BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SITI Safea menyandar di atas kerusi sambil mengurutkan kepalanya yang sedikit pening. Sudah lama rasanya dia menghadap skrin laptop tersebut. Cermin mata yang terlorot sudah dibetulkan sedikit.

Kerja sekolahnya sudah hampir siap. Dia mahu menenangkan otaknya dahulu kerana sudah lebih satu jam dia memerah otak memikirkan jawapan. Sudahlah soalan yang diberikan oleh cikgunya semuanya susah-susah belaka.

Akhirnya buku latihan Matematik diletakkan di tepi lalu Siti Safea menarik laptop tersebut dengan lebih dekat lagi. Aplikasi Google ditekan. Lalu, dia terus membuka Instagramnya. Pengikutnya tidak ramai. Hanya 200 orang sahaja. Sendu amat!

Perkara pertama yang dia lakukan adalah dengan mencari akaun 'ziqarfan09'. Setiap hari dia akan stalk crushnya itu. Sebab Haziq Arfan selalu memuat naik gambarnya pada setiap minggu. Semuanya gambar akan ditekan button 'love' tersebut kecuali gambar yang ada berkaitan dengan Hanna.

Jumlah pengikut Haziq Arfan di Instagram sudah menjangkau 10 ribu pengikut. Orang popular mestilah banyak pengikut. Satu gambar pun sudah dapat beribu-ribu 'like'.

Siti Safea tersenyum apabila melihat ada gambar baru yang telah dimuatnaik oleh Haziq. Tanpa membuang masa, dia terus mengklik gambar tersebut. Terus sahaja senyumannya mati. Gambar itu dimuat naik kira-kira tiga jam yang lalu.

Hatinya tersangatlah sakit apabila melihat kemesraan dua pasangan tersebut. Mereka saling berpelukan. Nampak serasi sahaja Haziq Arfan dan Hanna di dalam gambar itu. Ya… dia memang tahu bahawa Haziq dan Hanna merupakan pasangan kekasih. Tetapi perasaan cintanya tidak boleh dikawal. Kadang-kadang dia mengutuk juga kebodohannya.

'H ❤ H'
@queenhannadella



Siti Safea mengeluh perlahan. Malas pula mahu membaca komen-komen yang ada. Mesti kebanyakkan mereka mengatakan Haziq dan Hanna adalah pasangan yang sungguh serasi. Seorang diva sekolah dan seorang lagi prince charming.

Siti Safea melangkah perlahan-lahan ke arah cermin. Apabila melihat mukanya yang ditumbuhi pelbagai jerawat di sekitar dahi dan hidungnya membuatkan Siti Safea sungguh sedih. Sudah pelbagai produk dia guna, tetapi hasilnya kurang memberangsangkan. Mungkin dia sedang mengalami ketidakseimbangan hormon.

Sebab itulah, dia tidak ada ramai kawan kerana kebanyakkan pelajar di sekolah tersebut hanya memilih rupa dari akhlak. Tetapi, Siti Safea tidak kisah. Aqilah yang sudi berkawan dengan dia pun sudah rasa bersyukur sangat.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk mematikan lamunannya. Siti Safea segera duduk di atas kerusinya semula sambil berpura-pura mengulangkaji pelajaran.

Tombol pintu bilik dipusing dan kelihatan ada seorang wanita separuh masuk sedang tersenyum memandang Siti Safea.

"Buat apa tu, Saf?" tanya Puan Halimah.

"Tengah buat kerja sekolah. Tapi dah nak siap. Kenapa, mak?"

"Tolong belikan barang-barang  dapur sikit. Ini mak dah senaraikan barangnya." Puan Halimah menghulurkan satu kertas kecil dan dua not RM50. Siti Safea menyambutnya lalu melihat isi kertas tersebut. Ada lapan barang yang perlu dibeli.

"Mak, kalau duit lebih tu Saf guna nak beli air teh ais Pyor, boleh tak?" Siti Safea tersengih-sengih. Puan Halimah hanya mengangguk sahaja. Seusai itu, Siti Safea segera mengambil hoodienya dan tudung sarungnya.

Tidak perlulah untuk melaram sangat. Bukan pergi berjalan pun. Pergi ke kedai saja.




____________________________________



"YOU… kita nak buat apa pergi kedai ni?" rengek Hanna sambil memandang jengkel ke arah kedai runcit kecil tersebut. Macam ada bau-bau busuk dari kedai ini dan menyebabkan Hanna mahu termuntah.

"Mak biy ada suruh beli tepung dengan telur. Jom kita masuk," ajak Haziq Arfan sambil menarik lengan Hanna tetapi Hanna masih lagi berkeras tidak mahu masuk ke kedai runcit tersebut. Dia menghentakkan kakinya tanda memprotes.

"Tak nak la."

Haziq Arfan menggarukan tengkuknya yang tidak gatal. Sudah mati akal mahu memujuk Hanna. Kalau lambat beli barang-barang itu mesti ibunya akan bertanya nanti.

"Kalau macam tu… apa kata Hanna tunggu sini. Biy beli barang sekejap je."

Hanna sudah memuncungkan mulutnya. Dia tak suka. Sangat tak suka. Nak tunggu kat mana pun. Mana ada tempat duduk. Menyebalkan!

"Hish! Mak you tu mengada-ngadalah. Sibuk je nak kacau kita dating. Suruhlah mak you beli sendiri," bentak Hanna. Dia tidak sedar kata-katanya itu telah mengguris hati Haziq. Tapi demi menjaga hati kekasihnya itu, Haziq hanya menelan sahaja.

"Hanna tunggu sini, ya?" pujuk Haziq lagi.

"Yalah… cepat sikit!"

Haziq terus sahaja masuk ke dalam kedai dan terus menuju ke arah rak-rak tepung. Kebetulan, Siti Safea juga berada di rak yang sama, mencari tepung gandum Cap Sauh.

Tiba-tiba, hidungnya terhidu satu bau yang cukup dia kenal. Macam bau minyak wangi Haziq Arfan. Siti Safea menoleh sedikit. Matanya terus terbuntang. Jantungnya sudah berdetak laju.

Haziq betul-betul berada di sebelahnya. Kelihatan dia khusyuk meninjau tepung-tepung yang ada. Tanpa membuang masa, Siti Safea menutup sebahagian mukanya dengan menggunakan topi hoodienya.

Dia tidak mahu Haziq Arfan menengkingnya seperti selalu. Susah betul mahu menjadi seorang perempuan yang bernama Siti Safea ini. Biarlah dia memendam perasaan.

Akhirnya, Haziq Arfan telah jumpa tepung yang dicari. Seusai itu, dia terus membawa barang tersebut ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Siti Safea hanya melihat dari jauh sahaja. Dia dapat melihat kemesraan Haziq dan Hanna.

Cemburu di hati usahlah dikata. Siti Safea cuba menenangkan diri. Menarik dan menghembuskan nafas dengan perlahan.

"Insyaallah... it's gonna be fine," bisiknya perlahan.







____________________________________





SITI Safea mengayuh perlahan-lahan basikalnya sehingga berada betul-betul di hadapan gerai Teh Ais Pyor tersebut. Teh ais itu sangatlah sedap sehingga Siti Safea menjadi ketagih.

Kelihatan ada seorang lelaki muda yang sedang menjaga warung tersebut. Siti Safea terus sahaja memesan dua gelas besar teh ais. Baginya satu tidak cukup. Harganya baru sahaja tiga ringgit.

"Kau Safea, kan?" tegur lelaki itu sambil mengacau teh ais di dalam bekas air tersebut. Setelah betul-betul sebati, lelaki itu mengambil cawan plastik lalu dengan berhati-hati air tersebut dicedok dan dimasukkan  di dalam cawan plastik panjang tersebut.

Siti Safea mengerutkan dahinya. Pelik dengam soalan lelaki ini. Macam mana dia tahu namanya Safea? Sedangkan Safea yakin bahawa mereka tidak pernah bertemu langsung.

"Macam mana awak boleh kenal saya? Saya tak pernah nampak awak sebelum ni."

Lelaki tu hanya tersenyum lalu dia mengambil satu cawan plastik. Teh ais dituangkan ke dalam cawan plastik itu.

"Aku satu sekolah dengan kau. Tapi mungkin kau tak pernah nampak aku, sebab aku jarang ada kat sekolah." Lelaki itu meletakkan dua cawan teh ais tersebut ke dalam plastik cawan dan diselitkan dua penyedut minuman berwarna hitam di dalam plastik tersebut.

"Enam ringgit."

Siti Safea segera menghulurkan not seringgit dan  lima ringgit kepada lelaki itu. Lalu dia mengambil dua cawan besar air tersebut sambil mengucapkan terima kasih.

"Nama penuh kau apa?" tanya lelaki itu lagi.

Siti Safea menggarukan kepalanya tidak gatal. Kenapa pula lelaki ini mahu tahu nama penuhnya pula? Seram!

"Siti Safea."

Lelaki itu tersenyum manis seraya berkata, "Nice name. Aku harap kita jumpa lagi, Siti Safea."

Siti Safea hanya mengangguk. Tidak betah mahu berlama-lama di situ, dia terus mengayuh basikalnya keluar dari situ. Rasa seram apabila lelaki itu asyik memandangnya sahaja.

"Kau tak kenal aku. Tapi aku selalu perhatikan kau, Saf."

ShaDhia

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro