dw | box arrived

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+


Aku terus melangkah masuk ke dalam kafe selepas memakirkan motor. Daripada jauh aku sudah nampak kawan kawan yang sedang setia menunggu kedatangan aku.

" walamak, abang motorbike la gais! " jerit Hoseok menyebabkan semua orang dalam kafe itu memandang aku.

Aku menunduk malu. Hoseok ni memang memalukan betul. Mendajal kawan sendiri.

Aku lihat mereka yang lain pula sudah melambai lambai ke arah aku. Aku tersenyum dan membalas lambaian mereka. Sampai saja di meja, aku mengambil tempat di sebelah Taehyung.

" awal datang? " perli Taehyung sambil menghirup air kopinya.

Aku menjelingnya.

" awal kan? Maaflah tadi aku leka sangat tengok video di darkweb. " jawab aku sambil memetik jari memanggil waiter.

Aku terus memesan air nescafe dan waiter itu mengangguk lalu pergi.

" video pasal apa pula kau tengok kalini, Jungkook? " tanya Namjoon.

Aku terdiam. Entah sama ada patut beritahu ataupun tidak. Aku cuma risau kalau kalau mereka takut pula. Tapi, nak ataupun tidak aku harus beritahu juga. Mereka kawan aku.

" selalunya aku tengok pasal penculikan. Tapi tadi aku tengok pasal pembunuhan. " jawab aku dengan riak yang biasa.

Manakala yang lain pula sudah terkejut.

" jadi, ceritalah. Alang alang kitorang bosan sekarang ni. " kata Jimin sambil tangannya disilangkan ke dada.

Aku mengangguk. Belum sempat aku buka mulut, waiter tadi pun tiba dengan air nescafe yang aku pesan tadi. Aku menghirupnya dan kembali memandang kawan kawan aku.

" ada dua video yang aku tengok tadi. Korang nak aku cerita yang mana? " tanya aku sambil membetulkan rambut aku yang sedikit kusut.

" dua dua. " jawab mereka serentak dan aku hanya mengangguk.

Aku mula bercerita daripada awal sampailah akhir. Mereka angguk saja apabila aku bercerita. Ada yang takut dan ada yang tak.

Selepas hampir 30 minit aku bercerita, akhirnya sampai ke penghujungnya.

" dan akhir sekali, lelaki tu kerat badan perempuan tu sebanyak lima bahagian. " aku menongkat dagu dan menggeleng selepas habis saja bercerita.

Mereka juga sama seperti aku, menggelengkan kepala.

" tragisnya kematian dia. " kata Taehyung dengan nada perlahan.

Aku tahu apa yang mereka rasa meskipun tidak berada di situasi perempuan tersebut.

" aku rasa aku kena balik. Aku ada hal kejap lagi. " Yoongi bangun daripada kerusi.

Yang lain juga turut bangun begitu juga dengan aku.

" kita balik jugaklah. " kata aku dan mereka angguk setuju.

Kami keluar daripada kafe selepas habis membuat bayaran di kaunter. Lepas sahaja keluar daripada kafe, kami berpecah untuk pulang ke rumah masing masing.

• • •

Aku tutup pintu selepas saja masuk ke dalam rumah. Omma yang berada di sofa sedang menonton televisyen itu memandang aku.

" eh dah balik, ingat tak nak balik dah. " sakat omma.

Aku hanya tergelak kecil dan berlari ke arahnya. Aku peluk lehernya daripada belakang. Omma aku ni memang perangai begini, suka sangat sakat anak dia yang comel lagikan hensem. Okay dah dah.

" gila tak nak balik? Nanti rindu la dekat kesayangan kita ni. " kata aku dan omma tersenyum lebar.

Kepala aku diusapnya. Aku mencium pipinya dan meleraikan pelukan.

" Jungkook naik dulu omma. " kata aku dan dibalas dengan anggukan.

Aku terus melangkah untuk ke bilik aku. Aku menaiki anak tangga satu persatu sehinggalah tiba di bilik aku.

Selepas masuk ke dalam bilik, aku tutup dan terus mencapai tuala untuk mandi.

" Jungkook! " aku dengar omma panggil aku dengan jarak yang dekat.

Mungkin dia diluar bilik tidur aku. Aku yang baru selesai mandi itu keluar daripada bilik air selepas memakai tuala pada paras pinggang.

" masuklah, pintu tak kunci pun omma. " jawab aku sambil berdiri di hadapan almari.

Aku memilih milih baju tidur untuk aku pakai sementara tunggu omma masuk. Pintu dikuak oleh omma. Dia masuk dengan sebuah kotak yang sederhana besar di tangan. Kotak itu nampak agak berat disebabkan aku tengok riak wajahnya yang berkerut itu.

Disebabkan itu, aku terus membantunya. Aku ambil kotak tersebut dan letakkannya di bawah.

" apa benda ni omma? " tanya aku tidak lepas memandang kotak tersebut.

" manalah omma tahu, kamu yang beli. " jawab omma membuatkan aku bingung.

Beli? Aku beli apa?

" beli? Jungkook beli apa-- oh. Okay omma, gomawo! " aku menghadiahkan sebuah senyuman.

Omma hanya melihat aku dengan pandangan yang pelik dan terus keluar daripada bilik aku. Disebabkan aku terlampau teruja, aku sedikit menjerit.

" YESSS!! "

Aku terus pakai baju dan seluar, tak sabar untuk buka kotak tersebut.

" lebih baik kalau aku ajak diorang sekali. " fikir aku menatap sambil kotak dihadapan aku.

Telefon yang berada di atas meja terus aku capai dan menaip mesej di aplikasi Whatsapp.

BTS

korang, datang
rumah aku

Bro Seokjin :
yo kenapa?

Bro Jimin :
pehal ni?

Bro Yoongi :
datang dah sampuk dia

datang ajelah

Bro Taehyung :
okay.

Bro Namjoon :
nanti kookie nangis

Bro Hoseok :
sabo sabo

apa apa jelah hyung ni,
cepat sikit aku tunggu

Aku terus mencampakkan telefon pintar aku ke atas katil.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro