16 | ENCIK MANAGER UNTUK BEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : FAN FICTION

PATAH PERKATAAN : 1350




SARAH meneliti iklan-iklan jawatan kosong yang tentera di surat khabar. Buat kesekian kalinya, dia mengeluh.

Sarah memicit pelipis kepalanya. Sudah beberapa keping surat khabar dia lihat, semua jawatan kosong yang ada tidak bersesuaian dengannya.

Macam mana ni? Sudah dua bulan dia menjadi penganggur terhormat. Selama tempoh itu juga, kawan baiknya Suraya yang membayar duit sewa rumah secara penuh.

Oh! Dia rasa sangat bersalah!

"Kau buat apa ni?" tegur Suraya sambil meletakkan secawan kopi di atas meja.

"Cari kerja."

Suraya menggangguk lalu mencicip sedikit kopi tersebut.

"Kawan aku recommend satu kerja ni. Aku rasa kau boleh try kerja ni. Kau kena handle dengan seseorang ni."

Sarah tertarik mahu tahu kerja apa yang dicadangkan oleh  kawan Suraya. Nampak macam menarik. Kena uruskan orang. Interesting!

"Wah! Kerja apa tu? Macam best je."

Suraya menyeluk sesuatu ke dalam seluar lalu dia mengeluarkan sebuah kad.

"Ni nombor kawan aku. Apa-apa hal, kau telefon dia dulu, okey?"

Sarah mengangguk faham lalu dia mengambil kad itu.

Farid Zakwan

012-222 2222

Sarah meneliti kad tersebut. Memang cantik nombor ni. Senang nak ingat.

"Terima kasih, Suraya. Aku minta maaf tau kalau selama aku jadi penganggur terhormat ni, aku banyak menyusahkan kau."

Suraya ketawa kuat mendengar permohonan maaf dari kawannya.

"Yes! Memang betul, ada jugak kau menyusahkan aku. Tapi... aku tak kisah sebab aku tau kau terpaksa. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja, kan? Aku faham situasi kau ni. Relax and chill." Suraya menepuk bahu Sarah perlahan.

Malam itu juga, Sarah menelefon Farid Zakwan untuk memohon kerja itu.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

SARAH menghirup minumannya sedikit. Dia melihat jam tangan buat kesekian kalinya. Sudah lebih 15 minit berlalu tetapi bayang Farid Zakwan belum muncul lagi.

Semalam, mereka telah berjanji untuk berjumpa di restoran. Farid Zakwan mahu berbincang empat mata mengenai pekerjaan itu dengan Sarah.

"Haih... mana pulak la dia pergi ni?" keluh Sarah.

Beberapa minit kemudian, Sarah ternampak ada seorang lelaki sedang masuk ke dalam restoran dan matanya melilau-lilau mencari seseorang.

Tu mesti Farid Zakwan!

Sarah mengangkat tangan. Takut lelaki itu tidak perasan keberadaan dia di mana. Farid Zakwan terus berlalu pergi ke tempat Sarah.

"Sarah, right?" tanya Farid Zakwan. Kalau tersalah orang, malu pula nanti.

"Yes. I am. Please have a seat."

Farid pun melabuhkan punggungnya di hadapan Sarah.

"Okey. Straight to the point, saya memang memerlukan awak untuk menjadi pengurus atau manager kepada seorang artis ni. Dia ni memang famous. Satu Malaysia kenal dia."

Sarah terkedu. Artis? Oh my god!

Dia sudah tersilap memohon kerja. Sarah memang tidak suka bekerja dengan artis-artis. Bagi dia, semua artis sama saja. Nakkan populariti. Nakkan duit saja. Tapi, mutu bakat ke laut.

Suka timbulkan gosip dan cari publisiti murahan untuk menaikkan nama sendiri.

Nak saja Sarah menolak kerja itu. Tetapi, dia terpaksa terima juga. Cari kerja pada zaman sekarang ni memang susah. Jadi, dia takkan lepaskan peluang ini, walaupun bukan pekerjaan yang dia suka.

"Okey. Siapa artis tu?" tanya Sarah terus. Harap bukan artis yang betul-betul dia benci.

"Ben Amir."

Sarah terus membulatkan matanya. Tak mungkin! Kenapa dia kena bekerja dengan artis tu. Tak suka betul la. Dah la sendu.

Sarah mengeluh perlahan. Terpaksa terima walaupun hati tidak rela.   

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

SUDAH seminggu Sarah bekerja sebagai pengurus Ben Amir. Memang Sarah menyesal mengambil kerja itu kerana Ben Amir sangat sombong.

Kalau ada peminat yang ingin bersentuhan dengannya, terus Ben Amir menepis dengan kasar. Tak tahu menjaga hati orang langsung lelaki itu.

"Apa jadual aku hari ni?" tanya Ben Amir. Dia duduk di atas sofa. Kakinya pula terletak elok di atas meja.

Biadap!

"Pukul dua nanti, awak ada perjumpaan dengan Syarikat Rexoni dan malam pulak awak ada shooting drama Sour Dream di KLCC."

Ben Amir hanya mengangguk. Setelah itu, Sarah meminta izin untuk terus berlalu dari situ.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

BEN Amir membaca surat kontrak itu dengan teliti. Dia tidak mahu perkara-perkara yang ada terlepas pandang. Takut kena tipu saja.

Dia pernah ditipu oleh sebuah syarikat bahawa dia akan diberi 100 peratus upah apabila menjadi duta di syarikat itu. Tetapi akhirnya, sia-sia saja. Hanya 60 peratus saja yang dapat.

Disebabkan kelalaiannya membaca kontrak sambil lewa, akhirnya perbuatan itu menjerut dirinya.

"Macam mana Encik Ben? Berminat untuk menjadi duta kami?" tanya Encik Kamarul, CEO Syarikat Rexoni.

"I berminat. Tapi... I tak berpuas hati dengan terms yang ada dalam kontrak ni."

Sarah terus menjulingkan matanya ke atas. Ben Amir demand!

"Okey, you cakap je apa yang tak cukup, I akan suruh secretary I untuk tambah lagi."

"I nak kebajikan manager I pun terjaga. So, I nak masa interview or shooting... I nak you sediakan tempat yang selesa untuk manager I. Sebab I perlukan dia."

Tercekik air liur Sarah. Baik pula hati artis ni? Dia salah sangka ke selama ni? Sarah menggaru kepalanya.

"Ta... tapi Ben, she's just a manager. Bukan penting pun. I rasa baik tak payah."

"Take it or leave it. Kalau you nak I sebagai duta syarikat you, you kena terima syarat ni. I tak rugi apa-apa sebab banyak tawaran duta syarikat lain yang I dapat."

Kamarul mengeluh. Ben Amir banyak songeh. Tapi... dia takkan melepaskan peluang sebab sekarang Ben Amir adalah salah satu selebriti Malaysia yang tengah popular sekarang ini.

Itu menambahlah lagi keuntungan di syarikat mereka. Terpaksa terima syarat walaupun tidak bersetuju.

"Baiklah."

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

SARAH terus melihat Ben Amir yang mundar mandir di hadapan pintu wad ibunya.

Pagi tadi, Sarah mendapat panggilan dari adik Ben yang bernama Benati bahawa ibunya diserang asma dan terpaksa dibawa ke hospital. Terus sahaja Sarah memberitahu Ben.

Memang pucat lesu muka dan gelabah Ben ketika itu. Sarah tidak pernah nampak Ben gelabah macam itu sekali.

Dua jam kemudian, seorang doktor keluar dari wad tersebut. Terus sahaja Ben Amir bertanya tentang keadaan ibunya. Dia tidak boleh bersabar lagi.

"Macam mana dengan mak saya?"

"Encik jangan risau. Emak encik tak ada apa-apa. Cuma... pastikan dia tidak melakukan kerja-kerja yang berat. Makan ubat ikut pada masa yang ditetapkan. Kalau ada apa-apa yang berlaku terus bawa ke hospital," jelas doktor.

Ben Amir menghembuskan nafas lega.

"Baik. Terima kasih, doktor."

"Sama-sama."

Doktor pun berlalu dari situ.

Tanpa membuang masa, Ben Amir terus masuk ke dalam wad untuk melihat keadaan ibunya. Sarah hanya melihat dari jauh sahaja.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

SARAH menghulurkan sebungkus roti kepada Ben Amir. Dia tahu Ben tidak makan lagi kerana sibuk menjaga ibunya. Nampak sangay dia sayang dengan ibunya sendiri.

"Terima kasih," ucap Ben Amir lalu dia mengambil roti itu lalu terus makan.

"Emak awak macam mana?" Sarah terus duduk di sebelah Ben Amir sambil menimati lolipop.

"Dia okey. Tengah tidur sekarang ni."

"Ermm... saya nak tanya awak sikit, boleh?"

"Apa?" Ben Amir terus memandang wajah Sarah.

"I shouldn't ask this. Tapi... saya tertanya-tanya. Kenapa kalau dengan orang lain, dengan fans awak semua, awak nampak sombong. Tapi... kalau dengan keluarga awak sendiri awak nampak mesra?"

Ben Amir terus mendiamkan diri. Sarah menundukkan kepala. Salah ke apa yang dia tanya tadi.

"Jadi selebriti memang sangat mencabar. Ramai yang nak jadi popular tapi diorang tak tahu hidup sebagai selebriti bukan seindah yang disangka."

"Maksud awak?"

Ben Amir mengeluh perlahan.

"Apa yang kau nampak perangai aku dengan mak aku, itu la perangai sebenar aku. Aku buat-buat sombong macam tu sebab aku tak nak ada orang ambil kesempatan dah kat aku. Aku serik! Bukan aku seorang je merana. Mak aku pun sama."

"Oh..." Sarah terkedu. Selama ni, dia salah tafsir la.

"Banyak orang nak ambil kesempatan, sebab untuk kepentingan diorang sendiri. Sebab tu, aku kekalkan personaliti sombong aku kat orang luar."

Rasa bersalah semakin berhimpit di hati Sarah. Dia mesti minta maaf kepada Ben Amir sebelum terlambat.

"Ermm... awak, saya minta maaf sebab salah sangka selama ni." Sarah menunduk. Malu pula jadinya.

"Aku tahu kau selalu kutuk aku. Tapi... aku tak kisah. Asalkan kerja kau tiptop. Tapi... kau jangan la terus menghukum artis-artis yang senasib macam aku ni. Diorang pun ada jugak sebab kenapa sombong macam tu. Lebih kurang macam aku jugak."

Sarah mengangguk. Lepas ni, dia tak nak buat kesilapan yang sama. Dia akan ubah persepsi. Tak semua artis sombong-sombong dan jahat-jahat. Mereka ada sebab tersendiri. Macam Ben Amir.

Well... dunia hiburan bukan seindah yang disangka. Disebabkan ketamakan duit dan populariti, mereka sanggup buat apa saja.

Jadi... sebelum mengecam, siasat dulu baik dan buruk. Jangan jadi seperti Sarah.



SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro