BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"STOP!" tengking Rina sambil mencerlung ke arah Siti Safea yang sedang menunduk. Keadaan di bilik kelab debat tersebut terus menjadi senyap seketika. Hanya bunyi kipas siling sahaja yang berbunyi. Siti Safea sudah gementar. Salahkah dia membentangkan hujah tadi?

"Apa yang kau mengarut ni, Safea? Kenapa hujah kau macam ni?" tengking Rina. Dia sangatlah tidak berpuas hati. Macam Azrin boleh memilih perempuan ini sebagai pendebat sedangkan nak memberikan hujah pun salah.

"Sa… saya…" Belum sempat Siti Safea menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sahaja Rina menepuk meja dengan kuat. Terangkat bahu gadis itu sedikit kerana terkejut.

"Tajuk pendebatan sekarang ini ialah 'Pengambilan pembantu rumah dari luar negara perlu dihentikan'. Hujah kau pulak cakap pasal Transformasi Nasional 2050. Hujah kau dah lari dari tajuk."

Siti Safea terdiam. Semalam dia ada membuat sedikit pencarian mengenai isi-isi hujah tajuk debat tersebut. Azrin pernah berkata, kalau mahu sesuatu hujah itu menjadi lebih kuat, hujah itu mesti ada kaitan dengan undang-undang atau isu masa kini.

"Belum lagi teknik hujah kau yang teruk. Status quo dan mekanisma hujah kau sangatlah bersepah. Aku tak tahu mana status quo dan mana mekanisma. Apa yang boleh aku simpulkan, hujah kau memang teruk!" marah Rina sambil mengepalkan penumbuknya. Siti Safea hanya menunduk kepalanya. Rasa terkesan pula apabila perkataan 'teruk' itu dilemparkan kepadanya.

"Aku bukan cakap kat Safea je! Nazirul dan Ravi pun sama! Teknik korang pun bersepah. Nazirul, kau sebagai pendebat pertama di pihak kerajaan. Kau sepatutnya bagi definisi secara literal dan konseptual. Faham tak? Bukan terus bagi hujah yang pertama. Aduh… korang!"

Rina terus memicitkan kepalanya. Pertandingan debat itu sudah semakin dekat tetapi wakil pendebat sekolah pula berdebat tidak memuaskan hati. Salah teknik dan hujahnya sangatlah tidak masuk akal. Macam mana mahu menang kalau beginilah hujah mereka nanti.

"A… apa maksud akak 'literal' dan 'konseptual' tu? tanya Ravi yang sepertinya takut-takut sahaja. Apalagi melihat muka Rina berkerut marah. Lagilah dia berasa risau.

"Literal tu maksudnya definisi secara tersurat. Korang boleh ambil definisi tajuk debat dekat Kamus Dewan. Konseptual tu pulak maksud dia penterjemahan secara tersirat dan mendalam sikit. Dan Nazirul tak buat benda tu. Kau terus pergi masuk hujah pertama. Kau tau tak kesalahan kau tu boleh membuatkan pihak pembangkang senang nak patahkan hujah kau. Apa yang lebih sadis lagi, markah kau akan kurang kat situ."

Nazirul yang sedang duduk bersebelahan dengan Siti Safea hanya mengangguk sahaja. Banyak kesalahan yang perlu diperbaiki. Lagipun kebanyakan dari mereka pertama kali masuk pertandingan begini. Melakukan satu kesalahan itu memang biasa.

"Safea! Suara kau tu, boleh tak kuat sikit. Kau berdebat macam berbisik! Macam ni ke kau nak debat nanti?" tanya Rina bengang. Matanya tunak memandang Siti Safea dengan tajam. Siti Safea hanya diam sahaja.

Rina cuba menghembuskan nafasnya perlahan. Marah-marah pun tidak dapat menyelesaikan masalah. Lagipun minggu ini, Azrin tidak ada di sekolah kerana dia terpaksa mengikut pasukan pidato bersama Cikgu Akmar. Lagipun Azrin juga salah seorang pengajar untuk pertandingan pidato. Jadi wajarlah dia terlibat sekali.

"Minggu depan, aku nak tengok perubahan. Aku tak nak korang debat macam ni. Nota-nota semua aku akan bagi kat grup Whatsapp. Baca dan fahamkan!" Kesemua pelajar yang berada di dalam bilik tersebut hanya menganggukkan kepalanya. Siti Safea hanya mengeluh perlahan. Nampaknya, nasib dia tidak baik hari ini.











HILMAN sudah tersenyum sinis. Kelihatan Haziq Arfan sedang mengemas barangnya. Di tangan Hilman ada sepucuk surat dan dua keping coklat yang diambil di dalam laci Haziq Arfan. Tidak sabar dia mahu memberitahu rahsia perempuan rabun itu.

"Haziq!" panggil Hilman sambil menghampiri Haziq Arfan. Haziq Arfan pula tersenyum sahaja. Nasib baik dia baru sahaja menamatkan latihan lariannya. Hari ini latihannya tamat awal sedikit kerana jurulatihnya ada hal peribadi yang perlu diselesaikan.

"Kau sibuk tak sekarang ni?" tanya Hilman.

"Tak. Aku nak balik je. Kenapa?" tanya Hilman sambil mengelap peluhnya dengan tuala kecil. Hilman hanya tersenyum lalu tanpa membuang masa dia menghulurkan sepucuk surat dan dua bungkus coklat kepada Haziq. Haziq terus sahaja mengerutkan dahinya.

"Kenapa kau bagi benda ni?" tanya Haziq Arfan pelik. Tangannya menyambut barang-barang tersebut lalu membeleknya. Coklat dan surat yang sama, tetapi nama pengirim tidak tercatat di atas surat tersebut.

"Takkan kau tak tahu, benda-benda ni selalu ada kat bawah meja kau." Haziq Arfan mengangguk sahaja. Pada mulanya dia mahu tahu juga siapa pengirimnya tetapi lama-kelamaan dia rasa tidak kisah pula dan semakin selesa dengan pemberian hadiah-hadiah ini.

"Aku tahu je. Tapi… aku tak tahu siapa yang bagi benda-benda ni semua."

Hilman hanya mengangguk sahaja seraya berkata, "Aku tahu je siapa yang bagi hadiah-hadiah ni semua. Dan orang tu sumpah tak sedar diri."

Haziq Arfan semakin pelik. Siapa pula orang itu? Mukanya beriak selamba walhal hatinya sudah berkobar-kobar ingin tahu nama pemilik surat itu.

"Siapa?" tanya Haziq Arfan perlahan.

"Siti Safea. Budak rabun yang kau tak suka tu."

Haziq Arfan terkedu. Tak mungkinlah perempuan itu mahu melakukan benda-benda begini. Dia tidak tahu mahu memikirkan apa sekarang ini. Separuh akalnya dia mahu percaya kata-kata Hilman dan separuh lagi  adalab sebaliknya. Kadang-kadang, perangai Hilman mana boleh dijangka.

"Hahaha… kau biar betul, Man? Takkanlah budak rabun tu nak buat macam ni. Kau salah orang tu." Haziq ketawa perlahan dan membuatkan Hilman semakin bengang.

"Aku dah agak kau tak percaya. Aku tak ada bukti buat masa sekarang. Tapi kau boleh check tulisan dia. Bandingkan tulisan dia dengan tulisan yang ada dalam surat ni. Aku boleh tunjukkan bukti tu esok yang budaj rabun tu suka kat kau." Seusai berkata begitu, akhirnya Hilman meninggalkan Haziq Arfan bersama surat dan coklat tersebut.

Tanpa membuang masa, Haziq Arfan terus sahaja membuka surat tersebut. Ayatnya diteliti satu persatu. Memang betul, bentuk tulisan di surat itu sepertinya dia sangatlah biasa melihat. Perkataan 'SS' di dalam surat tersebut, Haziq Arfan seperti dapat mengagak bahawa perkataan tersebut merujuk kepada nama 'Siti Safea'. Dia tidak tahu kenapa dia sangat berdebar.


"SARAH!"

Sarah sudah mendengus kegeraman. Dia malas betul mahu bertemu dengan lelaki ini. Lelaki ini baginya tersangatlah menjengkelkan. Sudahlah perutnya kelaparan. Dia mahu cepat-cepat untuk sampai ke rumah sahaja.

"Kau nak apa, Haikal? Aku nak balik. Kau boleh tak jangan kacau aku?" marah Sarah.

Haikal hanya tersengih sahaja. Entah kenapa dia suka melihat gadis ini. Dahulu memang Sarah meluahkan perasaan terhadapnya tetapi Haikal menolaknya mentah-mentah kerana pada ketika itu dia sudah ada teman wanita. Tetapi sekarang ini hatinya berubah pula. Rasa dirinya begitu teruk.

"Kalau kau diam macam ni, aku pergi dulu." Terus sahaja Sarah membuka langkahnya tetapi dihalang oleh Haikal sendiri.

"Tunggulah dulu. Aku nak cakap dengan kau sikit," ujar Haikal sambil mengurutkan tengkuknya. Sarah pula hanya mengeluh kasar.

"Apa benda lagi?" tanya Sarah malas.

"Aku nak minta maaf." Haikal memulakan bicara. Sarah pula hanya memandang pelik. Maaf untuk apa? Rasanya lelaki ini tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Maaf untuk?"

"Aku minta maaf sebab dulu aku reject kau. Aku tahu aku silap. Aku tahu kau sakit hati dengan aku. Aku harap kau maafkan aku sebab aku rasa bersalah sangat," ujar Haikal bersungguh-sungguh. Sarah hanya mengeluh perlahan. Hal itu sudah lama berlalu. Kenapa pula mahu diungkitkan lagi?

"Aku rasa kau tak perlu kut nak minta maaf bagai. Benda tu dah lama berlalu. Aku pun dah lupa. Lagipun kau jangan risau. Aku tak ada simpan apa-apa perasaan kat kau lagi. Sebab kau tak ada kena mengena dalam hidup aku."

Haikal tersentak. Tiba-tiba sahaja hatinya sakit menelan ayat-ayat jujur dari Sarah. Kenapa dia tidak mahu menerima hakikat bahawa Sarah tidak ada perasaan padanya seperti dahulu lagi? Adakah dia sudah terlambat?

"Sikit pun kau tak ada perasaan macam tu kat aku?" tanya Haikal inginkan kepastian. Melihat gelengan Sarah menyebabkan Haikal semakin terkedu dan kecewa.

"Kalau tak ada apa-apa, aku pergi dulu." Seusai itu, Sarah terus sahaja meninggalkan Haikal yang dirundung rasa penyesalan. Setelah sampai di perhentian bas, Sarah memegang dadanya. Selama mereka berbicara, memang tidak dapat dia nafikan bahawa jantungnya asyik berdebar sahaja. Mukanya sahaja dikekalkan dengan riak selamba. Dia tak mahu nampak dirinya lemah.

"Aku tipu. Aku ada perasaan kat kau Haikal walaupun sikit."









ShaDhia

Bersambung…

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro