BAB 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"QILAH, kau nak bawak aku pergi ke mana?" tanya Siti Safea yang terkocoh-kocoh mengikuti langkah Aqilah. Aqilah pula hanya tersenyum. Dia terus sahaja menarik tangan Safea.

Beberapa minit kemudian, mereka pun telah sampai di hadapan pintu bilik Kelab Pidato dan Debat. Tidak jauh dari situ, ada terdapat dua orang pelajar perempuan yang sedang duduk di atas meja sambil melayan pertanyaan pelajar-pelajar yang ada di situ. 

"Kita nak buat apa kat sini?" tanya Siti Safea pelik.

"Kau baca banner yang tergantung tu," arah Aqilah sambil menunjukkan banner besar yang tergantung di dinding. Siti Safea membetulkan cermin matanya. Matanya dikecilkan supaya tulisan itu boleh dilihat dengan jelas.







PEMBUKAAN PENYERTAAN KEAHLIAN BARU KELAB PIDATO DAN DEBAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERGAWAN SESI 20__

TARIKH : 18 FEBRUARI 20__ - 20 FEBRUARI 20__

TEMPAT : BILIK PIDATO DAN DEBAT











Siti Safea sudah menelan air liurnya. Jangan cakap Aqilah membawanya ke sini untuk memaksa dirinya menyertai Kelab Pidato dan Debat ini. Sungguh dia tidak mahu. Dia takut dan tidak ada keyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk berpidato dan berdebat.

"Tak… aku tak nak masuk."

Aqilah mengeluh kecil. Dia terus memegang bahu Safea. Hanya kelab ini sahaja yang boleh membantunya mengurangkan gemuruh dan meningkatkan keyakinan dirinya.

"Saf, kau pernah cakap kat aku yang kau teringin nak cuba masuk kelab ni. Come on la. Peluang ada depan mata, Saf. Lagipun, diorang akan ajar kau macam mana nak confident lagi-lagi nak cakap kat orang."

Siti Safea hanya diam. Ya… memang dia angan-angan begitu. Dia amat terpegun pendebat-pendebat apabila berkata-kata. Sangatlah teratur percakapannya. Tidak tergagap.

Bukan macam dia, baru cikgu suruh cakap sikit di depan kelas, mulalah jantungnya berdebar tak tentu hala. Mulalah tangannya berpeluh dan tekaknya berasa loya. Dia merasakan seperti semua memandangnya dengan rasa yang penuh kebencian. Padahal itu hanya permainan perasaan sahaja.

Kadang-kadang terfikir, sampai bila dia mahu berperangai seperti itu. Ini baru zaman sekolah. Belum lagi sampai di zaman universiti yang memerlukan banyak soft skill dalam berkomunikasi di khalayak ramai.

"Aku tak tahu." Siti Safea bersuara perlahan.

"Tak… jawapannya bukan tak tahu. Tapi sekarang ni jawapannya kau kena juga daftar. Kau jangan nak mengada-ngada." Aqilah menarik semula tangan Siti Safea sehingga mereka betul-betul berada di hadapan sebuah meja.

"Wei… aku tak nak…"

"Assalamualaikum, kak."

Dua orang pelajar perempuan tersebut serentak menjawab salam sambil tersenyum manis. Kertas-kertas dan beberapa batang pen disusun dengan rapi.

"Macam ni… kawan saya teringin nak masuk kelab ni. Tapi dia tak tahu nak berdebat semua. She's lack of confident, sis." Sempat lagi dia menjeling Siti Safea yang diam sahaja di sebelahnya.

"Jangan risau. Kami di kelab ni akan ajar awak. Kami akan ajar awak semua macam mana nak cakap depan orang tanpa rasa gemuruh dan yakin. Kalau awak bagi komitmen, insyaallah masalah ini dapat diselesaikan," jelas seorang pelajar perempuan yang memakai baju pengawas berwarna biru.

"Selalu perjumpaan buat hari apa?" tanya Siti Safea pula. Aqilah sudah tersengih-sengih. Tadi beria-ria tak nak, sekarang ini macam berminat pula.

"Kelab ni akan buat perjumpaan hari selasa petang dua minggu sekali. Tapi, kalau siapa yang ada tuisyen ke latihan sukan ke… itu akan dilonggarkan. Lagipun, pengerusi kelab ni tak adalah garang mana. Tegas je."

"So, Saf..."

Semua mata memandang ke arah Siti Safea. Safea sekarang berada dalam keadaan dilema. Takut nanti sudah masuk, akan timbulnya rasa menyesal. Dia tak mahu jadi seperti itu. Dia tidak suka situasi begini.

"Saya tak paksa awak. Tapi rugi tau tak masuk kelab ni. Awak akan dapat ilmu baru. Lagipun, kalau awak ada bakat dalam pendebatan atau pidato, kemungkinan pihak sekolah akan menghantar awak sebagai wakil sekolah ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan ada jugak international punya."

Siti Safea hanya diam sahaja. Lagipun kalau ikutkan tak salah kalau dia mahu mencuba perkara yang baru. Beberapa minit kemudian, Siti Safea sudah membuat satu keputusan. Keputusan yang akan mengubah dirinya nanti.

"Okey. Saya cuba."







_____________________________________










RASYDAN membetulkan nafasnya. Latihan bola sepak selama 30 minit menyebabkan dia rasa termengah-mengah dan dahaga Petang-petang begini, kantin sudah tutup. Jadi, kalau ada pelajar yang mahu membeli minuman, mereka terpaksa membelinya di gerai yang berada di luar pagar sekolah.

"Pak cik, nak teh 'O' ais satu," pesan Rasydan. Pak cik itu pun hanya mengangguk dan mengambil satu cawan plastik panjang. Air teh tersebut dicedok lalu dituangkan ke dalam cawan tersebut.

Sementara menunggu minumannya dibungkus, Rasydan hanya memerhatikan kawasan sekeliling. Bukan gerai minuman sahaja yang ada, ada juga gerai kuih-muih dan ayam goreng. Ada beberapa orang pelajar sedang berkerumun di gerai tersebut.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah perempuan yang sedang berjalan menuju ke sini. Senyuman Rasydan terbit di bibir. Entahlah… dia suka memerhatikan Aqilah kerana baginya ada sesuatu menarik tentang budak itu.

"Aqilah…" tegur Rasydan sambil melambai tangannya. Macam budak terencat akal pun ada.

Aqilah sudah mengeluh kasar. Budak sewel ni lagi. Aqilah hanya meneruskan langkahnya sehingga betul-betul berada di hadapan meja gerai minuman tersebut. Teguran Rasydan tadi dianggap tidak wujud. Malas nak layan.

"Pak cik… nak air kelapa dua."

"Banyaknya dua. Untuk kau seorang?" tanya Rasydan.

"Hish! Jangan nak sibuk la. Suka hati la nak beli banyak mana pun," balas Aqilah dengan nada yang bengang. Suka sangat mempersoalkan apa yang dia beli.

"Sikit-sikit nak marah. Nasib baik comel."

Aqilah memandang sekilas ke arah Rasydan yang masih lagi tunak memandangnya. Dengan pakej senyuman yang boleh mencairkan hati wanita sekarang ini. Terus sahaja dia memberi jelingan tajam.

"Kenapa tak balik lagi? Dah pukul tiga ni."

"Kelas tambahan." Hanya sepatah sahaja dijawab oleh Aqilah.

Rasanya hari ini adalah hari malang bagi Aqilah kerana dia amat tidak suka kalau terserempak dengan Rasydan. Rasydan selalu mengusiknya. Apa yang paling menjengkelkan, lelaki itu selalu menyanyikan lagu yang bertajuk 'Aqilah' di kelasnya dengan suara yang kuat.

"Belajar elok-elok tau. Jangan tidur pulak nanti. Takut mimpikan aku pulak."

"Ewww… tak ada masa aku nak mimpikan kau."

Rasydan sudah membuat mimik muka simpati. Jijik sangat ke dirinya sampai masuk dalam mimpi budak ini.

"Sampai hati. It's break my heart." Rasydan menggenggam tangannya lalu diletakkam di atas dada seolah-olah jantungnya sakit. Pak cik yang menjual air tersebut ketawa kecil. Macam tengok drama saja.

"Jangan nak mengadalah! Cubit karang!" marah Aqilah. Dasar lelaki sewel. Malas nak layan tapi Rasydan ini kalau tidak dilayan lagi dia mahu mendekat. Rasa nahu mencubit telinga lelaki itu tapi dia tahu batasnya. Geram sangat!

Melihat dua cawan air yang sudah siap dibungkus, Aqilah terus sahaja mengeluarkan not lima ringgit untuk melakukan pembayaran. Baru saja dia menghulurkan duit tersebut, tiba-tiba Rasydan bersuara, "Jangan ambil duit dia, pak cik. Saya bayar semua."

"Tak apa, pak cik. Saya bayar." Aqilah tetap menghulurkan duit itu

"Jangan pak cik. Ambil duit saya." Rasydan bertegas juga dan membuatkan pak cik tu pening nak ambil duit yang mana. Kasihan sungguh!

"Macam ni la, saya ambil duit kamu. Lagipun, rezeki tu ada orang belanja. Takkan nak tolak rezeki. Iya?" seloroh pak cik itu sambil ketawa.

"Betul sangat." Sempat lagi Rasydan menjeling Aqilah yang tampaknya tidak berpuas hati. Aqilah hanya diam sahaja sambil tersenyum plastik. Bukan apa… dia tak nak terhutang budi.

Setelah selesai melakukan pembayaran, mereka bersama-sama masuk ke dalam kawasan sekolah semula. Lagi 10 minit kelas tambahannya akan bermula.

"Terima kasih bayarkan. Tapi aku tak nak berhutang. Lepas kelas nanti, aku bayar." Aqilah menyedut air kelapa itu dan membuatkan tekaknya menjadi sejuk. Sedap!

"Tak payah. Aku ikhlas."

"Tapi…" Belum sempat Aqilah mahu bercakap tiba-tiba sahaja ada seseorang yang memanggil Rasydan dari jauh.

"Okeylah… aku ada training. Kau jangan nak mengada bayar duit tu. Tu aku memang nak belanja. Kalau kau degil juga, aku akan jerit nama kau kat dataran perhimpunan nanti."

Aqilah mendengus kasar. Asyik nak mengugut saja. Tampar nanti baru tahu!











ShaDhia

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro