11 | MY KING MY GUARDIAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : FANTASY + ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 1230










DI sebuah negara yang penuh harmoni, tinggallah seorang perempuan yang sangat cantik. Rambutnya berwarna keperangan dan beralun. Mukanya putih kemerahan dan matanya berwarna hijau muda. Perempuan itu bernama Dina

Dia adalah seorang yang sangat cantik di penempatan itu. Tetapi, malangnya ramai jejaka yang tidak ingin mengahwini dia kerana dia mempunyai satu kelemahan iaitu tiada kuasa magis.

Negara tersebut dinamakan Magiclit kerana semua penduduk yang menetap di Magiclit ini mempunyai kuasa magis yang luar biasa.

Setiap penduduknya mempunyai salah satu unsur kuasa daripada lima unsur iaitu api, air, tanah, angin dan cahaya.

Rakyat biasa hanya ada satu kuasa sahaja, golongan bangsawan pula hanya hanya dua atau tiga jenis kuasa sahaja. Kalau golongan pemerintah pula, kelima-kelima unsur tersebut  mereka kuasai.

Tetapi, Dina tidak mempunyai apa-apa keistimewaan langsung. Doa tidak tahu kenapa dia tidak mempunyai kuasa. Adakah memang takdir dia begitu ataupun sumpahan.

Ramai orang tidak mahu berkawan dengannya disebabkan kelemahannya yang satu itu. Nasib baik ibunya seorang yang memahami anaknya. Dia selalu menyokong anaknya itu jika anaknya mengalami kesedihan.

Dia tidak kisah apa orang lain katakan tentang Dina, yang penting, dia percayakan Dina.














____________________________________










PETANG itu, Dina bersiar-siar di sebuah taman bunga. Dia memang suka pergi ke taman bunga, kerana tempat itu sahaja yang boleh menggembirakan hati dia. Dia suka melihat pokok bunga yang berwarna-warni itu. Sangat menceriakan hati dia.

Kadang-kadang, bunga-bunga tersebut mengeluarkan cahaya yang cantik pada waktu malam, dan mengeluarkan bau yang sangat wangi sehingga boleh menenangkan seseorang yang menghidunya.

Sedang dia bersiar-siar di taman itu, tiba-tiba tangannya direntap kasar lalu dia ditolak sehingga jatuh ke tanah.

Dia mengaduh kesakitan. Punggungnya terasa sakit. Dia terus mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan yang menjatuhkan dia sebegini.

Kelihatan ada tiga orang lelaki yang sedang memandangnya sambil tersenyum sinis. Hati Dina semakin gusar. Nampaknya, dia berada dalam keadaan bahaya sekarang ini. Dia kenal ketiga-tiga lelaki itu, iaitu Zack, Lof dan Will

"Dina... Dina... kau ni cantik tau, tapi kau ni cacat," ejek Zack sambil tersenyum sinis.

Ya... cacat. Itulah tanggapan penduduk di Magiclit terhadap Dina kerana dia tidak mempunyai kuasa magis langsung.

"Korang pergilah! Jangan kacau akulah!" jerit Dina.

Ketiga-tiga lelaki itu hanya ketawa sahaja melihat muka Dina yang sudah berubah pucat.

"Guys, apa kata kita test power tenaga batin kita kat perempuan ni. Asyik test kuasa je," kata Zack sambil tersengih jahat. Lof dan Will hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Dina sudah semakin ketakutan. Dia faham makna di sebalik kata-kata Zack itu. Maknanya, mereka mahu merogol dirinya.

Tiba-tiba, Dina merasakan badannya berat seperti dihimpap oleh objek yang sangat berat. Dia tidak dapat menggerakkan sedikit pun anggota badannya. Suaranya seperti tersekat-sekat.

Habislah dia kali ini. Nampaknya, tiga lelaki durjana itu sudah menggunakan kuasa magis mereka terhadap Dina dan menyebabkan Dina kaku tidak bergerak seperti itu.

Zack terus menghampiri Dina dengan senyuman seperti seorang perogol bersiri. Belum sempat dia mahu menarik baju Dina, Zack merasakan badannya tercampak ke dalam semak.

Dia amat berang kerana ada seseorang yang menganggu kerjanya untuk mengenakan Dina. Dia terus bangun dan matanya tertancap kepada seseorang lelaki yang memakai topeng hitam. Matanya tunak memandang ke dalam anak mata Zack.

Zack sudah ketakutan. Lof dan Wil pula sudah pun melarikan diri. Dia tidak sedar pun sejak bila kawan-kawannya itu meninggalkan dia dalam kesusahan begini.

"Tolong... jangan apa-apakan aku. Aku janji, aku takkan kacau Dina lagi," rayu Zack sambil merapatkan tangannya seperti orang yang memohon simpati.

Tetapi, lelaki bertopeng itu hanya mendiamkan diri sahaja. Tiba-tiba, lelaki itu mengangkat tangannya lalu mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Setelah itu, tangannya mengeluarkan satu bebola cahaya yang berwarna merah dan ungu.

Lalu, dia mencampakkan bebola cahaya tersebut ke arah Zack dan menyebabkan seluruh tubuh badan Zack berubah memjadi debu.

Dina yang dari tadi menjadi pemerhati sejati berasa sangat terkejut melihat kejadian itu. Disebabkan rasa yang terlampau terkejut itu, akhirnya Dina pengsan si situ juga.

Lelaki bertopeng itu terus menghampiri Dina dan mengangkat tubuh genit gadis itu.

"I'll protect you, girl. Because I love you so much," ucap lelaki bertopeng lalu dia mengucuh dahi Dina.

____________________________________

SEJAK kejadian itu, hidup Dina semakin aman. Tiada seorang pun yang berani mengacau atau memarahi dia.

Pada mulanya, Dina agak pelik dengan perubahan itu, tetapi dia hanya menghiraukan sahaja. Dia amat bersyukur kerana kehidupannya semakin baik.

Pada suatu hari, Dina dan ibunya dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang diadakan di istana pemerintah Magiclit.

Sebenarnya, penduduk-penduduk di Magiclit tersebut tidak tahu rupa sebenar raja mereka kerana baginda tidak pernah menunjukkan mukanya yang sebenar. Tetapi, ada ura-ura mengatakan bahawa raja itu sangat muda usianya iaitu sekitar 30-an.

Ramai orang yang mahu sekali melihat wajah sebenar raja tersebut termasuklah Dina.










____________________________________










DI majlis makan malam tersebut, Dina menggunakan gaun yang sangat cantik. Sesuai dengan bentuk badannya. Ramai yang terpegun melihat kecantikan Dina. Tidak kisahlah lelaki atau pun perempuan.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki bertopeng sedang menapak menuju ke arahnya. Dina kenal dengan lelaki bertopeng ini kerana lelaki ini banyak membantunya.

Dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki bertopeng itu kerana bersusah payah menolongnya.

"Will you dance with me?" Lelaki bertopeng itu sudah menghulurkan tangannya.

"Sure," jawab Dina sambil menyambut huluran tangannya.

Lalu, mereka pun menari mengikut alunan muzik yang dimainkan. Langkah tari mereka sangat teratur. Tiba-tiba, ada satu cahaya berwarna merah jambu. Cahaya itu mengelilingi mereka. Ramai yang terkejut melihat cahaya itu termasuklah Dina.

Mengikut ajaran mereka, cahaya merah jambu ini menandakan bahawa raja akan bertemu dengan jodohnya.

Dina sudah terkejut beruk di situ. Maknanya, lelaki bertopeng ini adalah raja di Magiclit ini. Dia terus memberhentikan lamgkah tarinya. Begitu juga dengan lelaki bertopeng itu.

"A... awak ni se... sebenarnya siapa?" tanya Dina tergagap-gagap.

Lelaki bertopeng itu terus membuja topengnya. Ramai terpegun melihat ketampanan lelaki itu.

"Beta adalah Raja Zaliq. Maafkan beta, kerana menyorokkan identiti beta selama ini," kata Raja Zaliq.

Dia amat terkejut. Maknanya, lelaki bertopeng yang selalu menolongnya selama ini adalah Raja Zaliq, iaitu pemerintah Magiclit sendiri.

Dia tidak mahu berkata apa lagi. Lidahnya memang betul-betul terkelu.

Tiba-tiba, Raja Zaliq melutut di hadapan Dina, gayanya seperti orang melamar sahaja. Raja Zaliq mengeluarkan sehelai tisu dari poketnya, lalu dia menukarkan tisu itu menjadi cincin dengan menggunakan kuasa magisnya.

Dia menatap dalam ke arah anak mata Dina dan menyebabkan gadis itu terpana.

"Dina, will you marry me?"

Dina sudah terkedu. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa Raja Zaliq melamar dirinya. Apa yang perlu dia jawab? Patut ke dia menerima lamaran Raja Zaliq? Dia sudah buntu sekarang ini.

____________________________________

KEJADIAN tersebut sudah enam tahun berlalu. Ya... dia sudah menjadi isteri kepada Raja Zaliq selama enam tahun. Dia menerima lamaran Raja Zaliq itu.

Pada mulanya, Dina menerima lamaran tersebut kerana dia terhutang budi kepada Raja Zaliq keranan raja itu sentiasa menolongnya ketika dalam kesusahan.

Tetapi, sekarang ini dia sudah mencintai Raja Zaliq dengan sepenuh hati. Raja Zaliq pun tidak berputus asa mengambil hatinya. Lagipun, Raja Zaliq seorang yang romantik. Sebab itulah, Dina semakin terpikat dengan suaminya.

Selama enam tahun mereka berkahwin, Raja Zaliq dan isterinya dikurniakan sepasang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.

Raja Zaliq juga mengajar isterinya untuk menguasai kuasa magis. Sekarang ini, Dina begitu pakar dalam menguasai lima unsur kuasa magis tersebut. Itu pun berkat ajaran daripada suaminya.

Kini, hidup Dina semakin bahagia, kerana dikurniakan seorang suami penyayang seperti Raja Zaliq dan kehadiran ketiga-tiga cahaya matanya. Dia tidak perlukan yang lagi. Keluarganya adalah segala-galanya.


SHADHIA | 2020






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro