BAB 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


AQILAH terus sahaja menjamu selera mi goreng tersebut dengan lahapnya. Dia tidak sempat menjamu apa-apa makanan untuk sarapan tadi. Siti Safea pula hanya termenung sahaja. Dia asyik memikirkan kejadian dua hari yang lepas.

Dari kejauhan, Siti Safea melihat Haziq Arfan yang bergelak tawa dengan Hanna. Dia mengepal penumbuknya. Ternyata Hanna berpura-pura. Rasa menyirap sahaja melihat perangai Hanna yang tidak ubah seperti perempuan munafiq. Rasa mahu sahaja dia memberitahu hal itu kepada Haziq.  Siti Safea cuba menahan sabar.

"Kenapa tak makan nasi tu? Membazir je," tegur Aqilah. Nasi lemak tersebut tidak diusik. Aqilah perasan juga mata Siti Safea asyik merenung pasangan sejoli itu. Lalu dia pun menggeleng perlahan.

"Makan, Saf. Nanti kau tak makan, kepala kau sakit. Tak payah nak fikir pasal benda dua hari lepas tu. Baik fikir pasal debat kau tu." Aqilah menghirup sedikit air milonya. Siti Safea hanya mengeluh. Dia tidak boleh melupakan hal itu. Kasihan Haziq, tidak sedar hatinya dipermainkan.

"Aku tak ada selera la," ujar Siti Safea perlahan. Tiba-tiba sahaja perutnya sudah kenyang. Lagi tidak berselera apabila tangan pasangan sejoli itu bertaut merah. Cemburu? Ya… Siti Safea cemburu tetapi dia tidak boleh melakukan apa-apa.

"Saf, kau jangan nak mengada-ngada. Makan! Kalau tak… aku bagitahu ibu kau." Aqilah terus sahaja menolak pinggan tersebut betul di hadapan Siti Safea. Gadis itu hanya menggeleng. Dia memang benar-benar tidak ada selera.

"Makan, Saf. Meh sini aku suap." Aqilah terus mengambil sudu di dalam pinggan. Tetapi Siti Safea sudah menahan tangannya. Dia boleh melakukannya sendiri. Asyik nak ugut saja.

"Kalau kau tak nak Aqilah suapkan, aku pun boleh tolong suap kau sekali."

Tiba-tiba sahaja Siti Safea dapat merasakan ada seseorang yang duduk di sebelahnya. Siti Safea menoleh. Kelihatan Azrin sedang tersenyum ke arahnya. Tidak berkelip dia memandang lelaki itu. Azrin hanya tersenyum manis. Terus sahaja keadaan di meja tersebut menjadi senyap.

"Kenapa senyap? Aku ada salah cakap ke?" Azrin bertanya dengan riak muka yang pelik. Serentak Aqilah dan Siti Safea menggeleng. Siti Safea pula hanya menikmati saja nasi lemak tersebut. Amani pula sudah mengangkat kening mengusik kawannya itu. Kenapalah dia melihat Siti Safea dan Azrin seperti serasi sahaja?

Pada mulanya keadaan menjadi canggung tetapi lama kelamaan, Siti Safea dan Azrin bersembang dengan begitu selesa. Begitu juga dengan Amani. Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang memandang tajam ke arah mereka.

Haziq hanya mengetap bibirnya. Apa hubungan perempuan rabun itu dengan musuh sejatinya? Ya..  Azrin merupakan musuhnya. Disebabkan satu peristiwa membuatkan dia sangat membenci Azrin. Peristiwa itu disimpan kemas. Hanya Rasydan sahaja yang tahu.

"You… nanti temankan I beli barang makeup. Faundation I dah habis. Lepas tu… I punya maskara dah kering," adu Hanna. Tetapi Haziq hanya diam sahaja. Matanya masih fokus melihat perempuan rabun itu yang bergelak ketawa. Apa yang mereka bualkan itu?

"You… I cakap dengan you ni. You dengar tak?" jerit Hanna sambil menggoyang-goyang lengan Haziq dengan kuat. Haziq tersentak lalu dia memandang Hanna, cinta hatinya.

"Biy dengar." Seusai itu, dia pun meneguk teh aisnya. Matanya sekali lagi memandang Siti Safea semula. Lalu dia memicitkan kepalanya. Kenapa dia perlu marah apabila melihat perempuan berjerawat itu dengan lelaki lain? Padahal perempuan itu tidak ada kena mengena langsung dalam hidupnya.

Hanna terus memeluk lengannya. Hari ini dia perasan Haziq terlampau diam. Perangainya semakin pelik. Takkanlah Haziq ada perempuan lain? Tak mungkin sebab dia kenal Haziq itu tidak akan berpaling darinya.

"You… nanti I nak beli kasut sandal yang baru. I punya sandal yang lama tu dah buruk." Haziq pula hanya mengangguk sahaja. Dia mengerling semula ke arah Siti Safea. Nampaknya mereka masih lagi ada di meja. Tiba-tiba, pandangan Haziq dan Siti Safea bersatu. Serentak kedua-duanya mengalih pandangan. Siti Safea terus sahaja meminta diri untuk ke tandas. Haziq hanya diam sahaja. Dia memegang dadanya. Jantungnya sangat berdebar-debar.








HILMAN berjalan dengan santai menuju ke kelas. Jam tangannya dikerling. Sudah pukul tiga petang. Mesti kebanyakkan pelajar sudah pulang ke rumah. Ada beberapa kerat sahaja pelajar-pelajar masih ada di sekolah.

Tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang gadis yang sangat dia kenali. Dia berasa pelik dan tertanya-tanya, kenapa Siti Safea masuk ke dalam kelasnya. Akhirnya Hilman membuat keputusan untuk mengintai kelakuan gadis itu. Ada sesuatu yang tidak kena.

Siti Safea pula masuk ke dalam kelas tersebut lalu terus sahaja meletakkan beberapa lolipop dan coklat di bawah meja Haziq Arfan. Surat pula dilipat sehingga menjadi lipatan yang kecil. Lalu diletakkan di bawah meja juga. Sekali lagi matanya melilau sekeliling. Seperti ada orang di kelas ini.

Seusai itu, Siti Safea terus sahaja keluar dari kelas itu. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Lagipun ada terdengar derapan kaki menghampiri kelas tersebut. Tanpa membuang masa, Siti Safea keluar dari kelas itu semula. Dia tidak mahu ada orang tahu perbuatannya itu. Biarlah ia menjadi rahsia.

Setelah Siti Safea sudah melangkah jauh, Hilman terua keluar dari tempat persembunyiannya. Dia terus menuju ke arah meja Haziq. Lalu tangannya diseluk lalu mengeluarkan barang-barang tersebut. Hilman mengerutkan dahinya. Kenapa budak nerd itu memberikan coklat dan lolipop ini kepada Haziq? Apa yang budak nerd itu rancangkan?

Hilman tertarik untuk membaca lipatan surat kecil. Tanpa rasa bersalah, dia pun membuka surat tersebut. Ayat-ayat yang ditulis di dalam kertas tersebut dibaca dengan teliti.




I never ever thought I like you this so much and i never planned to have you on my mind this often - SS







Nampaknya Siti Safea memang menyukai Haziq Arfan dalam diam. Jadi selama ini, yang menghantar coklat dan lolipop adalah budak rabun itu. Tidak sangka perangai Siti Safea sebegitu. Patutlah Haziq Arfan selalu menceritakan dia dapat pelbagai hadiah dari seseorang. Tiba-tiba sahaja Hilman tersenyum sinis.

"Perangai kau ni buruk macam muka kau, Safea. Ada hati nak try Haziq. Kau ingat Haziq pandang kau ke?" cela Hilman sambil tersenyum sinis.

"Ini… kalau aku bagitahu Hanna, agak-agak apa yang jadi?" Akhirnya Hilman tersenyum sinis. Pelbagai perancangan yang telah diaturkan untuk memalukan budak rabun itu. Rahsia Siti Safea sudah ada di tangan. Tinggal nak bongkarkan saja.




ENCIK Sharifuddin terus sahaja keluar dari tempat persembunyiannya. Tangannya sudah menggeletar. Baru sahaja dia ternampak kumpulan Ah Chai sedang lalu di kawasan itu. Maknanya mereka sudah ada berdekatan di sini. Encik Sharifuddin terus sahaja meraup mukanya dengan kasar. Mana dia nak lari selepas ini?

Di rumah isterinyalah tempat paling selamat. Sudahlah makan dan pakai mencukupi. Semua isterinya yang tanggung. Hanya goyang kaki sahaja. Encik Sharifuddin menyeluk di poket seluarnya. Ada beberapa picagari dan getah di dalam poketnya. Dia mahu 'barang' itu. Sudah beberapa hari Encik Sharifuddin tidak tidur kerana tidak mendapat 'barang' tersebut.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah seorang nenek tua yang memakai rantai dan gelang emas sedang melintas jalan. Akhirnya dia mendapat satu idea. Idea yang boleh membuatkan dia mendapatkan duit dengan cepat.

Tanpa membuang masa dia pun berlari menerpa ke arah nenek tua tersebut. Dengan sekilas pentas, Encik Sharifuddin terus sahaja merampas beg tangan nenek tua tersebut lalu dia pun berlari membawa beg tersebut jauh dari situ.

Nenek tersebut sudah terjatuh meniarap lalu dia menjerit meminta tolong. Encik Sharifuddin terus tersenyum sinis. Kalau dengan meragut, dia boleh mendapatkan wang yang banyak untuk membeli 'barang' tersebut, Encik Sharifuddin sanggup.

ShaDhia

Bersambung...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro