15 | MUKA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : THRILLER

PATAH PERKATAAN : 1300







UMAIRAH terus mengorek tanah dengan menggunakan tangannya sahaja. Lalu, dia memasukkan sebuah kotak bersaiz sederhana  ke dalam lubang itu.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk perlahan. Umairah menoleh dan kelihatan ibunya sedang tersenyum mesra.

"Buat apa tu, Maira?"

"Tanam kotak lama, ibu. Dah buruk."

"Kenapa tak buang je dalam tong sampah? Tengok tu... habis tangan kotor kena tanah," tegur Puan Latifah.

"Alah... takpe la, ibu. Bukan salah pun."

Puan Latifah hanya menggeleng sahaja. Ada saja mulut anaknya nak menjawab. Nasib baik keletahnya comel.

"Ibu... Maira lapar. Maira nak makan," rengek Maira sambil mengusap perutnya.

"Ya... ibu dah masakkan lauk tempoyak ikan keli. Favourite Maira. Jom makan."

Umairah bersorak kegembiraan lantas dia memeluk lengan Puan Latifah dengan mesra. Nasib baik Umairah anak tunggal. Tak adalah nak berkongsi kasih dengan adik beradik yang lain.

"Terima kasih, ibu. Sayang ibu."

Umairah mendakap erat pinggang Puan Latifah. Puan Latifah pula hanya tersenyum suka.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

"BERITA terkini. Seorang pembunuh bersiri dikenali sebagai 'pembunuh bermuka' atau Multi Faces berjaya melepaskan diri dari penjara dan disyaki masih berkeliaran di sebuah kawasan perumahan."

Umairah terus menekup mukanya dengan bantal. Dia tak mahu dengar apa yang pemberita itu mahu sampaikan.

Dia takut sangat.

"Kawasan perumahan rumah kat kawasan ni besar. Kemungkinan besar pembunuh tu boleh menyorok kat sini." Puan Latifah bergumam sendirian.

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk kuat.

Tok! Tok!

Tangan Umairah sudah menggeletar. Pelbagai fikiran buruk yang muncul di benaknya. Entah-entah itu pembunuh bersiri tadi?

Puan Latifah bangun dari duduknya tetapi ditahan oleh Umairah.

"Ibu, jangan! Entah-entah... tu pembunuh tadi."

"Takpe. Ibu pergi tengok dulu."

Umairah menggeleng kepala. Dia takut sangat. Kelihatan Puan Latifah sedang memulas tombol pintu lalu membukanya.

Umairah melihat gerangan tersebut, lalu menarik nafas lega kerana ayahnya, Encik Ismail  sudah balik dari kerja.

Tetapi, Umairah pelik. Kenapa kemeja putih ayahnya mempunyai tompokan merah? Tompokan apakah itu?

"A... ayah, tu benda apa yang ada kat baju ayah ni?" tanya Umairah sambil tangannya menunjukkan ke arah tompokan- tompokan tersebut.

Kelihatan Puan Latifah dan Encik Ismail kelihatan terkedu. Lagi menambahkan syak wasangka Umairah kepada ibu dan ayahnya.

"Umairah, pergi masuk bilik sekarang," arah Puan Latifah.

"Tapi ibu..." Umairah cuba membantah.

"I said now, Maira." Tegas suara Puan Latifah.

Umairah terkejut kerana dimarahi oleh Puan Latifah. Kenapa ibunya marah sangat? Dia hanya mahu bertanya saja? Itu pun salah ke?

Umairah terus berlari ke tingkat atas. Tapi, dia tidak masuk ke dalam biliknya. Dia menyorok di sebalik dinding.

Dia mahu tahu apa yang berlaku? Kenapa ayahnya berperangai pelik?

Umairah tidak dapat mendengar dengan jelas kerana suara  ibu dan ayahnya terlalu perlahan.

Umairah semakin tertanya-tanya. Dia tidak tahu apa yang terjadi sekarang ni. Apa yang dia yakin, ibu dan ayahnya mesti simpan sebuah rahsia yang sangat besar.

Mahu atau tidak, Umairah kena cari kebenaran.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

SEJAK akhir-akhir ini, perangai Encik Ismail semakin pelik. Tidak seceria dahulu. Bila balik ke rumah saja, mesti ada dua atau tiga tompokan darah pada bajunya.

Kadang-kadang, Umairah dimarahi oleh Encik Ismail dengan teruk walaupun hanya kesalahan yang biasa saja.

Puan Latifah pun sama. Hubungan kekeluargaan mereka sekarang ni sudah menjadi dingin. Semua berubah dengan sekelip mata.

Kebenaran pun tidak terungkai. Belum lagi masalah pembunuh bersiri yang sudah berkeliaran di kawasan perumahannya, membuatkan Umairah semakin risau.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■


PINTU bilik Umairah terbuka dengan sendiri. Seorang lelaki sedang melangkah perlahan menuju ke arah almarinya.

Di tangan kanannya, ada sebuah pisau yang sangat tajam. Hanya lelaki itu sahaja yang tahu pisau itu akan dijadikan alatan apa nanti.

Kebetulan, Umairah juga terjaga dari tidur kerana dia mahu ke dapur sebentar untuk mengambil air. Tekaknya terasa kesat dan dahaga.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah sebuah objek yang bergerak-gerak berhampiran dengan almari.

Umairah takut. Nak saja dia mahu menjerit, tetapi seakan-akan suaranya tak terlepas dari kerongkongnya.

Dia harus memberanikan diri. Biliknya sangat la gelap kerana semua lampu sudah ditutup. Hanya cahaya bulan sahaja sebagai penyuluh.

"Si... siapa tu?"

Lelaki itu tidak menjawab. Umairah dapat rasakan lelaki itu sedang memandang tajam ke arahnya.

Tangan Umairah terus mencari suis lampu, lalu dia menghidupkannya.

Dan... dia terkejut, terpaku dan terkedu.

Ayahnya yang pecah masuk tadi. Paling menggerunkan ayahnya memabawa pisau.

"A... ayah, buat apa ni? Kenapa nak bukak almari Maira?" taya Umairah bertubi-tubi.

Muka Encik Ismail semakin bengis. Terus dia menghempaskan pisau itu ke lantai.

"Kau cakap dengan aku, dalam almari ni ada apa?" tengking Encik Ismail.

"A... ada baju la." Umairah semakin gerun.

"Tak! Kau tipu! Aku tahu dalam ni ada benda. Kalau tak... kau tak kunci almari sebab kau simpan baju kau je."

"Betul. Semua baju saya."

Umairah sudah mengesot ke hujung katil. Dia benar-benar takut.

Encik Ismail menghampiri Umairah. Dia merentap tangan Umairah dengan kasar sehingga anaknya menjerit kesakitan.

"Argh! Sakit ayah. Isk... isk... tolong lepaskan tangan Maira! Ibu! Tolong, bu!"

Umairah menjerit meminta tolong. Harap Puan Latifah ada untuk menyelamatkan dirinya sekarang.

Encik Ismail dan Umairah sudah bergelut. Umairah sedaya upaya untuk melepaskan dirinya.

"Abang!"

Automatik Encik Ismail melepaskan cengkaman di pergelengan Alia tadi.

"Abang memang nak anak kita mati ke, hah?" tengking Puan Latifah. Sebentar tadi, dia mahu pergi ke tandas tetapi dia terdengar ada bunyi jeritan di bilik Umairah. Dia tak sangka suaminya ada di situ juga.

"Kau percaya ke tu anak kau, hah?"

Puan Latifah terus menekup mulutnya. Apa sudah jadi kepada suaminya.

"Abang ni dah kenapa? Mengucap, bang. Kenapa abang jadi macam ni?"

Puan Latifah terus mencuba memegang tangan Encik Ismail tapi ditepis kasar.

"Aku nak budak ni mati! Sebab dia... aku jadi macam ni."

Encik Ismail terus mengambil pisau lalu ingin menikam Umairah. Puan Latifah terus menahan pisau itu.

"Su... sudah, bang. A... abang dah gi... gila ke?"

Puan Latifah masih lagi menahan pisau itu. Darah -darah sudah mengalir ke lengan. Baru Puan Latifah perasan dia memegang bahagian tajam pisau itu.

"Aku mintak maaf. Budak ni tak sebaik apa yang kau sangkakan, Tipah."

Encik Ismail cuba menarik pisau itu dari pegangan isterinya. Dia memang nekad mahu membunuh Umairah. Ada sebab tertentu dia mahu melakukan pembunuhan itu.

Entah apa silapnya, tiba-tiba pisau itu menghunus ke perut Puan Latifah. Habis darah keluar membasahi baju yang dipakainya.

Kelihatan Puan Latifah memegang perutnya yang sudah dibasahi darah. Mukanya sudah pucat. Darah sudah keluar dari mulutnya. Sakit apabila ajal ditarik oleh malaikat maut dan akhirnya Puan Latifah meninggal dunia di situ.

"Tipah!" Pisau tadi terjatuh dari pegangan Encik Ismail. Dia terus duduk lalu memangku mayat isteri yang tidak bernyawa.

"Tipah, bangun. Tolong... jangan tinggalkan abang. Abang mintak maaf buat Tipah macam ni." Teresak-esak Encik Ismail. Isterinya sudah mati disebabkan kesalahan bodohnya. Nasi sudah menjadi bubur. Menyesal pun tidak ada guna.

Tiba-tiba, ada seseorang memeluk Encik Ismail dari belakang. Encik Ismail dapat merasakan ada sesuatu benda yang tajam terkena di kulit lehernya.

"Go to hell." Selepas itu, kepala Encik Ismail terputus dari badannya. Bilik Umairah sudah dibasahi dengan darah-darah ibu bapanya sendiri.

Tetapi, Umairah tidak sedih. Bahkan dia bertepuk tangan. Umairah terus membuka almari itu lalu mengeluarkan seorang mayat perempuan yang sudah busuk. Umairah tergelak seperti orang gila.

"Nah! Happy family, Umairah. Semua mak bapak kau dah ikut jejak kau." Dia terus mengusap rambut mayat Umairah.

'Umairah' terus menyepak mayat itu. Akhirnya, dapat juga dia melaksanakan tuntutan nafsunya untuk membunuh selepas dia berjaya lari dari penjara.

Memang dia suka membunuh kerana membunuh dapat memuaskan hati.

Dia bukan Umairah. Dia bukan anak kandung Puan Latifah dan Encik Ismail. Dia Multi Faces. Pembunuh berantai yang boleh mengubah rupa. Hanya menggunakan solekan sahaja. Itu kepakarannya.

Umairah yang sebenar sudah dibunuh seminggu yang lalu. Umairah sedang tidur nyenyak.  Multi Faces dalangnya. Dia terus mengambil bantal lalu menekup Umairah sehingga kelemasan.

Lalu, dia menyorokkan mayat Umairah ke dalam almari. Selama seminggu itu dia menyamar sebagai Umairah. Tetapi dia tidak boleh agak macam Encik Ismail boleh tahu?

Tapi... tak apa. Orang itu sudah mampus. Multi Faces melihat mangsa-mangsanya yang bergelempangan buat kali terakhir.

Dia tersenyum kegembiraan.


SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro