27 | SILENT KILLER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE: THRILLER

PATAH PERKATAAN : 1418

MALAM sudah melabuhkan tirainya. Bulan masih memancarkan cahayanya. Kelihatan ada seorang lelaki tua yang memakai pakaian korporat sedang melangkah ke arah kereta mewahnya. Dia tidak sedar bahawa segala pergerakannya diperhatikan oleh seseorang.

Semasa lelaki tua itu hendak membuka pintu keretanya, tiba-tiba terus sahaja lelaki yang memakai hoodie melangkah laju ke arahnya. Dengan sepantas kilat, lelaki yang memakai berpakaian hoodie tersebut terus mengeluarkan pisau lalu menikamnya dengan bertubi sehingga mangsanya kaku tidak bernyawa. Habis muka pembunuh itu kotor kerana dibasahi dengan percikan darah mangsanya.

"Aku terpaksa bunuh kau, orang tua. Sebab aku pembunuh upahan. Kalau aku tak buat kerja ni, macam mana aku nak cari makan. So, aku terpaksa hantarkan kau ke alam kubur," kata lelaki itu dan terus menarik pisaunya lalu terus berlalu dari situ.

Pembunuh itu terus tersenyum puas kerana tugasnya sudah selesai. Sekarang ini, dia hanya menunggu duit daripada kliennya sahaja kerana dia sudah melakukan tugas dengan baik.

***

KEESOKAN harinya, Raid pergi ke warung untuk berjumpa dengan seseorang. Ya... dialah pembunuh upahan yang membunuh lelaki tua semalam. Dia sudah melakukan kerja haram ini selama tiga tahun. Bukan sebab atas dasar suka. Dia buat kerja ini kerana dia mahu menghilangkan rasa kesedihannya.

Setakat ini, sudah 38 kes pembunuhan yang dia sudah lakukan, tetapi satu pun tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Dia adalah pembunuh yang licik dan bijak. Selepas dia melakukan satu pembunuhan, Raid akan menghapuskan segala bukti yang ada sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak polis.

Raid adalah seorang anak yatim piatu sejak umurnya berusia 18 tahun. Ibu bapanya mati akibat kemalangan. Sejak daripada kejadian itu, hidupnya terasa kesunyian. Dengan melakukan perbuatan membunuh sahaja, dia dapat mengubati hatinya yang lara itu.

Raid terus melangkah ke arah satu meja yang kosong. Dia mengeluarkan rokoknya. Tiba-tiba, ada seorang pelayan datang ke arah mejanya.

"Nak order apa, encik?" tanya pelayan itu.

"Saya nak mi goreng basah ngan teh ais satu," pesan Raid.

Pelayan itu mencatat segala pesanan makanan Raid di sehelai kertas kecil.  Lalu, dia pun berlalu dari situ.Raid pula melihat jam di tangannya lalu dia merengus kegeraman. Pandai berjanji, tapi susah ditepati. Jangan kena tipu dengan klien sudahlah. Kerja sudah dibuat. Tinggal duit sahaja yang belum dia dapat.

Dia melihat pokok kelapa yang terletak berdekatan warung tersebut. Pokok itu ditiup angin seakan-akan daun pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

Sedang dia khusyuk melihat pokok kelapa itu, tiba-tiba dia terdengar kerusi di hadapannya ditarik. Kelihatan seorang perempuan berpakaian mahal sedang duduk di hadapannya. Itulah klien yang sudah lama dia tunggu. Namanya Datin Zaharah.

"Sorry. I lambat. Banyak sangat kerja tadi," kata Datin Zaharah.

Raid hanya menganggukkan kepala sahaja. Padahal, pelbagai sumpah seranah yang dilemparkan oleh Raid kepada perempuan itu dalam hatinya sahaja.

"By the way, I nak cepat. Lagipun, tempat ni panaslah. I tak tahan," rungut Datin Zaharah sambil mengipaskan wajah dengan menggunakan tangannya.

Raid sudah berasa semakin jelik dengan tingkah perempuan gedik itu. Baru panas sikit, dah nak merungut.

Datin Zaharah terus mengeluarkan sampul berwarna kuning lalu menghulurkannya kepada Raid. Raid pula sudah tersenyum kegirangan. Dia terus menyambut sampul tersebut. Lalu, dia membukanya. Nampaknya, jumlah duit yang berada di dalam sampul tersebut tersangatlah tebal. Bagus.

"Tu duit upah you. Mulai sekarang, you jangan nak jumpa I lagi. Anggap kita ni tak pernah kenal langsung. Faham?"

Raid hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Benda senang. Lagipun, dia tidak mahu lagi berurusan dengan datin gedik ini. Loya tekaknya menghadap perangai datin itu yang sangat mengada-ngada.

Sebenarnya, mangsa pembunuhan Raid semalam adalah suami kepada Datin Zaharah iaitu Dato Zainul. Datin Zaharah amat berang kepada Dato Zainul kerana mahu berkahwin lain.

Bukan itu sahaja. Dato' Zainul mahu memberikan seluruh hartanya kepada bakal isteri barunya.  Datin Zaharah sudah risau. Jadi, dia pun nekad untuk membunuh suaminya dengan mengupah seorang pembunuh bersiri. Dia akan melakukan apa sahaja,  asalkan harta suaminya jatuh ke dalam tangannya.

***

PADA suatu petang, Raid mempunyai temujanji dengan kliennya di sebuah restoran yang mewah. Dia terus masuk ke dalam restoran tersebut. Matanya melilau mencari kliennya, Azhar. Kelihatan ada seorang lelaki sedang mengangkat tangan memanggilnya. Itu mesti Azhar. Raid segera menuju ke arah lelaki itu. Setelah itu, dia duduk di hadapan Azhar.

"Kenapa lambat?" tanya Azhar serius.

"Jalan jam tadi," jawab Raid sambil menunjukkan sengihnya. Sebenarnya, dia terbangun lambat tadi. Dia hanya menggunakan alasan jalan jam itu sebab mahu menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kemarahan kliennya.

Azhar hanya mengangguk sahaja. Mukanya masih lagi beriak serius. Dia terus menghulurkan sekeping gambar kepada Raid.

Raid melihat gambar tersebut. Gambar itu menunjukkan seorang budak lelaki yang sangat comel. Tetapi, apa kaitan budak ini dengan kerja dia nanti?

"Kau bunuh budak ni. Aku nak kau bunuh budak dalam gambar ni secepat yang mungkin," arah Azhar.

"Sorry, Har. Aku tak boleh buat kerja ni kalau melibatkan budak-budak. Tu bukan cara kerja aku." Raid cuba menolak arahan Azhar. Itu sudah melanggar prinsip kerjanya jika melibatkan kanak-kanak. Sejahat mana pun, dia masih lagi ada sifat perikemanusiaan.

"Aku akan bagi kau RM 80,000 kalau kau terima kerja ni. Fikir Raid. Aku tahu, kau tak pernah dapat duit sebanyak ini," ujar Azhar sambil tersenyum sinis. Sekarang ini, dia sudah berada dalam keadaan dilema. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat sekarang ini.

"Kalau kau tak sanggup nak bunuh budak ni, kau bunuh mak bapak dia," kata Azhar dengan penuh selamba.

Raid semakin mengerutkan dahinya. Dia agak keliru sebenarnya. Azhar suruh dia bunuh budak ni ke tak?

"Aku nak tanya kau sikit. Apa motif kau sampai kau upah aku untuk bunuh budak ni?" tanya Raid.

Azhar hanya memberikan satu senyuman yang agak sinis menimbulkan lebih banyak tanda tanya di benak fikiran Raid.

***

RAID memanjat pagar tersebut dengan penuh berhati-hati. Hari ini, dia akan melakukan kerjanya, iaitu membunuh. Dia melihat sekeliling. Nampaknya, tiada seorang pun yang menyedari kewujudan dia.

Tanpa membuang masa, dia terus pergi ke pintu dapur. Lalu, dia mengopak pintu tersebut. Dia ada cara tersendiri untuk membuka pintu itu sampaikan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Setelah dia berjaya membuka pintu dapur itu, dia terus masuk ke dalam rumah. Nampaknya, rumah ini sunyi sahaja. Raid terus berlari pergi ke tingkat atas.

Tiba-tiba, Raid terdengar bunyi gelak ketawa antara lelaki dan perempuan. Nampaknya, bunyi pintu itu datang daripada bilik yang berada di hadapan dia kini. Raid sudah tersenyum sinis. Nampaknya, dia sudah terjumpa mangsanya.

Dia terus menendang pintu bilik tersebut. Kelihatan ada sepasang kekasih sedang melakukan benda yang tidak senonoh di dalam bilik itu.

Pasangan tersebut sangat terkejut. Perempuan itu hendak menjerit ketakutan, tetapi belum sempat dia menjerit, Raid terus mencampakkan pisau ke arah perut perempuan itu dan menyebabkan perempuan itu mati sahaja di situ.

Lelaki itu pula sudah tercengang melihat pembunuhan yang berlaku di depan matanya. Wajahnya pucat umpama mayat sahaja.

"K... kau siapa, hah?" tanya lelaki itu dengan tergagap-gagap.

Raid hanya tersenyum sinis. Dia terus membuka topengnya. Lelaki itu sangat terkejut melihat wajah Raid. Dia tidak sangka Raid mahu membunuhnya.

"K... kau buat apa ni? Kenapa kau n... nak bunuh aku?" tanya Azhar. Mukanya sudah beriak ketakutan.

"Kau ni jijik. Aku tak pernah nampak orang sejijik kau. Kau ingat aku tak tau. Kau upah aku bunuh budak tu dengan mak bapak dia sekali sebab kau nak harta diorang, kan?" tengking Raid.

"Macam mana kau tahu?"

"Macam mana aku tahu? Aku dah siasatlah. Kan aku dah cakap kat kau, aku takkan langgar prinsip aku untuk bunuh budak-budaklah. Lagipun, kau yang durjana sekarang ni sebab kau nak bolot harta budak tu," tengking Raid lagi.

Belum sempat Azhar berkata sesuatu, Raid terus menerpa ke arahnya lalu mencekik leher Azhar. Azhar sudah meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia sudah kehabisan oksigen melawan kudrat Raid.

Raid pula terus mengambil pisaunya lalu menikam perut Azhar bertubi-tubi. Habis lantai bilik itu dibasahi dengan darah Azhar dan perempuannya. Akhirnya, Azhar mati dengan penuh tragis di rumah sendirinya. Raid sudah tersenyum puas.

Raid terus mengambil pisaunya dan membersihkan segala barang bukti yang ada supaya tidak dikesan oleh pihak berkuasa nanti. Tanpa membuang masa, dia keluar daripada bilik itu.

Sebenarnya, Raid tidak sanggup untuk membunuh seorang budak. Jadi, dia memutuskan untuk menyiasat sendiri motif sebenar Azhar untuk mengupahnya membunuh budak di dalam gambar itu.

Setelah beberapa hari, baru Raid tahu bahawasanya Azhar yang mahu membolot harta budak itu. Tiba-tiba sahaja Raid mahu menolong budak itu. Mungkin budak itu tidak bersalah. Sebab itulah, Raid tergerak hati mahu menolong budak dalam gambar itu.

Selama ini pun, mangsa-mangsa pembunuhan Raid semuanya orang dewasa. Ada yang curang. Ada yang menipu duit syarikat sampai bosnya mengupah Raid untuk membunuh pekerja tersebut.

Dia tidak akan membunuh kanak-kanak dan orang yang tidak bersalah. Itu adalah prinsipnya. Dia tidak akan melanggar prinsip itu.

SHADHIA | 2020



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro