30 | DIA HANYA MILIK AKU

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : PARANORMAL + SPIRITUAL

PATAH PERKATAAN : 1500


ZULIN sedang menunggu Razman di sebuah restoran yang berada di Bangi. Sebenarnya, mereka adalah sepasang kekasih. Zulin dan Razman sudah lama bercinta sejak mereka belajar di universiti lagi.

Sejak kebelakangan ini, hubungan mereka semakin dingin. Zulin tidak tahu apa salahnya sampaikan Razman bersikap dingin kepada dia. Kadang-kadang, ada juga Razman memarahinya. Dia sangat berkecil hati dengan perubahan sikap Razman.

Dia melihat jam tangannya. Sudah 15 minit Zulin berada di restoran itu, tetapi bayang-bayang Razman masih belum muncul. Kadang-kadang, Zulin menyampah juga dengan perangai Razman yang suka tidak menepati masa.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah Razman yang sedang masuk ke dalam restoran itu. Senyumannya sudah lebar. Tetapi, dia amat pelik. Kenapa Tania juga ada bersama dengan Razman?

Tania itu merupakan  kawan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Kenapa dia ada bersama dengan Razman? Apa sebenarnya hubungan mereka?

"Dah lama sampai?" tegur Razman. Zulin hanya mengangguk sahaja. Tetapi, pandangan matanya masih lagi menikam tajam ke arah Tania dan menyebabkan kawan baiknya itu merasa tidak selesa.

Akhirnya, Razman dan Tania duduk di hadapan Zulin.

"Sebenarnya, saya ada benda nak cakap dengan awak. Saya harap awak boleh terima dengan hati yang terbuka selepas awak dengar benda ni semua nanti." Razman memulakan bicaranya.

Zulin pula semakin berdebar. Kenapa dia rasa tak sedap hati ni?

"Awak nak cakap apa?" tanya Zulin.

"Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak lagi," kata Rizman senafas.

Zulin sudah terkejut. Kenapa? Kenapa Razman mahu memutuskan hubungan mereka? Apa salahnya?

"Ke... kenapa? A... apa sa... salah saya?" tanya Zulin dengan suara yang tersekat. Air matanya sudah mengalir ke pipi.

"Saya dengan Tania dah nak berkahwin. Ini semua adalah perancangan keluarga kami. Saya tak nak hampakan harapan keluarga saya. Lagipun, saya reda  kalau jodoh saya dengan Tania. Saya berharap awak mendapat lelaki yang lebih baik daripada saya," luah Razman dengan panjang lebar.

Sekarang ini, dia benar-benar dihimpit rasa bersalah melihat air mata Zulin. Dia akui itu memang salahnya kerana tidak memberitahu hal ini kepada Zulin dengan lebih awal lagi.

Zulin terus menepuk meja dengan kuat. Ramai pelanggan yang berada di restoran itu sudah memandang pelik kepadanya tetapi dia menghiraukan sahaja.

Sakit hatinya apabila melihat kekasihnya sendiri berkahwin dengan kawan baiknya. Sampai hati mereka mengkhianati Zulin.

"Sampai hati korang buat aku macam ni. Takpe... aku akan pastikan korang akan hidup merana!" tengking Zulin.

Tanpa membuang masa, dia terus mengambil tas tangannya lalu keluar dari restoran itu. Dia sempat lagi memberi jelingan tajam kepada Razman dan Tania.

Zulin bersumpah, dia akan memastikan  Razman akan menjadi miliknya. Kalau dia tidak memiliki Razman, orang lain juga takkan memiliki Razman. Dia akan pastikan   rumahtangga mereka hancur.






***



SEBULAN kemudian, majlis perkahwinan Razman dan Tania diadakan di sebuah hotel yang terkemuka di Malaysia. Biasalah, Razman dan Tania merupakan anak jutawan yang terkemuka di Malaysia. Mesti majlis perkahwinan mereka sangat mewah.

Zulin pun ada menghadiri  majlis perkahwinan Razman dan Tania. Tetapi, dia hanya melihat dari jauh sahaja. Dia amat terkilan kerana yang sepatutnya menjadi pengantin perempuan untuk Razman adalah dirinya. Bukannya perempuan perampas itu.

Penumbuknya dikepal. Hatinya rasa bagai ditusuk-tusuk apabila melihat senyuman bahagia yang ditunjukkan oleh kedua-dua mempelai itu.

Telinganya seakan-akan berdesing apabila mendengar para tetamu memuji bahawa mereka adalah pasangan yang secocok seperti pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan.

Dia perlu melakukan sesuatu. Walau apa cara sekalipun, dia bertekad untuk menghancurkan kebahagiaan Razman dan Tania. Dia takkan berdiam diri. Zulin tidak akan membiarkan mereka tersenyum menikmati hari bahagianya.






***





SUDAH dua bulan Razman dan Tania menjadi pasangan suami isteri yang sah. Dia sudah berjanji terhadap dirinya bahawa dia akan menjaga Tania dengan baik. Tiada siapa yang akan menggantikan tempat Tania di dalam hatinya kerana dia memang ikhlas mencintai isterinya.

Pada suatu petang, Razman mendapat panggilan daripada Zulin untuk bertemu di sebuah restoran.

Pada mulanya, Razman menolak permintaan Zulin. Dia tidak mahu kalau pertemuan ini akan menyebabkan salah sangka antara dia dan Tania.

Tetapi, Zulin tetap mendesaknya. Katanya, dia ada sesuatu yang penting mahu dibincangkan. Lalu, Razman pun setuju tanpa pengetahuan isterinya.

Setelah Razman sampai di restoran itu, dia terus masuk ke dalam. Dia terus melangkah ke arah meja Zulin.

Zulin pula sudah tersenyum kegembiraan. Dia tidak menyangka Razman bersetuju menemuinya. Ini bermakna rancangannya akan lebih mudah untuk dilaksanakan.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Razman sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan Zulin.

"Awak ni... nantilah dulu. Order dulu air. Lepas tu, kita bolehlah sembang-sembang," kata Zulin dengan manja.

"Saya tak nak. Jangan main-mainlah, Zulin. Saya dah ada isteri. Dah berkahwin. Just straight to the point. Awak nak jumpa saya ni... sebab apa?"

"Okaylah. Saya sebenarnya nak mintak maaf kat awak. Saya tahu saya banyak silap kat awak dengan Tania. Maafkan saya, ya?"

Zulin terus memegang tangan Razman. Razman sudah terpempan. Tiba-tiba, dia merasakan kepalanya semakin pening. Dia melihat wajah Zulin. Entah kenapa dia melihat Zulin semakin cantik? Apa kena dengan dia ini?

"Tak... tak apalah. Tu semua dah berlalu. Saya dengan Tania dah lama maafkan awak," kata Razman.

Zulin sudah tersenyum gembira. Bukan gembira disebabkan kemaafan daripada Razman tadi. Tetapi, dia gembira kerana sudah berjaya mencalit minyak dagu di atas tangan Razman tanpa disedari oleh Razman sendiri. Nampaknya, rancangannya semakin hampir berjaya.



***





FLASHBACK

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN RAZMAN DENGAN TANIA

ZULIN sangat berdebar sekarang ini. Sebenarnya, dia sudah nekad untuk berjumpa dengan seorang dukun. Dia tidak tahu cara apa lagi yang mahu dia lakukan untuk menghancurkan rumahtangga Razman dengan Tania.

Dia dapat tahu berkenaan  dukun ini pun daripada seorang kenalannya. TIdak salah kalau dia mahu mencuba.

Dia melihat dukun yang berada di hadapannya sedang membaca mantera. Dia tidak faham mantera itu. Bulu roma seakan-akan meremang saja. Sudahlah rumah tok dukun ini gelap. Hanya diterangi dengan cahaya api lilin.

"Zulin! Kalau kamu nak lelaki tu, kamu mesti dengar cakap tok," kata dukun itu.

"Tok cakap je. Saya akan buat apa yang tok minta."

"Kamu kena pergi ke kubur. Gali mayat perempuan yang masih dara. Selepas tu, kamu bakar dagunya. Semasa kamu bakar dagu tu, kamu baca mantera yang tok tulis nanti. Nanti dagu mayat tu akan keluar minyak. Ambil minyak tu dan calitkan di badan lelaki tu," jelas dukun itu dengan panjang lebar.

"Baik, tok. Saya akan buat," kata Zulin dengan penuh bersemangat.

Malam itu juga, tepat pukul 12.00 tengah malam, Zulin pun pergi ke kubur untuk mencari mayat perempuan dara.

Pada malam itu dia berusaha melaksanakan arahan daripada dukun itu. Walaupun, dia berasa takut, tetapi dia cuba melawan rasa takut itu demi mendapatkan minyak dagu tersebut.

Dia tidak akan mengalah semudah itu. Selagi dia sudah memulakan sesuatu itu, dia tetap akan berjuang untuk mengakhirinya.






***




SEJAK daripada pertemuan itu, Razman asyik teringat-ingatkan Zulin sahaja. Ada juga dia menemui Zulin secara senyap-senyap. Razman sudah angau dengan Zulin disebabkan oleh kesan minyak dagu itu.

Tania pula terasa diabaikan. Razman sudah tidak bermesra dengannya sejak kebelakangan ini. Asyik keluar sahaja. Kadang-kadang, dia asyik berkepit dengan telefon bimbitnya.

Pada suatu hari, Razman membawa Zulin ke rumah keluarganya. Razman memberitahu keluarganya untuk bernikah dengan Zulin. Hati Tania pada ketika itu sungguh hancur kerana dia bakal dimadukan. Keluarga Razman menentang sekeras-kerasnya tetapi Razman degil. Dia mahu juga berkahwin dengan Zulin.

Tania dapat merasakan suaminya itu lain macam sahaja. Macam sudah disihir. Lalu, Tania dan kakaknya pergi berjumpa dengan seorang ustaz.

Namanya Ustaz Idrus. Dia memang pakar dalam memulihkan pesakit sihir dan menghalau makhluk-makhluk halus.

"Saya rasa suami kamu ni kena minyak dagu. Biasalah... manusia memang ada hasad dengki. Sombong. Syaitan memang selalu je ada untuk menyesatkan kita. Kita sebagai hamba Allah mesti sentiasa meminta perlindungan dariNya. Allah maha berkuasa," kata Ustaz Idrus dengan panjang lebar.

"Kamu bawak suami kamu ke sini. Saya akan cuba pulihkan suami kamu. InsyaAllah."

Tania sudah tersenyum. Dia tidak menyangka Zulin tergamak buat rumahtangga mereka hancur seperti ini. Dia akan mempertahankan rumahtangganya  semampu yang boleh.





***




AKHIRNYA, Tania membawa Razman berjumpa dengan Ustaz Idrus. Pada mulanya, memang susah hendak membawa suaminya itu kerana Razman lebih mementingkan Zulin saja.

Tania membuat keputusan untuk mengupah orang menculik suaminya sendiri. Itu sahaja cara yang dia boleh fikirkan.

Setelah itu, Ustaz Idrus pun melakukan proses memulihkan Razman. Dia membaca ayat-ayat Al-quran dan doa-doa. Setelah beberapa jam kemudian, Razman pun sudah pulih sepenuhnya.

Tania amat bersyukur kerana Allah sudah mengembalikan suaminya seperti dulu. Alhamdulillah...





***





KEJADIAN  itu sudah lima bulan berlalu. Razman dan Tania sudah bahagia menikmati hari-hari mereka sebagai suami isteri. Lagipun, sekarang Tania sudah disahkan mengandung tiga bulan. Razmanlah orang yang paling gembira apabila mendengar berita gembira itu.

Zulin pula sudah meninggal dunia  kerana membunuh diri. Bukan kerana dia kecewa. Tetapi, Zulin diganggu oleh seorang perempuan muda. Dagunya ada kesan terbakar. Zulin sedar perempuan itu adalah mayat perempuan dara yang digali dan dibakar dagunya olehnya.

Zulin tidak tahan. Dia tertekan. Zulin asyik mendengar suara perempuan yang menyuruhnya untuk membunuh diri.

Akhirnya, dia buat keputusan untuk menghabiskan riwayatnya dengan menggantungkan dirinya di kipas syiling.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang melakukan kebaikan, dia akan dibalas kebaikan. Sesiapa yang melakukan keburukan, dia akan dibalas dengan keburukan.

Oleh itu, kita sentiasalah selalu membuat kebaikan dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan kerana hasutan syaitan itu memang menyesatkan.


SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro