9 | YOU'RE MY GUARDIAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : MYSTERY + ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 3600











NAMA aku Raudhah Alisa. Aku seorang gadis yang berumur 25 tahun dan seorang yang biasa-biasa sahaja. Nak kata lawa itu... tidaklah lawa mana. Aku seorang anak yatim piatu. Ibu bapaku sudah meninggal dunia disebabkan kemalangan ketika aku beusia 18 tahun.

Setelah ibu bapaku meninggal, aku belajar untuk hidup berdikari. Nasib baik ibu bapaku ada sedikit wang simpanan untuk aku melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Setelah aku berjaya mendapat segulung ijazah, aku mendapat tawaran bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat perkapalan yang terbesar di Malaysia ini.

Majikan aku sangat baik denganku. Namanya Dato' Arshad... berumur 58 tahun. Sebenarnya Dato' Arshad ini bukannya pemilik betul syarikat perkapalan ini. Dia hanya menjaga sahaja syarikat ini.

Menurut Dato' Arshad, pemilik sebenar syarikat ini sedang menguruskan syarikatnya di United Kingdom. Setelah urusannya selesai di sana. Barulah pemilik syarikat itu balik ke syarikatnya ini.

Aku pula tidak pernah lihat rupa pemilik syarikat itu. Yang aku tahu dia seorang lelaki. Dato' Arshad tidak pernah menunjukkan gambar pemilik syarikat tersebut.









____________________________________








HARI ini adalah hari yang paling menyedihkan bagiku kerana hari ini Dato' Arshad akan bersara. Jadi, semua pekerja syarikat ini menyambut majlis perpisahan khusus untuk Dato' Arshad.

Majlis perpisahan ini dibuat di dalam dewan yang sudah ditempah oleh syarikat ini sendiri. Makanannya yang disediakan juga pun mewah dan sedap-sedap belaka.

Bukan itu sahaja. Hari ini juga pemilik sebenar syarikat ini akan pulang berkerja ke syarikat ini semula. Ramai yang begitu teruja, siapakah bos sebenar mereka termasuklah aku sendiri.

Aku pula automatik sahajalah akan menjadi P.A kepada pemilik syarikat itu disebabkan Dato' Arshad sudah bersara. Agak-agak pemilik syarikat itu baik ke macam Dato' Arshad ya?

Aku lihat Dato' Arshad pergi ke atas pentas dan mengambil mikrofon daripada pengacara majlis itu. Nampaknya Dato' Arshad mahu memberikan ucapan.

"Assalamualaikum dan selamat malam semua. Terlebih dahulu saya mahu mengucapkan terima kasih kerana bersusah payah membuat majlis untuk persaraan saya. Terima kasih juga kepada anda semua kerana banyak membantu saya memajukan syarikat ini selama lebih 10 tahun saya menjaga syarikat ini.

Seperti yang anda semua tahu, saya bukanlah pemilik sebenar syarikat ini. Pada malam ini, saya akan memperkenalkan pemilik sebenar syarikat ini iaitu bakal majikan anda semua. Saya tahu ramai yang teruja mahu mengenali siapakah gerangan itu. Tanpa membuang masa, saya menjemput Karl Hayden untuk naik ke pentas sekarang."

Aku dapat lihat seorang lelaki tinggi lampai naik ke atas pentas. Aku terpegun seketika melihat ketampanan lelaki itu. Mukanya seperti kacukan melayu dan inggeris sahaja. Dia tidak memberikan senyuman mesra. Hanya memasang wajah bekunya sahaja.

Ramai pekerja perempuan yang sudah tergedik-gedik melihat ketampanan Karl Hayden. Menyampah pula aku tengok perangai tak semenggah mereka ini.

Aku memandang ke hadapan semula. Lalu aku dapat lihat Karl Hayden memandang tajam ke arahku. Mata kami bersatu. Dup... tiba-tiba aku merasakan jantung aku berdegup laju. Aku mengalihkan mataku ke tempat lain. Mungkin dia pandang orang lain. Aku sahaja yang perasan.

Aku memandang ke hadapan semula. Aku dapat lihat dia masih menatap tajam kepada dari atas pentas. Kenapa dia pandang aku lagi? Aku ada buat salah dengan dia ke?

Ucapan yang diberikan oleh Dato' Arshad aku tidak pedulikan. Yang aku tahu, aku sangat gementar sekarang ini melihat tatapan tajam lelaki itu. Macam ada yang tidak kena.










____________________________________










SUDAH seminggu aku bekerja sebagai pembantu peribadi untuk Tuan Karl Hayden. Nampaknya bekerja dengan lelaki beku ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada sahaja yang tidak kena di matanya.

Kadang-kadang mahu sahaja aku berhenti kerja, tetapi tidak bolehlah. Kalau aku berhenti kerja nanti, habislah duit aku. Sudahlah zaman sekarang ini susah untuk mencari kerja.

Tiba-tiba interkom aku berbunyi, apa lagi mamat beku itu mahu dari aku ini? Dengan malas aku pun menekan butang interkom tersebut.

"Ya tuan. Ada apa, tuan?"

"Masuk bilik aku sekarang," arah Karl Hayden.

"Baik tuan."

Setelah itu aku mengambil buku catatanku lalu aku terus menuju ke bilik Karl Hayden. Aku terus mengetuk pintu biliknya.

"Masuk."

Setelah mendapat keizinan dari empunya bilik ini, aku pun terus membuka pintu itu dan masuk ke dalam bilik itu.

Aku lihat Karl Hayden sedang menyemak sebuah fail. Gayanya sekarang ini sangatlah berkarisma. Sesiapa yang tengok dia sekarang ini memang akan jatuh cinta termasuklah aku sendiri.

Aku terus berdiri di hadapan mejanya. Tiba-tiba Karl Hayden menghulurkan enam buah fail besar kepadaku. Aku pula mengerutkan dahiku. Kenapa dia bagi aku fail banyak-banyak ini?

"Kau semak semua fail ni. Aku nak kau betulkan semua error dalam fail ni. Aku nak kau hantar fail tu lepas waktu rehat nanti," arah Karl Hayden dengan suara yang agak kedengaran kasar.

Aku pula sudah tercengang. Dia suruh aku hantar lepas waktu rehat ini? Mana sempat. Aku pula mahu lunch lagi. Dia fikir aku ini robot.

"Tapi tuan... mesti tak sempat nanti saya siapkan fail-fail tu. Kalau saya hantar sebelum balik boleh tak?"

"Kau tak faham bahasa ke? Aku suruh kau hantar lepas waktu rehatkan? Aku guna bahasa melayu tadi!" marah Karl Hayden kepadaku. Aku pula sudah terkedu.

Dia ini sudah kenapa? Moody semacam sahaja.

"Maaf tuan... saya akan hantar fail ini selepas waktu rehat nanti," jawabku dengan suara yang agak perlahan. Sebenarnya tadi aku agak terguris juga apabila mendengar jerkahan daripada Karl Hayden tadi. Memang tiada perasaan betul dia ini.

Tanpa membuang masa, aku terus mengambil fail-fail tersebut dan membawanya keluar dari bilik Karl Hayden. Nampaknya, aku tidak rehatlah hari ini. Nasib baik aku ada bawa biskut. Bolehlah ikat perut dengan makan benda itu.











____________________________________










SUASANA di pejabat pada tengah hari itu sunyi sahaja. Ada beberapa pekerja sahaja yang sedang sibuk buat kerja mereka.

Aku pula sudah bertungkus lumus menyiapkan kerja yang diberikan oleh Karl Hayden tadi. Perutku sebenarnya sedang berkeroncong tetapi aku tahan sahaja. Kalau aku pergi lunch nanti mesti kerjaku ini tidak siap. Mulalah mamat beku itu mengamuk tak tentu pasal.

"Alisa," panggil seseorang. Aku yang sedang sibuk menyemak fail terus melihat gerangan memanggilku. Aku lihat Kak Ida sedang berdiri di hadapanku. Bibirnya pula tersungging senyuman manis.

"Ya... kak. Ada apa akak datang kat meja saya ni?" tanyaku. Tak pernah-pernah pula dia datang ke meja aku melainkan jika berkaitan dengan kerja sahaja. Pelik juga ini.

"Aku ada pesanan untuk kau. Ada orang bagi kau makanan ni," kata Kak Ida sambil menghulurkan sebungkus makanan kepada aku.

Aku pula mengerutkan dahiku. Sejak bila pula aku memesan makanan tadi? Entah-entah salah hantar ini. Mungkin bukan untuk aku.

"Kak... saya tak order makanan ni. Maybe orang lain punya ni, kak"

"Alah... kau ni... ambil jelah. Orang bagi kaulah kot. Kalau kau tak nak... aku nak..."

"Takpe... kak. Saya ambil makanan ni," kataku sambil terus mengambil bungkusan makanan tersebut. Makanan itu aku punya. Suka hati dia sahaja nak ambil makanan orang.

"Hah... kan senang macam tu. Dahlah... aku nak buat kerja aku," ujar Kak Ida lalu dia berlalu pergi dari mejaku.

Aku pula terus membuka bungkusan makanan tersebut. Wah... ada nasi ayam. Rupanya sangat menyelerakan. Saiz ayamnya besar. Perutku yang lapar tadi sudah semakin berkeroncong.

Aku sebenarnya dalam perasaan dilema. Nak makan ke tak makanan ini?

Kalau tiba-tiba sahaja makanan ini ada racun, macam mana? Kalau aku tak makan nanti... membazir pula makanan ini.

Setelah aku berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk makan sahaja. Perutku sudah berkeroncong. Sebelum itu, aku menghidu bau nasi ayam tersebut. Nampaknya tiada bau-bau yang mencurigakan.

Tanpa membuang masa, aku terus menjamah makanan tersebut. Memang sedap Nasi Ayam ini. Pada masa yang sama, aku terfikir gerangan siapa yang belanja Nasi ayam ini kepadaku?

Tetapi... aku pelik. Siapa yang hantar makanan ini kepadaku? Kenapa buat perkara seperti ini secara senyap-senyap. Takkanlah ada orang sukakan aku? Mustahillah...

____________________________________

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai perkara pelik yang terjadi terhadap diri aku. Bukan perkara-perkara biasa. Perkara-perkara yang terjadi ini amat merisaukan sekarang ini.

Boleh dikatakan setiap hari, mesti aku mendapat satu kotak hadiah dari seseorang. Kotak tersebut ditinggalkan di hadapan pagar rumahku. Aku tidak tahu bila masa pemberi hadiah tersebut datang ke rumahku.

Yang paling seram sekali, isi kotak hadiah tersebut sangat mengerikan bagiku. Kotak hadiah tersebut berisi bangkai burung yang sudah mati.

Aku memang sangat terkejut dan terkedu ketika itu. Aku tidak tahu apa motif sebenar pemberi hadiah ini menghantar hadiah sebegitu kepadaku. Aku tidak tahu itu adalah sekadar gurauan atau itu adalah sebagai tanda yang aku ini berada dalam keadaan bahaya. Ada orang jahat yang mahu membunuhku.

Bukan itu sahaja. Kalau aku pergi bersiar-siar di luar... mesti aku terasa macam diekori oleh seseorang. Aku tidak tahu itu mainan perasaan atau apa tetapi yang penting memang aku takut sekarang ini. Aku tidak tahu mahu buat apa.

Kadang-kadang ada juga seseorang yang menghantar mesej-mesej pelik kepadaku seperti ugutan membunuh. Ada juga orang itu menghantar video-video pembunuhan kepadaku. Aku tidak tahu nombor telefonnya yang sebenar apa kerana nombor telefonnya berbeza-beza.

Kenapa baru sekarang benda-benda pelik ini terjadi kepadaku? Kenapa tidak dari dulu lagi? Siapa yang berdendam sangat kepadaku sampai buat macam ini?

Pening aku memikirkannya. Bagi aku orang itu sangat pengecut kerama orang itu tidak berani berhadapan denganku. Buat kerja jahat tetapi tidak pernah sekalipun dia muncul di hadapanku. Sangat memalukan.

____________________________________

HARI ini aku masih di pejabat kerana aku sedang buat overtime. Ada dua sebab kenapa aku bekerja overtime pada hari ini. Pertama, aku ingin mendapat gaji yang lebih dan yang kedua, aku takut untuk pulang ke rumah disebabkan orang misteri yang menganggu hidupku sekarang ini.

Sedang aku sibuk menaip laporan di komputer ribaku, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Aku memandang sekilas ke arah skrin telefon bimbitku. Rupanya nombor tidak dikenali. Aku memang tidak menjawab nombor yang aku tidak kenal kerana aku takut yang menelefon itu tadi adalah orang yang selalu menggangguku sejak kebelakangan ini.

Setelah beberapa jam kemudian, akhirnya siap juga laporanku. Ketika aku mengemas barangku untuk pulang ke rumah, tiba-tiba aku lihat Karl Hayden keluar dari biliknya. Mungkin dia mahu pulang ke rumahnya juga.

Tetapi sangkaanku meleset sama sekali. Dia menuju ke arah mejaku. Matanya pula menatap tajam kepadaku.

"Kau nak balik rumah kau kan?" tanya Karl Hayden. Aku pula hanya mengangguk sahaja

Hish... dia ni. Memanglah aku nak balik. Takkan aku nak bertapa kat dalam pejabat dia ni.

"Jom... aku temankan kau pergi ke kereta kau," kata Karl Hayden. Aku pula sudah terkedu. Dia mahu menemani aku? Kenapa aku rasa dia sweet sekarang ini? Janganlah begitu... hati aku makin cair dengan dia ini.

"Kau termenung apa lagi... cepatlah kemas barang tu," kata Karl Hayden dengan suara yang sedikit meninggi.

Aku pula terus mengemas barangku dengan cepat. Seusai itu, kami pun bejalan beriringan ke lif untuk turun ke bawah.











____________________________________








KETIKA kami berdua berjalan beriringan ke keretaku, tiba-tiba aku merasakan tidak sedap hati. Macam ada buruk sahaja yang berlaku tetapi aku menghiraukan sahaja.

"Kau tinggal kat mana?" tanya Karl Hayden

"Saya tinggal kat Damansara," jawabku.

"Kau tinggal dengan siapa?" tanya Karl Hayden lagi. Dia ini sudah kenapa tanya macam itu?

"Saya tinggal seorang diri je."

Aku lihat kening Karl Hayden berkerut seperti memikirkan sesuatu. Atau aku sahaja yang mainan perasaan aku sahaja?

Semasa kami berdua sampai ke keretaku, aku terkedu, terkelu dan segala 'ter'lah apabila melihat pemandangan yang berada di hadapan aku sekarang ini.

Aku dapat lihat keretaku sudah disimbah dengan cat merah. Habis kereta ini. Cermin keretaku juga sudah pecah dan banyak kesam calar pada pintu keretaku.

Siapa yang buat keretaku jadi begini? Apa motif mereka?

Tanpa membuang masa, aku terus berlari menuju ke keretaku. Aku sangat risau dan takut sekarang ini. Nampaknya pengganggu itu sudah melampau.

"Ya Allah... siapa yang buat kereta aku jadi macam ni?"

Aku dapat lihat Karl Hayden sedang memeriksa kereta aku. Mungkin dia mahu cari klu atau bukti untuk menangkap orang yang merosakkan keretaku ini.

"Aku rasa baik kau tidur rumah aku dulu. Memandangkan kau tinggal sorang dekat rumah kau tu... baik kau tinggal dengan aku buat sementara waktu ni. Kalau kau tinggal sorang dalam rumah kau tu, tak mustahil orang tu akan ganggu kau lagi," kata Karl Hayden kepadaku.

Aku pula sekarang ini sudah tidak boleh berfikir secara waras. Aku sangat buntu sekarang ini. Kenapa hidup aku sekarang ini tiba-tiba menjadi huru-hara? Apa dosaku kepada orang itu sampai dia mahu mengangguku sampai ke tahap macam ini sekali?

"Kalau saya duduk kat rumah tuan, tu tak menyusahkan tuan ke? Lagipun kita tak ada hubungan yang sah untuk duduk serumah," kataku.

Aku sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa tetapi keadaan ini memang sangat darurat.

"Yang tu... kau tak payahlah risau. Aku bukan duduk sorang je kat rumah tu. Ada orang gaji aku dalam rumah aku tu juga. Aku akan siasat benda ni nanti. Kau tak payahlah risau," kata Karl Hayden yang sepertinya mahu memujuk aku sahaja.

"Jom... kita pergi rumah kau dulu, ambil semua barang-barang kau yang penting untuk bawa ke rumah aku nanti," ujar Karl Hayden sambil menarik tanganku dan membawaku ke keretanya.

Aku pula hanya akur sahaja. Aku bersyukur sangat kerana ada orang yang mahu menolongku. Aku ingat Karl Hayden ini seorang yang tidak berperikemanusiaan tetapi sangkaanku meleset sama sekali. Dia juga seorang yang baik hati juga kerana menolongku.










____________________________________








SEKARANG ini kami berdua sudah sampai di hadapan rumahku. Aku sebenarnya sangat takut sekarang ini memandangkan rumah aku dalam keadaan gelap. Aku takut kalau pengganggu itu tiba-tiba muncul pula di rumahku.

"Tuan, boleh teman saya masuk ke dalam rumah tak? Saya takutlah, tuan."

Karl Hayden hanya mengangguk sahaja. Lalu kami berdua keluar dari kereta dan menuju ke arah pintu rumahku.

Setelah pintu dibuka, kami serentak masuk ke dalam rumah. Aku menyuruh Karl Hayden menunggu di ruang tamu sementara aku mengemas barangku untuk dibawa ke rumah dia.

Semasa aku membuka pintu bilik aku, tiba-tiba pemandangan yang menakutkan berada di hadapan aku sekarang ini. Tanganku menggeletar melihat pemandangan itu sekarang ini

Aku dapat lihat bilikku sudah bersepah dan terdapat juga simbahan cat merah yang terdapat di dinding bilikku. Ada tertulis satu tulisan di situ. Tulisan itu membuatkan tanganku bergetar.









KAU AKAN MATI!!

AKU TAKKAN BIARKAN KAU HIDUP LAMA!!







____________________________________








SEJAK kejadian tersebut, aku secara tidak rasminya berpindah ke rumah Karl Hayden. Aku juga sudah berhenti kerjaku. Itu pun atas arahan Karl Hayden sendiri.

Selama aku pindah di rumah Karl Hayden, aku bekerja sebagai maid di rumahnya. Walaupun dia seorang yang dingin tetapi dia juga seorang yang baik hati juga. Kalau tidak... kenapa dia menolongku?

Aku akui juga yang sekarang ini aku mula ada perasaan cinta terhadap Karl Hayden tetapi aku merahsiakan sahaja. Aku ini orang biasa-biasa sahaja. Hendak dibandingkan dengan lelaki itu, jaih sangat seperti langit dan bumi.

Aku juga sudah tahu kenapa Karl Hayden mahu menolongku. Rupa-rupanya, ayah Karl Hayden merupakan majikan kepada ayahku. Ayahku sebenarnya pernah menjadi pekerja di syarikat mereka.

Selama ini aku pun tidak tahu pula yang sebenarnya ayahku pernah bekerja di syarikat mereka. Ayahku dan Tuan Rafael iaitu bapa kepada Karl Hayden juga merupakan kawan baik.

Selama ibu bapaku hidup aku tidak pernah kenal dengan ibu bapanya Karl Hayden.

Paling memeranjatkan sekali, Karl Hayden memberitahuku yang ibu bapaku meninggal bukan disebabkan kemalangan biasa tetapi ada orang merancang untuk membunuh ayahku.

Sebelum Tuan Rafael meninggal, dia ada mengamanahkan kepada anaknya Karl Rayden untuk mencari pembunuh kawan baiknya iaitu ayahku sampai dijumpai.

Jadi... Karl Hayden sudah menyiasat tentang perkara itu. Tetapi tiada sebarang klu dan petunjuk untuk menangkap pembunuh yang sebenar.

Karl Hayden kata mungkin orang yang selalu mengganggu aku itu adalah orang yang sama yang membunuh ibu bapaku. Jadi selama ini orang itu mahu membunuhku kerana berdendam dengan arwah ayahku.

Kenapa sejak Karl Hayden muncul dalam kehidupanku, pelbagai perkara pelik yang berlaku? Adakah Karl Hayden terjebak sekali dengan kejadian pelik ini?

Aku harap kebenaran akan terbongkar juga suatu hari nanti.










____________________________________








PETANG itu, aku pergi ke kedai untuk membeli keperluan dapur. Sebenarnya, aku yang beria-ia mahu pergi ke kedai untuk menolong Mak Inah iaitu pembantu rumah Karl Hayden.

Aku merasa kasihan melihat orang tua itu pergi ke kedai seorang diri. Jadi aku menghulurkan pertolongan kepada Makcik Inah.

Semasa aku hendak pulang ke rumah, tiba-tiba ada van putih berhenti di hadapanku. Beberapa orang lelaki keluar dari van tersebut dan menerpa ke arahku.

Belum sempat aku mahu menjerit meminta tolong, mereka terus menekup mulutku dengan kain. Bau kain itu amatlah tengit. Aku tahu itu bau kloroform. Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Pandanganku berbalam-balam. Kakiku pula seperti tidak berpijak di atas tanah sahaja. Akhirnya aku pengsan juga.

____________________________________

Alu tersedar dari pengsanku apabila ada orang menyimbah air ke mukaku. Aku berasa pening sedikit. Aku mencuba membuka mataku dengan perlahan-lahan.

Setelah itu, aku melihat sekeliling. Tempat apa ini? Memang asing tempat ini untukku. Tiba-tiba baru aku tersedar yang tangan aku tidak boleh bergerak kerana sudah diikat dengan talinya.

Mulutku pula sudah ditekup dengan kain. Jadi... aku tidak boleh menjerit untuk meminta tolong.

Aku cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana ikatannya sangat kuat.

"Kau tak payah nak meronta-rontalah. Bukan kau boleh lepas pun," ejek seseorang

Aku terus melihat empunya suara itu dan kelihatan dua orang lelaki yang memandang aku sambil mulutnya tersungging senyuman sinis kepadaku.

Aku pula sudah ketakutan. Merekakah yang menculik aku tadi? Dia orang mahukan apa dariku?

Tuan Karl... tolong saya.

Aku tidak tahu apa nasib aku selepas ini. Aku hanya redha sahaja. Aku harap Karl Hayden menyedari kehilanganku dan menyelamatkanku.

Aku hanya menangis sahaja kerana ketakutan. Sudah basah pipiku kerana banyak air mataku sudah keluar.

Tiba-tiba salah seorang daripada lelaki tersebut menuju ke arahku. Aku hanya menutup mata sahaja kerana terlalu takut. Air mataku semakin laju mengalir.

Aku dapat merasakan yang ikatan pada mulutku longgar. Nampaknya sangkaan aku meleset. Aku ingat lelaki itu mahu berbuat sesuatu yang buruk terhadapku. Rupa-rupanya dia mahu meleraikan ikatan di mulutku. Fuh... selamat.

"Kau orang nak apa dari aku ni?" tengking aku. Aku lihat kedua-dua lelaki tersebut hanya ketawa sinis sahaja. Sepertinya mereka tidak takut dengan tengkingan aku.

Tiba-tiba mataku tertancap seorang lelaki yang sedang berdiri di muka pintu aku. Lelaki itu sedang tersenyum sinis kepadaku dan tangannya pula membelek sebuah pistol.

Aku terus membulatkan mataku. Aku tidak percaya sekarang ini yang orang yang begitu baik denganku selama ini adalah dalang disebalik kejadian penculikannya ini.

Lelaki itu terus menghampiri aku dan berdiri betul-betul di hadapanku. Mimik mukanya menunjukkan dia puas mengikat aku seperti ini.

"Dato' Arsyad... kenapa buat saya macam ni?" tanyaku dengan suara yang bergetar. Aku sangat terkejut sekarang ini.

"Kau tanya aku... kenapa aku buat macam ni. Kau tanya bapak kau tu apa yang dia buat dekat aku," kata Dato' Arshad dengan ton suara yang tinggi.

"Apa salah ayah saya? Dato' yang dah gila sebab bunuh mak dengan ayah saya!" tengking aku.

"Yes... aku mengaku aku yang bunuh bapa kau tu. Kau tahu tak sebab apa? Sebab bapa kau tu gilakan duit. Sepatutnya Rafael bodoh tu bagi share tu kat aku. Bukan kat bapa kau yang gilakan duit tu. Aku yang bersusah payah jaga syarikat tu bukan bapak kau yang bodoh tu," marah Dato' Arshad.

"Kau memang orang tua gila!" jeritku dengan penuh kegeraman.

"Huh... aku peduli apa. Kalau kau nak tahu selama ni yang selalu ganggu hidup kau adalah aku. Aku yang upah orang untuk hantar bangkai binatang tu. Kereta kau yang kena simbah dengan cat merah pun... orang upahan aku yang buat." Sinis sahaja suara Dato' Arshad

Aku pula sudah tercengang apabila mendengarnya. Selama ini dialah orang yang mengganggu hidupku.

"Ke... kenapa Dato' Arshad buat macam tu kat saya? Apa sa... salah saya?" tanyaku dengan suara yang bergetar.

"Hahaha... aku buat macam tu sebab aku nak kau sengsara. Aku nak kau gila. Aku tak nak tengok keturunan bapa kau hidup bahagia dekat dunia ni," jerit Dato' Arshad diselangi dengan ketawa sinisnya.

"Aku malas nak cakap apa-apa dengan kau. Sekarang sudah tiba masanya aku hantar kau dekat ayah kau sekarang ini."

Aku dapat lihat Dato Arshad sedang menghulurkan muncung pistol itu kepadaku. Aku hanya redha sahaja. Aku tahu kalau aku merayu sekalipun Dato' Arshad tetap akan membunuhku. Nampaknya Karl Hayden tidak sempat menyelamatkanku. Aku belum lagi meluahkan perasaan kepada dia bahawa aku sudah mula cintakan dia.

Adakah pengakhiran hidupku sadis seperti ini?

Belum sempat Dato' Arshad menembak aku. Tiba-tiba ada sekumpulan polis menyerbu masuk ke dalam ruangan itu.

Salah seorang anggota polis tersebut menyepak perut Dato' Arshad dan menyebabkan pistolnya tercampak. Setelah itu, anggota polis tersebut terus menangkap Dato' Arshad dan menggari kedua tangannya.

Aku dapat lihat di celah-celah sekumpulan polis itu, Karl Hayden sedang meluru ke arahku. Mukannya menunjukkan dia tersangat cemas dan risau.

Karl Hayden terus membuka ikatan tanganku. Setelah itu dia terus memelukku. Aku dapat rasakan degupan jantungnya sangat laju sekarang ini.

"Kau jangan buat macam ni. Aku risau... nasib baik orang tua tu tak buat apa-apa dengan kau. Aku sayang kau," ujar Karl Hayden dengan penuh kerisauan.

Dia semakin mengeratkan pelukkannya. Aku pula hanya terkedu. Tidak tahu mahu buat apa. Tetapi pada masa yang sama juga aku berasa bersyukur kerana semuanya sudah selesai. Alhamdulillah...

____________________________________

LIMA tahun kejadian tersebut sudah berlalu. Akhirnya aku dengan Karl Hayden sudah mendirikan rumah tangga.

Sebenarnya, selepas kejadian aku diculik malam itu, Karl Hayden terus membuat keputusan untuk menikahi aku. Pada mulanya aku tidak terima kerana aku menyangka yang dia itu mahu mengahwiniku disebabkan rasa simpati sahaja.

Tetapi sangkaanku meleset sama sekali. Dia pun mengaku yang sebenarnya dia memang jatuh cinta kepadaku semasa kami berdua bertentang mata semasa majlis makan malam yang lalu.

Sekarang ini, aku dengan Karl Hayden sangat bahagia. Kami dikurniakan tiga cahaya mata yang kesemuanya berjantina lelaki.

Dato' Arshad pula dijatuhkan hukuman penjara tetapi tidak lama kerana beberapa tahun selepas dia ditangkap oleh polis, dia terkena sakit jantung dan meninggal dunia semasa menjalankan hukuman penjara tersebut.

Aku bersyukur sangat kerana dapat suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab seperti Karl Hayden dan aku harap perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.








SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro