BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAZIQ Arfan masuk ke dalam kelas untuk mengambil begnya. Petang ini, dia terpaksa menghadiri latihan. Kejohanan sukan antara daerah lagi beberapa minggu sahaja lagi. Sebab itulah Haziq Arfan agak sibuk dan tidak sempat untuk berdating dengan Hanna.

Kadang-kadang dia berasa bersalah kerana banyak kali dia menolak ajakan Hanna untuk keluar bersama. Sudahlah Hanna kuat merajuk. Jadi, untuk memujuk kekasih hatinya, Haziq Arfan akan menghadiahkan tudung atau alatan yang solek yang sedikit mahal harganya. Tetapi dia tidak kisah akan semua itu kerana dia sangat sayangkan Hanna.

Semasa dia mengemas segala peralatan sekolahnya, tiba-tiba dia ternampak ada sesuatu di bawah meja. Haziq terus sahaja mengerutkan keningnya dan memasukkan tangan ke dalam meja tersebut lalu mengeluarkan barang tersebut.

Ada coklat berjenama Cadbury. Siapa pula yang memberikan coklat ini? Haziq Arfan membelek coklat itu dan dia perasan ada secebis kertas yang telah diletakkan di Cadbury tersebut.





Semoga hidup awak semanis coklat ini. - SS



"Apa benda ni?" tanya Haziq Arfan dengan nada yang jengkel. Sudah lama dia tidak dapat hadiah begini sejak dia bercinta dengan Hanna. Rasa nak buang sahaja dalam tong sampah tetapi macam kasihan pula. Akhirnya, Haziq Arfan memasukkan cokalt itu di dalm beg sekolahnya juga.

Tanpa dia sedari, ada seseorang yang melihatnya di sebalik pintu kelasnya. Siti Safea hanya tersenyum apabila Haziq Arfan menyimpan coklatnya di dalam beg. Maknanya, Haziq menerima hadiah coklatnya itu.

Biarlah identiti pemberi coklat itu  menjadi rahsia. Dia tak mahu dirinya diejek atau dimaki jika Haziq tahu siapa pemberi sebenar coklat itu. Jika Haziq menerima pemberian itu pun dia sudah bersyukur sangat.

Apabila Haziq sudah keluar dari kelasnya, Siti Safea terus keluar dari tempat persembunyiannya. Dia hanya dapat melihat Haziq yang sedang menuju je padang dari jauh sahaja. Akhirnya, Siti Safea mengeluh kecil. Penatlah menjadi peminat rahsia ini. Sakit kalau kita mencintai seseorang itu dalam diam.

Sangat sakit!



_____________________________________

"HISH! Menyampah pulak tengok Haziq ni. Asyik training je," dengus Hanna sambil bermain ekor tudungnya. Disebabkan Haziq terlampau sibuk dengan latihan atletnya, Hanna seperti rasa terabai pula. Mereka bukan seperti pasangan yang bukan bercinta sahaja.

Sarah hanya menggeleng kepala sahaja. Kadang-kadang dia tidak faham dengan perangai Hanna. Asyik nak merungut saja. Sudah terang Haziq sangat setia dan sayangkan Hanna tapi perempuan itu seperti tidak bersyukur. Kadang-kadang dia berasa kasihan juga melihat Haziq yang terpaksa melayan karenah Hanna yang gedik itu.

Sekarang ini, mereka berada di Kafe Starbuck. Hanna yang beria-ria mengajaknya ke restoran itu. Sebenarnya, dia tidak mahu makan di kafe itu kerana harganya yang agak mahal juga. Jadinya, hanya Hanna seorang yang memesan minuman.

"Kau kenalah faham. Haziq tu kan atlet sekolah. Dia punya game pun dah nak dekat."

Hanna mendegus kasar. Rasa menyampah pula ada orang yang membela Haziq itu. Kadang-kadang dia berasa rimas. Haziq lebih mementingkan ibunya dari dirinya sendiri. Baik tak payah bercinta kalau begitu!

"Aku macam boring dengan dia," luah Hanna sambil menyedut air minumannya.

Sarah pula sudah terkedu. Takkan disebabkan Haziq sedang sibuk dengan komitmennya, perempuan ini senang-senang saja mahu minta putus. Tidak patut Hanna buat begitu. Kasihan pula Haziq.

"Takkan kau nak minta clash dengan dia? Bukan dulu kau cakap kau memang sayang kat dia ke? Apa masalah kau sebenarnya, Hanna? Kau tak baik mempermainkan perasaan orang. Kau tak kesian ke tengok Haziq tu?" bebel Sarah. Memang susah untuk menasihati seorang Hanna. Memang perempuan ini sangat mementingkan dirinya sendiri sahaja.

Hanna hanya membuat muka toya sambil menutup telinganya. Bebelan Sarah sangatlah menjengkelkan. Dia ada hak untuk menentukan hidupnya.

"Okey, Sarah. Whatever it is… aku tetap rasa bosan dengan dia. You know what, Sarah… dia pernah bagi aku tudung yang jual kat pasar malam je. Not class! Aku nak tudung Naelofar or Duck. Bukannya tudung ciplak. Dia tak faham taste aku. Haziq Arfan mana faham aku."

Sarah hanya menggelengkan kepala perlahan. Nampak sangat Hanna materialistik. Suka mengambil kesempatan. Rasanya tudung-tudung itu semua bukan guna duitnya.

"Entah la, Hanna. Kalau aku cakap pun. Kau bukannya dengar." Sarah hanya mengalah sahaja. Hanna hanya mencebik. Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu melakukan aktiviti hariannya iaitu selfie.

'Kau sekarang memang tengah seronok sekarang, Hanna. Kau lupa balasan Allah tu ada.' Kata-kata itu hanya terungkap di hati Sarah sahaja.

"Hanna," tegur seseorang.

Sarah dan Hanna serentak memandang ke arah gerangan itu. Kelihatan ada seorang lelaki yang tersenyum manis memakai jaket kulit dan memegang sebuah helmet.

Hanna terus sahaja terkedu dan lama kelamaan dia tersenyum. Tak sangka pula dia boleh berjumpa dengan lelaki ini.

"Amar, what are you doing here?"

"Saja masuk sini sebab nak jumpa you, Hanna."

Sarah sudah menggarukan kepalanya. Siapa pula lelaki ini? Tidak pernah dia kenal atau jumpa lelaki yang bernama Amar ini. Amar dan Hanna hanya berborak tanpa memperdulikan kewujudan Sarah di situ. Akhirnya, Sarah hanya membiarkan sahaja. Dia hanya bermain telefon bimbitnya.

"Sarah, kau nanti balik guna Grab je la. Aku dengan Amar ada hal kejap." Hanna sudah berdiri dan memegang lengan Amar.

"Kau nak pergi mana pulak?" Suka sangat tinggal kawan sendiri yang membuatkan Sarah geram akan perangai Hanna itu.

"Kau tak payah la sibuk. Apa-apa nanti aku call kau." Belum sempat Sarah bersuara, Hanna terus menarik Amar keluar dari kafe itu. Sarah hanya mengeluh perlahan. Harap perangai Hanna akan berubah nanti.


______________________________________










SITI Safea terkocoh menuju ke bilik Kelab Pidato dan Debat. Lagi lima minit sahaja perjumpaan mereka akan bermula. Apabila sampai di hadapan pintu bilik itu, Siti Safea dapat melihat banyak kasut sudah tersusun. Ini bermakna sudah ramai ahli baru di dalam bilik itu.

Siti Safea membuka pintu. Kelihatan sudah ramai pelajar yang sudah duduk di kerusi masing-masing. Siti Safea mengambil tempat yang paling hujung iaitu berdekatan dengan kipas.

Kelihatan ada beberapa pelajar sedang berbincang di bahagian hadapan. Mungkin itu adalah ahli jawatankuasa tertinggi kelab pidato dan debat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bergawan.

"Okey, semua. Minta perhatian!"

Suasana yang sebentar tadi hingar-bingar bertukar menjadi senyap. Hanya bunyi kipas sahaja yang didengar. Siti Safea sudah berdebar-debar. Tidak tahulah apa yang dia takutkam sangat.

"Pertama sekali, saya nak ucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi masuk ke kelab pidato dan debat. Sebelum itu, saya memperkenalkan diri saya bagi sesiapa yang tak kenal. Nama diberi Nurul Syazrina. Boleh panggil Rina. Saya merupakan Naib pengerusi untuk kelab ini. Saya juga merupakan pendebat untuk kategori Bahasa Inggeris."

Pelajar yang lain hanya diam sahaja mendengar taklimat yang diberikan oleh Rina. Apa yang Siti Safea dapat simpulkan sekolah ini menghantar pasukan debat dan pidato dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Ahli baru akan dipecahkan kepada tiga kumpulan mengikut kategori tersebut berdasarkan borang yang telah diisi melalui atas talian ataupun manual. Siti Safea sudah tentu memilih kategori Bahasa Melayu kerana dia sangat lemah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Apatah lagi mahu berdebat. Berbelit lidah nanti.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang baru masuk ke dalam bilik kelab tersebut. Terus sahaja Siti Safea terkaku dan terkedu. Hatinya sudah berdebar hebat. Bukankah orang itu merupakan lelaki yang pernah menjual teh ais Pyor beberapa minggu lepas? Mana nak sorok ini?

"Sampai pun orang yang kita dah lama tunggu. Saya memperkenalkan pengerusi untuk Kelab Pidato dan Debat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bergawan. Mohd Azrin bin Syamsul. Dia ni dianggap sifu juga kerana sudah memenangi pendebat terbaik dalam pertandingan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan."

Semua sungguh teruja dan menepuk tangan apabila mendengar kejayaan yang amat membanggakan itu. Kecuali Siti Safea yang hanya diam sahaja sambil menundukkan mukanya. Siti Safea memandang semula ke hadapan dan ternyata lelaki yang bernama Azrin itu tersenyum memandang ke arahnya.

Siti Safea terkedu dan terus mengalihkan pandangannya. Nampak sangat Azrin kenal dia. Sekarang ini, Siti Safea sudah rasa menyesal untuk masuk ke kelab ini. Patutkah dia meneruskan atau menarik diri sahaja dari kelab ini? Dia buntu.

ShaDhia

Bersambung…


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro