34 | SI TOMPAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : TEEN FICTION & HUMOR

PATAH PERKATAAN : 1400



TOMPAN sedang melangkah menuju ke kelasnya. Hari ini, dia datang awal ke sekolah. Tompan sudah berjanji kepada dirinya bahawa dia tidak akan sesekali datang lewat ke sekolah lagi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tetapi, dia amat pelik. Kenapa macam tiada orang sahaja di sekolah ini? Sunyi sangat. Dia datang ke sekolah awal sangat ke?

Tiba-tiba, ada seorang pengawal keselamatan sedang menuju ke arahnya.

"Kau ni siapa?" tanya pengawal keselamatan itu.

"Saya murid kat sekolah ni," jawab Tompan.

"Habis tu, buat apa kau datang sekolah hari ni?"

Tompan hanya mengeluh. Dia tidak tahu, adakah pengawal keselamatan itu lupa atau sudah nyanyuk. Hari ini adalah hari persekolahan. Mestilah dia kena datang ke sekolah. Rasa mahu sahaja dia jentik dahi jendul pengawal keselamatan tersebut. Tanya soalan bodoh pula.

"Pak cik, saya datang sekolah ni... nak belajarlah. Takkanlah nak berenang kuak rama-rama kat sini pulak."

Pengawal keselamatan tersebut sudah mengekek ketawa. Sudah macam langsuir sahaja. Tompan berasa pelik melihat pengawal keselamatan itu ketawa. Apa yang lucu? Dia tak buat lawak rasanya.

"Kejap. Kenapa pak cik gelak? Saya tak buat lawak tadi, pak cik. Pak cik ni mudah terhiburlah," kata Tompan geram.

Pengawal keselamatan itu terus mengeluarkan kalendarnya yang dia selit di bahagian pinggangnya. Tompan sudah terpegun. Kalendar pun selit di pinggang. Bukan beshe-beshe pak cik ini.

"Pak cik, kalendar pun selit kat pinggang."

"Biasalah. Nak malu apa boskurr..." ujar pengawal keselamatan itu sambil membuat mimik muka yang berlagak.

Pengawal keselamatan itu terus menghulurkan kalendar kepada Tompan.

"Kenapa pak cik bagi saya kalendar ni? Pak cik nak sedekah kat saya ke apa ni?" tanya Tompan dengan bertubi-tubi.

Belum sempat pengawal keselamatan itu mahu menjawab soalannya, tiba-tiba Tompan bersuara, "Haih... pak cik ni memang baiklah. Saya tak pernah tengok orang sebaik pak cik ni. Takpelah... kalau pak cik nak bagi kalendar ni, saya ambillah. Lagipun, kat rumah saya takde kalendar.

"Aku jentik jugak kau ni nanti. Aku bagi kalendar tu kat kau, bukan nak bagi kau bawak baliklah. Aku nak kau check kat kalendar tu. Tengok hari ni hari apa," kata pengawal keselamatan itu.

Tompan terus tersengih-sengih seperti kerang busuk sahaja. Dia terus melihat kalendar yang berada di tangannya. Tiba-tiba, Tompan tergamam melihat tarikh hari ini.

"Hah! Kenapa muka kau terkejut beruk macam tu?" tanya pengawal keselamatan itu sambil tersenyum sinis.

"Err... betul ke hari ni cuti, pak cik?"

"Kau ni... betullah hari ni cuti. Kau tu yang nyanyuk, datang sekolah masa cuti macam ni." Pengawal keselamatan itu sudah ketawa berdekah-dekah.

Alamak... buat malu saja. Mana nak sorok muka pun, Tompan tidak tahu kerana dia terlampau malu sekarang ini.

"Takpelah, pak cik faham. Kamu cakap tadi rumah kamu takde kalendar, kan? Kamu ambik jelah kalendar tu. Nanti salah hari pulak nak datang sekolah."

Tompan sudah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Lebih baik dia cepat-cepat pergi dari situ. Pengawal keselamatan itu sudah gelak terbahak-bahak sambil menekan-nekan perutnya.

Tanpa membuang masa, Tompan terus berlalu dari situ. Malu sangat. Alamak! Macam mana boleh lupa? Patutlah semasa dia pergi ke sekolah tadi, Tompan melihat ada beberapa orang kawannya sedang melepak. Rupa-rupanya, hari ini bukan hari persekolahan. Dia saja yang rajin pergi ke sekolah pada hari cuti begini.

Memang dia boleh dapat anugerah pelajar terbaik ini sebab hari cuti pun Tompan masih mahu bersekolah. Tompan... Tompan...

***

TOMPAN terus menanggalkan kasut sekolahnya. Sebenarnya, Tompan tinggal bersama dengan opahnya. Ibu bapanya sudah lama meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.

"Assalamualaikum," laung Tompan.

"Waalaikumusalam."

Opah terus pergi ke pintu dengan mimik muka yang garang. Sudah kenapa pula dengan opah ini? Sudahlah tadi Tompan memalukan dirinya sendiri. Takkanlah sekarang ini dia kena marah pula? Kenapa malang sangat nasib Tompan hari ini? Apa salah dia?

"O... opah, kenapa opah buat muka macam tu?" tanya Tompan dengan suara yang terketar-ketar. Garang benor muka opah. Macam singa betina.

"Kamu pergi mana tadi, Tompan? Banyak kali opah panggil kamu tadi, tak jawab-jawab pun." Opah sedang menyilangkan tangannya menunggu jawapan daripada Tompan.

"Tompan pergi sekolah tadi. Tompan ingat hari ni sekolah. Rupa-rupanya, cuti pulak."

Opah sedang menepuk kepalanya. Dia tidak tahu pula yang cucunya ini sudah nyanyuk. Hari cuti pun boleh lupa. Umur sudah mencapai 15 tahun, tapi otaknya masih juga lembab seperti siput babi.

"Haih... opah tak pernah tahu ada orang macam kamu wujud dalam dunia ni," ujar opah. Tompan hanya tersengih sahaja. Dalam hatinya, dia berasa lega kerana opah tidak memarahi dirinya.

***

HARI ini adalah hari persekolahan. Tompan terus menuju ke kelasnya. Tadi, dia terserempak dengan pengawal keselamatan tersebut.

Pengawal keselamatan itu masih lagi mentertawakan dirinya. Lantaklah dia. Nak gelak sampai perutnya terburai sekalipun, Tompan tidak kisah.

Tiba-tiba, ada orang yang menepuk bahu Tompan dan menyebabkan dia tersentak. Fuh! Nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalau tidak... sudah selamat agaknya dia pergi ke alam kubur.

"Tompan! Budak tak tampan!"

"Kau apa hal ni, Keli? Buat malu siot kau buat macam tu tadi," tegur Tompan. Pelajar-pelajar yang lain sudah menjeling tajam ke arah mereka. Lagi-lagi, pelajar perempuan.

"Sorry. Aku sebenarnya nak ajak kau lepak. Kita main TikTok kat belakang sekolah. Kau menari gelek-gelek. Aku pulak tengok kau gelek-gelek. Amacam?" Keli sudah mengangkat sebelah keningnya.

Tompan terus memukul kepala Keli dengan kuat. Nasib baik pukul saja.

"Kau gila ke, Keli? Aku takde nak main benda bodoh macam tu. Daripada aku main benda alah tu, baik aku main PUBG," kata Tompan.

Main TikTok? Memang taklah. Tompan tidak berminat dengan semua itu. Dia hanya minat games sahaja. Opah juga sukakan games. Pernah sekali, Tompan bermain Mobile Legend bersama opahnya. Paling mengejutkan lagi, opah lagi handal bermain game itu daripada Tompan. Hebat opah Tompan. Berikan tepukan yang gemuruh kepada opah Tompan.

"Okey! Kalau macam tu, kita lepak jelah. Biar aku je yang main TikTok. Kau chill je."

"Aku tak nak pontenglah. Aku nak jadi budak baik. Aku dah insaf," kata Tompan sambil membuat gaya ala-ala ustaz sahaja. Seusai itu, dia pun meminta diri untuk masuk ke kelasnya.

"Alah... acah betullah dia ni. Selalunya, dia yang temankan aku main TikTok. Sekarang ni, kena cari orang lain pulak," bebel Keli sendirian.

***

BEBERAPA minggu kemudian, Tompan sudah menjalani peperiksaan pertengahan tahun di sekolahnya. Nampaknya, Tompan boleh menjawab soalan-soalan peperiksaan itu walaupun dia tidak membuat apa-apa revision. Tompan memang seorang pelajar yang pintar.

Pada suatu hari, Tompan dan opah sedang khusyuk menonton drama Nur di televisyen.

"Tompan," panggil opah.

"Ya."

"Macam mana dengan keputusan peperiksaan kamu?"

"Macam tu jelah."

Opah terus membaling bantal kecil ke arah muka Tompan yang tidak tampan itu. Main-main pulak jawabnya. Tompan hanya ketawa sahaja.

"Apa benda kamu ni, Tompan? Jawab betul-betul."

"Yalah... Tompan dapat markah 100," kata Tompan dengan selamba.

"Ya ke? Ya Allah... pandailah cucu opah ni. Nanti opah belanja kamu topup nanti," ujar opah dengan penuh rasa teruja. Dia pun tidak sangka bahawa cucunya yang lembab ini, boleh dapat markah tinggi seperti itu.

"Tapi... bukan macam apa yang opah fikirkan."

"Apa maksud kamu?" tanya opah dengan dahi yang berkerut.

"Opah, Bahasa Melayu... Tompan dapat 20 markah. Bahasa Inggeris, 20 markah. Matematik, 20 markah. Sains, 10 markah. Pendidikan Islam, 10 markah. Geografi, 10 markah. Sejarah, 10 markah. Lepas tu, opah campurkan semua markah-markah tu. Dapatlah 100 markah. Tompan bijak, kan?"

Tompan sudah membuat muka yang sangat poyo. Sesiapa yang tengok mukanya ini, automatik dia akan rasa menyampah.

Opah pula sudah geram melihat perangai loyar buruk cucunya. Nasib baik cucu sendiri. Kalau tidak, sudah lama dia belasah Tompan sampai lunyai.

"Oh... nampaknya, opah kena bagi hadiahlah, kan?" Tompan hanya menganggukkan kepalanya dengan laju.

Akhirnya, opah mengurung Tompan di reban ayamnya. Jawab main-main lagi dengan opah. Rasakan hukuman itu!

"Opah! Jangan kurung Tompan kat sini. Busuklah. Tompan nak tidur dalam rumah, opah," rayu Tompan.

Opah hanya tersenyum sinis sahaja.

"Tak payahlah nak merayu banyak kali. Opah takkan lepaskan Tompan sampai esok pagi," kata opah.

"Sorry, opah. Tompan janji Tompan tak buat macam tu lagi kat opah," rayu Tompan lagi.

Opah hanya membuat muka yang selamba. Dia terus berlalu dari situ. Sempat lagi opah menitipkan pesanan buat cucu kesayangannya itu.

"Hati-hati, Tompan. Opah dengar orang cakap ada pocong kat sini. Banyak-banyak berdoalah, ya. Bye!"

"Opah! Jangan tinggalkan Tompan!" jerit Tompan.

Pada malam itu, sudah terlakarlah sejarah dalam hidup Tompan bahawa buat pertama kalinya dia terpaksa tidur di reban ayam.

Itulah kau, Tompan. Cakap lagi benda merepek kat opah. Kan dah kena macam ni. Padan muka!

SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro