10 | SHE'S MY GIRL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : ACTION + ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 3345 PP



RAID keluar dari keretanya bersama anak buahnya. Ada perhitungan yang perlu diselesaikan. Dia tidak sangka orang yang dia sangat percayai mengkhianati dia.

Dia amat benci terhadap pengkhianat dan baginya hukuman seorang pengkhianat adalah mati di tangan dia sendiri.

Alex... salah seorang bekas pekerjanya yang dia amat percayai telah mencuri satu cip rahsia kumpulan The Blood untuk diberikan kepada kumpulan The Dragon.

Cip itu amat penting kerana dalam cip itu tersimpan segala rahsia dan maklumat sulit tentang kegiatan The Blood. Kalau cip itu terjatuh ke dalam kumpulan mafia yang lain, The Blood akan hancur.

Dia dapat lihat ada sekumpulan lelaki menunggu kedatangannya. Mereka dilengkapi dengan senapang-senapang yang agak canggih. Tetapi dia tidak kisah. Orang-orang dia pun ada senjata yang lebih canggih daripada mereka. Jadi, apa yang nak ditakutkan.

"Welcome... Raid Amsyar," kata Alex sambil menghadiahkan semyuman sinis.

"Aku malas nak cakap banyak... aku tahu kau ambil cip kumpulan aku, The Blood. Kau nak aku minta cara baik or cara kasar? Kau boleh pilih," kata Raid Amsyar sambil tersenyum sinis.

"Sebelum aku bagi cip tu kat kau... aku nak minta satu benda dengan kau sebagai pertukaran. Takkanlah senang je aku nak bagi benda ni. Come on, man..." kata Alex dengan nada suara yang agak sinis.

Raid Amsyar hanya mengekalkan wajah tenangnya sahaja. Dia mahu tengok sejauh mana permainan Alex untuk memerangkapnya. Sebenarnya dia sudah merancang plan untuk mengenakan Alex balik. Just wait and see.

"Kau nak apa?" tanya Raid Amsyar tenang.

Tiba-tiba Alex ketawa dengan agak kuat. Seperti ada sesuatu yang mencuit hatinya. Semua ahli The Blood sangat hairan apabila melihat reaksi Alex. Macam orang gila sahaja.

"Hahaha... kau ni memang bodohlah, Raid. Kau ingat senang-senang je ke aku nak bagi cip tu. Untuk pengetahuan kau... aku takkan bagi cip tu kat kau. Kau tak tahu ke yang kau orang semua dah kena kepung," ujar Alex sambil diselangi dengan ketawa sinisnya.

Tiba-tiba, ramai ahli kumpulan The Dragon keluar daripada tempat pensembunyian mereka. Mereka masing-masing mengacukan senapang ke arah kumpulan The Blood.

'Habislah kau kali ni, Raid. Aku akan pastikan malam ni kumpulan kau akan hancur,' getus hati Alex dengan penuh dendam.

Raid Amsyar hanya tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata sinis daripada Alex. Dia sudah agak benda begini akan berlaku.

Raid Amsyar menunjukkan isyarat rahsia kepada orang-orangnya untuk memulakan serangan. Mereka yang sudah faham akan isyarat tersebut terus memulakan tembakan.

Orang-orang The Dragon juga banyak yang ditembak. Ahli-ahli kumpulan The Blood sangat handal dalam bermain senjata. Jadi... tiada masalah untuk mereka membunuh mangsanya dengan hanya satu tembakan sahaja.

Alex sangat terkejut dengan serangan secara tiba-tiba oleh kumpulan The Blood. Dia tidak bersedia sepenuhnya. Nampaknya dia memandang rendah terhadap Raid Amsyar.

"Sial... kau!" sumpah seranah Alex kepada Raid Amsyar.

"Go to hell." Raid Amsyar terus mengeluarkan pistolnya lalu menarik picunya.




____________________________________




RANIA Syafiqah sedang berjalan untuk pulang ke rumahnya. Hari ini, badannya terasa sangat penat. Sekarag ini dia hanya memikirkan katilnya sahaja.

Untuk pulang ke rumahnya, dia terpaksa melalui sebuah lorong yang agak sunyi. Sebenarnya, dia boleh sahaja menggunakan jalan besar... tetapi lorong yang sunyi itu adalah jalan pintas untuk dia sampai ke rumah.

Sedang dia melalui lorong itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi-bunyi tembakan. Dia berasa amat terkejut.

Baru dia sedar bahawa punca bunyi-bunyi tembakan itu dari satu bangunan yang usang. Dia mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Rasa ingin tahunya sangat meluap-luap sekatang ini.

'Tak apa, Rania. Kau hanya nyorok je,' getus hati Rania.

Tanpa membuang masa, dia terus berlari pergi ke bangunan usang tersebut. Dalam hati usahlah ditanya... sangat berdegup kencang jadinya. Tetapi disebabkan rasa ingin tahu yang semakin meluap-luap dia menghiraukan sahaja rasa gementar itu.

Setelah sampai ke bangunan usang tersebut, Rania terus berlari lalu dia bersembunyi belakang salah sebuah kereta yang terpakir di situ. Baru dia perasan bahawa kereta tersebut berjenama mahal. Maknanya, bukan calang-calang orang pemilik kereta ini.

Rania dapat lihat aksi tembak menembak antara sekumpulan lelaki. Perasaannya bercampur baur sekarang ini. Teruja pun ada. Takut pun ada. Dia tidak pernah melihat aksi tembak-menembak di hadapan matanya. Selalunya, dia hanya lihat di TV sahaja.

Bang!

Bang!

Bang!

Ada juga peluru terkena pada kereta berdekatan dengan tempat Rania menyorok. Nasib baik dia tidak menjerit. Kalau tidak... habislah riwayat dia nanti.

'Baik aku keluar je dari sini. Kalau dia orang tahu aku kat sini mampus aku,' getus hati Rania.

Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari tempat persembunyiannya. Tetapi, belum sempat Rania ingin melarikan diri dari tempat itu, tiba-tiba bahunya seperti ditembus sesuatu.

Rasa sakit menjalar keseluruh bahunya dan menyebabkan Rania terjerit kesakitan. Dia terus memegang bahunya dan kelihatan tangannya berdarah. Dia terus melihat tangannya dipenuhi darah. Baru dia sedar yang dia sudah ditembak. Tiba-tiba kepalanya sakit mencucuk-cucuk. Pandangannya menjadi kelam dan akhirnya dia pengsan juga.

Raid Amsyar yang sedang menembak orang-orang The Dragon terkejut apabila dia terdengar ada suara perempuan menjerit kesakitan.

"Bos, ada budak perempuan kena tembak," lapor salah seorang dari ahli kumpulan The Blood.

Raid Amsyar mengerutkan dahinya. Mana datang perempuan itu? Macam mana dia oleh ada di bangunan lama ini?

"Kau pergi selamatkan perempuan tu. Bawa perempuan tu kat rumah aku. Now!" arah Raid dengan tegas. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya dan terus berlalu untuk menyelamatkan perempuan tersebut atas arahan bosnya.

Raid Amsyar terus menyerang kumpulan The Dragon. Alex sudah tumpas di tangannya. Tinggal beberapa orang sahaja yang masih tinggal. Rupanya ahli-ahli kumpulan The Dragon tidaklah sekuat mana.





____________________________________





KEESOKAN paginya, Rania bangun dari tidurnya. Kepalanya sangat sakit sekarang ini. Bahunya pun seperti sengal-sengal sahaja.

Tiba-tiba dia dapat rasakan yang katil yang dia baring ini sangat lembut. Mana ada katilnya lembut seperti ini. Adakah dia masih berada di alam mimpi?

Dia terus membulatkan matanya. Rania bangun dari pembaringannya dan matanya memandang sekeliling bilik itu. Dia baru sedar bahawasanya dia bukan berada di biliknya. Dia berada di rumah orang lain. Ini bukan bilik tidur dia.

Dia takut dan risau sekarang ini. Takkanlah dia diculik. Alamak... tak mungkin dia diculik. Macam mana mahu keluar dari tempat ini. Sakit di bahunya dia hiraukan. Yang penting... dia mesti cari jalan keluar.

Baru sahaja Rania turun dari katilnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Aduh... aku nak buat apa sekarang ni? Takkan nak buka pintu tu? Kalau penculik yang ketuk pintu bilik ni... nayalah aku," ujar Rania dengan penuh kerisauan.

Tiba-tiba, pintu dibuka dari luar dan dia dapat lihat seorang mak cik tua sedang berdiri di muka pintu sambil tersenyum manis. Tangannya memegang sesuatu berwarna hitam. Macam kain sahaja.

"Nampaknya cik dah bangun," kata mak cik tua itu dengan mesra. Mak cik tua itu semakin mendekat dan membuatkan Rania semakin risau. Dia takut kalau makcik itu mengapa-apakan dia.

"Tolong... tolong... mak cik. Saya merayu sangat. Tolong... jangan apa-apakan saya. Saya masih muda. Saya bukan orang kaya," rayu Rania dengan suara terketar-ketar. Riak ketakutannya jelas terlakar pada wajahnya.

Mak cik tua itu hanya terpinga-pinga. Dia tidak faham kenapa perempuan muda itu takut dengannya. Padahal dia mahu menolong perempuan itu sahaja.

"Eh... jangan risau. Mak cik ni bukan orang jahat. Nama mak cik, Mak Senah. Mak cik ni orang gaji kepada Tuan Raid. Cik tak ingat ke apa yang jadi semalam?" tanya Mak Senah sambil megerutkan dahinya. Takkanlah perempuan ini amnesia pula?

Rania hanya mengerutkan dahinya. Bermacam-macam soalan yang muncul di benak fikirannya. Siapa Tuan Raid? Apa yang jadi semalam? Dia teringat yang semalam dia ditembak semasa hendak keluar dari bangunan usang itu. Siapa yang menyelamatkan dia? Lelaki yang bernama Tuan Raid ke?

"Maaf... Mak Senah. Saya salah sangka dengan Mak Senah. Saya ingat yang semalam saya ditembak. Macam mana saya boleh ada di sini?" tanya Rania meminta kepastian. Dia semakin selesa bersembang dengam Mak Senah.

"Semalam, kawan Tuan Raid bawa cik ke rumah ni. Masa tu cik pengsan lagi. Bahu cik berdarah. Jadi, mak cik calllah doktor untuk merawat cik. Nasib baik tak teruk sangat cedera cik tu," kata Mak Senah.

Nampaknya dia bukanlah diculik tetapi diselamatkan. Hatinya terus merasa sangat lega. Nampaknya Allah masih melindungi keselamatannya. Alhamdulillah...

"Mana Tuan Raid?" tanya Rania ingin tahu. Dia mahu mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang bernama 'Raid' itu kerana menyelamatkan nyawanya. Kalau tidak, sudah mati katak agaknya.

"Oh... Tuan Raid sekarang tengah tunggu cik bersiap. Dia nak cik bersarapan dengan dia. Ni... saya ada bawa baju untuk cik," kata Mak Senah sambil menghulurkan pakaian bersih kepada Rania. Rania terus menyambutnya.

"Mak cik lupa nak tanya... apa nama cik?" tanya Mak Senah.

"Rania," jawab Rania sepatah.

"Oh... kalau macam tu... Rania cepat-cepatlah bersiap. Dalam bilik ni ada bilik air. Jadi... Rania tak payah risau. Kalau ada apa-apa, panggil je mak cik," pesan Mak Senah.

Rania hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Seusai itu, Mak Senah terus meninggalkan Rania keseorangan dalam biliknya.

Rania pula bingkas bangun dari katil dan terus menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya dan bersiap-siap. Dia berasa teruja untuk mengenali gerangan Tuan Raid yang disebut-sebut oleh Mak Senah tadi.

____________________________________

RANIA sedang menuruni tangga untuk pergi ke meja makan. Hatinya sangat gementar sekarang ini kerana sebentar lagi dia bertemu secara empat mata dengan Tuan Raid.

Setelah sampai di meja makan, dia dapat lihat seorang lelaki sedang membaca surat khabar. Mukanya sudah dilitupi surat khabar tersebut.

Dia terus berdehem untuk menyedarkan lelaki itu bahawa dia masih wujud di sini. Lelaki itu menjatuhkan surat khabar tersebut.

Lelaki itu terus memandang tajam ke arah Rania. Rania pula sangat terpegun sekarang ini.

'Dia ke Tuan Raid tu. Handsomenya dia,' puji Rania dalam hatinya.

Rania hanya berdiri terkulat di situ. Takkanlah dia terus duduk di situ? Tuan rumah ini pun tidak mengajak aku duduk bersarapan dengan dia.

"Kau tercegat apa lagi? Duduklah!" arah Raid dengan nada suara yang keras. Rania yang sudah terkejut dengan nada suara Raid bingkas duduk di kerusi di hadapan Raid.

'Garangnya mamat ni,' getus hati Rania.

"Ambil ni... makan." Raid menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Rania. Tanpa banya bicara, Rania terus mengambil nasi goreng itu lalu dia terus menikmatinya. Sebenarnya, perut Rania sudah kelaparan.

Semasa bersarapan, Rania kurang berasa selesa dengan renungan tajam Raid. Suapannya semakin kekok sahaja apabila Raid asyik merenungnya seperti hendak menelan sahaja.

"Nama kau siapa?" tanya Raid secara tiba-tiba.

"Rania Syafiqah. Panggil Rania je," ujar Rania dengan suara yang perlahan. Rasa gementar sahaja apabila bercakap dengan Tuan Raid ini.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Kau mesti dengar cakap aku kalau kau nak hidup lagi," ujar Adrian Haris. Nada suaranya sangat serius.

Rania terus memberhentikan suapannya. Dia rasa berdebar-debar menunggu apa yang bakal diperkatakan oleh Raid nanti.

"Aku nak kau kerja dekat rumah aku. Jadi orang gaji."

Rania terus tercengang. Kerja sebagai orang gaji. Kenapa pula? Lagipun dia sudah ada pekerjaan. Buat apa mahu bekerja di sini?

"Maaf, tuan. Saya tak boleh bekerja di sini. Saya dah ada kerja sebagai waiter," kata Rania dengan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu lelaki dihadapan dia ini. Nanti sia-sia sahaja kena marah nanti.

"Kau ingat aku saja nak suruh kau kerja kat sini. Aku tak nak lepaskan kau sebab kau dah nampak apa yang jadi semalam," kata Raid sambil tersenyum sinis. Lagipun dia dapat rasakan yang perempuan yang berada di hadapan dia ini lain daripada perempuan-perempuan di luar sana.

Selalunya, ramai perempuan yang ingin menggodanya. Tetapi, lain pula dengan Rania. Dia nampak perempuan ini macam takut sahaja dengan dia. Raid tersenyum kecil dalam diam. Dia harus siasat perempuan ini dahulu.

Rania pula sudah terkesima mendengar kata-kata Raid tadi. Nampaknya dia sudah menjadi saksi kejadian tembak-menembak itu. Patutlah lelaki itu tidak melepaskannya. Aduh... bagaimana ini?

"Saya janji saya takkan bagitahu kat sesiapa pun. Saya anggap kejadian semalam tak terjadi pun," kata Rania dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu duduk di sini. Dia tidak kenal sangat siapa Raid ini walaupun lelaki itu sudah menyelamatkannya semalam.

"Aku akan bagi gaji kau lima kali ganda dari gaji kau sebagai waiter tu," kata Raid sambil tersenyum sinis.

Rania pula sangat terpegun mendengar nilai gaji tersebut. Lumayan... tetapi kalau mahu kerja seperti ini, dia kena pergi ke restoran itu untuk berhenti kerja.

"Betul ni gaji saya banyak tu?" tanya Rania. Raid pula hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Baiklah... saya setuju." Rania memberikan kata putusnya. Gaji sebanyak itu, mestilah mahu. Boleh duit ini disimpan untuk masa hadapan nanti.

Raid pula hanya tersenyum puas. Nampaknya Rania sudah bersetuju. Sekali Rania masuk dalam dunia dia... Raid takkan lepaskan perempuan itu.

"Okay... yang pasal kerja waiter kau tu... kau jangan risau. Nanti aku uruskan," kata Raid lalu menyisip air kopinya. Rania hanya mengangguk sahaja.

Tanpa sebarang kata, Raid terus bangun dari kerusi lalu berlalu dari situ meninggalkan Rania keseorangan di meja makan.

Pada mulanya, Rania terpinga-terpinga dengan kelakuan Raid tetapi dia hanya diam sahaja. Daripada penat memikirkan lelaki itu... baik dia makan sahaja.







____________________________________






SUDAH sebulan, Rania bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Raid. Rania juga secara rasminya sudah pindah ke rumah Raid atas arahan Raid sendiri.

Bagi Rania kerja dengan Raid sangat memenatkan. Kadang-kadang dia merasakan Raid sengaja membulinya.

Tetapi, sebagai pekerja hanya akur sahaja. Menurut Mak Senah, sejak Rania bekerja di rumah ini, Raid selalu pulang untuk makan di rumahnya. Sebelum ini jarang Raid untuk makan di rumahnya sendiri. Mungkin masakan Rania sedap sangat... sebab itulah Raid sanggup balik ke rumah untuk menjamah air tangan Rania.

Raid pula agak senang apabila Rania bekerja sebagai pembantu rumahnya. Kadang-kadang dia terhibur juga dengan keletah Rania yang agak kelam kabut. Sebab itulah dia sengaja membuli Rania. Baginya, Rania seorang wanita yang agak polos.

Raid sudah mengupah seseorang untuk menyiasat Rania Syafiqah. Dia mahu tahu siapakah Rania yang sebenarnya.

Beberapa minggu kemudian, penyiasat tersebut bertemu dengan Raid di pejabat membawa hasil siasatan tersebut.

Dia amat tidak menyangka bahawa Rania itu adalah budak comel yang dia selamatkan semasa dia berumur 12 tahun pada ketika itu. Dia memang sudah lama mahu menjejaki budak itu tetapi tiada klu langsung.

Padahal selama ini budak comel yang dicarinya hanya di hadapan matanya sahaja.

"Nampaknya aku dah jumpa kau, budak. Tinggal nak 'ikat' kau je lagi," kata Raid sambil tersenyum sinis. Dia berasa amat gembira kerana orang dia cari selama ini sudah dijumpai. Secepat mungkin dia akan 'mengikat' Rania supaya sentiasa berada di sisinya.






____________________________________






AKHIRNYA, Rania dan Raid sudah selamat diijabkabulkan di pejabat agama sahaja. Pada mulanya, Rania sangat tidak bersetuju dengan perkahwinan ini kerana dia amat takut kalau Raid mengapa-apakan dia.

Raid bukan sengaja mahu menyorokkan hal perkahwinannya. Tetapi dia takut musuh-musuhnya akan mengapa-apakan Rania jika mereka dapat tahu Rania itu isterinya. Mesti mereka menjadikan Rania sebagai kekuatan mereka untuk menjatuhkan The Blood.

Rania juga sudah tahu identiti sebenar Raid bahawa dia adalah ketua mafia. Itu pun dia dapat tahu dari mulut Mak Senah. Nampaknya segala rahsia yang berlaku dalam rumah Raid itu semua Mak Senah sudah tahu.

Setelah pelbagai ugutan yang diberikan oleh Raid, akhirnya dengan hati yang separuh rela, dia pun bersetuju dengan perkahwinan ini.

Rania tidak tahu apa motif Raid mahu berkahwin dengannya. Kalau mahu tanya Raid, dia hanya diam sahaja. Sepertinya mahu merahsiakan sesuatu yang agak besar.

Rania berharap sangat yang perkahwinan tanpa cinta ini, bahagia. Dia akan cuba memikat hati suaminya yang beku itu.



____________________________________






DIAM tak diam sudah hampir setahun Raid Amsyar dan Rania Syafiqah mendirikan rumah tangga.

Kehidupan mereka semakin hari semakin bahagia. Bagi Rania... Raid adalah suami yang baik dan bertanggungjawab. Walaupun Raid nampak beku dan garang. Tetapi, dia mempunyai sisi romantik dia juga. Hanya Rania sahaja yang tahu.

Mereka juga sudah saling mencintai. Sebenarnya Rania yang mulakan langkah pertamanya dahulu. Dia berusaha memikat hati Raid. Susah juga mahu memikat hati beku itu. Egonya terlalu tinggi.

Tetapi kalau sudah digoda banyak kali... siapa yang boleh tahan? Sudah semestinya Raid juga rasa sebegitu. Pelbagai teknik dan cara Rania gunakan untuk memikat hati Raid. Rania belajar pun dengan bantuan Google dan juga tips-tips dari Mak Senah.

Alhamdulillah... akhirnya usahanya tidak sia-sia. Raid juga sudah jatuh cinta dengam Rania. Lagipun, bagi Raid... Rania memang seorang isteri yang baik. Selalu menyambutnya di muka pintu jika dia pulang dari tempat kerja. Rania juga menguruskan makan dan pakaiannya dengan sangat baik. Memang tidak patut dia mensia-siakan isteri sebaik Rania.

Rania juga sudah tahu bahawasanya Raid adalah hero yang menyelamatkannya semasa dia hampir lemas dahulu. Raid yang memberitahu hal sebenar itu kepada Rania. Pada mulanya, Rania tidak percaya tetapi setelah Raid menunjukkan beberapa bukti, akhirnya barulah Rania percaya.






____________________________________






MALAM ini sudah tibalah masa tercetusnya peperangan antara kumpulan The Blood dengan kumpulan The Dragon.

Sekarang ini Raid sedang bersiap-siap. Tiba-tiba ada seseorang yang memeluknya dari belakang. Dia sudah tahu siapa yang memeluk itu. Sudah pastinya, Rania... isteri kesayangannya.

"Abang... janganlah pergi. Baik teman sayang kat dalam rumah ni je." Manja sahaja suara Rania. Dia terus menyembam mukanya ke bahagian belakang Raid.

Sebenarnya, Rania tahu suaminya mahu pergi ke mana malam ini. Dia amat risau akan keselamatan suaminya nanti.

Raid terus berpusing menghadap Rania. Dia tahu Rania sangat risaukannya. Tetapi, dia ketua mafia. Dia kena memperjuangkan maruah The Blood.

"Tak bolehlah, sayang. Sayang jaga diri. Nanti abang hantar pekerja abang jaga rumah ni," kata Raid sambil dengan lembut.

"Abang janji abang akan pulang dengan selamat?"

"Ya... abang janji."






____________________________________






Kilang lama tersebut dihiasi dengan bunyi-bunyi tembakan dari dua kumpulan itu. Sekarang ini Raid sedang menyerang ketua kumpulan The Dragon, Justin.

"You'll be dead!" jerit Justin.

"Not so fast!" balas Raid. Dia terus menembak sasarannya tetapi tidak mengena.

"Aku akan pastikan kumpulan kau hancur," kata Justin dengan penuh rasa dendam.

"Silakan," provok Raid. Ingat senang nak lawan dia? Huh...

Tiba-tiba, Raid sedar yang pelurunya sudah habis. Dia tidak ada peluru spare lagi. Begitu juga dengan Justin. Nampaknya mereka terpaksa berlawan antara satu sama lain.

Raid terus meluru ke arah Justin dan menumbuknya dengan sekuat hati. Tiba-tiba Raid dapat rasakan yang perutnya sakit seperti ditembus selalu. Dia melihat perutnya sudah berdarah.

Ada orang yang sudah menembak dia. Raid terus menyentuh perutnya. Darahnya banyak mengalir. Sakitnya semakin menjalar ke seluruh badan. Badannya sudah semakin lemah.

Justin yang melihatnya sudah tersenyum jahat. Nampaknya kumpulan dia akan menang malam ini. Dia terus menumbuk perut Raid yang bedarah itu dan menyebabkan Raid menjerit kesakitan.

Dia menyepak kaki Raid dan menyebabkan Raid terjatuh ke lantai. Raid tidak berdaya untuk melawan balik. Badannya terasa lemah. Adakah hari ini ajalnya sampai?

Justin seperti kerasukan syaitan terus menyepak kepala Raid sehingga Raid jatuh terbaring. Raid semakin lemah. Bibirnya sudah pecah. Kepalanya sudah berdarah. Wajahnya sudah semakin lebam.

'Maafkan abang, sayang sebab abang dah mungkir janji dengan sayang'

Mata Raid semakin memberat. Sakitnya semakin mencengkam kepalanya akibat disepak oleh Justin tadi. Dia mahu terus bertahan tetapi tidak boleh. Pandangannya sudah semakin kelam.

Justin pula sudah tersenyum sinis. Nampaknya Raid semakin lemah. Peluang di depan mata. Bila-bila masa sahaja dia boleh membunih Raid.

Belum sempat Justin mahu menyepak kepala Raid untuk kali keduanya, tiba-tiba ada seseorang yang menembak kepala Justin dan menyebabkan kepala Justin berkecai. Justin mati dengan sia-sia di situ.

"Cepat! Selamatkan bos. Bos dah lemah sekarang ini," arah Mail, salah seorang ahli The Blood.

Sebahagian ahli Red Blood masih menyerang ahli-ahli kumpulan The Dragon yang masih tinggal. Sebahagian lagi, sedang menolong Raid untuk membawanya ke hospital. Nampaknya Raid cedera parah pada kali ini.






____________________________________








KEJADIAN tersebut sudah lima tahun berlaku. Nampaknya Raid dan Rania dikurniakan seorang anak perempuan dan dua anak lelaki hasil perkahwinannya.

Selepas kejadian Raid cedera parah pada malam itu, dia terus dikejarkan ke hospital. Dia kehilangan banyak darah dan koma beberapa minggu. Nasib baik pada ketika itu hospital ada bekalan darah mencukupi untuk menyelamatkan Raid.

Sepanjang Raid berada di hospital, Ranialah yang bersusah payah menjaga suaminya. Baginya, itu adalah tanggungjawab dan pengorbanan seorang isteri kepada suaminya.

Kumpulan The Dragon pula sudah sepenuhnya ditumpaskan oleh kumpulan The Blood. Markas-markas The Dragon sudah dihancurkan oleh kumpulan The Blood sendiri.

Raid berjanji terhadap dirinya bahawa dia akan mencintai, melindungi dan menyayangi Rania sehingga ke akhirnya. Begitu juga dengan Rania. Walaupun Raid seorang yang beku dan tidak romantik seperti watak hero yang diceritakan dalam novel, dia tetap sayang dan cintakan suaminya itu.

Moga Allah memanjangkan jodoh mereka sehingga ke akhir hayat.







SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro