DA - 69

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Daniel Arfan menembak pantas seorang lelaki yang berada di balik tiang itu. Kemudian dia menembak dua orang lagi yang menghalakan senapang ke arahnya. Kini tiga dah tumbang. Tinggal tujuh lagi. Dia mengisi peluru ke dalam senapang. Berhati-hati dia melangkah. Jelas kedengaran tembakan di sekitar kawasan rumah banglo usang itu.

Daniel Arfan mengacukan pistol kepada seorang lelaki yang ingin menyerang dia. Sekali tembakan di dahi, lelaki itu tumbang. Dia tersenyum senget. Kini sekelip mata saja 6 lelaki tumbang dengan kepala mereka berlubang.

"Line clear, kau boleh naik atas sekarang" kedengan jelas suara Hafiz. Dia bergegas naik ke tingkat atas. Di mana tempat ketua The Red Lions menyembunyikan diri.

Di tempat lain, Tengku Faez Hakim menghentam padu lelaki yang cuma menyerang dia kembali. Sepakan tinggi dilayangkan pada dada lelaki itu. Kemudian dia memulas tangan lelaki itu sehingga kedengaran--krak! Menjerit lelaki itu apabila tulang tangan dia patah.

Zul pula menembak secara rambang dan tepat terkena pada lima lelaki yang menyorok di belakang meja buruk itu. Bau hapak memyengat ke deria bau mereka. Bau darah, bau dadah semua ada.

"Ahh! Busuk gila!" Pekik Tengku Faez Hakim. Kerana terlampu geram, kepala lelaki itu dipulasnya 360° tanpa belas kasihan. Terkulai lelaki itu dengan mata terbelalak luas.

Tergamam Zul melihat. Nampaknya remaja itu bukan calang-calang orang. Tak sia-sia dia mengajak remaja itu join mereka menyertai misi kali ini.

Hafiz di dalam kereta, santai bersandar sambil memakan potato. Kerja dia hanya menjadi pemerhati saja. Sesekali dia membuat muka menahan sakit. Umpama menonton wayang saja lagak dia.

Elfran Danish pula membetulkan snipernya. Terasa puas kerana dapat melepaskan gian. Sniper dan dia memang tak boleh dipisahkan lagi. Mereka macam sahabat sejati. Sniper itu merupakan isteri pertama Elfran Danish.

"Sayang kau ketat-ketat! Kau memang tak pernah hampakan aku!" Badan sniper itu diusapnya lembut. Apabila menjumpai targetnya dia kembali fokus.

Picu ditekan dan sekali tembakan saja lelaki itu tumbang. Kali ini dia target dada lelaki itu. Dia mengekori jejak langkah Daniel Arfan dengan sniper miliknya.

Sampai saja di sebuah bilik, Daniel Arfan menendang kuat pintu bilik itu. Pecah macam tu saja! Dia menapak masuk dengan riak wajah dingin. Senapang yang sudah kehabisan peluru dicampak ke atas lantai.

Kelihatan seorang lelaki asyik menaburkan serbuk putih di atas meja. Telinga bertindik subang. Bertatu di leher dan berwajah bengis. Berambut panjang. Dia meneliti lelaki itu tajam. Lelaki itu hanya keseorangan.

"Finally, you come for me.." lelaki itu mengangkat wajah dia berserta senyuman. Dia meletakkan kedua tangan dia di atas meja.

"Where my thing?" Soal Daniel Arfan terus. Dia malas mahu berkiasan. Wajah dia nampak tegang.

Lelaki negro itu tertawa sinis. Dia menepuk-nepuk tangan dia di atas meja. Bunyi yang terhasil begitu kuat. Kemudian, ketawa dia mati apabila melihat Daniel Arfan yang beriak biasa itu.

"Ehem sorry dude haha.." dia ketawa lalu berdehem kuat. Membetulkan tekak dia yang terasa perit.

"Don't waste my time, Leon. Where my thing? Give it back to me"

Leon merenung Daniel Arfan. Kemudian dia memetik jarinya. Seorang lelaki berbadan besar datang sambil membawa beg hitam. Leon menyandarkan badan dia pada kerusi.

"Fight him, if he die. I give your things" Leon meniup umpama wisel.

Daniel Arfan melepaskan lelah. Pistolnya dicampak ke tepi. Jaket hitam ditangankan. Kini yang tinggalkan hanyalah t-shirt hitam di badan dia. Dia dan lelaki itu berpandangan. Fizikal mereka sangat jauh.

Mereka mula berentap. Masing-masing mampu menangkis serangan. Daniel Arfan mula mencari titik lemah lelaki itu. Badan lelaki itu yang jauh lebih besar daripada dia membuatkan dia susah untuk menyerang lelaki itu.

BUK! BAK! Daniel Arfan memejam matanya apabila tubuhnya dicampak ke dinding. Jelas kedengaran bunyi itu kuat. Dia menahan kesakitan pada belakang badan dia.

"C'mon Daniel..the game not over yet" Leon tertawa sinis. Dia suka melihat perlawanan di hadapan dia.

Daniel Arfan mendengus. Darah yang mengalir di celah bibir dia disapu. Mata dia tajam menikam lelaki di hadapan dia. PAK! BRAK! Mereka saling menghentam.

Daniel Arfan mula mengah. Tenaga dia makin berkurangan. Lelaki itu pula tidak mengalah. Malah nampak masih bertenaga. Daniel Arfan memegang buku lima dia. Habis tersiat kulit dia. Nak hentam lelaki itu tetapi terhentam dinding. Padu pula tu!

Daniel Arfan tersenyum sinis. Idea dia mula datang. Dengan pantas dia menyerang bahagian betis lelaki itu. Kuat dia menendang sehingga lelaki itu jatuh melutut. Kemudian kaki dia diangkat tinggi dan dilingkarkan pada leher lelaki itu.

Kini lelaki itu menghadap dia. Buku lima digenggam erat. Dengan kuat dia menumbuk wajah lelaki itu beberapa kali. Pecah muka lelaki itu kerana tumbukan padu Daniel Arfan. Tidak cukup itu, tangan dia mencengkam kuat leher lelaki itu. Jari dia menusuk masuk ke dalam tengkuk lelaki itu.

Darah mula keluar dari celahan leher. Daniel Arfan mengetap gigi kuat. Cengkaman dia makin kuat. Lelaki itu mengenggam tangan Daniel Arfan. Tangan kanan pula mula menarik pisau yang diselitkan pada pehanya. ZAP! Daniel Arfan menahan kesakitan apabila lengan kanan dia ditoreh dengan pisau.

Dalam dan panjang. Dengan penu amarah, leher lelaki itu dicengkam lagi kuat dan sekali tarikan saja, lelaki itu terkulai tidak sedarkan diri. Daniel Arfan mencampak tubuh lelaki itu kasar ke atas lantai. Tangan kanan dia mula dibasahi dengan darah. Kesan torehan itu begitu dalam.

Leon tergamam. Orang kuat dia mati begitu saja. Muka dia mula memucat. Dia berdiri dengan pantas. Dia harus larikan diri.

"Not so fast, Leon" guman Elfran Danish lalu tembakan dilepaskan.

Leon yang baru beberapa langkah jatuh melutut dengan tangan memegang bahagian dada yang basah. Perlahan-lahan tubuh dia melorot jatuh. Nyawa dia habis begitu saja.

Daniel Arfan memakai jaketnya kembali. Tangan dia yang luka tidak dipedulikan lagi. Dia mendekati meja Leon. Tersenyum dia melihat satu kertas putih yang terselit di sebalik serbuk putih itu. Empat angka dan huruf dibacanya perlahan

"Christ" ujarnya dingin. Menunggu balasan daripada orang kanan dia.

"Ya bos" sahut Christ. Dia sudah berada di dalam bilik kawalan. Semua orang suruhan Leon mati. Kini kapal kontena itu menjadi milik mereka kembali.

"Password, kau ada kat mana?" Soal Daniel Arfan. Dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa mempedulikan mayat-mayat yang bergelimpangan.

Elfran Danish terjun dari atas pokok bersama kesayangan dia. Kini mereka kembali berkumpul di tempat mereka tadi. Hafiz datang ke arah mereka dengan kereta. Mereka semua masuk ke dalam.

"Hapuskan" kata Daniel Arfan kepada Zul.

Zul tersenyum. Hafiz menyusuri lorong-lorong kecil itu. BOOM! Letupan yang kuat itu menyentakkan mereka. Sedikit bergegar tanah yang mereka pijak. Zul sudah memasang bom di sekeliling rumah itu. Hanya tinggal nak ledakan saja.

"Ok aku dah ada kat bilik hitam" kata Christ. Dia memandang kagum bilik besi itu. Semuanya berwarna hitam.

"Bagus. Aku bagi kau password ni. Pastikan kau bawa balik semuanya" Daniel Arfan menatap kertas putih di tangan dia. Habis kertas itu kotor kerana darah.

"Baik bos" Christ sudah berdiri di hadapan satu alat. Jika mahu masuk ke bilik hitam, mereka harus masukkan kata laluan.

"1098" sebut Daniel Arfan satu persatu.

Kedengaran bunyi nombor ditekan. Christ tersenyum apabila lampu itu hampir berwarna hijau.

"T.R.L.L.N" sambung Daniel Arfan.

Christ menekan berhati-hati. Kemudian lampu merah itu bertukar hijau. Pintu gerbang itu mula terbuka luas. Christ menyurusi lorong-lorong itu. Ben ditugaskan menjaga bahagian atas kapal.

"Wow" Christ terpempan. Bilik ini bukan bilik biasa. Semua cukup canggih. Bermacam sengaja ada. Kemas tersusun.

Daniel Arfan tersenyum lalu mematikan talian mereka. Dia bersandar di kerusi sambil memejam matanya. Lengan dia terasa berdenyut. Darah pula sudah mula kering. Selesai sudah kerja mereka!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro