17 | PUASA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE: RANDOM

PATAH PERKATAAN : 1180


AKU melihat orang yang berada di sekelilingku. Semuanya khusyuk menelaah buku. Ada juga yang tidur. Di dalam kelas Tingkatan Enam Pengajian Islam, suasananya tidaklah bising mana pun.

Tetapi, ada juga suara pelajar-pelajar bersembang. Ada juga yang sedang membuat study group. Aku pula lebih selesa belajar sendiri. Kalau aku belajar secara berkumpulan, aku rasa macam ilmu yamg aku dapat itu tak masuk ke dalam otak. Lebih baik, aku belajar sendiri.

Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM untuk semester dua akan berlangsung pada minggu depan. Sudahlah minggu depan juga bulan Ramadan sudah tiba.

Mesti rasa lemau nanti apabila menjawab peperiksaan itu. Belum lagi dewan peperiksaan sekolahku yang agak usang. Kipas pun nak tak nak sahaja hidup. Panas!

Sepanjang aku belajar STPM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, aku duduk di rumah sewa sahaja bersama tujuh orang kawan perempuanku yang lain. Takkan duduk dengan lelaki pula? Nak mampus?

Sekolah itu ada saja menyediakan asrama tetapi aku tak nak tinggal di situ sebab aku rasa tak bebas. Aku tak nak terikat sangat dengan peraturan. Bukan tak nak terikat langsung. Jangan salah faham!

Jadi, sebagai pelajar STPM yang mithali, aku hanya reda sahaja. Dah memang jadual peperiksaannya mula ketika bulan puasa. Jadi, sabar jelah.

____________________________________

SEDAR tak sedar, esok sudah mula hari pertama untuk umat islam berpuasa. Esok juga merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM bermula

Malam itu, aku dengan kawan serumahku pakat-pakat tidak melakukan solat terawih kerana kami sibuk untuk ulangkaji pelajaran. Sudalah esok peperiksaan matapelajaran Pengajian Am iaitu subject killer untuk STPM. Haih....

"Firsha, esok jangan lupa kejut aku tau sahur nanti," kata Syahirah yang sedang duduk di atas katil. Nampaknya, dia bersiap-siap untuk tidur.

Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul satu pagi. Tetapi, mataku masih lagi segar. Aku hanya menganggukkan kepala saja.

Aku menelaah pelajaran hingga pukul dua pagi dan tanpa aku sedari, aku pun terlelap juga.

____________________________________

AKU merasakan badanku digoncang kuat. Aku terus melihat gerangan itu dengan dahi berkerut. Suka-suka hati je kejut orang macam tu. Nak marah, tak sampai hati sebab kawan sendiri.

"Hei! Bangun, Firsha! Bangun! Lagi lima minit dekat nak azan subuh," jerit Hasanah yang merupakan kawan serumahku juga.

"Ya... aku bangunlah ni... kau solatlah dulu." Aku sudah mengantuklah mengantuk. Belum lagilah azan subuh.

"Kau ni nyanyuk ke apa? Kau tak nak sahur ke? Cepatlah wei. Kita semua dah lambat nak sahur. Kau kejut Syahirah tu," bebel Hasanah.

Aku terus membulatkan mata. Terus mataku tidak mengantuk lagi. Ya Allah... aku betul-betul lupa yang hari ini dah mula puasa.

Bodohnya aku!

Tanpa membuang masa, aku terus mengejutkan Syahirah yang pulas tidur.

"Syahirah! Bangun! Sahur!"

Aku lihat dia sudah menenyeh-nenyeh matanya. Dia terus mengambil handphonenya.

"Hui... kenapa kau tak gerak aku?"

"Aku pun baru bangun. Cepat! Nanti tak sempat nak sahur."

Kami berdua terus menuju ke dapur. Aku lihat Hani, Amani, Aida, Aisyah, Ainul dan Hasanah sedang sibuk makan. Ada yang gelojoh. Mesti kes lambat bangun juga ni.

Aku terus menyelongkar peti ais dan mengambil sekotak buah tamar. Hari ni. Aku hanya makan buah tamar dengan air kosong saja. Dah tak sempat nak panaskan lauk apa semua.

Belum sempat aku mahu meneguk air kosong, tiba-tiba....

Allahuakbar Allahuakbar...

Azan subuh sudah berkumandang.  Aku baru minum satu teguk air saja. Yang lain semua sudah terkedu.

"Ala... apalah nasib kita..." keluh Aisyah yang sayu memandang makanan yang masih tidak habis. Tinggal separuh saja.

"Dah... reda jelah. Aku lagilah... air pun baru satu teguk tau." Aku menunjukkan gelas yang masih dipenuhi air di hadapan mereka. Semuanya menggeleng kepala.

"Aku ni lagi teruk. Aku baru nak suap nasi kat dalam mulut. Belum sampai tau dalam mulut. Dah azan. Sedihnya nasib ini..." Syahirah sudah membuat mimik muka yang sedih.

"Okey. Esok sahur... siapa yang bangun awal tu... tolong kejutkan yang lambat bangun tu. Kalau liat sangat nak bangun... geletek or simbah je dengan air," cadang Amani. Pinggannya pula masih ada lagi makanan yang tinggal separuh.

"Aku setuju," jawab Aida dan Aisyah serentak. Yang lain hanya mengangguk kepala saja termasuklah aku.

____________________________________

AKU keluar dari dewan peperiksaan dengan hati yang lapang. Alhamdulillah...

Exam untuk subjek Pengajian Am dan Usuluddin dah lepas. Tinggal dua kertas sahaja lagi iaitu Syariah untuk hari esok dan Bahasa Arab untuk lusa. Sekejap saja peperiksaan STPM ni... hanya tiga hari sahaja kalau ambil bidang agama seperti aku.

Sekarang ini, aku hanya baring di katil sambil membaca nota-nota untuk menjawab kertas Syariah esok. Kena banyak menghafal. Nasib baik dalam Bahasa Melayu. Kalau Bahasa Arab, berbelit lidah nak ingat perkataan itu.

Selepas kami pulang ke rumah sewa, ada juga yang tidur dan ada juga yang bermain _handphone._ Petang-petang macam ni... mana ilmu susah nak masuk. Lagi-lagi puasa, asyik ngantuk saja.

Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilik. Pintu tu terbuka. Rupa-rupanya, Ainul yang sedang tersenyum berdiri sambil memegang buku.

"Wei, nanti turn korang berdua masak tau."

Aku mengangguk saja. Syahirah pula membuat tanda 'okey'. Memang rutin di rumah sewa kami begitu.

Kalau memasak kami ada giliran dan berpasang-pasangan.

Aku berpasangan dengan. Syahirah.

Hasanah pula bersama dengan Ainul.

Hani berpasangan dengan Amani.

Aisyah pula berpasangan dengan Aida.

Memang kalau tak buat macam itu, nanti tak adil pula. Sebab kalau duduk dalam rumah sewa bersama dengan kawan-kawan perlu ada sifat kerjasama yang tinggi. Barulah kehidupan rumah sewa kita harmoni.

"Firsha, nanti aku nak pinjam nota Bahasa Arab. Boleh tak?" tanya Ainul meminta izin.

"Boleh. Ambil je kat meja belajar aku."

"Alright."

Lalu, Ainul pun berlalu dari situ.

Tepat pukul enam petang, aku dengan Syahirah pun mula beraksi atau di dapur. Lauk untuk berbuka nanti hanya simple sahaja.

Hanya lauk sardin, telur dadar, sayur campur goreng, nasi putih dan air sirap. Ais pun buat sendiri. Kalau nak beli ais kat luar macam membazir pula.

Usai kami siap memasak, aku pula menonton televisyen bersama kawan serumah yang lain.

Satu jam kemudian, tepat pukul 7:20 malam, akhirnya azan maghrib pun berkumandang. Semua sudah bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Hani pula membuka rice cooker lalu dia menjerit.

"Argh!"

Semua orang terkejut. Ada yang melatah dan ada juga yang mengurut dada.

"Kau apahal ni?" tanya Aida.

"Wei! Nasi tak masak lagi..." rengek Hani.

Semua orang sudah terkejut beruk.

"Hah?"

"Apa?"

"Nani?"

"Habislah..."

"Siapa yang masak nasi tadi?" tanya Amani. Syahirah mengangkat tangan dengan perlahan. Muka dia dah macam nak minta kaki je cebik-cebik begitu. Hahaha...

"Sorry, guys. Aku lupa nak on rice cooker tadi," kata Syahirah dengan perlahan.

"Haih..."

Semua orang mengeluh. Nak marah pula, kesian.

"Takpelah, tunggu jelah nasi tu masak. Bukan lama pun," ujar Hasanah meredakan keadaan. Hani pula terus menekan suis nasi.

"Korang ratah telur dadar ni dulu. Buat alas perut," kataku sambil menghulurkan sepinggan telur dadar kepada mereka.

"Hari ni macam-macam berlaku. Nak sahur tak sempat. Nasi tak masak. Haih..." keluh Ainul sambil tersenyum.

"Dahlah first day puasa," ujar Aida.

Keadaan menjadi sunyi seketika. Tak lama kemudian, kami pun bersama-sama ketawa mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku hari ini.

Memang boleh dijadikan kenangan. Kenangan ini memang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Kelakar! Ini kisah benar dari aku. Bukan rekaan semata-mata.




SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro