BAB 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ilma mendengus geram melihat wajah kembarnya yang tertawa bahagian di samping Tan sri Hanz dan mama Aisyah. Sangat bahagia. Membuatkan Ilma berasa iri hati melihat senyuman di bibir kakak kembarnya. Ilma melorek senyuman sinis.

"Aku bagi masa untuk bahagia sekarang ni kakak. Tak lama lagi, kebahagiaan kau akan aku lenyapkan!"

Ilma tersenyum penuh makna. Majlis pertunangan Delisha dan Daryan hanya dihadiri teman-teman rapat dan saudara mara terdekat. Tidak dilakukan secara besar-besaran. Ini semua di atas permintaan Delisha sendiri. Tidak mahu acara pertunangan dilakukan secara besar-besaran. Cukup saja yang ringkas. Itu sudah memandai.

Puan Nurlina mendengus geram. Gagal lagi rancangan dia. Tidak sedar, bahawa masa dia semakin suntuk. Chat di telefonnya diberhenti-henti masuk sedari tadi membuatkan Puan Nurlina berasa rimas sangat-sangat

Nurlina, kau jgn kau lupa bawa ank kau pd aku.
Aku dh sediakan wang yg kau mintak tu!

Aku tahu! Sabar!
Kau nk plan kita gagal ke hah!

Its your problem Nurlina!
Aku nk kena hntar budak² ni
Smua ke Thailand by next week!
Kau tahu kan apa aku akn buat kalu
Kau gagal!

Sabar!
Aku ada plan baru.
Budak tu aku akan serahkan pd kau!

Two days!
Aku bgi kau masa 2 hari Nurlina!
Kalu x kau jdi galang gantinya!!!

Puan Nurlina menghempas kuat telefonnya. Sakit kepala memikirkan rancangan baru mahu mengheret Delisha agar mengikuti dirinya. Ilma yang melihat mummy nya yang seakan tertekan tersenyum penuh makna.

"Why mummy? You look so stress lately ni..." Ilma menegur Puan Nurlina. Mereka duduk di bawah khemah. Yang hanya ada mereka berdua sahaja.

Majlis telah tamat sejak asar tadi. Tetamu kebanyakkan sudah pulang. Hanya ada pihak katering sahaja. Puan Nurlina mendengus. Menjeling Ilma tajam.

"Tell me mummy. Mana tahu Ilma boleh tolong mummy?"

Puan Nurlina menatap wajah Ilma lama-lama. Ilma selama ini tidak pernah tahu bahawa Puan Nurlina bekerja sebagai ibu ayam. Memperdayakan gadis-gadis yang menginginkan pekerjaan di bandar. Puan Nurlina dengan mudah memperdayakan mereka. Menawarkan pekerjaan. Lalu, menangkap gadis-gadis itu semua untuk dijadikan pelacur di negara jiran.

"Just go Ilma. Jangan ganggu mummy..." Puan Nurlina bersuara keras. Tiada siapa tahu bahawa, Ilma dan Delisha adalah kembar seiras.

Ilma menghentak kakinya. Tidak berhasil pula mahu mengorek rahsia mummy nya. Tapi tak apa, Ilma tidak mudah menyerah. Dia akan pastikan apapun rancangan Puan Nurlina. Akan dia pastikan rancangan itu berjaya.

Di dalam rumah, Delisha tertawa bahagia di samping Qistina dan mama Aisyah. Jari jemarinya dihiasi inai. Tiada corak. Hanya inai di hujung jari sahaja. Dia hanya mengenakan baju kurung putih dan tudung bawal. Simple dan tidak terlalu berat. Wajah dia pula disolek oleh Qistina sendiri.

Delisha sudah mula menerima kehadiran Daryan secara perlahan-lahan. Terkejut juga dia menerima kehadiran kaum kerabat sebelah Daryan. Berwajah asing. Tidak seperti orang melayu tulen. Lihat saja Daryan, wajahnya saja seperti anak kacukkan.

"Finally bro, penantian kau berakhir juga. Berapa lama kau ikat dia?" Giat Tengku Zahin. Menyonggol lengan Daryan yang santai duduk di tepi kolam renang halaman belakang.

Menghembus asap rokok. Daryan segak dalam persalinan kemeja putih dan jeans.

"Tak lama pun. Dalam 2 bulan macam tu. Dah lama aku tunggu saat ni. Aku yakin, papì sedang gembira dengan aku" Daryan tersenyum nipis. Menatap dada langit yang kelihatan mendung.

Tengku Zahin tersenyum. "Papì kau akan bangga sebab ada anak macam kau"

Daryan tersenyum saja. Dia juga terkejut melihat kehadiran keluarganya dari Itali. Secara tiba-tiba dan sangat mengejut. Rupa-rupanya, Tan sri Hanz juga berkawan rapat dengan Tuan Harold.

"Padrè kau fasih juga bahasa Melayu. Tak sangka."

"Padrè dulu menetap dekat Malaysia dalam 6 tahun macam tu. Kemudian, dia balik ke Itali selepas papì aku sakit. Dia yang uruskan syarikat papì sampai lah dia betul-betul yakin yang aku dah boleh ambil alih tempat papì. Padrè yang ajar aku cakap Melayu. Well, tanpa padrè aku tak jadi macam sekarang..."

Tengku Zahin memandang belakang tubuh Daryan. Dia faham kerana dia pernah melihat bagaimana jatuhnya seorang Daryan. Tuan William meninggal kerana sakit jantung. Meninggalkan Daryan yang ketika itu masih lagi menimba pengajian di England.

Mata Tengku Zahin mengerling pangkal lengan Daryan. Ada tatu di kedua lengan lelaki itu. Bukan lengan sahaja, malah seluruh tubuhnya. Malah, di bahagian dada kirinya Daryan ada mengukir nama Delisha. Itu semuanya sebelum dia masuk Islam.

"Apa agaknya reaksi Delisha kalau tengok peta dekat badan kau tu?"

Daryan hanya menjungkit bahu. Putung rokok dilenyek ke dalam bekas abu rokok yang dibawanya ke pinggir kolam. Mata dia menangkap kelibat seseorang di balik pepohon redang di tepian kolam renang.

"Zahin, arah jam 3. Kau nampak?"

Tengku Zahin segera menoleh. Bibirnya menyungging senyuman sinis. Dia bersiul kecil. Berlagu merdu. Namun, tiada siapa tahu bahawa siulan itu adalah isyarat dari Tengku Zahin. Memanggil anak-anak buah dia yang menyamar sebagai katering.

"Well, kita ada pengintip. Dah lama sangat aku tak main darah manusia ni..." Tengku Zahin bersuara perlahan.

Daryan tersenyum sinis. Melihat lelaki itu ditangkap oleh anak buah Tengku Zahin. Sekali dihentak di bahagian leher sudah pengsan. Daryan tersenyum senget. Bangkit dari duduk dan mendekati Tengku Zahin.

"We've game tonight..."
















"Eh, apa ni awak!" Delisha kelam kabut mencari tuala yang dilempar entah kemana. Sebaik saja jumpa tuala mandinya, terus dia menutup rambutnya dengan wajah merahnya.

Daryan pula kelihatan santai bersandar di pintu bilik Delisha. Memeluk tubuh memerhati Delisha yang berkemban. Memerhati gadis itu atas bawah beberapa kali. Bibirnya melorek senyuman nakal.

"Awak! Keluarlah! Apa ni masuk bila orang suka hati je! Tak ada adab langsung!" Marah Delisha. Membungkus dirinya ke dalam comforter.

Tidak selesa di tenung oleh Daryan. Bukan dia tidak lihat, pandangan nakal lelaki itu. Delisha berasa ingin menangis saja. Dia pun satu, lupa pula nak kunci pintu biliknya.

"Seksi juga tunang aku. Kalau macam ni, kita kahwin malam ni nak tak?" Usik Daryan. Mendekati ke arah katil Delisha.

Membuatkan Delisha laju berlari menyelamatkan diri. Namun, nasib tidak menyebelahi dia. Daryan tiba-tiba saja berdiri di hadapan dia. Menghalangi jalan Delisha.

"Taknak! Baik awak keluar sebelum saya jerit panggil papa!" Ugut Delisha. Tiada cara lain lagi.

Daryan tersenyum senget. "Go ahead! Tak kisah. Kita tengok apa akan jadi. Aku rasa, papa suruh kita nikah malam ni jugak! Tak percaya, try lah jerit. I wanna see what's will happen!"

Delisha mengemam bibirnya. Dia yakin, tiada sesiapa mendengar suara jeritan dia. Apatah lagi, dalam keadaan dia begini. Daryan yang semakin mendekati dirinya. Membuatkan Delisha ingin menangis.

Melihat wajah Delisha sebek seperti mahu menangis Daryan segera menjarakkan dirinya. Seronok betul dia kenakan Delisha. Muka comel habis. Geram. Daryan tidak sabar mahu mengahwini gadis itu.

"Maaf. Aku saja usik kau. Aku cuma datang nak bagitahu, mulai hari ini aku tak tinggal sini lagi. Aku tinggal di mansion aku. Kalau kau rindu aku or nak jumpa aku. Bagitahu Haikal, Eric atau Afif. Dia orang akan jemput kau"

Delisha memandang lelaki itu. Pindah? Jadi, dia tidak perlu lagi menghadap wajah Daryan. Kalau dia rindu? Delisha segera mengeleng kepalanya beberapa kali.

"Takec are Fasha..."

Daryan terus keluar dari bilik Delisha. Tersenyum lebar mengingati wajah comel Delisha. Aih, sabar-sabar. Tak lari gunung yang dikejar. Daryan bersiul-siul kecil. Menuruni tangga. Dia harus ke mansion dia. Sampai di ruang bawah, kelihatan Tengku Zahin asyik bermain game di telefon. Di sisinya, ada Qistina yang asyik menempel manja di celah ketiak lelaki itu.

Maklumlah, hormon ibu hamil.

"Zahin, jom..."

Tengku Zahin segera menutup telefonnya. Dimasukkan ke dalam poket seluar. Qistina memandang sedih wajah suaminya. Tidak mahu berpisah dengan lelaki itu.

"Abang janji abang pergi sekejap je. Percayalah, buka je mata abang dah ada dekat sebelah sayang" pujuk Tengku Zahin lembut. Mengusap kepala Qistina yang tersarung tudung sarung.

"Okay abang..." akhirnya, Qistina mengukir juga senyuman.

Daryan dan Tengku Zahin melangkah keluar. Ada perhitungan yang ingin mereka buat pada malam ini. Daryan sempat memberi isyarat tangan kepada anak-anak buahnya untuk menjaga mansion Tan sri Hanz.




















Tengku Zahin tersenyum puas melihat wajah lelaki itu yang sudah dilumuri darah dibelasah oleh anak-anak buahnya. Tengku Zahin tidak mahu mengotori tangan dia jadi dia hanya meminta anak-anak buah dia melakukan kerjanya. Lelaki itu merupakan penyusup yang mereka tangkap di rumah Tan sri Hanz.

"Who's send you?"

Suara Daryan kedengaran di sebalik kegelapan. Memang mereka sengaja tidak mahu menyalakan lampu di dalam bilik kurungan itu. Membiarkan cahaya bulan di malam hari menyinari ruangan bilik itu. Cukup saja, suara dan derap langkah mereka.

"Aku tak akan bagitahu kau!"

Lelaki itu menjawab berani. Walaupun, tubuh dia lemah tidak bermaya dibelasah tanpa henti. Kedua tangan terikat di tiang besi dan terasa perit di seluruh tubuhnya.

"Wow, bro! Nampaknya, dia memang nak main-main dengan kita..." Tengku Zahin tertawa sinis. Mengejek.

Daryan melangkah mendekati lelaki itu. Bibir dia tersenyum lebar, apabila mata dia menangkap tatu di bahagian dada dan bahu lelaki itu. Tatu burung gagak hitam. Nampaknya, musuh dia mengejar dia hingga ke sini.

"Aku tahu siapa kau. Tapi, aku tak janji aku akan lepaskan kau dengan selamat..." ujar Daryan penuh bermaksud.

Lelaki itu menatap wajah Daryan. Lelaki itu hanya merasai aura yang cukup menyeramkan di keliling dia. Namun, dia tidak dapat meneka dengan siapa dia bercakap. Suara, derap kaki dan bunyi sahaja yang dia dengar.

Daryan kembali memusingkan badan dia. Tengku Zahin bersandar santai di dinding bilik itu dengan kedua tangan diseluk masuk dalam poket. Dia tahu, Daryan sangat bijak mengesan musuhnya.

"Bunuh dia. Jangan lupa, kirim abu mayat dia kepada ketua dia" arah Daryan dalam nada cukup tegas.

"Sì, capo..."

Daryan dan Tengku Zahin keluar dari bilik kurungan itu. Sebaik saja pintu ditutup rapat, raungan kesakitan lelaki itu kedengaran dan disertai bunyi tembakan. Daryan tersenyum sinis.

"Siapa? Black Crow?"

"Hmm"

Daryan hanya berdehem sebagai jawapan. Tengku Zahin melepaskan tawa kecilnya. Tidak serik-serik agaknya. Tengku Zahin memegang bahu sahabatnya.

"Aku rasa James mengamuk. Sebab kau bakar casino dia dua tahun lepas. Dendam dia dengan kau memang tak akan habis selagi dia belum tengok kau jatuh!"

"Aku tahu. Tapi aku boleh uruskan dia. Sekarang ni, aku tengah perhati tiga manusia ni"

Mata Daryan tajam menatap tiga foto yang dia lekapkan di atas papan dart miliknya. Tiga foto yang hampir hancur wajah kerana terdapat lubang-lubang kecil kesan dari balingan Daryan apabila bosan. Dart adalah mainan paling dia sukai kerana tidak memerlukan tenaga. Hanya perlu fokus pada titij tengah dan pap!

Tengku Zahin turut memandang foto-foto itu. Bibir dia menyungging senyuman sinis. Wajah itu, tidak asing lagi.

"Apa kau nak buat?"

"Well, aku akan tamatkan permainan mereka."


























Leo mendengus kasar melihat Ilma yang tidak habis-habis mendesak dia. Hilang fokus dia mahu mengira stok dadah yang baru sampai kerana kedatangan Ilma secara tiba-tiba itu. Ilma menghenyak kasar punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Leo. Si lelaki yang selama ini banyak membantu dia dalam kerja kotornya.

"Bila kau nak bunuh perempuan tu? Aku dah bayar kau kan! Bila kau nak bunuh dia! Kau tahu tak! Aku sakit hati sangat-sangat tengok dia bahagia!" Jerit Ilma sambil menghentak kedua tangan dia di atas meja.

Leo menjeling sekilas wajah menyinga perempuan di hadapannya. Hilang mood dia mahu gian malam itu.

"Kau reti sabar tak hah! Kau ingat senang ke nak bunuh orang? Kalau kantoi, bukan aku je masuk lokap...dengan kau sekali aku heret!" Balas Leo kasar.

Ilma mendengus kasar. Geram betul hati dia melihat kebahagian di wajah Delisha. Ingin saja dia merobek wajah itu, membunuh dan mengerat badan Delisha. Kemudian, campak ke tengah laut. Seterusnya, dia akan mengaut semua harta kepunyaan papa dia.

"Kau tu lembab! Aku dah bagi banyak masa kau tahu tak! Tak cukup lagi ke? Perempuan sorang tu pun kau tak boleh nak handle ke hah!"

Leo bangkit dari kerusinya. Tidak mempedulikan amarah Ilma. Perempuan itu, tidak habis-habis mendesak dia membunuh kembarnya. Macam lah Leo tiada kerja lain. Lagipun, Leo tidak mahu masuk campur. Dia tahu, ada seseorang yang melindungi Delisha.

"Kalau macam tu kau buat sendiri lah perempuan! Bising pulak! Kalau kau nak tahu sangat! Kakak kembar kau tu ada yang lindungi dia! Budak-budak aku ramai mati kau tahu tak!"

Ilma tertawa sinis. "Siapa? Gengster? Tokan dadah? Kongsi gelap?"

Leo malas mahu melayan. Dia sudah diberi amaran dan menyebabkan dia hampir saja ditangkap oleh pihak berkuasa dua bulan lalu kerana hampir membunuh Delisha. Dia rugi berjuta ringgit. Kerana itu lah, Leo tidak lagi menghantar budak-budak dia membunuh Delisha.

"Aku malas layan kau. Nah, ambik balik duit kau!"

Sampul surat berisi wang itu dikembalikan kepada Ilma. Dia tidak sanggup lagi kehilangan busines dia. Ilma berdiri. Memandang Leo yang seolah-olah tidak bersalah kepadanya.

"Kau pengecut! Perempuan pun tak boleh nak bunuh!"

Ilma keluar dari bilik kerja Leo. Sedangkan lelaki itu? Hanya menjungkit bahu tanpa mempedulikan Ilma yang nampak berang. Leo memandang ke satu sudut. Wajah dia terus berubah riak.

"A...apa kau bu...buat dekat situ?" Ucapnya gagap.

Terkejut. Melihat seorang lelaki berdiri di sebalik rak buku yang menempatkan bilik rahsianya. Rak buku itu agak terselindung dari pandangan orang. Ruangan antara rak buku dan bilik kerjanya agak gelap dan tidak kelihatan jika Leo tidak membuka lampu.

"Bagus kerja kau. Kalau kau tak ikut syarat aku, say bye-bye to your club!" Balas lelaki itu dalam nada mengejeknya.

Mula menonjolkan dirinya. Leo gerun melihat pistol di tangan lelaki itu. Guna kesan darah di tangan dan wajah lelaki itu.

"Ops- sorry! Aku terpaksa kotorkan club kau sekejap. Banyak sangat musuh aku kejar. Jadi, aku sembunyi dekat sini. Kau jangan risau, aku akan bayar segala kerosakkan dalam club kau tapi...."

"Ta...tapi apa?" Leo memandang lelaki itu ingin tahu.

"Bawa perempuan tadi pada aku. Jangan kau biarkan dia lukakan girl aku!"

Leo mengangguk laju. Sungguh, dia takutkan lelaki itu. Siapa saja tidak kenal Noah. Si mafia yang baru saja dilantik sebagai ketua dalam kumpulan Black Shadow beberapa tahun lalu. Black Shadow merupakan satu kumpulan mafia yang masih bergiat aktif. Namun, mereka bersih dari kerja haram.

"Ba...baik!" Leo menunduk hormat kepada lelaki itu.

Noah tersenyum senget. Mengelap kesan darah yang membasahi wajahnya menggunakan kain yang dia ambil di atas meja kerja Leo. Tidak sangka, Leo menuruti segala perintahnya.

"Good. Aku akan lepaskan kau dari list aku."

Noah terus menghilang di sebalik kegelapan. Leo terkebil-kebil memandang langsir tingkap dia yang berkibat angin. Macam kilat. Datang secara mengejut, hilang umpama kilat. Tidak salah lagi, mereka dijuluki sebagai Black Shadow. Pergerakkan mereka cukup pantas, diam dan bagaikan bayangan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro