BAB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


ANNUR memicitkan kepalanya untuk meredakan sakit kepalanya. Paracetemol sudah dua biji ditelan. Tiba-tiba pula matanya sudah mengantuk. Ini semua gara-gara Ah Wei. Sebabkan bosnya itulah menyebabkan Annur pulang lewat semalam. Disebabkan ada seorang VVIP yang menempah Lalita Rose untuk mengadakan parti hari jadinya, jadi Ah Wei memilih dirinya dan beberapa orang yang lain untuk menjadi pelayan. Mahu atau tidak, dia harus akur dengan arahan bosnya. Ingatkan dia boleh pulang awal ke rumah tetapi sangkaannya meleset. Parti tersebut tamat hampir pukul empat pagi.

Sudahlah hari ini dia akan bekerja sebagai pengawal keselamatan pada syif pagi. Jadi, waktu tidurnya semakin pendek. Nasib baiklah hari ini dia hanya menjaga palang di pondok keselamatan sahaja. Kak Hajar pula sedang membuat rondaan di sekitar tenpat parkir kenderaan di B.R Holdings pada pagi ini. Pada waktu petang pula, Annur pula akan membuat rondaan di tempat parkir tersebut. Walkie talkie akan sentiasa berada di samping Annur. Senang Kak Hajar menghubunginya jika ada apa-apa yang berlaku.

"Annur."

Annur terus sahaja  menoleh. Kelihatan Kak Hajar sedang masuk ke dalam pondok keselamatan. Lalu dia meletakkan walkie talkienya di atas meja. Kening Annur berkerut seribu. Cepat pula Kak Hajar menbuat rondaan. Tidak sampai 10 minit.

"Nanti Nur pergi buat rondaan kat tempat parkir. Akak sekarang ni nak balik kejap. Anak akak tak sihat pula. Sekolah telefon tadi. Cikgu cakap anak akak dah muntah-muntah pulak. Risau pulak akak," adu Kak Hajar sambil meletakkan beberapa barang ke dalam almari.

"Ya ke? Kesiannya anak akak. Kenapa tak datang sekolah je? Rehat kat rumah?" tanya Annur sambil mendekati Hajar. Dia nampak lihat dengan jelas raut wajah Kak Hajar yang sedikit risau. Siapa yang tak risau jika anak sendiri jatuh sakit.

"Akak dah cakap dah pagi tadi. Masa nak pergi sekolah, muka dia dah pucat. Dia kata okey je. Akak rasa dahi dia. Memang panas. Tapi biasalah anak akak tu. Degil..." bebel Kak Hajar.

Annur hanya mengangguk faham sambil tersenyum kecil. Teringat pula zaman sekolah dahulu. Perangai Annur dahulu sama seperti anak Kak Hajar. Walaupun sakit mana pun, Annur tetap akan pergi sekolah. Kadang-kadang, Nek Mah iaitu penjaganya akan membebel dengan perangainya itu.

"Nanti jangan lupa buat rondaan dekat tempat parking tu, ya. Akak tak tahu akak masuk ke tidak untuk syif petang. Sebab lepas akak ambik anak akak tu. Akak nak bawak dia ke klinik terus. Takut lambat pulak."

"Akak pergilah. Settlekan hal anak akak tu. Pasal kerja, akak jangan risau tau. Nur kan ada. Nanti Nur bagitahu Cik Mud," ujar Annur sambil menepuk perlahan bahu Kak Hajar. Hajar pula hanya tersenyum lega.

*****

"SEMALAM... ada orang cuba pecah masuk ke markas BRJ095. Tapi... kau jangan risau. Dah ditangkap pun," lapor Rafael sambil duduk di atas kerusi. Kakinya disilang dan cermin mata hitamnya diletakkan di atas meja. Rafael merupakan salah seorang anggota terkuat Black Rose. Dia juga hebat dalam serangan hendap.

Aariz hanya tersenyum sinis. Sempat lagi dia melenyekkan rokoknya ke dalam asytray bewarna emas. Dia sudah tahu siapa dalangnya. Tidak lain dan tidak bukan geng-geng Marcos yang selalu sahaja mahu menghuru harakan dan menumpaskan Black Rose.

"Kau nak settlekan budak-budak bangsat tu malam ni?" tanya Rafael. Sengaja dia bertanya begitu walaupun dia sudah tahu jawapan apa yang Aariz akan katakan.

"Kau tahukan perangai aku macam mana," kata Aariz dengan nada sedikit mendalam. Dua orang balaci Marcos itu tidak perlu 'disimpan' di markas Black Rose. Kalau diseksa pun, mereka tidak tahu apa-apa rancangan rahsia dari Marcos sendiri. Baik tamatkan sahaja riwayat mereka.

"Pelik Marcos tu. Aku rasa dia dah ada segalanya. Tapi kenapa dia nak serang Black Rose? Atau... ada sebab yang kita tak tahu?" tanya Rafael sambil menjongketkan bahunya. Sudah lama dia berfikir hal itu.

"Aku tak pelik. Black Rose ada 'pengaruh'. Marcos tak ada benda mahal tu. Sebab tu dia akan kacau kawasan Black Rose sikit-sikit. Mandat Black Rose belum turun kat tangan aku. Sekarang ni papa aku yang pegang. Jadi aku tak boleh sesuka hati serang Marcos tu," ujar Aariz sambil menyedut rokoknya. Kalau ikutkan hatinya sekarang ini, dia belum yakin untuk memegang mandat Black Rose kerana itu satu tanggungjawab yang besar. Dia belum bersedia. Tetapi lambat laun, Aariz tahu dia akan terima mandat tersebut. Tiada siapa lagi waris lelaki selain dia. Selalunya kalau tradisi Black Rose, anak lelaki sulung yang akan layak memegang mandat tersebut. Syarat-syarat seperti itu ada pada dirinya sekarang ini memandang dia merupakan anak lelaki sulung kepada Adrian Haris dan Nur Nadia.

Rafael hanya diam sahaja. Dia tahu tentang hal itu. Walaupun dia terlibat dalam dunia Black Rose sejak umur 22 tahun lagi tetapi dia masih lagi gerun dengan Adrian Haris. Dia pernah menyaksikan bagaimana kejamnya Adrian apabila seseorang yang mengacau Black Rose. Dan yang mengikut jejak langkah itu adalah anaknya sendiri, Aariz Nadwa.

"Lagi satu... aku nak balik awal. Julio nak jumpa aku. Malam ni aku tak datang markas. Aku datang dengan Ah Wei."

Rafael hanya mengangguk faham. Julio juga merupakan salah satu anggota Black Rose dan dia merupakan salah satu penembak dan penggodam  terhebat di Black Rose. Aariz pula bangun lalu mengambil kunci keretanya. Banyak lagi yang perlu diselesaikan.

*****

MATA Annur melilau sekeliling. Kawasan tempat parkir tersebut sunyi dan sepi. Nampaknya tiada apa-apa yang mencurigakan. Sudah beberapa kali dia membuat rondaan di kawasan parkir itu. Annur menguap beberapa kali. Matanya pula sudah mengantuk. Ini pasti kesan Paracetamol tadi.

Tiba-tiba mata Annur tertancap ke arah seekor anak kucing yang sedang menjilat bulunya. Bulunya berwarna hitam dan putih. Terus ngantuk Annur hilang serta merta. Fokusnya beralih ke arah anak kucing tersebut. Comelnya! Dengan ikut kontotnya lagi.

Annur melangkah perlahan-lahan menghampiri anak kucing tersebut. Tiba-tiba kucing tersebut memberhentikan jilatannya. Apabila terlihat Annur yang sedang menghampiri, anak kucing tersebut terus lari terkedek-kedek menuju ke arah kawasan parkir khusus.

"Meow! Kita bukan nak apa-apakan awak la ."

Annur terus mengejar anak kucing tersebut. Apa yang lebih malang sekali, anak kucing tersebut menyorok di bawah kereta. Annur mengeluh perlahan. Ini yang dia sangat malas. Kalau biarkan anak kucing ini di bawah kereta, takut pemandu kereta tersebut terlanggar anak kucing itu sehingga penyek. Tidak boleh! Walau apa pun terjadi dia perlu menghalau kucing tersebut dari bawah kereta itu.

Annur terus sahaja meniarap. Biarlah baju uniformmya kotor asalkan anak kucing tersebut dapatlah diselamatkan. Tangannya pula cuba menggapai anak kucing tersebut. Tetapi malangnya anak kucing tersebut berundur ke belakang. Annur mendengus kasar. Dia tidak boleh berputus asa. Seusai beberapa kali percubaan, akhirnya Annur dapat menangkap anak kucing tersebut.

"Yeay! Dah dapat tangkap meow!"

Anak kucing tersebut meronta-ronta untuk melepaskan diri. Annur terus sahaja mengurut kepala anak kucing tersebut perlahan. Itulah yang diajar oleh Nek Limah jika mahu menenangkan atau menjinakkan kucing yang ketakutan.

Annur tersenyum lucu apabila melihat anak kucing tersebut memejamkan matanya. Comel betul anak kucing tersebut. Rasa mahu bela sahaja. Badannya pun ringan. Mesti anak kucing ini tidak cukup makan. Annur terus sahaja mengusap-usap kepala anak kucing tersebut perlahan.

"What are you doing?"

Annur tergamam. Dia terus memberhentikan usapan tersebut lalu menoleh ke belakang. Jantungnya terus berdebar serta merta. Kenapa lelaki ini boleh ada di sini? Annur tidak tahu mahu buat apa. Memang rancangannya pada hari ini, dia tidak mahu bertemu dengan Tuan Aariz tetapi alih-alih mereka berjumpa di sini. Sungguh meresahkan!

Melihat raut wajah Aariz yang terkejut, Annur pasti yakin bahawa bosnya itu tidak menyangka dia bekerja di sini. Mata mereka saling bertatapan. Debaran semakin terasa apabila Aariz melangkah perlahan-lahan mendekati Annur.

Jantung Annur sudah berdegup laju. Kenapa perlu rapat-rapat ini? Anak kucing tersebut dipeluk. Annur tahu Aariz sedang memandang tajam ke arahnya. Kenapa malang sangat nasibnya hari ini?

Berbeza sekali dengan Aariz. Sejak pertemuan mereka pertama kali di Lalita Rose, Aariz tidak dapat melupakan wajah gadis ini. Wajah gadis itu seakan-akan seperti pita rakaman yang asyik berputar di dalam benaknya sahaja.

"Kau kerja sini?" tanya Aariz lagi sambil memandang Annur dari atas sehingga ke bawah. Melihat Annur yang memakai uniform pengawal keselamatan membuatkan sangkaan Aariz semakin kuat bahawa gadis itu menjadi pengawal keselamatan di syarikatnya. Bagaimana dia tidak pernah perasan selama ini?

Annur pula hanya mengangguk perlahan. Liurnya diteguk perlahan. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja di kawasan parkir ini. Tatapan tajam Aariz membuatkan hati Annur berasa berdebar pula.

"Interesting." Aariz berkata perlahan sambil tersenyum sinis. Annur mengerutkan keningnya. Apa yang menarik sangat? Tanpa diduga, Aariz terus merampas anak kucing tersebut lalu membawa anak kucing tersebut masuk ke dalam keretanya. Annur terus sahaja tergamam. Tiba-tiba sahaja Annur rasa sebal.

"Bos... Tu kucing saya la! Saya jumpa dulu! Bos nak bawak anak kucing tu ke mana?" tanya Annur bertubi-tubi. Nada suaranya sedikit tinggi. Tetapi Annur tidak kisah degan semua itu. Lagi darahnya menyirap apabila Aariz seakan-akan memekakkan telinganya sahaja dan masuk ke dalam keretanya. Main rampas sahaja! Baru sahaja dia mahu membela anak kucing comel itu.

Sempat lagi Aariz menurunkan tingkap keretanya. Annur dapat lihat anak kucing tersebut duduk diam di atas kerusi penumpang.

"See you tonight," ujar Aariz sambil tersenyum sinis membuatkan Annur terkesima. Seusai itu, Aariz teus menaikkkan kaca tingkap kereta semula. Lalu kereta mewah tersebut keluar dari kawasan parkir itu.

"Memang tak la aku nak jumpa dia. Hish... mana pulak dia nak bawak anak kucing tu? Kalau dia buang tepi jalan macam mana?" selar Annur sambil mengepalkan penumbuknya. Harap anak kucing itu selamat sekarang ini.

ShaDhia

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro