BAB 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SITI Safea mengerling jam tangannya buat kesekian kalinya. Lagi 15 minit sebelum pukul 12 tengah hari. Buku Matematik dikerling. Sebenarnya dia tidak ada mood untuk belajar lagi. Pukul dua petang, dia sudah berjanji dengan Azrin untuk berjumpa.

Haziq yang sedang sibuk bermain dengan telefonnya dikerling sekilas. Siti Safea menongkat dagunya. Kenapa dia mudah terpesona melihat lelaki itu? Warna kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Sawo matang. Jawline mukanya sangat mengancam. Hidungnya tidaklah mancung tetapi masih cantik lagi untuk dipandang. Akhirnya, Siti Safea mengeluh perlahan. Realitinya lelaki itu tidak suka dengannya. Terimalah hakikat itu.

"Kenapa?" tanya Haziq tiba-tiba. Siti Safea tersentak. 

"Ke… kenapa apa?"

Haziq menjongketkan keningnya. Dia mendengar gadis itu mengeluh walaupun perlahan. Mungkin ada masalah dengan soalan Matematik itu. Sebab itulah Haziq bertanya.

"Kau mengeluh. Ada apa-apa soalan Math yang kau tak faham ke?" tanya Haziq lagi serius. Siti Safea tersenyum lalu menggeleng. Bukan masalah soalan Matematik tapi masalah hatinya yang degil mencintai seseorang yang bukannya suka dengan dirinya.

"Latihan yang aku suruh buat tadi, dah siap?"

"Dah." Siti Safea terus menolak perlahan buku Matematik itu di hadapan Haziq. Haziq perasan juga gadis ini seperti gelisah dan terburu-buru. Asyik tengok jam sahaja. Pada mulanya dia menghiraukan saja. Bukannya urusan dia tetapi makin lama pelbagai pertanyaan yang timbul di benaknya.

Haziq terus sahaja mengambil pen merah lalu membuka penutupnya. Soalan dan jawapan diteliti satu persatu. Siti Safea hanya menunggu dengan sedikit berdebar-debar. Melihat kening Haziq berkerut-kerut membuatkan Siti Safea semakin risau.

Setelah tiga minit berlalu lalu, Haziq terus memberikan semula buku itu kepada Siti Safea. Matanya tunak memandang gadis itu seraya berkata, "Aku rasa kau dah boleh faham topik ni. Sebab latihan yang kau buat semua betul. Dua minggu depan exam awal tahun, kan?"

Siti Safea hanya menggangguk. Walaupun peperiksaan itu tidaklah penting seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun tetapi markah itu boleh menjadi penanda aras untuk melihat markahnya dalam subjek Matematik.

"Aku harap kau buat betul-betul ujian akan datang," kata sambil meneguk sedikit air sejuk. Siti Safea terpaku. Tiba-tiba hatinya rasa berdebar. Adakah Haziq mengambil berat tentangnya? Kalau betul sangkaannya, hari ini merupakan hari paling gembira buat gadis itu.

"Terima kasih," ucap Siti Safea perlahan. Haziq terus menjongketkan keningnya.

"Kenapa?"

"Se… sebab awak bagi kata-kata semangat kat saya."

Terus sahaja Haziq ketawa terbahak-bahak. Siti Safea hanya diam sahaja. Apa yang lawak? Dia mengucapkan terima kasih sahaja. Bukan buat apa-apa gurauan.

"Kau perasan apa, perempuan? Aku bagi kata-kata semangat kat kau? Kau ni gila ke apa?"

"Ha.. Habis tu?" tanya Siti Safea.

"Aku cakap macam tu sebab nanti kalau kau dapat markah tinggi dalam Math, aku tak adalah nak hadap muka kau lagi. Aku tak adalah nak buat tutor untuk kau lagi, faham?"

Siti Safea terkesima. Dia terkedu. Tidak tahu mahu membalas apa. Sangkaannya tidak benar sama sekali. Ya... dia terlalu bodoh. Bodoh untuk mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Haziq Arfan tidak pernah pun mengambil berat tentang dirinya kerana dia bukan siapa-siapa.

"Haah… be… betul jugak cakap awak. Saya perasan pulak. A… awak tak pernah pun suka saya. Apalah saya ni…" Siti Safea ketawa perlahan. Ketawa yang menutupi rasa sakit hatinya. Haziq Arfan tersentak. Mendengar getaran suara dari gadis itu membuatkan tiba-tiba sahaja dia rasa bersalah.

Tiba-tiba, telefon pintar Siti Safea berbunyi. Dia segera melihat skrin. Ternyata nama 'Azrin' muncul di skrin. Dia mahu menjawab panggilan itu tetapi sekarang dia sedang ada di dalam tutor. Akhirmya Siti Safea menutup telefon pintarnya terus.

"Kenapa kau tak jawab. Siapa call kau?" tanya Haziq ingin tahu.

"Ermm… kawan." Siti Safea terus mengemas segala alat tulis dan buku-buku latihan di dalam begnya. Jam tangan dikerling sekilas. Sudah pukul 12 tengah hari. Sudah tiba masanya untuk dia pulang ke rumah. Lagipun, dia tidak betah untuk berlama-lama di situ. Sejujurnya, dia agak 'terasa' dengan kata-kata lancang lelaki itu.

Haziq Arfan hanya diam sahaja. Dia mahu bertanya satu soalan lagi, tetapi melihat gadis itu seperti tergesa-gesa akhirnya dia pun membatalkan hasrat tersebut.







SITI Safea hanya melihat pemandangan di luar van tersebut. Sekarang ini, Siti Safea bersama dengan Aqilah, Azrin dan seorang lelaki tua dalam van tersebut. Dia pun tidak tahu mereka mahu menuju ke mana. Tetapi apabila melihat meja lipat, payung dan beberapa bekas air yang besar, Siti Safea mengagak bahawa lelaki tua itu merupakan penjual air di gerai-gerai kecil.

"Wei… kawan kau tu nak bawak kita ke mana?" bisik Aqilah. Siti Safea hanya menjongkitkan bahunya tanda tidak tahu. Aqilah mendengus perlahan. Macam mana pula kawannya tidak tahu sedangkan Azrin yang mengajaknya?

"Kau biar betul?" tanya Aqilah tidak percaya. Tetapi nada suaranya sedikit tinggi dan membuatkan Siti Safea terus menekup mulut Aqilah.

"Yang kat belakang, okey ke tu?" tegur pak cik tersebut.

Siti Safea dan Aqilah hanya tersengih sahaja seraya berkata, "Okey, pak cik."

Keadaan menjadi sunyi semula. Aqilah pula sudah menjengilkan matanya. Terkejut apabila tiba-tiba sahaja kawannya menutup mulutnya. Siti Safea hanya tersengih-sengih. Dia tidak sengaja.










AZRIN terus meletakkan dua bungkus air dan penyedut minuman di dalam plastik lalu dihulurkan kepada pelanggan tersebut sambil tersenyum mesra.

"Terima kasih, kak. Datang lagi." Seusai itu, Azrin pun mengemas sedikit beberapa cawan plastik dan mengelap meja yang sedikit basah. Memang hari ini ramai betul pelanggan datang singgah ke sini. Tidak menang tangan. Nasib baik ada Safea dan Aqilah yang menolong juga.

"Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?" tanya Siti Safea menghampiri Azrin. Azrin pula hanya menggeleng sahaja. Setakat ini tak ada apa-apa kerja.

"Aku nak tanya kau, kau memang cepat gelabah ke? tanya Azrin sambil meletakkan beberapa bungkusan plastik di dalam bakul yang telah disediakan. Siti Safea terkedu. Malu pula hendak mengaku perangai buruknya yang satu itu. Macam manalah Azrin boleh perasan. Akhirnya dia mengangguk perlahan.

"Tadi masa kau layan customer tadi, apa perasaan kau?" tanya Azrin lagi.

"Mula-mula tu memang saya nervous. Sebab saya tak pernah pun tolong orang berniaga macam ni. Saya malu nak cakap dengan orang. Lama-lama macam tu, saya dah biasa. Dah tak nervous macam mula-mula tadi."

Azrin mengangguk perlahan. Nampaknya, rancangan  pertamanya sudah berjaya. Rancangan untuk menolong gadis itu keluar daripada sifat penakut dan pemalu yang tidak bertempat. Dia yakin gadis ini boleh lakukan yang terbaik untuk debat nanti. Cuma perlukan masa untuk biasakan diri.

"Baguslah kalau macam tu. Nampaknya plan aku dah berjaya." Siti Safea mengerutkan dahinya. Rancangan apa pula?

"Hah? Plan apa?"

"Aku bawak kau kat sini sebab aku saja je nak tengok kau layan customer macam mana. Dari situ, kau boleh improve cara kau berkomunikasi dengan orang. Aku buat macam tu sebab aku nak kau confident. Tu yang paling penting. Lagi-lagi dalam debat nanti," ujar Azrin dengan panjamg lebar. Siti Safea pula hanya mengangguk perlahan.

"Lagipun, kau dengan Amani bolehlah cari duit poket sikit. Tolong aku dengan Pak Samad jual air dengan kuih. Dapatlah jugak RM30 sehari. Kalau kau nak la." Azrin hanya tersenyum sahaja. Harap gadis itu terima tawaran ini.

"Boleh! Lagipun berniaga macam ni best jugak," ujar Siti Safea teruja. Tanpa sedar, Azrin menghembuskan nafas kelegaan lalu tersenyum manis. Nampaknya, mereka akan selalu berjumpa. Belum sempat Siti Safea berkata sesuatu, tiba-tiba ada seseorang memanggil namanya.

"Safea, tolong pak cik buang sampah ni kejap dekat hujung sana tu," arah Pak Samad yang sedang mengemas beberapa barang ke dalam bonet vannya. Siti Safea hanya akur sahaja lalu dia pun mengambil sebungkus plastik sampah.

"Nak aku teman tak?" tanya Amani. Pada mulanya Siti Safea menggeleng. Tetapi Pak Samad menyuruh Amani menemani Siti Safea. Walaupun tempat pembuangan sampah itu tidaklah jauh dari tapak perniagaannya tetapi untuk keselamatan biarlah gadis itu ditemani oleh kawannya.



SITI Safea terus mencampakkan beg sampah tersebut. Tangannya terasa kotor dan dia mahu pergi ke tandas awam untuk mencuci tangan. Entah macam mana, tiba-tiba sahaja matanya tertancap ke arah seseorang yang dia sangat kenali. Terus sahaja Siti Safea menarik Aqilah menyorok di belakang sebuah kereta Waja berwarna merah.

"Kau kenapa ni?" marah Aqilah. Siti Safea hanya mengendahkan sahaja. Fokusnya sekarang ini tertumpu kepada pasangan berpelukan itu iaitu Hanna dan lelaki yang dia tidak kenali sedang berpelukan.

"Qilah, kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang ni?" tanya Siti Safea. Tiba-tiba sahaja dia menjadi gementar. Takut bercampur geram. Perasaannya bercampur baur sekarang ini. Adakah Hanna curang? Haziq tahu ke semua ini? Pelbagai persoalan yang muncul di benaknya.

Aqilah pula hanya melihat sahaja adegan berpelukan tersebut tanpa apa-apa reaksi. Dia sudah tahu kesemuanya. Dia tidak mahu kecoh sahaja. Lagipun Rashdan ada juga suruh merahsiakan hal ini dahulu.

"Aku dah tau semuanya. Dua kali aku jumpa Hanna dengan jantan tu. And yes… dia curang dengan Haziq," ujar Aqilah dengan tenang. Terus sahaja Siti Safea menekup mulutnya. Kebenaran yang tidak disangka-sangka. Patutkah dia memberitahu Haziq tentang ini ataupun membiarkan sahaja? Siti Safea benar-benar buntu.



ShaDhia

Bersambung…

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro