bonnie & clyde

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Punyalah excited unboxing scented candle yang baru beli, Dahlia baru tersedar sesuatu, dia tak ada api untuk nyalakan lilin tu.

Satu nama contact ditelefon, "Hello, Afiq. Pinjam lighter."

"Ha? I mana merokok."

"See you later." Dahlia terus menutup panggilan. Malas melayan penafian palsu si teman lelaki.

Beberapa minit kemudian Afiq sudah tiba di blok kediaman Dahlia dengan motosikal. Dahlia turun ke bawah dengan selendang express dia.

Bukan lighter saja, malah sejambak bunga ros pun Afiq bawak sekali.

"Mana you dapat bunga ni?" Tanya Dahlia.

Afiq tergelak, "Tadi I dari kafe sebelah kedai bunga tu. I nak jumpa you, I bawaklah bunga sekali."

"OK, but did you pay for it?"

"Darling, I don't pay for things."

Seusai itu satu hempukan Dahlia beri pada kepala Afiq yang disarung helmet itu, "Next time bayar. Thanks, by the way." Dia memberi Afiq flying kiss sebelum naik ke bilik semula.

Afiq yang sedang tersengih tu berkata kepada Dahlia, "Esok pergi kelas sama-sama jom."

"Yeah, I'll pick you up." Ujar Dahlia tanpa menoleh belakang.

🌹

"Muhammad Afiq?" Dr. Nor memanggil nama untuk mengisi attendance kelas. Tapi tiada sebarang sahutan.

"Nur Dahlia?" Sekali lagi, tiada sahutan.

"Dorang dating kot, madam." Seorang classmate bergurau.

"Saya tak kisahlah nak pergi dating ke nak datang kelas ke. Asalkan gaji saya dibayar." Jawab Dr. Nor dengan sarkastiknya.

Satu kelas terburai ketawa.

"Tapi, sayang eh. Dahlia tu top student. Si Afiq tu pulak..." Dr. Nor terhenti apabila pintu bilik kuliah dikuak.

"Maaf lambat, madam." Tanpa rasa sebersalah, Afiq tersenyum kepada Dr. Nor. Dahlia yang berada di belakangnya hanya mengangguk. Alasan lambat biarlah dirahsiakan. Takkanlah mereka nak jujur yang mereka lepak atas rooftop sambil menghisap rokok dan berbual sebelum ke kelas?

"OK, you may sit down. Right now I'll be announcing your assignment marks. Congrats to pairing Nur Dahlia and Muhammad Afiq, you attained the highest mark. 28 over 30." Dr. Nor mengumumkan tanpa tangguh.

Satu kelas menepuk tangan, ada selitan gurauan perli oleh seorang classmate, "Tu confirm Dahlia je buat kerja. Afiq free rider."

Satu kelas termasuk Afiq dan Dahlia ketawa, "Elok sikit." Afiq melayan gurauan itu kerana ada lecturer kat depan. Kalau tak ada lecturer, dah lama dia mencarut.

"As expected of Bonnie & Clyde, the criminal couple." Dr. Nor yang tahu tentang perihal pelajarnya memberi komen.

Afiq tersengih manakala Dahlia hanya mampu berbunga dalam hati. Walaupun gelaran itu tak patut dibanggakan, tapi mereka cukup terkenal dalam batch mereka di fakulti tersebut. Infamous. Lagi pula rupa mereka sama menawan.

Dorang berdua baru saja mulakan hubungan sejak awal sem. Entah kenapa berita tersebar sampai lecturer pun tahu. Mungkin sebab kebanyakan lecturer ni makcik bawang yang suka gosip pasal student.

Tambahan pulak Afiq yang berprestasi rendah itu menunjukkan kenaikan gred yang mendadak sejak bersama dengan Dahlia si genius, lagilah jadi buah mulut orang. Si Dahlia pulak selalu ponteng kelas atau datang lambat sebab ikut perangai Afiq. Memang padan gelaran Bonnie & Clyde untuk dorang.

🌹

"Saya panggil kamu berdua untuk nasihat sikit."

Dahlia rasa mahu balikkan mata tapi ditahan hanya sebab dia masih ada rasa hormat terhadap pensyarah yang dah curahkan ilmu kepada dia. Dia mampu peluk tubuh saja manakala Afiq tersandar santai di kerusi.

"Result final exam kamu berdua sangat bagus." Dr. Yani berkata perlahan. Sebagai penasihat akademik, inilah salah satu kerja dia. Menjadi kaunselor kepada pelajar bawah bidang ajarannya.

"So, is that not a good thing? Why are we here?" Dahlia bertanya keras. Pelik juga pelajar pandai berada dalam ofis academic advisor.

Dr. Yani sudah tahu tentang Dahlia yang sentiasa dingin itu. Dia mengeluh, "Have you been studying well, Afiq?" Soalan diajukan kepada Afiq.

Afiq tidak sangka dia ditanya jadi dengan keadaan tidak bersedia dia menjawab, "Y-Yes, madam."

"Kalau saya bagi pop quiz sekarang ni, boleh jawab?"

"Hah?" Dahlia menyatakan bunyi tak puas hati.

"Pop quiz ni untuk Afiq je. Bukan kamu Dahlia."

"OK, but still, untuk apa? Final exam dah habis. Carry mark semua dah bagi. Pop quiz ni bagi markah apa untuk Afiq?" Macam mak tengah pertahankan anak.

Satu lagi keluhan dikeluarkan Dr. Yani, "Relax... Saya tanya je. It's just that... Lecturer semua syak yang kamu berdua... meniru dalam exam."

"Ada bukti?" Dahlia mula berdebar tapi masih dia cuba pertahan imej dingin dan tenang.

Betullah tu. Dia memang dah bagi Afiq jawapan semasa exam dengan cara mereka tersendiri. Tapi lecturer tak ada bukti mahupun saksi. Defense dorang hanyalah sebab markah Afiq yang dulunya antara tercorot dalam kelas kini tinggi sampai dia tersenarai dalam Dekan.

"Tak ada. Sebab itulah nak bagi pop quiz—"

"Tak adil, madam. Final exam dah lama lepas. Saya dah lupa kebanyakan benda yang saya belajar. Markah pop quiz ni tak akan boleh justify yang kami meniru." Giliran Afiq pula mempertahankan diri sendiri. Kalau Dahlia sahaja yang bersuara lagilah menaikkan rasa curiga lecturer.

Dr. Yani kelihatan mahu give up dengan dua pelajar degil itu, "OK, baik. I understand. Without any evidence, it's unfair for me to take any actions. Cuma saya harap dari sesi kita ni, the both of you can learn a lesson. Rasa macam buang masa pulak kalau nak berceramah dekat kamu berdua." Akhirnya Dr. Yani melepaskan mereka.

"Thank you, madam. Sorry for the inconvenience." Afiq masih mampu tersenyum tapi tidak bagi Dahlia. Dia berterima kasih dan meminta maaf tanpa secebis rasa ikhlas.

Afiq dan Dahlia pulang ke kolej kediaman berjalan kaki. Mula-mula suasana sepi sebelum Afiq berkata, "Sorry, Dahlia."

"Why would you be sorry..." Geram wujud dalam nada Dahlia.

"I got you into that mess."

"Bukan salah you."

"Salah I sebab bodoh sangat tak reti nak cover."

"Afiq—"

"Next sem I janji I belajar betul-betul."

"Huh?"

"Dahlia, I want to be with you tanpa sesiapa kacau."

Dahlia tersentap mendengar pengakuan itu. Jantung berdebar, "I pun. Afiq, I like being with you."

"I know. That's why I'll try my best. And I'm sorry."

Dahlia menggigit bibir. Sungguh dia sepenuhnya sukarela memberi Afiq jawapan dalam exam. Tak ada satu pun rasa dengki. Tapi jika Afiq sendiri yang mahu berubah, Dahlia lebih gembira.

"I... love you." Dahlia berkata perlahan.

Afiq menayangkan senyuman charming dia, "I love you too. Sekarang jom tunjuk comeback gempak Bonnie & Clyde."

Dahlia tersenyum manis, "Jom, my ride-or-die."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro