07|🍀being followed

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 bulan kemudian

Song Jihyo membaca kertas pesakitnya. Dia meneliti dengan satu-persatu sambil tangannya sibuk membelek keputusan pesakitnya.

Knock~knock

"Come in" arah Jihyo sambil memandang sekilas ke arah pintu apabila melihat kelibat seorang namja yang mengenakan labcoat.

"Doktor Song..saya tahu awak dah bertugas kembali tapi janganlah serius sangat muka tu" gurau doktor namja itu apabila sudah melabuhkan punggungnya di hadapan Jihyo

Jihyo tergelak kecil sebelum kertas tersebut disimpan dengan elok. Wajah namja di hadapannya dipandang.

"Doktor Choi Jin Hyuk, saya dah lama tak bertugas jadi mestilah kena serius" gurau Jihyo

Jin Hyuk tergelak mendengar jenaka gadis bertubuh kecil ini.

"Glad to see you comes back. Im really happy to see you to seat in that chair again" ucap Jin Hyuk

Sejujurnya dia memang rindukan gadis ini. Sejak peristiwa di mana gadis ini kehilangan sahabatnya, dia membuat keputusan untuk berehat sementara.

Jihyo tersenyum kecil. Sejujurnya dia masih lagi tidak bersedia namun memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor, dia harus menguatkan semangat.

"So tell me Miss Song, apa yang awak buat sepanjang tempoh berehat?" soal Jin Hyuk

Sudah pasti gadis ini membuat sesuatu.

"Saya buka kedai bunga" jawab Jihyo mengejutkan Jin Hyuk

"Awak beli sebuah kedai?" soal Jin Hyuk

Jihyo menganggukkan kepala.

"Saya beli sebuah kedai dan saya buka kedai bunga. Memandangkan saya kembali bertugas jadi saya biarkan kenalan saya yang ambil alih kedai" ujar Jihyo

"Baguslah. Sekurangnya-kurangnya saya tahu awak buat benda yang mampu bahagiakan diri" balas Jin Hyuk sambil tergelak kecil

Jihyo tergelak mendengar jenaka yang namja ini. Dia menggelengkan kepalanya sebelum matanya terarah ke jam tangannya.

Dia tersenyum kecil.

"Awak masuk sebab nak ajak saya lunch. Betul tak?" teka Jihyo membuatkan Jin Hyuk segera berdiri.

"Kalau dah tahu--kajja. Buat apa terduduk lagi dekat situ?" sakat Jin Hyuk

Jihyo menggelengkan kepalanya sebelum berdiri sambil mengambil barang peribadi miliknya.

Dia berjalan melintasi Jin Hyuk sambil diikuti namja ini.

Tujuan mereka sudah semestinya

Cafe hospital.



























"Macam mana dengan gudang?" Soal Jungkook sambil memandang wajah Mingyu yang berdiri tegak di hadapannya.

"Everything is going well so far. Saya dah arahkan budak-budak untuk sentiasa berjaga- jaga" lapornya sambil memandang Jungkook yang sedang mengeluarkan sepuntung rokok dari kotaknya.

Jungkook menyalakan rokoknya lalu hujung puntung rokok itu diletakkan di bibir. Rokok tersebut disebut sebelum asap tersebut dihembus ke udara. Dia menjeling sekilas ke arah Mingyu lalu bangun daripada tempat duduknya.

"Pastikan barang-barang kita dijaga dengan baik. Aku tak nak perkara yang sama berulang kembali"arah Jungkook dengan tegas.

Mengenangkan kembali apa yang sudah Kim Hanbin lakukan membuatkan darahnya menggelegak. Dia akan pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali.

"Aku nak balik awal harini jadi kau pun boleh balik" arah Jungkook lalu menyarungkan jaketnya ke badan

"Tuan tak mahu saya hantarkan pulang? Saya boleh hantarkan" soal Mingyu

" Tak perlu. Aku dah besar Mingyu. Setakat balik rumah apalah sangat" jawab Jungkook lalu keluar dari bilik tersebut. Mingyu sempat menundukkan badannya sebelum belakang badan tuannya itu diperhatikan.

" Memang betul Tuan hanya pulang ke rumah tapi Tuan kena sentiasa berjaga-jaga" keluh Mingyu

Sejujurnya dia amat risaukan keselamatan tuannya namun dia juga harus akur dengan perintahnya. Dia cuma takut jikalau abangnya cuba untuk mencederakan tuannya. Dia kenal dengan abangnya.

Abangnya mampu untuk melakukan apa-apa sahaja asalkan dia dapat apa yang diinginkan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia melihat nama yang tentera lalu dengan drastiknya bibirnya menguntum senyuman. Dia mengangkat panggilan tersebut lalu diletakkan di telinganya.

"Jihyo noona. I miss you so much" ucap Mingyu tanpa menunggu Jihyo yang berada di sana untuk bercakap

"Noona pun. Mingyu busy ke malam ni?" Soal Jihyo

"Anniy. Gyu baru je habis kerja. Waeyo noona?"

"Malam ni dinner dengan noona?" Ajak Jihyo

Menguntum senyuman Mingyu. "Cool. Noona nak Gyu ambil noona dekat hospital?" Soalnya prihatin

"No need. Noona akan share location. Kita jumpa dekat sana"

"Nae" jawab Mingyu lalu mematikan panggilan tersebut. Dia tersenyum kecil apabila mengenangkan wajah cantik gadis kecil itu. Tidak sabar mahu berjumpa dengan gadis itu. Harap masa berlalu dengan cepat.



























Jihyo mengeluh berat lalu menanggalkan labcoat miliknya lalu digantung pada kerusi miliknya. Dia mengemas sedikit meja kerjanya.

Tiba-tiba Jin Hyuk masuk ke dalam biliknya. Dia menguntum senyuman apabila mata mereka bertentang.

"Awak dah nak balik?" Soal Jin Hyuk

"Nae. Awak?" Soal Jihyo kembali

"Samalah. Jom dinner dengan saya malam ini" ajak Jin Hyuk

Jihyo menatap wajah Jin Hyuk dengan pandangan bersalah. Dia sudah punya janji dengan Mingyu.

"Mianhe. Saya dah janji dengan kawan saya malam ini. Lain kali okay?" Soal Jihyo dengan rasa bersalah

Jin Hyuk hanya tersenyum manis lalu menganggukkan kepalanya. Tak ada rezeki namanya.

"Kalau macam itu biar saya teman awak sampai parking lot. Tak elok gadis macam awak jalan dekat tempat yang gelap sorang-sorang"

Jihyo tersenyum manis lalu menganggukkan kepalanya. Dia mencapai beg tangannya lalu berjalan keluar diiringi Jin Hyuk.



























"Mianhe noona lambat. Tadi jem sikit" tegur Jihyo secara kalut dari arah belakang mengejutkan Mingyu. Mingyu melihat ke arah Jihyo yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

"Kwenchanayeo. Tak ada lambat sangat. Gyu pun baru je sampai" jelasnya lalu tersenyum manis ke arah Jihyo.

Jihyo membalas senyuman Mingyu lalu memerhati sekelliling. Sudah lama dia tidak kemari.

Selalunya dia akan datang ke sini dengan sahabatnya. Selepas kematian sahabatnya, dia tidak pernah jejak lagi ke sini. Ini merupakan lawatan pertamanya.

Maengenangkan hal itu membuatkan dia tersenyum kecil. Banyak kenangan dia dengan sahabatnya di sini.

"Kwenchanayeo noona?" Soal Mingyu prihatin apabila dia perasan perubahan riak di wajah gadis ini.

Jihyo hanya tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya

"Gyu dah order makanan atau belum?" Soal Jihyo

"Gyu tunggu noona" jawabnya

Tanpa membuang masa Mingyu terus memanggil waitress. Waitress tersebut menghampiri mereka lalu diletakkan buku menu makanan dan minuman di hadapan mereka.

Mereka membelek buat beberapa detik sebelum memandang waitress tersebut kembali.

"Fresh Green Apple and Chicken Chop" ujar Mingyu

"I'll go with Chocolate Smoothie with Chip and Carbonara" ujar Jihyo lalu menyerahkan kembali menu kepada waitress.

Selepas waitresss tersebut beredar, Mingyu memandang wajah Jihyo yang berpakaian lebih formal dari sebelumnya. Dia tersenyum. Nampak sesuai dengan wajah Jihyo.

"Macam mana dengan kerja? Okay?" Soal Mingyu

"Okay. Cuma agak kekok sebab dah lama tak jadi doktor" gurau Jihyo membuatkan Mingyu tergelak.

"Biasalah noona kan take a break, jadi mestilah agak kekok" kata Mingyu cuba untuk menyedapkan hati Jihyo.

"Mingyu pula macam mana? Tuan awak layan awak dengan baik tak?" Soal Jihyo prihatin.

Mesti Jungkook banyak menyusahkan Mingyu. Lihatlah perangai Jungkook. Suka menengking dan bersikap dingin.

Tergelak Mingyu mendengar soalan Jihyo. Adakah gadis kecil ini berfikir yang Jungkook akan bersikap zalim terhadapnya?

"Mingyu okay la noona. Soalan apa yang noona bagi ni? Tuan Jungkook okay sahaja. Tak ada dia nak marah tak tentu pasal" terangnya bersama senyuman manis.

Jihyo tersenyum kekok. Pasti namja di hadapannya ini berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Yang suka menilai orang dari luaran.

"Noona cuma tanya. Manalah tahu awak kena buli dengan tuan awak" jawabnya

"Tuan Jungkook adalah manusia yang paling baik yang saya pernah jumpa. Dia tak pernah bersikap zalim dengan orang lain. Dia juga yang pernah selamatkan saya dulu" ujar Mingyu.

Mengimbas kembali waktu ketika Jungkook menyelamatkan hidupnya membuatkan dia terhutang nyawa. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Jungkook selamat. Walaupun abangnya yang harus ditentang.

Berkerut dahi Jihyo. Kenapa nampak seperti Mingyu ini terlampau sanjungkan tuannya.

"Bercakap pasal kerja. Tuan awak kerja apa sebenarnya?" Soal Jihyo penuh minat.

Sejak dari haritu lagi dia rtertanya-tanya dengan kerja Jungkook.

Berubah riak wajah Mingyu apabila mendengar soalan Jihyo. Dia berdehem buat seketika sebelum membetulkan duduknya.

"Tuan Jungkook ada syarikat perdagangan" jawabnya sambil tersenyum manis.

Jihyo makin mengerutkan dahinya.

"Syarikat perdagangan sampaikan awak berdua boleh cedera dan tuan awak kena tikam dengan pisau?" Tebak Jihyo membuatkan Mingyu terkilan sementara.

"Noona seorang doktor Gyu. Tipulah kalau noona cakap yang noona tak tahu penyebab luka tuan awak" terang Jihyo apabila melihat Mingyu yang hanya diam membatu.

Mingyu mengeluh berat.

"Memang betul tu luka kesan tikaman. Tapi noona kena ingat, bukan Tuan Jungkook seorang yang buat business macam ni. Ramai lagi. Dan tak semua orang suka dengan kejayaan kita"

"Maksud Gyu——dia kena tikam sebab ada orang lain yang cuba untuk jatuhkan kejayaan tuan awak?" Teka Jihyo terkejut

"Benda macam ini memang berlaku. This is how the business world works" ujar Mingyu lalu tersenyum manis.

Jihyo memandang sayu wajah Mingyu. Dia sudah salah sangka dengan Jungkook.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari luar cafe. Hasil gambar yang ditangkap sebentar tadi membuatkan bibirnya tersenyum sinis. Kemudian gambar tersebut dihantar ke seseorang.


-Some people are real and some people are good! Some people are fake and some people are real good at being fake!-

Vomment anda amat yaya hargai❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro