BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LOCENG sudah berbunyi menandakan sudah tiba masanya waktu rehat. Siti Safea menulis beberapa perkataan di dalam buku karangannya. Seusai itu, dia tersenyum seketika. Tugasan karangan Bahasa Melayu sudah siap. Ringan sedikit bebannya.

Siti Safea menutup buku lalu memasukkannya ke dalam begnya semula. Ramai pelajar di kelasnya beransur-ansur untuk keluar. Siti Safea mengeluarkan beg dompetnya lalu terus keluar untuk pergi ke kantin.

Apabila telah sampai ke kantin, Siti Safea melilau mencari rakan baiknya Aqilah. Disebabkan terlampau ramai pelajar yang telah berada di kantin dan menyebabkan Siti Safea sukar untuk mengesan lokasi Aqilah.

Tiba-tiba, matanya tertancap ada seorang perempuan yang melambai tangannya. Cermin matanya dibetulkan semula. Walaupun memakai cermin mata, tetapi Siti Safea tidak nampak dengan jelas. Nampaknya power cermin matanya perlu ditambah.

Siti Safea tetap melangkah perlahan-lahan. Matanya tetap fokus memandang ke arah Aqilah sehingga dia tidak perasan ada orang yang sedang berjalan bertentangan dengannya. Akhirnya, Siti Safea dan orang tersebut terlanggar antara satu sama lain.

Pelanggaran yang sedikit kuat itu menyebabkan Siti Safea terjatuh seperti nangka busuk. Sakit di bahagian pinggulnya apabila terhentak ke simen. Dahinya berkerut menahan sakit. Cermin matanya pula sudah terlorot ke bawah.

"Hish! Bodoh punya perempuan. Jalan guna lutut ke apa?" marah orang tersebut.

Siti Safea terus mendongak untuk melihat orang tersebut. Seusai itu, terus sahaja dia menekup mulutnya. Rasa malu dan rasa bersalah bergabung menjadi satu. Dia terlanggar crushnya sendiri, iaitu Haziq Arfan.

Argh! Malunya!

"Kau mengelamun apa? Aku tengah cakap dengan kau. Mata kau tu kat mana?"

Suara Haziq Arfan yang sedikit tinggi itu membuatkan semua pelajar tertumpu kepada mereka. Ada yang berbisik sambil memandang sinis. Ada juga yang ketawa mengejek. Siti Safea hanya terdiam. Lalu dia bangun dengan perlahan-lahan.

Memang patut pun Haziq Arfan marah kerana dia jalan secara melulu sampai tak melihat lelaki itu sedang lalu di hadapannya. Dia rasa sungguh bersalah.

"Saya minta maaf." Hanya itu sahaja kata-kata yang terluah dari Siti Safea. Cermin matanya dibetulkan kedudukannya semula.

Haziq Arfan hanya merengus kasar. Menyampah pula melihat budak nerd ni tersebek-sebek. Dengan hati yang membara, Haziq berlalu dari situ tetapi sempat menjeling tajam ke arah Siti Safea.

Aqilah dari tadi hanya menjadi penonton terus sahaja meluru ke arah Siti Safea. Kasihan pula kawan baiknya itu ditengking dengan sebegitu rupa.

"Safea, kau okey tak?" tanya Aqilah dengan penuh kerisauan. Muka Siti Safea seperti menahan tangisan.

"A... aku okey," jawab Siti Safea dengan perlahan. Terasa hati apabila oranya dia cinta dalam diam menengking dengan sebegitu rupa. Tetapi dia tidak salahkan Haziq Arfan kerana dia yang bersalah dalam hal ini.

"Aku rasa aku tak nak makan la. Aku nak masuk kelas balik." Hilang seleranya disebabkan hal tadi. Aqilah hanya menggeleng kepala lalu dia menarik Siti Safea ke meja yang didudukinya tadi.

"Kau kena makan. Kau tu dah la senang sakit kepala. Kalau perut kau kosong, lagi bertambah sakit kepala kau," bebel Aqilah dengan panjang lebar.

"Tapi..."

"Ah... kau. Tak payah mengada-ngada. Makan ni. Aku ada beli nasi lemak untuk kau. Bukan nasi lemak je, air sekali aku beli." Aqilah terus menghulurkan sebungkus nasi lemak dan sirap. Siti Safea hanya tersenyum. Kalau tak makan nanti, kawannya akan membebel. Dia hanya akur sahaja.


____________________________________




HAZIQ Arfan hanya tersengih memandang ke skrin telefonnya. Mesej-mesej daripada Hanna tidak jemu untuk dibacanya. Hanna yang agak manja dan cantik membuatkan Haziq Arfan jatuh cinta kepada Hanna.

Sudah enam bulan mereka menjalani hubungan sebagai kekasih. Hubungan mereka tidak menjadi rahsia di sekolah memandangkan Haziq Arfan merupakan seorang atlet yang dikenali oleh pelajar-pelajar di situ. Manakala, Hanna merupakan anak kepada guru penolong kanan. Sebab itulah mereka dikenali sebagai pasangan paling popular.

Rasydan hanya melihat Haziq Arfan yang tersengih-sengih dengan pandangan yang menjengkelkan. Berbuih dia bercerita tetapi Haziq Arfan lebih tertumpu kepada telefon bimbitnya sahaja. Susah kalau dapat kawan yang tengah angau ni.

"Penat je aku bercerita... bukan dengar pun," keluh Rasydan.

"Wei... Haziq. Aku dengar kau tengking budak perempuan kat kantin tadi. Betul ke?" Tanya Haikal ingin tahu. Budak popular mengamuk, memang berita itu tersebar dengan cepat di sekolah dan menjadi gosip terhangat lagi-lagi dalam kalangan pelajar perempuan.

"Macam mana kau tahu?" tanya Haziq Arfan pelik.

"Lah... kau kan popular. Cepat la cerita pasal kau tersebar."

Haziq Arfan hanya tersenyum. Berbangga pula dengan gelaran itu. Rasa seperti dihargai. Tetapi rasa bangganya bertukar kepada perasaan geram apabila teringat insiden tadi. Mencabar kesabaran betul budak nerd tu!

"Tak ada apa. Ada budak nerd terlanggar aku. Dia tu jalan tak berapa betul. Rabun pun... tengok la orang depan tu. Ni melulu je jalan."

"Lepas tu kau buat apa?" tanya Rasydan. Seperti dapat di agak apa yang berlaku selepas itu. Mesti budak nerd itu dimarahi.

"Aku buat apa lagi... aku tengking la dia."

Rasydan hanya mengeluh. Tepat jangkaannya. Kadang-kadang dia berasa agak tidak puas hati dengan Haziq. Sombong tak bertempat. Tetapi demi menjaga persahabatan yang telah terbina selama lima tahun, dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Hahahaha... kau tak baik la. Siapa budak nerd tu?" tanya Hilman pula yang dari tadi asyik diam sahaja.

"Entah... aku tak ingat nama dia. Safa... Safea... Sofia. Entahlah." Haziq Arfan hanya menjungkitkan bahu. Malas nak ambil tahu orang yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya.

"Budak perempuan yang pakai spek mata hitam besar tu ke. Yang muka dia banyak jerawat tu?" tanya Haikal pula. Haziq Arfan hanya mengangguk malas. Dia membuka telefon bimbitnya semula. Tengok gambar Hanna lagi bagus.

"Wei. Kau mulut tu jaga la sikit. Tak baik wei kau cakap dia macam tu." Rasydan merasakan ayat Haikal semakin melampau. Tak habis-habis sikap body shamming mereka. Haikal pula hanya membuat muka toya.

"Alah... kau tak payah nak baik sangat. Memang betul muka budak tu berjerawat. Geli pulak aku. Tapi kan... aku macam dapat rasa dia suka kau la, Ziq."

Haziq Arfan hanya tersenyum sinis. Kalau betul la perempuan nerd itu suka kepadanya, ingat dia nak hadap sangat. Hanna tetap menjadi pujaan hati sebab dia hanya setia pada yang satu sahaja.

"Kau buat lawak apa ni, Kal? Hanna tu aku nak campak kat mana? Dia tu tak layak la. Tak sanggup aku nak hadap dia hari-hari."

Hilman dan Haikal hanya tergelak. Rasydan pula hanya menggelengkan kepalanya. Penat juga nal nasihat kawan sendiri. Lagipun, Rasydan pelik kenapalah Haziq Arfan seolah-olah sangat jijik dengan Siti Safea? Rasanya perempuan itu tidak ada buat salah apa pun.

Rasydan bangun perlahan-lahan. Dia mahu keluar dari situ. Malas nak melayan otak sewel mereka.

"Kau nak pergi mana ni?" tanya Haikal pelik.

"Aku nak pergi surau. Nak baca Al-Quran kejap. Rasa macam ada aura 'neraka' kat sini." Haziq, Hilman dan Haikal tersentak. Ayat yang sungguh merentap jiwa. Melihat muka kawannya yang masing seperti tercekik biji buah, Rasydan hanya tersenyum kecil lalu terus berlalu dari situ.

ShaDhia

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro