BAB 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SITI Safea melangkah masuk ke dalam tandas. Bukan mahu 'membuang hajat' tetapi membetulkan awning tudungnya yang sudah kelepet. Terlihat ada beberapa orang pelajar perempuan yang sedang membetulkan tudungnya juga. Ada juga yang menunggu giliran untuk menggunakan bilik tandas tersebut.

Memandangkan ketiga-tiga sinki sudah penuh, akhirnya Siti Safea hanya menunggu di tepi dinding sahaja. Cermin mata ditanggalkan lalu cermin yang berkabus itu dilap dengan menggunakan kain tudung agar penglihatannya lebih jelas.

Siti Safea perasan seakan-akan dia diperhatikan. Dia mendongak wajahnya. Kelihatan pelajar-pelajar perempuan tersebut tunak memandangnya. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang memandang dirinya dari atas sampai ke bawah dengan pandangan yang sinis. Ada juga yang tidak mengambil kisah. Khusyuk membetulkan tudungnya.

"Kau Siti Safea, eh?" tegur seseorang. Tag namanya tertulis perkataan 'Nur Syawani'. Siti Safea tersentak. Dia hanya mengangguk sahaja. Agak pelik juga apabila ada orang yang tahu akan namanya. Padahal Siti Safea tidak tahu pun nama pelajar perempuan itu.

"Kau mesti seronok, kan?" tanya Syawani sambil tersenyum sinis. Sempat lagi dia memandang penampilan Siti Safea dari atas sampai ke bawah. Ini perempuan yang Haziq Arfan suka. Baik pilih dirinya dari budak hingusan ini.

Siti Safea mengerutkan dahinya. Dia tidak faham soalan yang dilemparkan oleh gadis itu. Seronok tentang apa? Ada apa-apa hal yang dia tidak tahu ke?

"Sa… saya tak faham." Siti Safea cuba untuk menenangkan diri. Dia dapat merasakan ada benda yang tidak kena. Ramai yang memandang dirinya seperti seorang banduan yang sedang melakukan kesalahan yang besar.

Syawani memeluk lengannya. Langkahnya melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Siti Safea. Tiba-tiba, keadaan menjadi sunyi dan sepi. Pelajar yang lain hanya melihat sahaja tanpa berbisik-bisik. Tiba-tiba, ada seseorang membuka pintu bilik tandas. Kelihatan Rina sedang membetulkan kainnya.

Rina memandang ke arah Siti Safea lalu dia memberikan jelingan yang tajam. Dia tahu kisah pergaduhan itu. Dia dapat merasakan perangai Siti Safea yang sangat menjengkelkan. Azrin pun sukakan dia. Haziq yang popular itu pun sukakan dia juga. Muka pun tidaklah lawa mana.

"Takkan kau tak tahu apa jadi hari ni? Ke kau saja-saja buat tak tahu." Sinis sahaja Syawani. Siti Safea semakin mengerutkan dahinya. Dia semakin tidak faham. Kenapa hari ini dia dapat merasakan semua orang pelik?

"Saya betul-betul tak tahu. Awak boleh tak terus terang? Jangan nak cakap berlapik macam ni. Saya tak faham," ujar Siti Safea sedikit tegas. Matanya tunak memandang ke arah Syawani yang masih lagi tersenyum sinis.

"Tanyalah Hilman dengan Haziq. Dia orang gaduh pasal kau. Aku pun tak tahu apa yang Haziq tu pandang kat kau. Muka kau tak adalah lawa mana aku tengok. Aku rasa better Hanna dari kau. Muka pun berjerigi." Syawani sempat lagi mahu menolak Siti Safea. Tetapi nasib baik dia sempat mengelak.

Siti Safea hanya tersenyum manis. Padahal dalam hatinya kemarahan sudah membara. Kalau ikutkan hatinya, sudah lama Siti Safea menarik tudung gadis itu sehingga terkoyak tetapi dia masih lagi waras.

"Tak ada modal lain awak nak jatuhkan saya ya selain muka saya ni?" tanya Siti Safea membuatkan kesemua pelajar di dalam tandas tersebut tersentak. Mereka beranggapan Siti Safea akan menangis ketakutan apabila digertak tetapi nampaknya anggapan mereka memang salah sama sekali.

"Saya tak tahu apa jadi hari ni. Pasal Hilman… Haziq atau apa-apa jelah. Tapi… kalau dia orang gaduh pun, itu bukan masalah saya. Saya tak ada kena mengena dengan hidup dia orang. Dan awak Syawani, kalau ada niat nak malukan saya dalam tandas ni… maaflah, awak. Awak gagal. Saya tak kisah… awak nak cakap muka saya berjerawat ke… menggerutu ke… sumpah saya tak kisah sangat. Tapi awak kena tahu satu benda. Jerawat ni sementara je. Bukan kekal selamanya. Macam tu jugak dengan kecantikan yang awak banggakan. Kalau cantik… tapi  tak ada adab… suka dengki… memang tak ada guna pun."

Seusai itu, Siti Safea terus sahaja keluar dari tandas tersebut. Lebih baik dia mencari tandas lain. Syawani pula sudah mendengus geram. Pelajar-pelajar yang lain hanya terdiam sahaja termasuk Rina sekali.





HAZIQ merendamkan mop di dalam sebuah baldi yang telah dicampurkan dengan sabun pencuci tandas. Baunya yang wangi itu sampai menusuk ke hidung. Mop yang basah itu dikembangkan supaya lantai tersebut dapat dimop dengan lebih rata lagi.

"Busuk! Lepas dah berak tu… boleh tak flush? Ni main tinggal je tahi tu kat situ. Biadap!" bebel Hilman sambil menjirus mangkuk tandas tersebut. Hidungnya dikepit dengan pengepit baju.

Haziq hanya menjulingkan matanya ke atas. Sekarang ini mereka sedang didenda di atas kesalahan pergaduhan tadi. Jadi, guru disiplin memutuskan mereka  untuk mereka membersihkan tandas pelajar lelaki. Bagi Haziq, itu adalah denda yang paling mudah untuk dibuat.

"Bau hancing! Memang budak-budak sekolah ni kencing tak jirus ke apa? Uwekk… nak muntah."  Hilman terus sahaja keluar dari tandas sambil menekupkan mulutnya. Tekaknya berasa loya.

"Budak lembik! Benda macam tu pun kau nak bising ke hah! Pondan," ejek Haziq sambil mengemop lantai jubin. Dia rimas apabila mendengar suara nyaring Hilman. Macam tak pernah buat kerja rumah langsung.

"Kau boleh diam tak? Kalau tak sebabkan kau… aku tak ada nak hadap benda bodoh macam ni. Ini semua salah kau!" Tangan Hilman menunjuk ke arah Haziq Arfan. Giginya diketap. Ini semua salah Haziq.

"Bagus pun kau cuci jamban-jamban tu. Sebab itu la bau mulut kau… busuk! Hancing! Macam mulut kau. Suka mengata orang!" selar Haziq Arfan sambil tersenyum sinis. Mop tersebut dimasukkan ke dalam baldi.

"Kau apahal? Kau tu pun dulu mulut macam longkang. Kau ejek jugak budak menggerutu tu dulu. Lepas tahu awek kau curang… barulah terhegeh-hegeh nak minta maaf. Macam bodoh! Awek sendiri pun tak boleh jaga!" ejek Hilman juga. Baldi di pegangannya dihempaskan sehingga pecah.

Haziq Arfan tunak memandang ke arah Hilman yang sudah tersenyum sinis. Memang Hilman mahu mencari pasal. Kata-katanya itu sangat menyakitkan hati. Haziq Arfan sudah mengepalkan penumbuknya.

"Kau ni memang sial! Apa benda kau tak puas hati dengan aku, hah?" Seusai itu, Haziq Arfan terus meluru ke arah Hilman. Kolar baju dicengkam dengam kuat. Penumbuk Haziq diayunkab ke belakang. Belum sempat Haziq mahu menumbuk pipi Hilman buat kali keduanya, tiba-tiba ada suara yang menahan.

"Hah! Saya suruh cuci tandas. Bukannya gaduh! Sambung kerja sekarang!" Cikgu Zul merangkap guru disiplin sudah bercekak pinggang. Haziq Arfan pula terus sahaja melepaskan kolar Hilman lalu dia terus sambung kerjanya mopnya yang tergendala tadi. Sempat lagi dia memberikan jelingan tajam ke arah Hilman.



SITI Safea menuju ke kelasnya semula. Dia terpaksa menggunakan tandas yang agak jauh disebabkan kejadian tadi. Siti Safea agak bingung juga. Dia tidak faham apa sebenarnya yang terjadi. Tidak ada seorang pun yang mahu menceritakan hal itu kepadanya.

Tiba-tiba, ada seseorang yang merempuh bahunya dengan kuat. Nasib baik Siti Safea menahan dengan menggunakan kaki kirinya. Kalau tidak, mesti dia sudah terjatuh seperti nangka busuk sahaja. Bahunya yang sakit diusap sedikit. Matanya terus melihat gerangan tersebut.

Siti Safea sudah terkedu. Ternyata Hanna sedang memandang tajam ke arahnya sambil tangam disilangkan. Siti Safea mengeluh perlahan. Apa lagi ujian yang perlu dia hadap selepas ini? Tadi Si Syawani. Sekarang ini pula Si Hanna pula mahu membuat masalah.

"Haih… jijik." Hanna menyinis perlahan.

Siti Safea hanya menjulingkan matanya ke atas. Dia tidak betah lama-lama di situ. Lebih baik dia mengangkat kaki sahaja. Tetapi belum sempat Siti Safea mahu berlalu, Hanna terus sahaja menggengam lengannya dengan kasar.

"Eh! Awak ni apahal?" tengking Siti Safea sambil merentap tangannya.

"Wow! Budak nerd kulit menggerutu macam katak dah berani melawan aku," selar Hanna sambil menunjal bahu Siti Safea. Siti Safea pula berdecit perlahan lalu dia menolak tangan Hanna dengan kuat.

"Kau dengar sini… walaupun aku dengan Haziq putus. Haziq tu takkan suka kat kau. Dia sangat-sangat sukakan aku. Lagi-lagi muka aku ni tak berjerawat macam muka berlubang kau ni. Euww! Najis! Dia takkan move on dari aku. Jangan perasan Haziq tu gaduh sebab sukakan kau. Dia kesian tengok kau tu je." Sempat lagi Hanna bermain dengan tudungnya.

"Habis tu? Nak saya buat apa? Meratap? Menangis? Tolonglah Hanna. Saya tak kacau hidup awak pun. Pasal Haziq tu pun… saya dah tak suka dia. Saya tak ambil kisah pun pasal dia. Buang masa je awak buang air liur cakap berjela-jela tadi."

Siti Safea malas mahu mengambil kisah pasal pergaduhan Haziq Arfan dan Hilman walaupun berkaitan dengan dirinya. Dia tidak mahu mencari masalah lagi. Seusai itu, Siti Safea terus sahaja meninggalkan Hanna yang masih lagi tidak berpuas hati.

Tanpa mereka sedari, Haziq Arfan menyorok di sebalik dinding. Sebenarnya, dia mahu ke stor pembersihan untuk mengambil baldi yang baru. Kebetulan dia ternampak Siti Safea dan Hanna sepertinya bertengkar. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih dekat.

Sejujurnya Haziq Arfan agak kecewa dengan pengakuan Siti Safea tadi. Kenapa dia merasakan hatinya amat sakit? Kenapa dia dapat merasakan seolah-olah dia mahu perasaan Siti Safea terhadapnya tidak akan berubah? Hatinya seakan-akan berkecai. Mungkin inilah perasaan yang Siti Safea pernah lalui sebelum ini. Sudahlah gadis itu belum lagi memaafkan kesalahannya. Akhirnya, Haziq Arfan terus melangkah longlai berlalu dari situ.


ShaDhia

Bersambung...










Sorry... Saya rasa perenggan akhir tu bila baca balik rasa cringe pulak 😖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro