26 | LELAKI MISTERI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : HORROR + ADVENTURE

PATAH PERKATAAN : 1415



NAMA aku Zuhaila. Aku seorang mahasiswi di sebuah universiti antarabangsa iaitu University of London, United Kingdom. Hari ini adalah hari terakhir cuti semester. Esok pula, aku akan pulang semula ke UK untuk sambung semester yang baru.

Sekarang ini, aku sudah mengemas bagasi aku. Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk.

"Masuk."

Pintu dibuka. Kelihatan ibuku masuk ke bilik dengan senyuman yang manis. Aku tahu, ibu sebenarnya berat hati mahu melepaskan aku pergi esok, tetapi nak buat macam mana? Pendidikan harus diutamakan. Jadi, redha sahajalah.

"Dah siap kemas barang?" tanya ibu. Aku cuma mengangguk sahaja.

"Esok, kamu dah balik ke sana. Sunyilah mak nanti," luah ibu.

"Janganlah risau, mak. Tak lama pun. Lagi enam bulan Ila balik sini nanti. Sekejap je tu. Pejam celik pejam celik dah enam bulan," pujukku.

Ibu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Seusai itu, ibu terus meminta diri untuk keluar dari bilik. Aku pula sambung mengemas baju-bajuku untuk dimasukkan ke dalam bagasiku.



***


HARI ini adalah hari terakhir aku berada di bumi Malaysia ini. Beberapa jam lagi, aku akan berlepas pergi ke London.

Aku pergi ke lapangan terbang hanya menggunakan teksi sahaja. Ibuku pula tidak boleh mengikut aku bersama-sama pergi ke lapangan terbang. Dia ada hal yang sangat mustahak.

Aku terus memeriksa pasport dan boarding pass di dalam begku. Nampaknya, kedua-dua benda penting ini ada dalam begku. Kalau tak ada benda-benda itu, tak dapatlah aku balik ke London nanti.

Lalu, aku terus melihat jam tanganku. Nampaknya lagi tiga jam sahaja lagi penerbangan ke London akan bermula. Sempat lagi kalau aku mahu mencari makanan sebentar. Tanpa membuang masa, aku terus melangkah menuju ke restoran yang terdapat di dalam lapangan terbang tersebut.



***


SEKARANG ini, aku sudah berada di dalam pesawat. Pasport sudah dicop oleh pegawai imigresen. Bagasi pula sudah ditimbang. Sebenarnya bagasi aku itu sudah terlebih muatan dan dikenakan caj. Nasib baik aku membawa duit yang lebih untuk membayar caj tersebut.

Tempoh destinasi dari Kuala Lumpur ke London mengambil masa 13 jam. Jadi, aku mempunyai banyak masa terluang nanti.

Aku mendapat tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Nanti, bolehlah aku tengok pemandangan awan nanti. Aku suka melihat pemandangan tersebut. Sungguh cantik ciptaan Allah ini.

Tiba-tiba, aku terdengar pengumuman bahawa pesawat ini akan berlepas. Ada seorang pramugari sedang menunjukkan demontrasi kepada penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan.

Semasa pesawat itu mahu berlepas, tiba-tiba orang lelaki yang berada disebelahku pula sudah mengangkat tangan. Aku amat hairan kerana dia asyik menggaru badannya sahaja. Sudah kenapa dia ni?

Ada seorang pramugari datang ke arah lelaki tersebut dengan senyuman yang mesra

"Ya, encik."

"Saya mahu pergi ke tandas," kata lelaki itu.

"Harap encik bersabar. Sekarang ini, pesawat baru sahaja mahu berlepas. Pakai tali pinggang keselamatan dulu," ujar pramugari tersebut. Lelaki itu terus mangangguk faham.

Lelaki itu pula terus memakai tali pinggang keselamatannya. Tetapi, tangannya asyik menggaru lengannya sahaja. Aku dapat lihat ada kesan berwarna hitam melekat di bajunya. Macam darah sahaja. Tapi, takkanlah darah manusia berwarna hitam. Pelik betullah.

Setelah pesawat B737:4H6 9M-MMA sudah terbang dengan ketinggian 30,000 kaki di langit, barulah penumpang-penumpang semua dibenarkan menanggalkan tali pinggang keselamatan masing-masing.

Aku lihat muka lelaki itu sudah mula kemerahan dan ada sedikit bintik-bintik merah besar tumbuh di mukanya.

"Encik okay ke ni?" tanyaku dengan penuh kerisauan.

Lelaki itu tidak menjawab. Dia terus bangun lalu menuju ke tandas. Mungkin dia alahan apa-apa agaknya. Kesian betul lelaki itu.

Tanpa membuang masa, aku terus mengeluarkan novel aku. Masa masih banyak lagi. Mataku juga belum mengantuk. Lebih baik aku mengisi masa lapangku dengan membaca novel.

Sedang aku khusyuk dengan pembacaanku, tiba-tiba lampu-lampu di pesawat terpadam seketika dan menyebabkan keadaan menjadi kecoh sedikit.

Aku pula sudah takut bercampur terkejut. Beberapa saat kemudian, lampu-lampu tersebut menyala kembali dan menyebabkan aku menghembuskan nafas kelegaan.

Pramugari yang berada dalam pesawat ini pun sudah memberikan pengumuman bahawa itu adalah masalah teknikal sahaja. Tiada benda serius pun yang berlaku.

Keadaan di dalam pesawat tersebut masih lagi terkawal. Aku terus berdiri daripada dudukku. Mataku melihat ke sekeliling pesawat tersebut. Nampaknya, ramai penumpang melakukan hal mereka sendiri.

Ada yang sedang tidur. Ada juga yang sedang bersembang. Ada juga yang sedang termenung ke arah luar tingkap melihat pemandangan awan-awan.

Tiba-tiba, aku terasa mahu membuang air kecil. Lalu, aku terus melangkah untuk pergi ke tandas. Setelah tiba di hadapan pintu tandas, aku terus menolak pintu tersebut tetapi pintunya dikunci. Mungkin lelaki tadi berada dalam tandas ini agaknya.

Apa yang dia buat dalam tandas tersebut sampai lama sangat macam ni? Aku terus memanggil pramugari tersebut yang kebetulan sedang menuju ke arahku.

"Ada apa, cik?" tanya pramugari tersebut dengan mesra.

"Boleh tak tolong panggilkan orang dalam tandas ni? Sebab saya rasa dia dah lama gunakan tandas ni. Saya pun nak guna jugak," ujarku.

Pramugari tersebut terus mengetuk pintu tandas tersebut. Setelah tiga kali ketukan, aku dapat lihat pintu tersebut dibuka dari dalam.

Setelah pintu tandas dibuka, aku tidak percaya apa yang aku lihat sekarang ini. Aku sangat terkejut sekarang ini. Kakiku seakan-akan terpaku di situ.

Aku lihat lelaki tersebut sedang menghisap darah seorang nenek tua. Banyak darah terpecik di dinding tandas tersebut. Aku lihat mukanya seperti menggerutu sahaja. Kuku tangannya yang panjang itu, terus mencengkam perut mayat perempuan tua tersebut dan menyebabkan usus-ususnya pun terkeluar.

Pramugari tadi sudah menjerit ketakutan dan menyebabkan lelaki itu memandang tajam ke arah kami berdua. Dengan sepantas kilat, lelaki itu terus menarik pramugari tersebut lalu dia menikam perut pramugari tersebut dengan kukunya yang tajam itu dan menyebabkan pramugari tersebut mati sahaja di situ.

Baju lelaki itu sudah basah dengan darah. Dia mahu menerkamku tetapi aku sempat mengelak dan menjauhkan diri daripada lelaki itu.

Lelaki itu terus keluar dari tandas tersebut dan menyebabkan ramai yang terkejut. Ada juga yang sudah menangis apabila melihat wajah seram lelaki itu.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Ramai yang sudah menjerit ketakutan. Ada juga sudah menjadi mangsa lelaki itu. Aku lihat dia itu seperti zombi yang aku biasa lihat di TV sahaja.

Aku mesti melakukan sesuatu. Kalau tidak ramai penumpang-penumpang dalam pesawat ini akan terkorban.

Tiba-tiba, mata aku tertancap ke arah sebatang rod besi. Aku tidak tahu kegunaannya apa, tetapi rod itu akan aku gunakan untuk membunuh lelaki itu. Aku segera mengambil rod besi tersebut dan melangkah ke hadapan.

Setelah itu, aku segera melangkah ke arah makhluk tersebut. Sebenarnya, aku amat gerun sekarang ini, tetapi aku menghiraukan sahaja.

Lelaki itu sudah menunjukkan taringnya yang tajam kepadaku. Lidahnya sudah terjelir panjang ke bawah. Sangat menjijikkan.

Aku segera melibas badan lelaki itu dengan rod besi yang panjang itu dan menyebabkan lelaki itu pun terjatuh. Tetapi, dia masih lagi mahu menerkam aku juga. Akhirnya, aku memukul kepalanyam berulang kali. Aku juga menyepaknya sekuat hati dan menyebabkan lelaki itu terbaring lemah. Lidah panjangnya masih terjelir.

Dengan keberanian yang masih ada dalam diri ini, aku terus mengambil rod tersebut lalu menikam perut lelaki itu sebanyak tiga kali dan menyebabkan darah hitamnya nengalir. Aku sudah menahan rasa terkejut. Penumpang-penumpang yang berada di pesawat itu pun sudah tercengang melihat warna darah itu. Nampaknya, dia bukan manusia. Lelaki itu bukan manusia.


***


AKHIRNYA, pesawat B737:4H6 9M-MMA mendarat semula ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur secara kecemasan kerana kejadian yang tidak terduga itu.

Mayat lelaki itu berserta dengan mangsa-mangsanya sudah dibungkus lalu akan dibedah siasat nanti.

Ramai pasukan khas turun untuk menyiasat kes tersebut. Ada juga wartawan-wartawan yang sedang membuat liputan. Aku pelik juga. Cepat betul berita ini keluar. Mesti kes ini akan menjadi perbualan terhangat di Malaysia pada ketika ini.

Ramai penumpang sudah trauma melihat keadaan pembunuhan tersebut. Aku juga termasuk sekali dalam golongan itu.

Ada juga yang berterima kasih kepadaku kerana berani membunuh lelaki itu. Aku hanya tersenyum sahaja.

Nampaknya, penerbangan ke London ditangguhkan kerana kejadian pembunuhan tersebut. Aku terus mencari telefon bimbitku untuk menelefon ibuku segera.

"Hello, ibu."

"Ila, kamu tak apa-apa, kan? Mak dengar ada pembunuhan terjadi dalam kapal terbang tu," kata ibu berbaur risau.

"Ila okay je. Tak ada apa pun. Nasib baik Ila selamat, mak. Sekarang ni, Ila kat KLIA. Ila penat. Mak boleh ambilkan Ila tak, mak?"

"Alhamdulillah. Nasib baik Ila tak kena apa-apa. Lega mak dengar. Ila tunggu kat situ. Nanti, mak ambil Ila," kata ibu.

"Okay, mak." Tanpa membuang masa, aku terus mematikan panggilan tersebut. Nampaknya, ada hikmah sebenarnya kejadian ini berlaku. Aku boleh sambung cuti semesterku. Nampaknya, aku kena menghubungi pihak universiti tentang kejadian ini.

Aku tidak tahu kenapa aku bertindak seberani itu sampai aku boleh membunuh lelaki itu dengan tanganku sendiri. Tetapi, aku puas kerana aku dapat menyelamatkan nyawa-nyawa yang tidak bersalah kerana perbuatan jijik lelaki itu.

SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro