diva

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau lukis siapa ni?" Iman bertanya kepada Sarah yang sedang melakar sesuatu dalam notebook.

Sarah menjawab, "Saja melukis."

Dorang berdua bersembang padahal kat depan orang tengah buat presentation.

Iman pandang ke depan. Cuba untuk fokus. Tapi dia macam terkejut. Dia kemudian tengok semula ke lukisan Sarah tadi. Dan pandang ke hadapan semula.

"Jap Sarah." Iman berkata.

Sarah mengeluh. Haih, dia dah terkantoi. Dia tengah lukis student laki yang tengah present kat depan.

"Kau minat dia ke?! Dia kan diva?" Iman membisik.

Sarah memuncungkan bibir, "Tapi dia cute..."

Iman menutup mulut. Dia tak percaya lelaki selembut tu diminati kawannya sendiri.

Sarah memang dah lama perhatikan laki diva tu. Ye, perangai dia memang diva. Dia jalan catwalk dengan penuh confident. Cara cakapnya pun confident tapi lembut, memang bukan macam lelaki biasa. Jangan risau, dia masih bangga jadi lelaki. Cuma, geng dia pun memang terdiri daripada lelaki macam dia.

Walaupun personalitinya begitu, Sarah takleh nak alihkan mata dia daripada Faris. Ye, Faris namanya. Dia cute sangat. Tak tahu kenapa.

Setiap semester mesti akan ada satu kelas yang dia akan sama dengan Faris. Dan dia akan excited untuk masuk kelas tu. Walaupun setakat ni dorang tak pernah group assignment sama-sama.

Satu hari dia dan member group assignment buat kerja di library. Sama seperti Faris dan group dia. Dalam library duduk meja sebelah-sebelah je.

Semasa Sarah khusyuk type sesuatu dalam laptop, tiba-tiba Faris datang dan berkata, "You buat camne? I nak tengok format you boleh?"

Sarah mengangguk. Jantungnya berdebar. Kemudian Faris duduk di kerusi di sebelahnya dan tengok skrin laptop Sarah. Dekatnya mereka, Sarah rasa nak pengsan. Dengan perfumenya yang kalah dengan perfume perempuan. Tapi takpe, Sarah suka.

"OK, thanks." Kemudian dia beredar.

Alaa, jangan la pergi.

Rengek hati kecil Sarah.

Tapi Sarah tahu, dia dan Faris takkan ada chance. Bukan nak kata apa, tapi Faris tu nampak sombong sedikit. Mungkin sebab keyakinan diri dia kot.

Kalau perempuan dengan social anxiety macam Sarah ni nak dekat dengan Faris, hm tunggu sampai bila-bila pun takkan jadi.

🌸

Sarah sedang tunggu nak masuk kelas dalam bilik tutorial. Dia tunggu di luar sebab dalam bilik tu ada kelas lain.

Tiba-tiba Faris muncul, tercungap-cungap. Dia tanya Sarah, "Ada kelas ke kat dalam?"

Sarah mengangguk. Lalu Faris duduk cangkung di sebelah Sarah.

"Ah, penat!" Dia merungut.

Sarah keluarkan botol airnya dan menghulurkan kepada Faris. Entah dari mana Sarah dapat keberanian nak buat macam tu. Faris tersenyum lalu mengambil air tersebut dan minum sambil mendongakkan kepala.

"Thanks." Dihulur semula botol tu kepada Sarah.

Selepas tu mereka berdua duduk dalam diam. Lama pulak kelas kat dalam ni nak habis. Classmate yang lain pun tak sampai-sampai ni dah kenapa? Awkward Sarah jadinya.

"Bila you nak buat move, Sarah?" Faris tiba-tiba bertanya.

Sarah mengerutkan muka, "Move?"

"Yelah, move. Move kat I."

Sarah mula berdebar, "Hah?"

Faris tersengih. "You minat I, kan?"

Sarah menelan air liur. Oh, shoot. Macam mana dia boleh tahu?

Tiba-tiba phonenya berdering.

"Hello?" Sarah memulakan perbualan.

"Sarah kau kat mana? Kelas kat lecture room tau, bukan bilik tuto!" Iman berkata di hujung talian.

Allahu.

Kemudian Faris dan Sarah bergegas ke lecture room tempat ganti kelas mereka.

Mereka tak bercakap langsung selepas tu.

🌸

"Faris, kau nampak glowing sekarang. Ada apa-apa yang buat kau bahagia ke?" Aiman menyoal.

Faris hanya tersenyum dan mendengar ketukan di pintu kelas yang takde lecturer tu.

Pintu terbuka sedikit dan seorang gadis memunculkan wajahnya di sebalik pintu.

"Faris ada?" Sarah bertanya.

"Ye, I'm coming." Faris bergegas mengambil beg dan meninggalkan kawan-kawannya.

"Kau dah ada girlfriend tak bagitahu!" Kawannya mengusik.

Faris tersenyum bangga lalu membuat peace sign sambil catwalk.

Tapi dia stop catwalk dan jalan seperti biasa. Dia dah bertekad nak jadi manly sikit. Demi Sarah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro