dw | unboxing

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+

Aku ambil kotak yang aku letakkan di tepi tadi supaya berada di tengah. Mereka semua tidak lepas daripada memandang kotak tersebut.

" bapak besar. " Seokjin menyentuh menyentuh kotak itu dengan jarinya.

Yang lain pun sama, daripada tadi asyik usap usap kotak tu. Aku pun tak faham dengan kawan kawan aku.

" dia jual organ ke atau apa? " kotak tersebut diketuk ketuk oleh Jimin.

Aku terus halang dia daripada terus mengetuk tanpa henti.

" taklah. Dalam ni ada barang je. Tak adanya organ organ. " jawab aku membuatkan mereka terangguk angguk.

Entah percaya atau tidak pun tak tahulah mereka ni.

" apa motif kau ajak kitorang datang sebenarnya? " tanya Yoongi sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Aku pandangnya tidak puas hati disebabkan dia ni kadang kadang selalu menyakitkan hati. Tapi sebenarnya dia lah paling sweet dalam dingin.

" aku nak buka kotak ni. Jadi, aku ajak korang. Aku nak kita sama sama tengok apa isinya. " jelas aku sambil membelek belek kotak yang disaletip dengan kemas.

Aku mencari cari di mana penghujung saletip untuk buka tetapi gagal. Ianya susah disebabkan penuh sangat dengan saletip.

Secara tiba tiba saja ada tangan yang menghulurkan pisau lipat. Aku terus memandang gerangan tersebut.

" kau perlukan ni, pabo. " kata Taehyung membuatkan aku tersengih.

Aku terus mencapai pisau lipat yang dihulurkan tadi. Aku keluarkan pisau tajam yang kecil yang dilipat itu dan potong saletip tersebut. Ianya mengambil masa 2 minit juga untuk potong segala saletip ni. Dan akhirnya, semua sudah dipotong.

Aku keluarkan kotak misteri yang aku beli daripada kotak coklat yang besar ni. Bila sudah dikeluarkan, kami semua tergamam melihatnya.

Bukan apa, tapi disebabkan di kotak tersebut terdapat ayat yang berbunyi ' WARNING : DO NOT OPEN '.

Tapi itu benda biasalah. Mungkin supaya mereka yang membeli berasa takut. Jadi, ianya akan menjadi lebih menarik.

" potong saletip yang ni pulak. " arah Jimin membuatkan aku terangguk angguk.

Dengan sekali tarik, saletip itu pun terpotong. Mereka semua mendekati kotak tersebut.

" jangan dekat sangat, hyung. " kata aku menghalang mereka.

Takut takut kalau dalam kotak ni ada makhluk bahaya. Tapi aku yakin tiada makhluk yang diletakkan.

Aku menutup mata dan menarik nafas yang dalam lalu hembus. Aku kembali membuka mata. Dengan debaran didada, aku melihat isi didalam kotak tersebut.

" banyaknya. "

Mereka yang lain turut lihat bersama isinya. Aku keluarkan satu benda daripada kotak tersebut. Benda yang aku keluarkan itu berbalut kemas.

Aku pandang kawan kawan aku yang lain, mereka semua mengangguk kepada aku. Aku juga turut membalas dengan anggukan.

Aku capai gunting yang aku dah sediakan tadi. Kemudian, plastik yang membungkusi benda tersebut aku potong. Aku pisahkan plastik itu dengan benda tersebut.

Ianya adalah sebuah kotak sederhana kecil yang diperbuat daripada kayu. Aku membelek belek kotak kayu itu sebelum membukanya. Dan ya, aku baru perasan yang kotak ni terdapat tulisan. Bukan bertulis dengan pen ataupun marker tetapi seperti toreh.

Mata aku membuntang luas apabila membacanya.

" h-help me? "

" kau kenapa? Kau okay? " Seokjin mencuit aku.

Aku angguk perlahan dan menunjukkan tulisan pada kotak tersebut dan reaksi mereka juga sama seperti aku tadi.

" benda biasa je tu. " Yoongi cuba menenangkan kami semua walaupun dia seperti menyindir.. mungkin.

Aku buka penutup kotak kayu tersebut.

" apa ke bangangnya dia bagi daun daun ni? " soal Namjoon bengang.

Ya, isi dalam kotak kayu itu adalah daun daun yang berwarna coklat, atau lebih tepat, daun yang sudah pun tua.

" aku pun tak tahu, hyung. " aku ambil tong sampah kecil yang terletak di dalam bilik aku. Aku terbalikkan kotak betul betul di atas tong sampah untuk membuang semua daun yang ada.

Aku perasan bunyi sesuatu jatuh. Seperti besi ataupun duit syiling. Tapi aku hanya endahkan.

" eh, Jungkook. Aku nampak sesuatu. " Yoongi mendekati tong sampah.

Tangannya dimasukkan ke dalam plastik tong sampah dan meraba raba sesuatu didalamnya. Nasib baiklah dalam plastik tong sampah ni tiada apa apa benda kotor yang aku buang. Yang ada cumalah daun daun tadi.

" kau buat apa, Yoongi hyung? " tanya aku pelik dengan kelakuannya.

Dia hanya diam dan terus meraba raba sesuatu yang dicarinya.

" hah, ini. " dia mengeluarkan tangannya dan menunjukkan sesuatu yang berada dalam genggamannya.

Dia membuka genggaman tangannya.

" kunci? "

Apa yang Yoongi cari tadi adalah kunci. Entah macam mana kunci ni boleh masuk dalam tong sampah pun aku tak pasti.

" kau buang kunci, Jungkook? " soal Jimin.

Aku memandangnya dan membalas dengan gelengan. Aku kembali memandang Yoongi yang masih memegang kunci berwarna kekuningan emas.

" setahu aku, aku tak buang kunci pun. " kata aku sambil jari diletakkan didagu tanda berfikir.

Yoongi menggeleng dan membuat muka menyampahnya. Kunci diserahkan kepada aku dan aku mengambil saja tanpa tahu apa apa.

" masa kau buang semua daun daun ni, kau terbuang kunci yang ada bawah timbunan daun dalam kotak tu. " jelas Yoongi sambil menunjukkan kotak kayu tadi.

Aku tersengih dan mengelus belakang leher aku.

" tapi kunci ni untuk apa? " Hoseok mengajukan soalan.

Betul juga. Apa kegunaan kunci ni kalau tiada apa pun untuk dibuka?

" sabarlah. Nanti ada la benda untuk dibuka. Dalam kotak tu ada banyak lagi benda. " jawab Yoongi.

Walaupun menyakitkan hati, bijak juga kadang kadang Yoongi ni.

" oh, ya. " aku angguk tanda faham.

Aku letak kunci itu di atas meja dan teruskan membuka yang lain pula. Terlalu banyak yang perlu aku buka. Tapi, dengan bantuan kawan kawan aku, akhirnya barang barang dalam kotak akhirnya makin sikit.

Yang menjadi hairan, tiada satu pun yang misteri di dalam kotak misteri ni. Semuanya benda biasa.

" ni mesti benda bodoh. " aku membuka pembalut plastik yang membaluti barang yang lain dengan malas.

Boleh dikatakan hampir kesemua benda daripada kotak misteri ini hanyalah biasa biasa.

Selepas habis membuka plastik, aku campakkannya ke tepi dan terus buka penutup kotak kayu.

" patung? "

Hairan juga. Patung pun dia sumbat dalam kotak kayu ni. Tidak dapat dinafikan yang patung ni memang agak seram. Bukan agak, tapi memang menyeramkan.

Di baju patung tersebut terdapat tompokan merah yang banyak. Aku tak pasti ianya cat ataupun darah. Sebelah matanya pula tiada seperti dicabut. Mulutnya pula dijahit.

Aku terasa seperti dipermainkan pun ada. Disebabkan rasa geram, aku campak patung tersebut tapi tak sengaja terkena muka Jimin.

" eh sialla kau. " carut Jimin membuatkan ianya lucu.

" halah halah maaflah, hyung. " aku tersengih menampakkan gigi arnab milik aku.

Jimin hanya pandang aku dengan pandangan yang tidak puas hati. Aku nampak dia ambil patung yang aku campak tadi dan membeleknya manakala aku pula buka balutan yang lain.

" aku rasa something la dalam badan patung ni. " aku dan kawan kawan yang lain berhenti daripada membuat kerja.

Kami semua memandang Jimin yang sedang menekan nekan badan patung tersebut.

" bagi gunting tu. " arah Jimin pada aku.

Aku hanya menuruti kata katanya. Gunting yang berada disebelah aku diambil dan beri kepada dia. Gunting itu bertukar tangan.

" apa kau nak buat Jimin? " soal Hoseok.

Perbuatan Jimin terhenti dan memandang Hoseok sebelum sambung apa yang dia mahu lakukan.

" potong patung ni. " jawabnya ringkas.

Kami semua hanya diam dan menyaksikan Jimin memotong badan patung.

" ini bendanya. " Jimin keluarkan dua benda daripada badan patung tersebut.

Jimin meletakkan benda itu di tengah tengah supaya kami semua dapat tengok.

" p- pendrive? "

Benda benda tersebut merupakan sebatang pendrive dan yang satu lagi aku tak dapat kenal pasti. Belum sempat aku tanya, Yoongi sudah memotong.

" ni apa pulak? "

Jimin mengambil benda tersebut dan membeleknya.

" rasanya ni butang suara yang diletakkan di dalam badan setiap anak patung. " balas Jimin membuatkan kami membuat mulut 'o'.

" tekanlah butang tu. " arah Taehyung.

Jimin angguk perlahan. Dia mula menekan butang suara tersebut. Dan butang suara itu pun mengeluarkan suara dan kata kata yang membuatkan kami terkesima.

The next scream you hear may be your own.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro