drunk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok tok tok

Kadar degupan jantung Suraya meningkat. Siapa yang ketuk pintu pukul 11 malam macam ni?

Cardigan disarungkan dan selendang digayakan ringkas di atas kepala. Dengan penuh berhati-hati dia membuka pintu perlahan, memastikan door chain terkunci.

"Sue~" Suara lelaki di luar pintu memanggil, suaranya kedengaran aneh.

"James? Wait." Ternampak figura yang dia percayai itu, Suraya menutup pintunya untuk membuka door chain lalu membuka semula pintu untuk membawa James masuk ke dalam.

Apalah, bahaya betul. Mana patut perempuan bawak masuk lelaki walaupun serapat mana pun lelaki tu dengan kita.

"Am I dreaming? Why are you in my house? When did we get married?" James tergelak. Dia cuba melangkah masuk ke dalam rumah Suraya tapi badannya tak stabil, membuatkan dia terjatuh ke dalam dakapan Suraya.

Suraya yang mempunyai badan standard perempuan Melayu itu terang-terang tak mampu nak tampung badan berat lelaki Inggeris itu. Akibatnya, dia terjelepok dengan James dalam dakapan dia.

"James? You smell... strange." Suraya mencebik seraya menghidu bau yang melekat pada coat lelaki itu. Bau pelik yang dia tak pernah alami sebelum ni.

"Hahaha..." James tergelak lemah, seperti mahu tidur.

Saat itu Suraya tahu, James ni baru balik dari minum. Dia mabuk pastu cuba balik ke rumah, tapi diri mabuk dia tak mampu berfikir betul, dia pergi ketuk pintu apartment Suraya padahal rumah dia bertentangan apartment Suraya.

"Where are your keys?" Suraya cuba tanya lelaki mabuk tu, separuh mengharap dia akan jawab betul-betul.

"Keys...? Oh. Keys..." James menggumam seakan-akan baru pertama kali dengar perkataan tu.

"Keys! Keys to your apartment! Where is it?"

"I don't... have it..."

Suraya mengeluh perlahan. Mustahillah James keluar tak bawak kunci. Tapi takkanlah Suraya nak raba satu badan dia untuk cari kunci. "You entered the wrong house, James... Are you not aware?" Suraya bertanya dengan perlahan.

"Hmm, that's not possible. You... You..."

"Apa you you?" Terkeluar Melayu Suraya.

"You're my wife... This is our house..." James menggumam lagi seperti orang separa tidur.

Urgh, Suraya membalikkan mata tapi pada masa yang sama jantungnya berdegup kencang, hatinya berbunga. Dia ni sengaja pergi sini, mesti punya. Kalau dia tersalah rumah, tak logik sebab kenapa dia nak ketuk pintu rumah sendiri?

"OK, dear husband. Can you stand? It's cold here, come to the warm sofa." Dengan segala kudrat, Suraya cuba mengangkat badan James dari dirinya. Nasib baik James sudi bekerjasama. Pada masa yang sama Suraya mengambil kesempatan untuk melayan halusinasi James.

Lalu Suraya memapah badan James ke sofa apartment dia. Tatkala ternampak sofa empuk tu, James terus menyelesakan diri atas sofa.

Air minum diisi dalam gelas oleh Suraya kemudian diberikan kepada James, namun James sudah terlena.

Suraya meletakkan gelas di atas meja, lalu duduk memeluk lutut di depan sofa sambil meneliti wajah lena James.

Jejaka idaman dia sengaja ketuk pintu rumah dia, manalah hati dia tak berbunga. Kalau dia cerita kat mak ayah dia di Malaysia ni, confirm kena bebel dan ceramah 1 hari. Yalah, ada ke perempuan bawak masuk lelaki mabuk ke dalam rumah? Tak masuk akal. Dahlah kat negara orang.

Dia bertindak tanpa berfikir sebab ternampak muka lelaki yang dia suka. James ni jiran depan rumah sejak Suraya bermastautin di UK untuk sambung Master's Degree dia. James rajin masak makanan halal untuk dia, sebagai balasan Suraya sekali sekala masak masakan Melayu untuk James. Hubungan mereka rapat disebabkan makanan. Biasalah perempuan, mudah jatuh cinta. Lagi pulak James ni sama umur dengan dia pastu hensem, memanglah Suraya akan jatuh.

Satu keluhan dikeluarkan Suraya seraya dia terus perhatikan satu persatu perincian wajah James. Rambut perang coklat, hidung mancung, bibir warna pink lembut, ada sedikit freckles bertaburan di wajah.

Sebelum Suraya terpatuh dengan nafsu membuak untuk mengusap rambut laki itu, dia terus berdiri kemudian masuk ke bilik tidur. Dikuncinya rapat.

Dia patut tidur. Tak perlu imagine jauh sangat. Mesti mak ayah dia tak berkenan dengan orang putih. Lagi pulak ada isu lain agama, lain bangsa. Menyusahkan je.

Cukuplah sekadar crush.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro