BAB 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Daryan mengeling sekilas gadis di sebelahnya. Wajah itu merenung kosong ke luar tingkap. Tiada suara yang kedengaran sejak mereka masuk ke dalam kereta. Daryan mengetuk stereng kereta. Riak dia seakan berfikir sesuatu. Tiba di satu persimpangan, Daryan membelok ke kanan. Memasuki kawasan pedalaman. Keluar dari susur jalan raya.

Delisha mengenyit dahi hairan. Tapi, mulut dia terasa berat mahu bertanya. Jadi dia memutuskan untuk terus diam. Masih protes lagi. Dia tidak suka dipaksa-paksa. Apatah lagi dengan lelaki di sebelahnya. Yang bakal jadi suami dia. Bakal ya. Belum suami lagi.

Daryan menghentikan kereta di hadapan pagar tinggi. Seorang lelaki memegang senjata mendekati kereta Daryan dengan wajah seriusnya. Delisha takut melihat lelaki itu. Tapi wajahnya cuba ditenangkan.

"Tuan!"

Lelaki itu segera menurunkan senjata apabila wajah Daryan terjengul dari cermin tingkap kereta yang diturunkan. Lelaki itu segera menekan satu alat, lalu pintu pagar yang tinggi itu terbuka lebar.

Daryan dengan wajah tanpa senyuman masuk ke dalam kawasan mansion itu. Mansion yang sangat besar dan mewah. Berwarna putih. Ada air pancut di tengah-tengah laluan. Daryan memandu keretanya hingga ke dalam garaj. Ada berpuluh lagi kereta mewah dan sport di dalam garaj. Delisha terkesima melihat kemewahan mansion itu.

Melihat Daryan melangkah keluar dari keretanya. Delisha bergegas keluar dan sedikit berlari menyamai langkah besar Daryan. Dia mendengus di sebelah lelaki itu. Daryan pula menyimpul senyuman. Nak saja dia gomol wajah comel Delisha waktu itu juga.

"Kita dekat mana ni awak?"

Daryan menoleh. Sementara itu, mereka menaiki lif yang menghubung ke tingkat atas. Garaj kereta Daryan berada di bawah tanah. Delisha melihat kecanggihan lif itu. Mewah sangat.

"Rumah aku" balas Daryan selamba. Delisha sudah tercengang. Takkan lah?

"Jangan kau ingat aku ni sengkek sangat sebab asyik menumpang rumah kau" dahi gadis itu ditunjulnya perlahan

Delisha mencebik bibir. Macam lah dia hairan. Macam riak pun ada. Delisha memeluk tubuh. Tidak lama itu, pintu lif terbuka lebar. Daryan melangkah keluar dengan wajah seriusnya. Mendekati tiga orang lelaki yang asyik bermain snooker di ruang game.

Afifi, Haikal dan Eric yang rancak bermain terus terhenti apabila terdengar derap kaki yang mendekati mereka. Eric tersenyum melihat kedatangan Daryan. Haikal pula mengelabah melihat Delisha di belakang Daryan. Mahu menyorok, sudah terlambat. Kerana Delisha sudah nampak kelibatnya.

"Eh? Korang buat apa dekat sini?" Laju Delisha menyoal. Hairan, melihat ketiga kawan lelaki dia berada di mansion Daryan.

"Ahh...err...kami...kami...kami saja je datang sini. Haa, bosan. Sebab bosan" jawab Haikal tanpa berfikir panjang.

Eric dan Afif menepuk dahi mereka. Apa ke benda jawapan yang Haikal bagi ni. Dengar pun macam tak logik dah. Afif menepuk kuat belakang kepala Haikal.

"Sakit lah bongok!" Marah Haikal. Boleh bengong dia kena tampar macam tu hari-hari.

"Kau lah. Bagi jawapan macam budak darjah satu! Budak darjah satu pun tak macam kau!"

Daryan duduk di atas meja snooker. Mengambil sebiji bola snooker dan dimainkan olehnya. Riak dia serius saja. Delisha pula memandang Haikal dan Afif yang saling bertikam lidah.

"Korang kawan Daryan ke?"

"Haah. Kami kawan" balas Afif laju. Jawapan paling selamat.

Takkan nak bagitahu kepada Delisha yang mereka merupakan anak-anak buah Daryan. Sedangkan, selama ini pun mereka nampak macam tanam anggur. Sertai lumba haram. Keluar masuk lokap. Kecuali Haikal. Dia baik sikit. Boleh buat calon suami. Cuma nakal je lah.

Delisha memincingkan mata dia. Tidak percaya. Dia mendekati Haikal. Membuatkan lelaki itu tidak tentu arah.

"Erm...okay"

Afif, Haikal dan Eric menghela nafas lega. Nasib baik mereka tak banyak soal jawab. Daryan pula diam memerhati. Ada sebab mereka berkumpul di mansion dia hari ini. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Afif dan Haikal. Selalunya, Eric yang selalu bersamanya.

"Haikal, kau teman Delisha. Bawa dia keliling mansion"

Haikal segera mengangguk. Daryan tidak mahu Delisha mendengari perbualan mereka. Daryan tidak mahu gadis itu terkejut. Delisha pula merelakan saja apabila hujung lengan baju dia ditarik oleh Haikal. Afif dan Eric memandang Daryan.

"Ikut aku"

























"Apa pergerakan baru dari Leo? Dia dah mulakan rancangan dia belum?"

Mereka berkumpul di bilik kerja Daryan. Agak tertutup dan tidak kelihatan sangat. Eric dan Afif berdiri tegak di hadapan Daryan. Sedangkan Daryan, lelaki itu duduk santai di atas kerusi empuknya.

"Belum lagi. Apa yang aku tahu, dia ada berjumpa dengan seorang perempuan. Aku tak pasti siapa. Tapi muka dia ada iras Delisha. Sama. Aku sampai terkejut sebab ingat Delisha. Tapi bila difikirkan balik, perempuan tu ada parut terbakar di bahu kirinya"

Daryan kerut dahi. Memikirkan perempuan yang dimaksudkan oleh Afif. Parut kesan terbakar di bahu kiri. Iras Delisha. Hanya seorang saja yang kini bermain di fikiran dia. Ilma. Adik kembar Delisha.

"Leo tak tunjukkan banyak sangat pergerakan dia. Aku dah buat apa yang kau suruh. Leo letak harga tinggi. Lima ratus ribu. Kau nak proceed ke?"

"Proceed je. Bagi lebih. Satu juta. Aku tahu, Leo licik. Dia pandai main duit. Harga akan naik. Better kau bagi tinggi dari harga asal. Pasal budak-budak tu, kau dah settle kan?"

"Dah. Aku dah suruh mereka tinggal di tempat perlindungan. Okay, kalau macam tu aku akan deal dengan Leo. Perempuan tua tu? Apa kau nak buat?"

Bibir Daryan mengukir senyuman sinis. Hampir lupa pula dia. Daryan melihat buku log di hadapan dia. Senarai nama peminjam wang darinya. Daryan tidak letak bunga. Jika mereka pinjam 10 ribu, maka 10 ribu juga mereka akan bayar. Tiada bunga.

"Kau dah jumpa perempuan tu? Apa dia cakap?"

"Macam biasa. Alasan sama. Aku geram tahu tak! Berjoli pandai. Hutang taknak bayar. Bodoh! Anak sanggup dia jual dekat kau!" Eric berkata geram. Melempiaskan emosi dia.

Daryan tertawa kecil. Mata dia tajam memandang sesuatu di balik langsir. Bayangan hitam yang kelihatan jelas dengan mata tajamnya. Laci meja dibuka. Desert Eagle yang sentiasa di letak dalam laci itu dibawa keluar secara sembunyi. Eric dan Afif masih belum sedar.

Bang! Lelaki itu tumbang. Terkena tembakan di bahagian dada. Eric dan Afif tersentak. Mereka memandang ke arah pintu balkoni bilik kerja Daryan yang terbuka luas.

"Macam mana boleh terlepas masuk!" Daryan berkata geram. Sistem keselamatan di mansion dia sangat ketat. Setiap pengawal, akan diimbas identiti terlebih dahulu.

Id kad diberi dan juga kod rahsia mereka. Jika di scan di pintu masuk, maka alarm akan berbunyi nyaring jika nama mereka tiada dalam sistem. Kebanyakkan musuh Daryan yang banyak tumbang. Kantoi disitu.

"Aku rasa dia menyamar jadi salah seorang pengawal kita. Tengok, id kad dia ada. Means, ada pembelot dalam kumpulan kita! Tak guna!" Eric menghentak kuat buku limanya di dinding.

Kerana, Eric yang mengawal setiap pengawal yang melapor diri untuk bekerja di bawah kumpulan mereka. Eric tidak sedar akan hal itu. Afif pula memeriksa pakaian lelaki itu. Tiada apa-apa kecuali tatu kecil di bahagian rusuk kiri lelaki itu. Tatu ular.

"It's Leo man!"

"Dammit!"

Daryan mengumam. Nasib baik, dia menyedari lelaki itu. Segera Daryan mencangkung. Memeriksa setiap inci tubuh lelaki itu. Akhirnya, dia menjumpa sesuatu di dalam poket baju lelaki itu. Kamera yang bersaiz kecil dan mic.

"Too bad. I found you first...buddy."

Prak! Kamera kecil itu hancur di tangan Daryan. Eric dan Afif tercengang. Mereka sendiri tidak perasan. Bunyi derap kaki membuatkan mereka tergamam. Sudah terlambat, Delisha berdiri di hadapan mereka. Haikal sudah mengelabah.

"Astaghfirullah! Apa dah jadi ni!" Delisha terkejut. Melihat mayat seorang lelaki yan sudah mati tertembak di bahagian dada.

Pada waktu itu, mata dia menangkap sesuatu di tangan kanan Daryan. Makin menggigil badan Delisha. Dirinya hampir tumbang ke belakang. Mujurlah, Haikal sempat memaut bahunya. Delisha jelas sangat terkejut.

"Siasat lagi Eric! Aku tak suka ada pembelot dalam kumpulan aku! Kalau boleh, hapuskan semua sekali! Buat depan semua pengawal! Biar mereka sedar, siapa sebenarnya ketua dia!" Tegas Daryan. Disebabkan dia banyak habiskan masa di negara kelahiran dia, Daryan sudah banyak terlepas pandang akan musuhnya.

"Buang mayat dia. Aku taknak tengok bangkai dalam mansion aku!"

Daryan berjalan laju mendekati Delisha. Dia menarik perlahan tangan gadis itu. Tapi, Delisha melawan. Dia tidak sangka, Daryan seorang mafia. Sangat-sangat tidak sangka.

"Jangan melawan Fasha! Aku tak suka!" Bentak Daryan. Dessert Eagle di genggam kemas. Raut wajah Daryan sangat tegang.

Haikal dan Afif sudah menghilang. Menguruskan mayat lelaki tadi. Eric pula berlari ke bilik kawalan. Mahu melihat kembali maklumat pengawal yang bekerja di mansion Daryan. Jika dia dapat kumpul semua pembelot itu, memang tiada kata dua lagi. Mereka akan dihapuskan.

"Taknak! Awak pembunuh! Awak jahat!" Jerit Delisha. Meronta-ronta. Sakit juga tangan dia dicengkam kuat oleh tangan besar Daryan.

"Aku tak ada masa nak berdrama dengan kau! Kau ikut aku kalau nak selamat!"

Daryan sudah panas hati. Delisha tetap degil. Dia makin menjerit dan membuatkan Daryan tiada cara lain. Dessert Eagle di tangan, diacukan ke kepala Delisha. Terdiam wanita itu.

"Try to yell like hell. This gun will shot your head in this time. Wanna to try?" Kata Daryan dengan suara di celah gigi.

Delisha kaku. Daryan yang melihat Delisha kaku begitu terus mencempung tubuh gadis itu di atas bahunya. Membuatkan Delisha tergamam habis. Desert Eagle miliknya diselit di celah pinggang. Pintu balkoni bilik kerjanya ditutup setelah dia melangkah masuk.

Daryan ada perhitungan bersama Delisha.




























Daryan tersenyum lebar. Kalau dia tahu cara itu berkesan, sudah lama dia menggunakan cara itu untuk mengikat Delisha. Tak payah berjumpa dengan Tan sri Hanz. Tangan kiri Daryan tidak lepas dari mengenggam tangan kanan Delisha. Dia sangat bahagia.

Sedangkan Delisha, dia sangat kesal dengan Daryan. Mengingati bagaimana lelaki itu mengugutnya. Gerun. Delisha memandang Daryan yang tersenyum sejak mereka keluar dari mansion lelaki itu. Delisha ingin saja menghentak kuat kepala lelaki itu ke cermin kereta. Geram sangat.

Tubuh kecil Delisha dihempas kuat oleh Daryan ke atas katil. Meringis kesakitan Delisha dibuatnya. Tidak sempat, Delisha membetulkan kedudukan dia, terasa atas tubuhnya memberat. Terbeliak mata Delisha melihat wajah Daryan sangat rapat.

Dirinya ditindih oleh lelaki itu. Wajah mereka hanya berjarak seinci. Sedikit pergerakan saja, bibir mereka akan saling bertemu. Delisha meneguk ludah payah. Pertama kali berada dalam keadaan begitu. Sangat intim. Daryan di atas Delisha, tersenyum sinis.

"Ap...apa kau buat ni! Tu...turunlah!"

"Not now babe! Kau dah buat aku panas. Dan aku tak akan lepaskan dengan mudah! Why not kita..."

Daryan membenamkan wajahnya di pangkal leher Delisha. Menghidu wangian gadis itu di balik tudung. Delisha sudah meronta-ronta. Belakang tubuh Daryan dipukulnya kuat.

"Tak sakit kau pukul aku macam tu. Kau buat aku bertambah nak makan kau...Fasha..." bisik Daryan. Mengigit kecil rahang Delisha.

Delisha membuntang matanya. Dengan sekuat tenaga, dia menendang kuat perut Daryan. Membuatkan lelaki itu terus bangun. Delisha cepat-cepat turun dari katil. Berlari ke pintu. Namun, nasib tidak menyebelahi dia. Pintu itu terkunci. Delisha tidak tahu cara membuka pintu itu.

Daryan tersenyum sinis. Dia bersandar santai di atas katil bersaiz king miliknya. Desert Eagle dimainkan. Dipusing-pusing umpama pistol itu hanya pistol mainan baginya.

"Pintu tu boleh buka guna thumbprint aku Fasha. Kalau kau nak keluar, sila potong ibu jari aku!" Ejek Daryan. Wajah dia sangat sinis.

Membuatkan Delisha geram. Menghentak kuat kedua kaki di atas lantai marmar itu. Ingin merobek wajah sinis Daryan. Tak guna! Dia terasa dipermainkan oleh lelaki itu.

"Senang je kau nak keluar. Aku akan bagi kau keluar if kau setuju jadi isteri aku!" Mudah betul Daryan meletakkan syarat.

Delisha mengeleng kepala tidak terima. "Aku taknak jadi isteri pembunuh macam kau!"

Daryan hanya tertawa. Sikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata Delisha. Memang betul, dia pembunuh. Tapi, Daryan bukan saja-saja membunuh.

"Kau membantah?"

"Ya! Aku taknak jadi isteri kau! Lepaskan aku!" Jerit Delisha kuat. Naik turun nafas dia menahan amarah.

"Baik kalau macam tu..."

Daryan turun dari katil. Desert Eagle di tangan, diletakkan di atas meja lampu. Dia berjalan mendekati Delisha yang semakin mengundur ke belakang.

"Aku tahu, mummy kau akan jual kau pada seorang lelaki. Kau pilih, sama ada kahwin dengan aku. Atau kau dijual?"

Delisha terpana. Macam mana Daryan boleh tahu?

"If, kau kahwin dengan aku. Masa depan kau sangat cerah. If kau ikut mummy kau. Kena jual. Papa kau pula tak tahu. Apa akan jadi? Mesti kau akan jadi pelacur. Atau perempuan simpanan lelaki tu? Atau mungkin kau kena jadi anak ayam? Who's know? Kau pun cantik. Aku jamin, harga kau paling tinggi kalau kau dijual pada acara bida bulan depan!"

Menggigil badan Delisha mendengar semua itu. Tidak sangka, Puan Nurlina sanggup menjualnya hanya kerana wang. Daryan yang melihat Delisha terdiam. Tersenyum penuh makna.

"Pilih antara aku atau lelaki pilihan mummy kau? Tiktok...masa berjalan. Aku bagi kau satu minit untuk berfikir. Kalau kau pilih mummy kau, aku dengan rela hati melepaskan"

Daryan duduk di atas sofa. Menyilang sebelah kakinya. Memandang Delisha yang berdiri tegak di hadapan dia. Jam di dinding di kerling dengan ekor mata.

"A..aku terima"

Daryan tersenyum. "Apa? Aku tak dengar?"

"Aku...aku terima lamaran kau!" Ucap Delisha dalam nada bengangnya. Bukan dia tidak tahu, Daryan sengaja mahu mengenakan dia.

Daryan mendekati Delisha. Memeluk gadis itu. Delisha pula tergamam. Sedar-sedar wajah dia sudah tersembam di dada bidang Daryan.

"Good baby. Kau buat pilihan yang sangat tepat..."

Tanpa pengetahuan Delisha, Daryan meringai jahat.

Bam! Pintu kereta Daryan dihempas kuat oleh Delisha. Tersentak mereka yang melepak di gazebo di halaman rumah. Tan sri Hanz mendekati Daryan. Menjungkit kening.

"Kenapa tu? Tutup pintu kereta macam nak bagi tercabut je"

"Biasalah papa. Tak puas hati dengan saya" Daryan tersenyum nipis. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Macam mana? Dia terima ke lamaran kamu?"

Tan sri Hanz tidak sabar mahu bermenantu sekali lagi. Qistina sudah lepas. Kini giliran anak kandungnya pula.

"Terima papa..."

Tan sri Hanz langsung memeluk erat tubuh Daryan. Mengosok belakang lelaki itu.

"Papa tahu anak papa tu degil. Tak macam Qistina. Lembut. Papa harap kamu dapat jaga dia dengan baik. Isha nampak macam kasar, tapi dia ada je sisi lembut dia. Belum kenal, belum tahu. Akhirnya, papa dapat juga realisasikan impian mendiang ayah kamu"

Daryan mengangguk. Terbayang wajah papanya; Tuan William Noah. Sudah meninggal sejak lima tahun. Daryan pula, baru memeluk Islam sejak dua tahun lepas. Selepas wasiat Tuan Willian yang menginginkan dia berkahwin dengan anak kawan baiknya. Tan Sri Hanz Mikael.

Mula-mula Daryan tidak terima. Kerana, dia baru saja diangkat sebagai ketua mafia. Tapi, mengenangkan itu pesanan terakhir Tuan William dan Daryan harus akur. Dia datang ke Malaysia dan menjejak Tan sri Hanz. Pertama kali melihat Delisha yang pada tika itu masih bersekolah.

Membuatkan hati Daryan terpaut buat pertama kali. Kerana tuntutan kerja di negara kelahiran dia. Daryan terpaksa meninggalkan Malaysia. Sempat dia titipkan pesanan kepada Tan Sri Hanz. Apabila gadis itu berusia 18 tahun. Dia akan menyunting gadis itu sebagai isterinya.

Kini, Delisha berusia 20 tahun. Tidak salah memilih pilihan Tuan William. Papì dia memang tahu pilihan dia. Dia harus memberitahu padrè dia iaitu bapa saudara dia. Tuan Harold.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro