age gap

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

shy

🍒

Ain dah usha dah semua pekerja laki kat tempat part-time job baru dia. Tapi semuanya macam tak kena dengan taste.

Tapi waktu dia kerja, sering saja sorang pekerja laki ni tegur,

"Rajinnya Ain!"

"Ain buat apa tu?"

"Eh, Ain!"

Mana tak berbunga hatinya, walaupun lelaki bernama Hafiz tu umurnya lapan tahun lebih tua dari Ain.

Ain ni pemalu dia boleh tahan jugak. Setiap kali ditegur Hafiz pasti dia akan tersengih saja. Padahal dalam hati menjerit-jerit.

Satu hari, Ain membuat keputusan untuk save nombor Hafiz kat whatsapp.

Dia meminta izin keluar kedai untuk solat sekejap. Lepas dia solat dia ambik kesempatan untuk baca mesej whatsapp, alang-alang tu tengok jelah status semua orang.

Bukan main terkejut lagi bila dia nampak nama Hafiz dalam list status. Tu maksudnya Hafiz pun save nombor dia.

Happynya Ain takde sape boleh describe. Nasib baik dia dah solat. Kalau belum solat, memang takleh khusyuk jadinya.

Mungkin bagi sesetengah orang save nombor masing-masing tu bukanlah a big deal pun. Tapi bagi gadis pemalu macam Ain, tu maknanya dia ada chance dengan Hafiz.

Ain sambung kerja dan moment dia bersama Hafiz kian bertambah. Kadang-kadang mereka akan sapu kedai sama-sama sebelum tutup. Kadang-kadang Hafiz akan tolong Ain angkat barang berat. Kadang-kadang Hafiz akan kacau Ain buat kerja dan lari bila supervisor datang.

Setiap kali tutup kedai, Ain akan tunggu kejap di luar kedai. Tunggu siapa? Tunggu Hafiz keluar ler.

Bila crush dia keluar, Ain buat-buat macam tak sengaja eye contact dengan dia. Bila dah eye contact, Hafiz tersenyum nampak gigi, dan berkata, "Bye Ain."

Ain hanya tersenyum dan melambainya. Ceh, bajet cool. Padahal rasa nak melompat.

Selalu jugak Ain cuba bayangkan future dia dengan Hafiz. Tapi macam tak boleh. Sebab age gap lapan tahun tu, bagi Ain macam terlalu besar. Mungkin sebab Ain baru nak masuk 18 tahun tapi laki tu dah nak 30 dah.

Satu hari, pada senario biasa, Ain tunggu kat luar kedai lepas waktu kerja habis. Bila dia nampak Hafiz keluar dan tersenyum, Ain turut tersenyum.

Kemudian Hafiz berkata, "Bye, Ain. allddnalldldlwlwpdjbxka" Selebihnya tu Ain tak dengar sebab dia dah tenggelam dalam sinaran cinta yang dikeluarkan Hafiz. Ain hanya mengangguk dan cakap bye balik.

Apa yang Ain tak tahu, ayat selebihnya yang Hafiz cakap tu ialah ucapan 'selamat tinggal selama-lamanya' dia kepada Ain. Hafiz akan balik kampung dia di negeri Borneo dan cari kerja tetap kat situ.

Selepas tu Ain dah tak jumpa dah Hafiz. Instagram dia pun Ain tak dapat. Halah, kalau dapat pun Ain takkan berani nak follow dulu.

Dia tak sedih pun. Sebab Ain tahu, dia takkan end up dengan orang setua tu.

Apa yang pasti, Ain akan tersenyum setiap kali teringatkan crush short term dia yang tua ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro