dw | portal

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+

K

epala aku rasa sakit disebabkan hentakan yang orang putih tu buat pada kepala aku. Aku tak tahu apa jadi dekat aku sekarang sebabnya tadi aku terus pengsan.

" urgh.. " perlahan lahan aku celikkan mata.

Walaupun terasa berat tapi aku gagahkan jua sebab aku sekarang dalam bahaya. Perkara terakhir yang aku tahu adalah aku berada dalam kapal terbang.

" oh.. you're awake. " orang putih yang duduk di kerusi sebelah aku memandang aku dengan senyuman jahatnya.

Aku mendengus geram. Pandang saja muka dia dah buatkan aku rasa muak.

" bodoh, nampak macam aku nak pengsan balik ke apa, " saja aku cakap bahasa aku sendiri supaya orang putih ni terasa bodoh sikit dalam diri.

Aku boleh cakap bahasa dia tapi dia tak boleh cakap bahasa aku. Rasakan kau jadi bodoh.

" troublesome.. " dia mengalihkan pandangannya daripada memandang aku.

Aku menjelingnya dengan perasaan marah yang membuak buak. Kau yang menyusahkan aku sebenarnya, bukan aku yang menyusahkan kau.

" sir, please be prepared, we will enter the portal. " kata seorang lelaki yang kelihatan lebih muda sedikit daripada orang putih disebelah aku.

Aku pandang sekeliling aku. Nampaknya, banyak orang suruhan dia dekat sini.

Yang pasti, aku masih keliru tentang portal yang dimaksudkan olehnya. Portal tu sama seperti teleport. Ianya akan membawa kita ke sesuatu tempat dengan masa yang sangat cepat.

Jadi, aku akan memasuki portal?

" what do you mean? Portal? " aku menyoal dia kerana tidak puas hati.

Mana mungkin portal wujud. Kalau sekadar dalam cerita tu memanglah. Kalau wujud sekalipun, siapa yang akan percaya portal? Entah entah kalau kau cerita dekat orang lain pun diorang akan kata kau gila.

" yes, we're going to an interesting place. Hahaha. " jawabnya dengan tawa yang serupa syaitan.

Aku terus memberontak. Masa aku memberontak, barulah aku sedar yang aku kena ikat dekat kerusi.

" son of bitch. " aku pijak kakinya.

Nasib baik kaki tak kena ikat, jadi aku boleh juga buat dia sakit walaupun tak sesakit apa yang aku rasa.

" how dare you! " dia mengangkat tangan kanannya setinggi tinggi yang boleh.

Mungkin dia nak tampar atau pukul aku. Tapi pergerakannya terbantut apabila kapal terbang yang kami naiki mula menunjukkan keadaan yang tak berapa baik.

Ianya menjadi seperti tidak dikawal dengan elok. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan dengan pergerakan yang buatkan aku berasa agak pening.

" what's wrong? " soalnya seraya bangun daripada tempat duduknya.

Dia memegang kerusi yang lain supaya imbangan badannya stabil dan terkawal. Dia perlahan lahan berjalan menuju ke arah salah satu orangnya.

Aku cuba cuba curi dengar perbualan mereka yang sudah semestinya memang akan aku dengar disebabkan diorang cakap kuat.

" we are now in the portal. So, be careful. " orangnya memberi penjelasan membuatkan dia angguk faham.

Dia mengambil tempat duduk jauh daripada aku. Baguslah, tak perlu aku hadap muka dia.

Apa yang dikatakan orangnya tadi, aku pernah juga dengar. Kalau memasuki dalam portal, biasanya ianya akan sedikit bermasalah. Bukannya seratus peratus bermasalah tapi memang kalau masuk ruang portal akan jadi begini.

" bodoh. Aku tak boleh melepasi portal tu. Aku kena balik tempat asal aku. " tali yang diikat pada badan aku ditatap lama.

Memang susah nak lepaskan diri daripada ikatan ni disebabkan tangan aku diikat sekali dengan tali di badan aku. Tangan aku pula dibelakang dan sudah semestinya kena buka daripada belakang.

" susahlah macamni. " aku pandang keluar cermin tingkap kapal terbang.

Mata aku terus membulat besar. Apa yang aku lihat ialah gelap. Tiada satu pun benda yang aku lihat selain kegelapan.

Mungkin inilah keadaan dalam portal sewaktu sedang memasukinya.

" tak boleh jadi.. " dengan geramnya aku cuba lagi dan lagi untuk buka tali ni.

Disebabkan cara itu tak menjadi, aku pun cuba untuk longgarkan tali. Aku bergerak ke depan dan menggoyangkan badan aku. Biarlah badan aku sakit, asalkan aku boleh lepas.

" bagus. " ikatan pada badan aku mula longgar.

Kedua dua tangan aku yang dibelakang terus meraba raba ikatan tali. Rasa lenguh aku ketepikan. Lebih kurang beberapa saat aku meraba raba tali, akhirnya aku jumpa hujung tali yang diikat.

" cepatlah.. " sedaya upaya aku melepaskan ikatan.

Akhirnya aku berjaya. Nasib baik tiada siapa yang jaga belakang. Tanpa berfikir panjang, aku terus bangun dan berlari ke arah orang putih jahanam tersebut.

" CATCH HIM!! " matanya lebih cepat menangkap aku yang berlari ke arahnya, serta merta dia menjerit mengarahkan orangnya untuk menangkap aku.

Tapi, sekali lagi aku bernasib malang. Kapal terbang yang tak stabil pergerakannya buatkan aku tak seimbang dan terjatuh. Kepala aku terhentak sesuatu yang keras dan ianya amat menyakitkan.

Yang aku tahu selepas itu hanyalah kegelapan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro