25 | MUDAHNYA KAU BERUBAH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 200





KHAIRUL baru sahaja pulang ke rumah. Kepulangannya disambut oleh isterinya, Karmila dengan senyuman yang manis.

"Abang nak makan ke? Saya boleh panaskan lauk."

"Tak payah. Aku tak nak pun makan benda yang kau masak tu. Muak aku."

Karmila tercengang apabila mendengar kata-kata suaminya. Tidak pernah suaminya itu bercakap kasar seperti ini.



BEBERAPA minggu sudah berlalu. Nampaknya, hubungan Karmila dan Khairul masih lagi dingin.

Pada suatu hari, Karmila diminta oleh Khairul untuk berjumpanya di sebuah restoran. Jadi, Karmila pun pergi ke sana.

Setelah sampai di restoran tersebut, Karmila ternampak Khairul berpelukan dengan seorang perempuan dan menyebabkan hatinya sakit.

"Abang! Apa yang abang buat ni?"

"Aku tengah dating dengan bakal isteri aku. Yang kau nak sibuk tu, kenapa?"

"Bakal isteri? Saya ni isteri abang. Kenapa abang nak kahwin lain pulak? Apa salah saya?" Karmila amat kecewa sekarang ini. Hatinya seperti ditoreh-toreh sahaja.

"Kau tu mandul! Aku tak tahu, apa salah aku dapat kahwin dengan perempuan mandul macam kau ni. Merosakkan keturunan aku je," tengking Khairul.

Karmila sudah menekup mulutnya. Air matanya sudah mengalir ke pipi. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari restoran itu.

Dia mahu menenangkan fikirannya. Mengapa begini akhirnya? Kenapa rumahtangga mereka jadi begini? Sakit sangat rasanya.





SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro