33 | MISTERI JUWITA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : WEREWOLF + MYSTERY

PATAH PERKATAAN : 1470

RAFIQ sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Gulungan-gulungan kertas dan fail-fail disusun dengan kemas. Dia tidak mahu mejanya bersepah.

Bekerja sebagai seorang arkitek bukan satu kerja yang mudah. Kerja itu memerlukan kesabaran yang tinggi, lagi-lagi mahu mencari idea untuk membuat satu rekaan yang baru.

Seusai itu, Rafiq terus melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Sebelum itu, dia sempat lagi menutup lampu dan kipas. Mahu jimat elektrik walaupun di dalam pejabat sekalipun.

Semasa dia sedang melangkah menuju ke lif, tiba-tiba Rafiq terserempak dengan seorang perempuan yang memakai sweater. Macam kenal pula bentuk badannya.

"Cik," panggil Rafiq. Perempuan itu berhenti melangkah. Rafiq tidak nampak bentuk wajahnya kerana dilitupi dengan topeng.

"Cik ni siapa? Kenapa tiba-tiba cik ada dalam pejabat? Sekarang dah malam, cik. Baik cik balik dulu," kata Rafiq. Tetapi, perempuan itu hanya diam sahaja.

Rafiq sudah semakin pelik kerana perempuan itu tidak menunjukkan reaksi apa-apa pun. Sudah kenapa dengan perempuan ini?

"Cik okay ke ni?" tanya Rafiq lagi. Sekarang ini, Rafiq berasa takut pula. Jangan-jangan perempuan ini makhluk halus agaknya.

"Rafiq, awak kena tolong saya," kata perempuan itu dengan nada suara yang agak lirih.

Rafiq sudah terpempan. Nampaknya, dia kenal akan suara perempuan itu. Macam suara majikannya.

"Cik Juwita ke ni?"

Juwita adalah majikannya. Rupa parasnya sangat jelita. Ramai lelaki yang ingin memikatnya, tetapi tidak dilayan. Juwita juga seorang yang tegas apabila melakukan kerjanya.

Perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Rafiq sudah semakin hairan. Kenapa pula perempuan itu memakai baju seperti ini? Apa yang dia sorokkan?

"Cik Juwita, kenapa cik pakai topeng ni?" tanya Rafiq lagi.

"Kalau saya bukak topeng ni, mesti awak terkejut apabila awak melihat wajah saya nanti," kata Juwita dengan lirih.

"Buka jelah. Saya takkan takut. Percayalah kepada saya," ujar Rafiq dengan penuh keyakinan.

Seusai itu, Juwita pun menanggalkan topengnya. Rafiq sudah terkejut apabila melihat wajah Juwita itu. Kenapa wajah Juwita mirip serigala? Mukanya ditumbuhi bulu-bulu. Hidungnya pula seperti hidung serigala sahaja.

Apa yang berlaku ini? Kenapa perempuan secantik Juwita boleh bertukar wajah menjadi buruk begini? Apa yang sudah terjadi kepada dia?

"K... kau si... siapa ni?" Suara Rafiq sudah mula menggeletar kerana ketakutan. Dia mahu berlari dari situ tetapi kakinya seakan-akan terpaku di situ.

"Ni saya... Juwita, bos awak. Awak jangan takut dengan saya. Saya takkan apa-apakan awak."

Juwita mahu menyentuh Rafiq tetapi lelaki itu semakin menjauhi dia. Jelas sangat riak ketakutan yang terlakar pada wajah lelaki itu.

"Kau jangan pegang aku!" jerit Rafiq.

"Awak kena tolong saya, Rafiq. Saya sedang diburu. Mereka jahat dan kejam. Tolong... saya," rayu Juwita. Air matanya sudah mengalir ke pipinya yang ditumbuhi dengan bulu-bulu itu.

"Tak! Tak! Aku takkan tolong kau. Aku tak boleh tolong kau. Kau jangan ganggu hidup aku lagi," jerit Rafiq.

Tanpa membuang masa, Rafiq terus berlari dari situ. Dia terus menuju ke tangga kecemasan. Dia tidak akan menggunakan lif pada waktu yang sangat genting seperti ini. Nak tunggu lif pun lambat nanti.

Juwita pula sudah menangis teresak-esak di situ. Apa yang patut dia lakukan? Nyawanya sudah semakin terancam sekarang ini.

Tanpa membuang masa, Juwita terus memakai topengnya semula. Sebenarnya, dia datang ke pejabat itu kerana hendak mengambil sesuatu 'benda' yang amat penting. 'Benda' itu akan melindungi dia daripada makhluk kejam itu.

***

KEESOKAN harinya, Rafiq datang ke pejabatnya semula. Yalah... hari ini kan hari khamis. Jadi, kena bekerjalah.

Sebenarnya, dia mahu sahaja mengambil cuti kerana dia amat trauma dengan kejadian semalam. Bosnya yang jelita itu adalah serigala jadian. Rafiq agak keliru. Adakah semalam dia hanya bermimpi ataupun kejadian itu benar-benar berlaku?

Mana mungkin wujudnya serigala jadian di dalam dunia ini. Itu hanyalah mitos sahaja. Rafiq membuat kesimpulannya sendiri bahawa kejadian semalam hanyalah sebuah prank agaknya.

Mungkin Juwita mahu menakutkan dia. Rafiq memang akui yang dia sebenarnya agak penakut juga. Lagi-lagi, apabila dia berada dalam kawasan yang amat gelap, dia mudah panik.

Rafiq pun terus berjalan untuk pergi ke tempat kerjanya. Semasa dia sudah sampai di hadapan bangunan itu, dia amat pelik kerana ramai anggota polis berkerumun di situ. Ada apa ini?

"Rafiq!" panggil seseorang. Rafiq pun menoleh melihat gerangan yang memanggilnya. Kelihatan ada seorang lelaki yang sedang berlari menuju ke arahnya. Mimik mukanya kelihatan cemas.

Rafiq kenal dengan lelaki itu. Namanya Hairi. Hairi juga merupakan kawan sekerjanya merangkap kawan baiknya juga. Mereka berkawan sudah agak lama sejak lima tahun yang lalu.

"Kejap... aku nak tanya kau. Kenapa ramai polis kat pejabat ni? Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Rafiq ingin tahu.

"Takkan kau tak tahu, ada orang kena bunuh malam tadi." Begitu bersemangat pula Hairi bercerita. Rafiq agak terkejut apabila mendengar kenyataan itu. Takkanlah...

"Siapa yang kena bunuh tu?"

"Guard kat sinilah. Aku dengar badan dia macam kena cakar dengan sesuatu. Macam kena baham dengan binatang liar pun ada jugak rupa mayatnya."

Rafiq sudah semakin tercengang. Kena cakar? Keadaan mayat itu seperti dibaham oleh binatang liar? Takkanlah... Juwita yang buat semua itu.

"Ermm... Cik Juwita kat mana, ya?" tanya Rafiq lagi.

"Hah! Pasal tu pulak, Cik Juwita hilang. Semalam dia tak balik rumah langsung. Banyak orang cakap yang dia tu kena culiklah... apalah. Tapi, aku rasa Cik Juwita tu kena culik dengan pembunuh tulah. Bahaya betul," jelas Hairi dengan panjang lebar.

Rafiq hanya mendiamkan diri sahaja. Apa yang sudah berlaku ini? Semalam reaksi Juwita seperti orang yang berada dalam kesusahan. Rafiq teringat yang semalam Juwita pernah kata dia diburu oleh musuhnya yang kejam. Tetapi... siapa pula musuhnya?

Setelah berfikir panjang, Rafiq akhirnya membuat keputusan untuk menyiasat perkara ini  sendirian. Dia akan berusaha mencari jawapannya. Itu janji Rafiq.

Hilangnya menjadi tanda tanya, kerana apa?

Persoalan itu masih lagi berlegar di kepala Rafiq.

***

SETELAH beberapa minggu Rafiq bertungkus lumus mencari maklumat tentang Juwita, akhirnya dia dapat membongkar satu rahsia besar tentang latar belakang keluarga Juwita.

Rupa-rupanya, Juwita berasal dari Itali. Dia menetap di sana selama beberapa tahun dan berpindah ke Malaysia kerana ingin melarikan diri daripada Zack Hunter.

Juwita telah menjadi serigala jadian kerana dia sudah digigit oleh Zack Hunter. Gigitan itu boleh mengubah manusia biasa kepada serigala jadian.

Pada waktu siang, mereka akan menjadi manusia yang normal tetapi mereka akan menjadi serigala jadian jika mereka melihat cahaya bulan pada waktu malam.

Zack Hunter pula adalah serigala jadian. Apa yang paling mengejutkan sekali, Rafiq mendapat tahu yang Zack Hunter itu sudah sampai di Malaysia.

Apa yang penting sekali, Rafiq mesti menyelamatkan Juwita daripada serigala jadian itu. Dia sudah mendapat maklumat tentang tempat Zack Hunter menculik Juwita. Sekarang ini, dia hanya perlu menyusun strategi sahaja untuk menumpaskan Zack Hunter itu.

***

RAFIQ sudah berada di hadapan sebuah bangunan kilang kosong yang usang. Kilang itu seperti sudah lama ditinggalkan sahaja.

Dia terus masuk ke dalam bangunan itu. Keadaan bangunan tersebut amatlah gelap. Nasib baik ada cahaya bulan. Tiadalah gelap sangat sampai tidak nampak apa-apa pun.

Tiba-tiba, badan Rafiq ditolak kuat dari belakang dan menyebabkan dia terjatuh seperti nangka busuk sahaja.

"Akhirnya... kau datang jugak," kata suara garau itu.

Rafiq dapat lihat ada seekor makhluk yang menyerupai serigala sedang berdiri berhampiran dengannya. Matanya mencerlung tajam. Gigi taringnya sudah terkeluar. Kalau gigit tangan orang ini, mesti putus agaknya.

Dia tahu... serigala jadian yang berada di hadapannya kini adalah Zack Hunter.

"Mana Juwita? Baik kau lepaskan dia sebelum aku bunuh kau!" tengking Rafiq.

Zack Hunter hanya ketawa sinis sahaja. Apa yang lawak pun Rafiq tidak tahu.

"Nampaknya, kau adalah mangsa aku yang seterusnya," kata Zack Hunter sambil menayangkan senyuman sinisnya.

"Apa yang kau nak sebenarnya?"

"Aku nak seluruh negara ini akan jadi serigala jadian macam aku. Aku akan gigit diorang satu persatu. Selepas itu, generasi serigala jadian akan bertambah dan empayar aku nanti akan kukuh."

Tanpa Zack Hunter sedari, Rafiq sudah mengeluarkan sebilah pisau yang diperbuat daripada perak. Perak adalah kelemahan terbesar bagi serigala jadian. Apabila mereka tersentuh barang-barang yang diperbuat daripada perak, kulit mereka akan melecur.  Ada juga yang sampai membawa maut.

Tanpa membuang masa,  Rafiq pun terus menerpa ke arah Zack Hunter dan menikam perutnya bertubi-tubi.  Zack Hunter tidak sempat mengelak. Darahnya sudah membuak-buak membasahi lantai.

Akhirnya, Zack Hunter mati sia-sia sahaja di situ. Rafiq tidak ada rasa bersalah langsung kerana membunuh serigala jadian itu. Dia hanya dapat kepuasan sahaja.

***

AKHIRNYA, Juwita pun sudah dijumpai. Badannya pula dipenuhi dengan luka-luka cakaran. Keadaan Juwita juga dikatakan amat teruk juga dan dia terpaksa masuk ke dalam wad.

Doktor juga telah memasukkan antidot ke dalam badan Juwita. Antidot itu akan mengubah dirinya menjadi manusia yang normal kembali.

Itu pun Rafiq menyuruh doktor yang merawat Juwita agar merahsiakan hal 'serigala jadian' itu daripada orang luar. Dia tidak mahu hal tersebut dihebohkan kepada sesiapa pun. Biarlah menjadi rahsia antara mereka.

Beberapa bulan kemudian, Juwita kembali ke pejabat seperti biasa. Rafiq pula sudah dinaikkan pangkatnya. Kenaikan pangkat tersebut hanyalah hadiah daripada Juwita untuk Rafiq kerana lelaki itu sudah menyelamatkan dirinya daripada Zack Hunter.

Kini, Rafiq dan Juwita bahagia dengan kehidupannya masing-masing.



SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro