BAB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TUAN Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu 'Eko-Perlancongan Strategi Efektif ke arah Pembangunan Lestari'. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih," ujar Siti Safea. Semua penonton sudah bertepuk tangan. Lagi-lagi dari penyokong SMK Seri Bergawan.

Haziq pula hanya terpaku. Sempat lagi dia mengambil gambar Siti Safea secara senyap-senyap. Entah kenapa apabila melihat Siti Safea berdebat di atas pentas dengan penuh keyakinan, seolah-olah dia tidak kenal gadis itu kerana Siti Safea yang dia kenal bukanlah seorang yang lantang bersuara seperti itu.

"Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan. Dengan ucapan penggulungan oleh pihak kerajaaan  tadi maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini. Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini. Dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara majlis. Sekian, terima kasih," ujar Speaker Dewan tersebut.

Akhirnya, Siti Safea menghembuskan  nafasnya kelegaan. Kesemuanya sudah selesai. Dia hanya mampu bertawakal sahaja. Semua pendebat-pendebat dibawa ke belakang pentas oleh pengurus pentas dan 'usher'. Tinggal kumpulan Azrin sahaja lagi yang mewakili peringkat menengah atas dalam kategori Bahasa Melayu.

"Tahniah, guys. Aku bangga dengan kau orang berdua," ujar Hafizul dengan nada yang begitu teruja. Belum sempat Siti Safea mahu berkata sesuatu, tiba-tiba dia ternampak beberapa orang pelajar sedang menuju ke arah mereka.

Kelihatan Cikgu Akmar dan Cikgu Afzal berserta beberapa pelajar yang lain menghampiri ke arah mereka. Terus jantungnya berdebar-debar kerana matanya tertancap ke arah Haziq. Terus sahaja dia mengalihkan pandangannya. Jantungnya berdegup laju. Entah kenapa apabila melihat bekas 'crushnya', hatinya masih lagi berdebar-debar.

"Safea," panggil seseorang.

Terus sahaja Siti Safea tersentak. Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Kelihatan Azrin yang lengkap memakai blazer sudah tersenyum ke arahnya. Nampaknya, Azrin sudah bersiap sedia kerana gilirannya untuk berdebat selepas ini.

"Ke... kenapa?" tanya Siti Safea tergagap-gagap. Azrin mengerut dahinya pelik.

"Tak ada apa. Tengok kau termenung jauh. Kau okey tak ni?" tanya Azrin mengambil berat. Siti Safea terus sahaja menggeleng laju. Dia tidak mahu Azrin syak apa-apa pula. Azrin hanya diam sahaja. Tiba-tiba mata Azrin tertancap ke arah Haziq yang sedang tajam melihat dirinya dan Siti Safea. Terus sahaja Azrin tersenyum sinis sambil menggerakkan keningnya ke atas.

Melihat perubahan wajah Haziq yang bertukar merah itu membuatkan Azrin berasa gembira. Dia tahu Haziq sangat bengang pada dirinya. Azrin sengaja melangkah setapak sehingga jarak dirinya dengan Siti Safea semakin dekat. Kebetulan Siti Safea tidak perasan kerana dia sedang termenung.

Haziq pula mengetap bibirnya. Baru sahaja dia mahu mendekati Siti Safea tetapi musuhnya itu pula sibuk mahu mendekati gadis polos itu. Mahu sahaja dia menumbuk lelaki itu tetapi Haziq hanya mampu menahan sabar sahaja.

"Sweet kan Azrin dengan budak rabun tu?" ujar Haikal. Haziq terus sahaja menjeling tajam. Kata-kata pujian itu seperti duri yang menyakitkan hatinya. Apabila melihat Siti Safea yang sedang bergelak ketawa menyebabkan kemarahan Haziq semakin meluap-luap.

"Kau memang nak sakitkan hati aku ke?" tanya Haziq dengan nada yang memerli. Haikal hanya tersenyum sinis. Dia tahu kawannya itu sedang menahan cemburu. Haikal hanya mapu tersengih-sengih sahaja.

"Haih... Haziq. Kau nak marah pun sebab apa? Dulu kau layan budak rabun tu teruk. Sekarang ni dia dah tak suka kau. Sepatutnya kau kena lega la yang budak rabun tu dah tak suka kau, kan?" tanya Haikal bertubi-tubi.

Haziq hanya berdiam diri sahaja. Terus sahaja dia meraupkan rambutnya kasar. Dia tidak tahu apakah perasaan ini? Dia tidak suka Siti Safea memberikan perhatiannya kepada lelaki lain. Akhirnya, Haziq hanya mengeluh perlahan. Dia tahu perasaan sukanya kepada Siti Safea semakin bercambah tetapi dia tidak mahu terlalu tergesa-gesa kerana dia tahu gadis itu masih memarahi dirinya.

SEUSAI sahaja pusingan akhir pertandingan debat menengah atas dalam kategori Bahasa Melayu selesai, para penonton disajikan drngan beberapa persembahan dari pelajar-pelajar SMK Seri Meranti. Ada yang membuat persembahan silap mata. Ada juga yang membuat persembahan tarian tradisional. Pihak juri pula dan beberapa exco kehakiman sedang sibuk mengira markah peserta.

Dari jauh Haziq hanya memerhatikan Siti Safea sahaja. Dia mahu sahaja menedekati gadis itu tetapi Azrin pasti sahaja menghampiri gadis itu dan membuatkan dia tidak jadi menghampiri Siti Safea.

Kelihatan pengacara majlis sedang memegang mikrofon dan sebelah tangan kirinya sedang memegang sebuah sampul berwarna putih. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi. Kesemua penonton sudah menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah pengacara majlis tersebut. Ramai yang tidak sabar menunggu keputusan akhir.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Keputusan telah berada di tangan saya. Dengan ini, saya selaku pengacara majlis akan menjemput Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Musa bin Zainuddin diiringi Encik Saif Abdul Ghani untuk naik ke pentas."

Kelihatan dua orang lelaki yang diiringi 'usher' sedang naik ke atas pentas. Kesemua penonton sudah bertepuk tangan. Siti Safea semakin berdebar-debar. Bohonglah kalau dia tidak rasa sekelumit pun untuk menang dalam liga pendebatan ini.

"Sudah tiba masanya, saya akan mengumumkan dahulu keputusan Liga Pendebatan dalam Kategori Bahasa Melayu Menengah rendah."

Pengacara majlis tersebut terus membuka sampul tersebut. Terdapat beberapa ahli jawatankuasa cenderamata sudah berbaris memegang dulang yang berisi piala pusingan trofi, sijil penghargaan, beberapa sampul baucer yang ditaja oleh Syarikat Farber Castell yang bernilai RM300 dan Mock Cheque yang bernilai RM600.

Manakala Naib juara pula akan mendapat kesemua hadiah yang sama dengan Juara kecuali baucer dari Syarikat Farber Castell dan nilai Mock Cheque pula hanya RM 300 sahaja. Pengacara majlis menyebut kesemua hadiah satu persatu. Kebanyakkan penonton terlopong apabila mendengar pengumuman hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang nanti. Tahun ini hadiah sedikit mewah. Mungkin penaja besar hati untuk menaja hadiah yang banyak.

Siti Safea semakin berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Bohonglah kalau dia katakan  tidak mahu menang. Sudah semestinya dia mengidamkan hadiah seperti itu. Tetapi Siti Safea tidak yakin lagi. Dia masih lagi merasakan dirinya belum melakukan yang terbaik dalam debat itu.

"Saya akan mengumumkan juara untuk liga debat Bahasa Melayu kategori menengah rendah. Pasukan yang tidak disebut, automotik adalah naib juara," umum pengacara tersebut.

Kesemua penonton di dalam dewan fokus ke atas pentas. Mereka tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui keputusan liga debat pada tahun ini. Kelihatan pengacara tersebut membuka sampul keputusan itu. Sekeping kad dikeluarkan.

"Usul yang dibentangkan dalam kategori ini ialah 'Eko-Perlancongan Strategi Efektif ke arah Pembangunan Lestari'. Oleh itu, usul 'Eko-Perlancongan Strategi Efektif ke arah Pembangunan Lestari' dengan sebulat suara... diterima. Tahniah kepada kumpulan B dari SMK Seri Bergawan kerana dinobatkan juara Liga Pendebatan Alam Sekitar dalam Kategori Bahasa Melayu Menengah rendah. Dijemput para pemenang untuk naik ke pentas."

Siti Safea tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana. Kesemua penonton bertepuk tangan. Dia benar-benar terkejut. Tiba-tiba sahaja tangannya menggeletar. Pelajar-pelajar dari SMK Seri Bergawan sudah bersorak riang. Haziq hanya tersenyum sahaja apabila melihat wajah gadis itu yang terkejut. Nampak comel sahaja.

Akhirnya, Siti Safea bangun dari tempat duduknya dan naik ke atas pentas bersama Ravi dan Nazirul. Mereka bertiga masing-masing berbaris untuk mengambil trofi, sijil, bunga dan hadiah masing-masing. Ada yang sedang menangkap gambar mereka. Siti Safea merasakan seolah-olah dirinya seperti artis yang baru sahaja menang anugerah popular. Dia berasa betul-betul tidak percaya sekarang ini. Ini baru pertama kali Siti Safea benar-benar bangga dengan dirinya sendiri.


"TAHNIAH, Safea. Cikgu sangat bangga dengan kamu," ujar Cikgu Akma. Siti Safea yang sedamg ralit melihat telefon pintarnya terus sahaja tersentak. Selepas sahaja Majlis penyampaian hadiah untuk pusingan akhir pendebatan sudah pun tamat, pihak penganjur mengadakan sebuah lagi jamuan penutupan untuk kesemua para peserta guru dan kru-kru yang terlibat.

"Cik... cikgu. Saya min... minta maaf tak perasan cikgu tadi," ujar Siti Safea tergagap-gagap. Terus sahaja dia segera menyimpan telefon pintarnya di dalam poket blazernya. Sejujurnya, Siti Safea agak takut sedikit terhadap Cikgu Akmar kerana beliau merupakan seorang guru yang garang.

Cikgu Akmar pula hanya tersenyum sahaja seraya berkata, "Tak apa. Saya bukan nak makan awak pun, Safea. Kamu ada potensi untuk jadi pendebat yang terbaik tapi kamu kena percaya dengan diri kamu. Saya harap kamu boleh kekal berada di kelab debat sekolah nanti."

Siti Safea hanya tersenyum lalu mengangguk seraya berkata, "Insyaallah, cikgu. Lagipun saya tak ada rancangan nak keluar dari kelab tu." Cikgu Akmar tersenyum manis lalu membuat isyarat tangan 'thumbs up'. Seusai itu, Cikgu Akmar berlalu dari situ untuk melihat para pendebat yang lain.

Siti Safea melihat sekeliling. Ada yang sedamg bergelak ketawa. Ada juga beberapa kumpulan yang sedang berswafoto bersama kawan-kawan. Ada yang sedang menjamu selera. Siti Safea mengeluh perlahan. Sejujurnya, dia tidak ada kawan yang rapat di sini. Siti Safea terasa bosan. Dia mahu sahaja keluar dari dewan dan balik ke hotel.

"Safea."

Siti Safea tersentak. Dia seperti mengenali suara itu. Kaki Siti Safea seakan-akan terkaku. Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup laju. Takkanlah lelaki itu? Akhirnya, perlahan-lahan Siti Safea pusing ke belakang melihat gerangan tersebut. Terus sahaja Siti Safea membulatkan matanya. Ternyata Haziq Arfan sedang berdiri di hadapannya. Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana. Semua terasa kekok dan janggal.

"Aku... nak ucap tahniah kat kau sebab team kau menang debat tahun ni," ujar Haziq sambil tersenyum manis. Dia tahu gadis itu tidak selesa tetapi ini sahaja cara untuk dia mendekati Siti Safea.

"Oh... terima kasih," jawab Siti Safea perlahan. Keadaan menjadi senyap semula. Haziq terus meraupkan mukanya. Dia tidak tahu mahu memulakan bicara. Siti Safea pula hanya menundukkan pandangan sahaja.

"Aku tahu kau tak suka aku dekat dengan kau. Sebab kau tak maafkan aku lagi. Aku tahu aku dah buat silap besar. Tapi aku betul-betul menyesal. Aku minta maaf sebab buat kau rasa tak selesa dengan aku," ujar Haziq perlahan.

Siti Safea terus sahaja mendongak perlahan-lahan untuk melihat wajah Haziq. Ternyata lelaki itu hanya tersenyum ikhlas. Kalau ikutkan hati, dia mahu sahaja memaafkan lelaki itu tetapi hinaan dan cercaan Haziq masih lagi terngiang-ngiang di benakmya seperti pita rakaman yang berulang-ulang. Dia tidak mahu menjadi bodoh seperti itu.

"Saya hargai awak ucap tahniah kat saya," jeda Siti Safea. Haziq hanya tersenyum suka.

"Tapi... nak maafkan orang yang malukan dan calar maruah saya depan orang, bukan senang nak buat. Saya tak kisah awak nak faham atau tak cakap saya ni, saya harap awak jangan dekat dengan saya. Dulu awak nak saya untuk jauhkan diri dari awak. Sekarang ni... saya tengah buat apa yang awak minta." Terus sahaja senyuman Haziq mati apabila mendengar kata-kata Siti Safea. Walaupun kata-kata itu sangat lembut tapi sangat 'tajam'.

"Oh... tak apa. Aku faham. Kau nak aku tolong pegangkan ke hadiah-hadiah kau tu?" tanya Haziq lagi. Kasihan pula gadis itu ke hulu dan kehilir membawa trofi, jambangan bunga dan sijil.

"Tak apa. Sa... saya boleh pegang sendiri. Tak berat pun." Siti Safea jawab dengan penuh yakin padahal itu adalah satu penipuan kerana piala dan jambangan bunga itu sangat berat. Dia tidak mahu terhutang budi dengan Haziq sahaja.  Haziq pula tidak percaya. Tetapi dia hanya mengangguk sahaja. Belum sempat Haziq mahu membalas, tiba-tiba ada seorang pelajar yang sedang memegang Kamera DSLR mendekati mereka.

"Maaf mengganggu. Boleh tak saya nak tangkap gambar kau orang berdua memandangkan pelajar dari SMK Seri Bergawan? Juara untuk liga debat tahun ni?" tanya jurukamera tersebut. Siti Safea dan Haziq Arfan berpandangan sesama sendiri. Siti Safea mahu sahaja menolak permintaan jurukamera tersebut tetapi mulutnya seakan-akan berat.

"Saya bukan peserta," nafi Haziq sambil menggoyangkan tangannya.

"Tak apa. Masuk je." Jurukamera tersebut terus sahaja membuat isyarat supaya Siti Safea dan Haziq untuk rapat sedikit. Siti Safea tiada pilihan lain lagi. Dia berasa begitu gementar lagi-lagi jarak antara dirinya dan Haziq. Tidak pernah terdetik di fikirannya untuk mengambil foto bersama dengan Haziq.

"Okey. Ready? One... two... three..." Akhirnya cahaya dari kamera DSLR tersebut muncul selama satu saat. Jurukamera tersebut melihat semula gambar tersebut di skrin kamera. Akhirnya dia tersenyum kerana hasil tangannya begitu memuaskan.

"Nice. Thank you. Lagipun saya tengok gambar ni... serasi je macam orang tengah couple," puji jurukamera tersebut.

Siti Safea sudah tergamam. Tiba-tiba sahaja pipinya terasa kebas pula. Tiada beza juga dengan reaksi Haziq tetapi dia hanya berpura-pura bertenang. Padahal hatinya sudah kembang menerima pujian tersebut. Dia melihat Siti Safea semula. Gadis itu seperti mengelak pandangan darinya. Mungkin gadis itu malu. Haziq hanya tersengih-sengih sahaja.

"Safea," panggil Haziq dengan lembut.

"Apa?" sahut Siti Safea.

"Lepas ni aku nak panggil kau 'Baby Pia' la. Kita kan tengah 'couple' sekarang," ujar Haziq sambil mengangkat keningnya. Terbit di bibirnya senyumam yang mengusik. Siti Safea terus sahaja mengerutkan dahinya. Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul Haziq menggunakan jambangan bunga.

Apa yang merasuki lelaki itu sehinggakan boleh berkata perkara yang merepek ini? Siti Safea terus sahaja berlalu dari situ. Dia tidak mahu menanggung malu mendengar usikan dari Haziq. Haziq pula terkesima dengan perbuatan Siti Safea tetapi dia hanya tersenyum cuma. Nampak comel sahaja gadis itu.

Tanpa mereka sedari, Azrin mengepal penumbuknya. Dari tadi dia hanya melihat Siti Safea dan Haziq Arfan dari jauh sahaja. Pantang sahaja dia membiarkan Siti Safea keseorangan, mesti bekas kawannya itu mengambil kesempatan. Akhirnya, dia mendengus kasar.

ShaDhia

Bersambung....










Maaf lambat update... Doakan saya rajin update... 🤧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro