dw | airplane

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+

A

ku mundar mandir dalam bilik. Sebijik macam orang hilang akal. Aku tengah struggle berfikir patut tak aku pergi ke alamat tu? Bukan masalahnya sebab aku takut tapi, aku tak pernah tahu pula dengan alamat yang diberi tu. Nak dikatakan, rasanya alamat tu tak pernah aku lihat.

Cuma alamat tu berdekatan sini. Selebihnya aku tak tahu dan memang aku rasa takkan tahu. Mungkin aku patut tanya orang?

Aku ambil telefon yang berada di atas meja dan masukkannya ke dalam poket. Sekeliling bilik aku pandang sebelum menghembuskan nafas.

" kau tak perlu risaukan apa apa Jeon Jungkook. Kau berani. Fighting! " aku cuba memberikan kata kata semangat pada diri aku sendiri.

Aku buka pintu bilik dan keluar menuruni tangga dengan berhati hati. Dalan fikiran dah macam macam timbul. Risau, takut dan entahlah semuanya ada. Tapi, aku ketepikan semua perasaan tu.

" omma tak habis lagi tengok rancangan memasak tu? " aku pandang omma yang masih lagi dengan rancangan kegemarannya.

Omma mengalihkan pandangan memandang aku yang baru saja menuruni anak tangga yang terakhir.

" ish, omma kan nak belajar masak resepi baru tu. Kena la tengok dengan tekun! " balas omma aku sambil meletakkan tangannya ke dada dan memejam mata.

Acewah omma ni suka buat macam macam gaya.

" eleh, omma cakap je lebih. Last last, tak buat pun. " aku tergelak kerana sudah berjaya menyakat omma.

Omma memberikan jelingan maut yang boleh membuatkan aku rasa gementar.

" hah kalau kamu pandai masak, buat lah buat. " balasnya dengan nada merajuk.

Aku tergelak kecil dan berlari ke arahya. Kedua dua bahunya aku picit lembut sambil mencium pipinya.

" eleh nak pujuk konon. Haktuihh. " dia membuat gaya pura pura meludahkan air liur.

Aku terus berhenti daripada terus memicit bahunya. Lengannya aku cubit manja.

" yelah omma. Ni Jungkook nak keluar kejap tau? Ada hal. " lepas meminta izin dan menerima anggukan daripada omma, aku terus mengorak langkah keluar daripada rumah dan menutup pintu.

Rak kasut yang berada di luar aku buka dan ambil kasut converse berwarna merah milik aku dan pakai. Kertas yang beralamat ditangan aku itu dipandang lama.

" jalan kaki? uhm. " buntu sama ada nak naik motorbike atau cuma berjalan kaki.

Akhirnya, aku memutuskan untuk berjalan kaki sebab alamat ni pun aku rasa sekitar sini. Selebihnya macam yang aku kata, aku tak tahu dan tak pernah lihat.

Aku berjalan keluar daripada perkarangan rumah kediaman aku yang besar. Aku pun tak tahu mana patut aku pergi untuk cari alamat ni.

Lama aku berpusing di tempat yang sama tapi semuanya sia sia. Aku mengeluh. Aku masih lagi tak dapat petunjuk.

" balik jelah. " baru saja aku ingin melangkah pergi untuk balik, bahu aku ditepuk lembut.

Aku segera berpusing untuk memandang gerangan tersebut.

" ahjusshi ni siapa ya? " soal aku dengan nada yang lembut.

Dia tersenyum manis kepadaku. Muka pakcik ni tak macam orang korea sangat. Dan, memang bukan macam orang korea. Rasanya dia orang putih.

" i don't understand what are you trying to say but you look like you're looking for something. " dia membalas dengan speaking.

Mujurlah aku ni agak handal berspeaking. Jadi, aku semestinya faham apa yang dia cakap.

" oh? I see. Uhm, yes. " ringkas saja jawapan yang aku berikan disebabkan aku pun tak kenal dia.

Takut nanti jawab lebih lebih jadi annoying pula. Jadi, aku jawab ringkas ringkas je lah mampu.

" what are you looking for? " soalnya seperti ingin menghulurkan bantuan.

Aku dalam hati dah rasa macam macam. Bukan rasa apa, tapi cuma rasa macam aku ni akan menyusahkan dia pula nanti.

" i'm looking for this address. " kertas yang dipegangan tangan aku dihulurkan kepadanya.

Dia mencapai kertas itu dan melihatnya. Aku lihat dia perlahan lahan mengukirkan senyumannya tanda seperti dia tahu. Dia kembali menyerahkan semula kertas itu.

" this place is close to my house. I can take you there if you want. " seperti yang aku jangka, dia menghulurkan bantuan.

Perasaan keliru menguasai diri. Sama ada terima pertolongan dia atau menolak.

" but i don't want to bother you. " balas aku manis.

Dia tersenyum dan menggeleng perlahan. Dia meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri aku dan mengusapnya lembut.

" you're not bothering me, anyway i wanna go home, with this opportunity, i can help bring you to this place. " jarinya menunjukkan ke arah kertas yang aku pegang.

Aku berfikir sejenak. Lama kelamaan aku mengangguk. Tak ada guna juga kalau aku menolak, dia seperti memaksa aku. Orangnya terlalu baik untuk aku terima pertolongannya. Tapi juga, keadaan aku nampak seperti terdesak. Daripada aku gelisah tak jumpa tempat ni, selagi tu aku jadi macam hilang akal, jadi mungkin aku patut terima.

Nampak tak betapa semangatnya aku dalam membuat sesuatu perkara?

" uhm, okay then. Thank you! " balasan dari mulut aku membuatkan dia tersenyum kerana dapat membantu aku.


* * *

Kami melalui lorong yang gelap. Dengan hari yang memang semestinya bertukar gelap kerana sekejap lagi waktu malam menambahkan lagi suasana gelap di lorong ini.

" are you sure this is the right way.. ? " soal aku sedikit gugup.

Mana taknya, gelap tu aku okay lagi. Tapi kalau dah bergabung gelap dengan sunyi memang patut pun aku takut.

Orang putih ini memandang aku yang berada dibelakangnya dan kembali memandang depan sambil berjalan.

" yes this is the way, I'm sorry if make you feel scared. " jawabnya dengan nada suara yang kedengaran agak bergema disebabkan lorong gelap yang sunyi ini.

Aku hanya diam dengan jawapan yang diberi. Okay, mungkin aku tak patut rasa curiga dengan dia.

" eo? " aku terasa pelik apabila aku terasa kaki aku memijak sesuatu jalan yang seperti membawa aku ke atas.

Aku diam tanpa bertanya kepada orang putih ni dan hanya mengikutnya. Di tangga yang ketiga aku dapat tangkap yang aku sekarang sedang menaiki tangga.

Mana datangnya tangga ni?

" wait.. what are you-- " percakapan aku terhenti apabila lengan aku dicengkam kemas olehnya.

Dia memandang aku dan memberikan senyuman yang mempunyai makna tersirat.

" this address does not exist, idiot. " kata katanya membuatkan aku membulatkan mata.

Firasat aku betul. Ada yang tak kena dengan dia. Ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada aku.

" let me go, bitch! " kata aku kasar membuatkan dia semakin bengis.

Lengan aku ditarik paksa secara kasar. Aku hampir tersadung disebabkan salah memijak anak tangga. Nasib baik kaki aku lincah. Sampai anak tangga yang terakhir. Aku tidak bernasib baik lagi, aku ditolak sehingga terjelopok jatuh.

" fuck! " carutan keluar dari mulut aku sambil menahan sakit.

Aku tak tahu aku dimana sekarang. Yang aku tahu tempat ni gelap. Aku mencari cari orang putih tadi tapi sia sia sebab memang semuanya gelap.

" are you looking for me? " akhirnya dia bersuara.

Secara serta merta, suasana menjadi terang. Kini, aku nampak dia yang berada dihadapan aku. Kesakitan yang aku alami akibat jatuh tadi aku ketepikan. Aku perlahan lahan bangun dan mengabaikannya.

Aku pandang ke arah tangga tadi. Ianya naik ke atas seperti ingin tertutup. Aku seperti dapat agak sesuatu.

Aku pandang sekeliling aku. Tak salah lagi tekaan aku. Memang susah nak dipercaya tapi ianya memang betul yang sekarang ni aku berada dalam kapal terbang.

Ya, aku berada dalam kapal terbang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro