuk dan nenek yang melihat ketawa riang. Aduhai, cucu punya pasal semua pakat gelak.

*****

"Kita buat apa kat sini?" Soal Tengku Faez Hakim. Pelik betul dia dengan tiga lelaki yang berdiri di hadapan dia.

"Kau tengok jelah banyak bunyi pula" ujar Elfran Danish. Dia mula memanjat pokok yang tinggi itu tanpa masalah.

"Kau tahu guna benda ni?" Daniel Arfan menunjukkan pistol di tangan dia. Serius saja wajah dia.

Tengku Faez Hakim melihat dengan riak wajah biasa. Seolah-olah benda itu hanya mainan pada dia. Daniel Arfan menyerahkan sepucuk pistol kepada lelaki itu. Zul pula menghulurkan satu beg hitam kepada Elfran Danish.

Mereka berada di dalam hutan dan menghadap satu rumah banglo yang telah usang. Malah pokok mula menjalar ke seluruhan rumah itu.

"Macam mana?" Soal Daniel Arfan melalui alat di telinga dia. Mata dia tajam memerhati sekeliling.

Hafiz yang bertindan sebagai pemerhati tersentak. Asyik sangat melihat titik merah pada skrin laptop. Titik merah itu berada di mana-mana saja. Tak sia-sia dia belajar IT dulu. Di saat genting begini berfungsi juga.

"Belah barat ada 15 orang, belah utara ada 10 orang. Timur pula tak ada. Line clear" jelas Hafiz serius. Dia tersenyum melihat ditingkat atas dimana menempatkan ketua mereka.

"Kau perhatikan terus" ujar Daniel Arfan. Dia menyiapkan dirinya. Dua pucuk pistol dimasukkan ke dalam poket seluar dia. Senapang tergantung kemas di bahu dia. Dua biji bom tangan dibawanya sekali.

"Ben location" serunya dalam nada dingin.

Di satu tempat lain pula, Christ dan Ben asyik menumpaskan beberapa lelaki di atas kapal yang membawa kontena. Ben yang mendengar namanya dilaung segera menjawab.

"Aku tak pasti kat mana sekarang ni. Tapi kami masih lagi ada di atas laut" ujar Ben dalam mengah. Penat kerana asyik menyerang musuh tanpa henti.

"Aku nak kau bawa semua barang-barang tu ke tempat yang selamat. Jangan sampai polis tahu tentang hal ni" balas Daniel Arfan serius. Picu senapang ditekannya.

"Baiklah" satu tendangan padu diberikan kepada lelaki yang cuma menyerang dia dari arah belakang.

"Aku baru je baik dari sakit dah kena hadap korang! Siallah!" Maki Ben geram. Bahu kanan dia yang berbekas tembakan berasa sengal.

"Ahh kau banyak bunyi lah. Kena tembak je kot. Tak mati lagi" pekik Christ tidak puas hati. Kemudian datang sekumpulan manusia berbaju hitam dan berlambang. Christ tersenyum.

"Tepat pada masanya"

Ben memandang Christ dengan muka jelik. Kedua matanya dijulingkan ke atas tanda menyampah yang amat. Mereka sekarang dalam misi. Misi menyelamatkan segala aset milik Syed Syakil yang dirampas oleh musuh mereka.

Pistol, senapang, revolver, snipper menjadi rampasan kumpulan The Red Lions. Musuh sejati sejak dulu lagi. Bukan itu saja, The Red Lions juga pernah membuat masalah di tempat mereka.

"Kita nak tembak siapa?" Soal Tengku Faez Hakim. Keliru betul dia sekarang ni. Dengan pistol dibekalkan kepada dia.

"Musuh aku. The Red Lions. Aku nak kau dan Zul serang belah barat. Aku serang belah utara. Hati-hati. Move now".

Lagak mereka macam seorang askar. Tapi sayang mereka hanyalah mafia. Tengku Faez Hakim menghela nafas panjang. Dengan langkah malas dia mengekori Zul. Dia tak main semua ni. Dia lebih kepada berlawan daripada guna senjata.

"Aku tahu tak tak suka guna gun. But itu untuk keselamatan" ujar Zul dingin. Perwatakan mereka akan berubah jika dalam misi.

Tengku Faez Hakim mengangguk. Elfran Danish sudah bersedia dari tingkat atas. Dia tersenyum sinis apabila sudah menjumpai target dia. Peperangan baru saja bermula.

___________________________

How ? 🙄 action baru je nak bermula 😂😂

Perang dapur vs perang musuh 😼

Mana lebih rare 😂😂

Sorry merepek byk hahaha .. mood tgh nk melalut skrg ni 😂😂😂😂

Happy reading guys 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro