29 | DIA... LELAKI BONGKAK

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : FANFICTION

PATAH PERKATAAN : 1900


MIRA Filzah terus membetulkan tudungnya. Sekarang ini, dia sedang  bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Hari ini adalah hari pertama Mira Filzah bekerja di tempat baru setelah beberapa bulan dia menganggur.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Mira Filzah terus mengambil tas tangannya lalu pergi ke dapur untuk bersarapan. Belum sampai ke dapur lagi, dia sudah dapat menghidu nasi lemak buatan ibu kesayangannya. Perutnya sudah berkeroncong.

"Ibu!" sergah Mira Filzah dan membuatkan ibunya tekejut.

"Ya Allah... Mira, jangan kejutkan ibu macam tu. Nasib baik tak sakit jantung. Kalau tak, ibu dah menuju ke alam kubur, tau tak?" kata Mak Senah sambil mengurut dadanya. Kus semangat.

Mira Filzah hanya tergelak lucu lalu dia pergi ke arah Mak Senah lalu memeluk ibunya itu dengan ketat. Seakan-akan, tidak mahu dilepaskan.

"Alah... ibu jangan marah Mira macam tu. Mira mintak maaf sebab buat ibu terkejut macam ni," pujuk Mira Filzah.

Mak Senah hanya tersenyum sahaja. Dia sudah agak lali dengan perangai manja anak perempuannya itu. Tetapi, dia suka melayan perangai manja Mira Filzah. Anak tunggal, mana tak manjanya.

"Dah. Pergi sarapan. Mak dah siapkan nasi lemak untuk Mira," kata Mak Senah.

Mira Filzah sudah menjerit kesukaan. Nasi lemak  adalah salah satu makanan kegemarannya. Lagi-lagi, kalau Mak Senah yang buat nasi lemak tu. Rasanya... memang sedap sangat.

Mira Filzah terus menarik kerusi lalu duduk di meja makan tersebut. Begitu juga dengan Mak Senah. Dia terus mencedok Nasi Lemak yang sudah disediakan di atas meja tersebut.

"Mira balik kerja pukul berapa nanti?" tanya Mak Senah.

"Pukul lima petang macam tu," jawab Mira Filzah.

Setelah dia bersarapan, dia terus mengangkat pinggannya untuk dibawa ke sinki. Tetapi, belum sempat dia mahu berbuat demikian, Mak Senah terus menahannya.

"Tak payah bawak pinggan tu sampai ke sinki. Nanti ibu kemaslah."

Mira Filzah terus meletakkan pinggan kotornya semula di atas meja. Dia sebenarnya agak serba salah. Takkanlah pinggan satu ni pun dia tak larat nak basuh.

"Tapi... ibu, Mira boleh basuh pinggan nilah. Bukannya susah pun," kata Mira.

"Tak payah. Nanti basah pulak baju kamu nanti, Mira," ujar Mak Senah. Mira Filzah hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Kalau itu yang dikatakan oleh ibunya, dia sebagai anak hanya akur sahaja. Setelah itu, dia terus mengambil tas tangannya. Lalu, menyalami ibunya. Tidak lupa juga mencium kedua belah pipi ibunya.

"Ibu, Mira pergi kerja dululah. Kalau ada apa-apa, call je Mira," pamit Mira Filzah.

"Kamu tu... bawak kereta tu hati-hati. Tak payah nak bawak laju sangat. Bukannya kamu seorang je yang bawak kereta atas jalan tu. Beringat sikit," nasihat Mak Senah.

Mira Filzah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Setelah itu, dia terus mengambil kunci kereta.

***

MATA Mira Filzah terus melilau mencari tempat parkir kereta yang kosong. Tetapi, dia tidak jumpa langsung tempat parkir kereta yang kosong. Semuanya sudah penuh. Memang pening.

Tiba-tiba, matanya ternampak sebuah tempat parkir. Alhamdulillah...  usahanya tadi tidak sia-sia.

Setelah dia memakirkan keretanya, dia terus berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut Harap-harap, dia tidak terlambatlah. Sudahlah tadi, Mira Filzah sudah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Nasib baik, dia sampai ke destinasinya tepat pada masanya.

Dia terus pergi ke arah lif. Nampaknya, dalan lif tersebut memang kosong. Bagus. Tak adalah nak berhimpit-himpit dengan orang lain.

Belum sempat dia masuk ke dalam lif tersebut, tiba-tiba ada seseorang lelaki memegang lengannya dan menyebabkan Mira sangat terkejut.

Siapa pula yang berani-berani pegang anak dara orang ini? Kurang ajar. Mira Filzah terus menoleh melihat gerangan itu. Kelihatan ada seorang lelaki sedang memandang tajam ke arahnya. Bibirnya tiada secalit senyuman langsung.

"Maaf, boleh tak lepaskan tangan saya." Nampaknya, lelaki itu tersentak lalu dia terus melepaskan lengan Mira Filzah.

"Kenapa awak pegang lengan saya tadi. Tak malu ke pegang anak dara orang ni," getus Mira Filzah sambil membuat mimik muka yang selamba.

"Lif tu aku punya. Kau tunggu lif lain," kata lelaki itu dengan sombong.

Mira Filzah sudah tercengang. Lif pun hendak dijadikan isu. Boleh saja mereka berdua berkongsi lif tersebut. Bukannya lif itu kecil pun. Muat saja untuk mereka berdua.

"Kenapa pulak saya kena cari lif lain. Kita boleh kongsikan lif ni." Nampaknya, lelaki itu hanya tersenyum sinis. Nak berkongsi dengan perempuan pendek ni, memang taklah.

"Aku nak kongsi dengan kau? Memang taklah, wei. Aku cakap sekali ni je. Kau cari lif lain. Menyemak!"

Lelaki itu terus masuk ke dalam lif tersebut, meninggalkan Mira Filzah yang masih terkejut melihat perlakuan biadab lelaki itu.

Kurang ajar betul lelaki itu. Eee... rasa nak nak pijak sahaja mukanya supaya leper. Geram sangat.

Hari pertama bekerja, sudah jadi macam ini. Belum lagi setahun. Sabar sajalah. Mira Filzah berharap dia takkan berjumpa dengan lelaki kerek itu lagi. Menyampah!

***

SEKARANG ini, Mira Filzah berada dalam bilik bos besarnya, iaitu Dato' Jalaluddin Hassan. Biasalah, hari pertama berkerja... mestilah kena lapor diri dulu.

"Baiklah, Mira. Disebabkan awak masih baru lagi di syarikat ini, nanti saya akan suruh pekerja saya untuk menerangkan kat awak selok belok di syarikat ini," kata Dato Jalaluddin.

"Baik, bos."

"Untuk pengetahuan awak jugak, awak tak bekerja di bawah saya."

Mira Filzah agak tercengang dengan kata-kata bosnya itu. Dia sangka, dia akan bekerja di bawah Dato' Jalaluddin tapi dia silap. Habis... siapakah orang atasan dia itu?

"Sape orang atasan saya, bos?" tanya Mira Filzah. Dato' Jalaluddin hanya tersenyum sahaja. Dia terus menekan butang interkom. Lalu, dia menyuruh setiausahanya untuk memanggil seseorang.

Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba pintu bilik pejabat dato' itu diketuk.

"Masuk."

Pintu dibuka. Kelihatan ada seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu. Mira Filzah sudah terkejut melihat lelaki itu. Lelaki itu... dialah lelaki yang sombong tadi. Macam manalah dia boleh terjebak lagi sekali dengan orang seperti ini.

"Zizan, duduk dulu," arah Dato Jalaluddin. Zizan pula hanya akur sahaja. Sempat lagi, dia memberikan jelingan tajam kepada gadis yang duduk di sebelahnya itu.

"Mira, Zizan ni adalah salah seorang pegawai penting dalam syarikat ini. Mira akan bekerja di bawah Zizan. Jadi, Mira... ada apa-apa soalan?"

Mira Filzah hanya mengelengkan kepalanya perlahan-lahan. Sebenarnya, dia agak tidak berpuas hati. Kenapa dia perlu berkerja di bawah lelaki sombong ini? Nampaknya, doa dia tidak termakbul hari ini.

Sabar sajalah dapat orang atasan yang sombong dan bongkak seperti lelaki ini. Dia harap semua urusannya selama dia berkerja nanti dipermudahkan olehNya. Amin...




***

SUDAH dua minggu Mira Filzah bekerja di syarikat Dato' Jalaluddin Hassan. Nampaknya, berkerja di syarikat terkemuka itu, bukannya mudah seperti apa yang disangka.

Sangat susah bekerja di situ. Lagi-lagi, bekerja di bawah orang atasan yang cerewet, sombong dan bongkak seperti Zizan. Ya Allah... rasa geram saja tengok perangai Zizan itu. Rasa nak sepak kepalanya, biar berkecai.

Mira Filzah sedar bahawa Zizan selalu membulinya. Tetapi, dia malas nak ambil kisah. Dia hanya datang ke syarikat ini, untuk mencari rezeki sahaja. Bukan sebab yang lain.

Kalau ada projek besar, Zizan mesti mengarahkan Mira Filzah untuk menyiapkan kertas kerja seorang diri tanpa bantuan sesiapapun.

Mira merasakan tindakan Zizan itu sangat tidak adil kerana banyak lagi pekerja yang boleh membantunya menyiapkan kertas kerja tersebut.

Kalau ikutkan hatinya, sudah lama dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja sahaja, tetapi dia tidak akan melakukan hal sebegitu. Mira Filzah bukan seorang yang lemah. Dia akan buktikan kepada semua orang terutama sekali lelaki kerek itu yang dia ini bukan wanita yang lemah.


***







MIRA Filzah keluar daripada kedai Pak Samad sambil menjinjing satu plastik besar di tangan kirinya. Tangan kanannya pula, memegang satu kon aiskrim. Teringin pula nak makan aiskrim. Sebab itulah, dia membeli aiskrim .

Tadi, Mak Senah yang meminta tolong Mira Filzah untuk membeli sayur sawi dan tomato.

Sedang dia menuju ke keretanya, tiba-tiba, dia dihalang oleh dua orang lelaki. Senyumannya agak sinis. Sudahlah sekarang ini, tiada orang yang lalu lalang. Macam mana nak minta tolong ini.

"Adik manis... nak pergi mana? Nak abang hantarkan ke?"

Mira Filzah sudah seram sejuk. Dia sangat takut sekarang ini. Dia tahu lelaki-lelaki ini mahu mengapa-apakan dia. Tanpa membuang masa, dia terus membuka langkah seribu. Tetapi, belum sempat dia berbuat demikian, lelaki-lelaki itu terus memegang lengannya dengan kuat. Plastik besar yang dia pegang tadi sudah jatuh di atas jalan.

"Adik nak pergi ke mana. Layan abang-abang ni dulu. Baru kami lepaskan adik."

Mira Filzah terus meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia tahu apa maksud disebalik kata-kata itu. Lelaki-lelaki itu mahu merogolnya.

"Tolong! Tolong! Lepaslah, setan!" jerit Mira Filzah. Dia masih lagi berusaha untuk melepaskan cengkamanya daripada lelaki-lelaki durjana itu.

Salah seorang daripada lelaki itu, mahu mengoyakkan baju Mira Filzah. Tetapi, belum sempat dia berbuat demikian, tiba-tiba ada seseorang menyepak belakang badannya dan menyebabkan dia terjatuh.

Kawan lelaki itu pula sudah berlari dari situ untuk menyelamatkan dirinya.

"Kau apa hal kacau awek orang ni? Nak mampus?" tengking Zizan. Mira Filzah rasa amat terkedu sekarang ini, kerana Zizan yang menyelamatkan dia. Macam mana Zizan boleh ada di sini.

"Ampun, bang. Saya janji saya takkan kacau awek abang lagi," rayu lelaki durjana itu.

"Baik kau blah sekarang, sebelum aku belasah kau cukup-cukup kat sini," ugut Zizan. Lelaki itu hanya terus mengelengkan kepalanya dengan ketakutan lalu dia terus pergi dari situ.

"T... terima kasih, encik. Sebab selamatkan saya tadi," kata Mira Filzah dengan tergagap-gagap. Perasaan takutnya masih lagi menguasai dirinya.

Zizan hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Lain kali, kalau nak parking kereta, parking dekat-dekat je. Bahaya kau parking jauh-jauh. Faham?" pesan Zizan. Mira Filzah hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Nampaknya, dia sudah terhutang budi dengan lelaki ini.



***




SEJAK kebelakangan ini, hubungan Mira Filzah dan Zizan semakin baik. Tiada lagi berlaku pergaduhan kecil di antara mereka.

Mira Filzah sebenarnya agak pelik dengan perubahan tingkah laku Zizan itu. Pelik. Tetapi, dia menghiraukan sahaja. Kadang-kadang, Zizan juga mengajak Mira Filzah untuk lunch apabila tibanya waktu rehat. Mira Filzah terima perlawaan tersebut hanya atas dasar terhutang budi.

***



PADA suatu petang, Zizan meminta Mira Filzah untuk berjumpanya di sebuah tasik. Mira pelik kenapa tiba-tiba sahaja lelaki itu mahu berjumpa dengannya. Jumpa di tasik lagi. Macam orang yang sedang bercinta pula.

Dari kejauhan, dia dapat melihat  Zizan sedang menikmati permandangan di tasik itu.

"Encik!" panggil Mira. Zizan tersentak lalu dia pusing badannya ke belakang. Dia tersenyum. Mira Filzah sudi untuk berjumpa dengannya.

"Encik, kenapa encik nak jumpa saya kat sini?"

"Sebenarnya, saya nak bagitau awak sesuatu."

"Bagitau apa?" Hati Mira Filzah sudah berdebar-debar. Ada sesuatu buruk yang berlaku ke?

"Aku... cintakan... kau. Aku tak tahu kenapa aku boleh rasa macam ni. Tapi, rasa ini membuat aku jadi gila!"  luah Zizan.

"J... jadi gila?"

"Ya... jadi gila. Gila bayang asyik teringatkan kau je. Aku tau aku banyak buat silap dengan kau selama ni. Aku nak mintak maaf kat kau. Kalau boleh... aku nak nikah terus dengan kau. Aku tau kau layak jadi isteri aku."

Mira Filzah hanya tersenyum mendengar luahan hati Zizan. Sebenarnya, dia pun sudah terjatuh hati dengan Zizan juga. Tetapi, malu untuk mengaku dia juga ada perasaan seperti itu. Mira segan.

"Saya dah maafkan, encik. Tapi yang pasal kahwin tu, ada syaratnya."

"Apa dia?"

"Kalau berani, jumpalah ibu saya dulu. Kalau ibu saya setuju. Baru saya setuju kahwin dengan encik," kata Mira dengan penuh selamba.

Zizan sudah tersenyum suka. Mudah sangat. Minggu ni juga dia akan berjumpa dengan ibu Mira Filzah. Sudah lama dia memendam rasa suka terhadap Mira Filzah sejak gadis itu bekerja di syarikat itu.

Dia sengaja mencari gaduh dengan Mira semata-mata kerana mahukan perhatian daripada gadis itu. Dia tidak pandai mengayat perempuan. Cara itu sahaja yang boleh dia fikirkan agar Mira sentiasa bercakap dengannya. Kelakar pun ada.

Selepas ini, Zizan ada misi penting, iaitu menambat hati bakal mak mertuanya. Dia akan pastikan dia berjaya. Harap Allah mempermudahkan segala urusannya. Amin...



SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro