08|🍀traitor

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mingyu hanya berdiri tegak di belakang Jungkook yang sedang memerhatikan barang mereka. Wajah tegang dan dingin milik Jungkook membuatkan anak buahnya kecut perut.

Jarang sekali Jungkook akan turun ke gudang. Hanya Mingyu yang akan mengawal aktiviti di sini. Namun sejak Kim Hanbin menyerang gudangnya, Jungkook lebih banyak membuat kerjanya sendiri.

"Bagus. Keep it this way. Aku tak nak barang aku hilang atau rosak lagi. And if that happens again, i'll make sure you will get the prize" ucap Jungkook dingin membuatkan anak buahnya hanya menganggukkan kepalanya.

Jungkook berjalan keluar diikuti Mingyu dari arah belakang. Sesampainya di pintu kereta, Mingyu membukakan pintu milik Jungkook kemudian ditutup.

Jungkook hanya memandang pergerakan Mingyu yang sudah berada di tempat memandu.

"Kau masih lagi berhubung dengan yeoja itu?"soal Jungkook tiba-tiba membuatkan Mingyu mengerutkan dahinya.

"Yeoja yang mana ni Tuan?"soal Mingyu kembali membuatkan Jungkook merengus kasar.

"Yang dah selamatkan aku" jawabnya membuatkan Mingyu menguntum senyuman sebelum menganggukkan kepalanya.

Mingyu menghidupkan keretanya lalu memandu menuju ke rumah agam milik Jungkook.

"Semalam Jihyo noona ada bertanyakan soal Tuan" ujar Mingyu membuatkan Jungkook mengangkat sebelah keningnya.

"What did she asked?" Soal Jungkook.

"Noona tanya Tuan kerja apa"jawab Mingyu tenang sambil matanya setia melihat jalan raya

"Then? What's your answer?" Soal Jungkook sedikit berminat.

"Saya cakap yang Tuan ada syarikat perdagangan" jawapan Mingyu membuatkan Jungkook mengeluh lega. Mingyu yang melihat reaksi Jungkook dari cermin pandang belakang menguntum senyum.

"Cuma saya risaukan satu benda" ujar Mingyu serius dengan tiba-tiba membuatkan Jungkook menumpukan perhatian semula.

"Sewaktu saya dan Jihyo noona makan malam semalam, saya perasan ada orang perhatikan noona" sambungnya dengan riak wajah serius.

Semalam dia perasan ada seorang namja yang sedang memerhatikan mereka, atau lebih tepat lagi ke arah Song Jihyo.

"Kau cam muka orang tu?" Soal Jungkook serius.

"Nae. Dia anak buah Kim Hanbin. Saya rasa mungkin dia tahu yang Jihyo noona yang selamatkan Tuan tempoh hari" syak Mingyu

"Kenapa dia nak libatkan yeoja tu dalam hal ini?" Soal Jungkook

"Tuan tak pernah berinteraksi dengan mana-mana gadis jadi saya yakin yang Kim Hanbin fikir Jihyo noona adalah gadis yang bermakna dalam hidup Tuan" teka Mingyu

Jungkook merengus kasar lalu mengurut dahinya.

"Sebab itulah aku tak suka dia sebuk dalam hal aku. Damn it" ucap Jungkook kasar

Mingyu hanya memerhatikan Jungkook. Sejujurnya dia risaukan keselamatan Jihyo. Dia tahu namja tersebut adalah anak buah kepada abangnya. Jadi dia tahu apa yang mampu abangnya lakukan. Dia tidak peduli dengan jantina mahupun umur.

Apa yang abangnya inginkan hanyalah kepuasan diri sendiri.

"Tuan nak saya buat apa?" Soal Mingyu

Jungkook memandang pemandangan jalan raya sebelum mengeluh kasar.

"Keep an eyes on her" arah Jungkook dingin dan Mingyu hanya menganggukkan kepalanya.





















"Kau yakin yeoja ni yang selamatkan Jungkook?" Soal Hanbin dingin sambil matanya tajam melihat gambar Jihyo yang sedang elok berbual dengan adiknya.

"Saya yakin Bos. Jungkook bermalam di rumah yeoja ini untuk beberapa minggu selepas dia ditikam oleh orang kita"ujar anak buah Hanbin

"Interesting. Kau boleh sambung buat kerja"arah Hanbin tanpa memandang ke arah anak buahnya. Anak buahnya hanya menganggukkan kepalanya lalu keluar dari pejabat milik Hanbin.

"Tak pernah dia dengan yeoja. Tapi kalini dia tidur rumah yeoja ni. Siap tolong sembuhkan Jungkook. Very interesting"

Hanbin tersenyum sinis melihat wajah Song Jihyo. Cantik

"I bet you must be someone special for him. I mean look at yourself my dear. Such a pretty angel. So pretty"

Tiba-tiba senyuman sinis itu hilang dan pandangan matanya bertukar tajam

"Berani kau khianati aku? I am The Greater Kim Hanbin. Tiada sesiapa boleh berpaling dari aku"

Ujar Hanbin penuh sinis. Wajah cantik Jihyo yang cantik bak bidadari dipandang tajam lalu tangannya naik mengelus gambar tersebut sebelum senyuman sinis terbit di bibirnya.

"And you will pay for that costs my dear one"





























Jihyo mengeluh kepenatan sebelum kepalanya disandarkan di kerusi. Butiran fail pesakitnya ditutup lalu disimpan dengan rapi.

Dia mengerling jam di pergelangan tangannya sebelum bangun lalu menanggalkan kot putih doktornya.

"Baik aku balik sekarang sebelum malam menjelma. Nanti aku pula yang susah nak memandu" keluhnya lalu terus mencapai beg tangan dan berjalan keluar dari biliknya.

"Dah nak balik ke Doktor Song?" tegur seseorang dari arah belakang mematikan langkah Jihyo

Jihyo menoleh ke belakang untuk melihat orang yang telah menegurnya.

"Doktor Choi" ujar Jihyo lalu tersenyum manis. Dia hanya mengangguk-angguk kepalanya bagi menjawab soalan tadi.

"Untunglah dia tak perlu bertugas waktu malam. Saya ni kena bersengkang mata malam ni" usik Jin Hyuk lalu beserta gelak kecil

"Sabarlah awak. Dah memang tugas kita untuk sentiasa bersedia" pujuk Jihyo ikhlas

Dia faham dengan keluhan Jin Hyuk. Mereka yang perlu menyelamatkan nyawa seseorang harus sentiasa bersedia dengan pelbagai situasi yang bakal mendatang.

"Awak nak saya teman ke parking lot? Masa-masa macam ni bawah sana tu dah gelap" pelawa Jin Hyuk prihatin.

Jihyo hanya menggelengkan kepalanya. Tak mahu dia susahkan namja di hadapannya sekarang.

"It's okay. I can handle myself" ujar Jihyo lembut lalu melambaikan tangannya sebelum melangkah pergi.

Dia berjalan sehinggalah tiba di parking lot yang menempatkan keretanya. Melihat suasana yang sunyi serta sedikit gelap itu membuatkan Jihyo menelan liur kesat.

Sedikit sebanyak dia agak menyesal kerana menolak pelawaan Jin Hyuk sebentar tadi.

Jihyo menarik nafas dalam sebelum berjalan ke arah keretanya. Sesekali dia akan menoleh ke belakang apabila dapat rasakan derapan kaki orang lain.

Ini membuatkan Jihyo melangkah dengan lebih laju. Tangannya secara tidak sedar telah menggeletar hebat.

Kalini dia yakin yang ada orang mengekorinya. Derapan kaki itu semakin melaju membuatkan Jihyo terus berlari ke arah keretanya.

Belum sempat dia ingin membuka pintu kereta, ada satu tangan menarik lengan kanannya secara kasar dari arah belakang.

Terbuntang mata Jihyo apabila melihat seorang namja yang memakai hoodie hitam beserta facemask berwarna hitam untuk menutupi wajahnya.

"Argghh---" Namja tersebut dengan cepat menekup mulut Jihyo. Jihyo meronta di dalam genggaman namja tersebut.

Hidung Jihyo dapat menangkap bau kimia di kain yang sedang menekup mulutnya. Ini membuatkan Jihyo meronta dengan lebih kuat. Dia tahu bau ini.

Namun apakan daya, kudratnya tidak setanding dengan namja ini. Matanya semakin lama semakin kuyu. Pandangannya semakin kabur sebelum dia dapat menangkap seseorang sedang berlari ke arahnya lalu dunianya menjadi gelap.

























Matanya secara perlahan-lahan dibuka. Jihyo mendengus apabila kepalanya berasa agak pusing. Mesti disebabkan pengaruh bahan kimia itu tadi.

Jihyo kemudian duduk dari baringannya lalu disandarkan belakang badannya di kepala katil. Seketika kemudian baru dia sedar. Suasana bilik yang amat asing baginya dilihat dengan penuh keliru. Besar dan terlalu sura, disebabkan warna bilik yang berwarna hitam.

"Apa yang jadi semalam?" Soal Jihyo cuba untuk mengingati semula apa yang telah terjadi.

Setelah dapat diingat dengan jelas apa yang berlaku semalam terus membuatkan mata Jihyo membuntang dengan luas. Jihyo dengan kelam-kabut memerhati tubuh badannya. Masih lagi mengenakan pakaian yang sama.

Dia melepaskan keluhan lega. Namun kelegaannya hanya berlaku dengan sekejap sahaja apabila sebuah pintu di dalam nilik itu dibuka dan terpampanglah———

"Jungkook-shi?" Soal Jihyo hairan.

Di depan matanya, terlihat Jungkook yang berdiri dengan hanya mengenakan sehelai tuala untuk menutupi bahagian bawah badannya manakala bahagian atasnya terdedah dengan penuh megahnya. Rambutnya yang masih lagi basah jelas menunjukkan yang namja ini baru sahaja selesai mandi.

Jungkook menjeling sekilas ke arah Jihyo sebelum melangkah ke arah closetnya untuk mengambil pakaian. Dan Jihyo dengan setia memerhatikan setiap gerak langkah Jungkook.

Terlalu banyak persoalan yang berada di kepalanya namun sepatah perkataan tidak dapat dikeluarkan. Jungkook hanya berdiam diri sambil mengenakan pakaiannya.

"Apa yang terjadi semalam?" Soal Jihyo selepas namja itu sudah siap mengenakan pakaiannya.

Jungkook memandang ke arah Jihyo sebelum kakinya melangkah ke arah katil lalu dia duduk berhadapan dengan gadis kecil ini.

Dia mengepung badan kecil Jihyo dengan merehatkan kedua-dua tangannya di sisi badan gadis ini. Ini membuatkan wajah mereka rapat.

Jihyo terkesima. Wajah sempurna milik Jungkook dilihat dengan penuh rasa terkejut. Bau wangian yang terhasil dari badan Jungkook sedikit sebanyak menghayalkan dirinya.

"Apa yang terjadi semalam aku nak kau lupakan semuanya. Yang penting kau dah selamat" terang Jungkook dingin.

Wajah cantik Jihyo diperhatikan senyap-senyap. Sempurna.

"Siapa namja semalam?" soal Jihyo. Dia mahu tahu juga.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja dirinya diserang dan yang paling penting sekali kenapa dia berada di rumah namja ini.

"Dia cuba nak samun kau semalam but luckily I was there. Let's just said that I saved your life." terang Jungkook lagi.

Jihyo terkesima. Jungkook selamatkannya? Namja di hadapannya ini?

"Thank you. I own you my life" ujar Jihyo ikhlas.

Sungguh dia berterima kasih kepada Jungkook. Jika tiada Jungkook mungkin perkara lebih teruk akan berlaku.

Jungkook bangun lalu merapikan dirinya di depan meja solek. Pandangan mata Jihyo dapat dia rasakan walaupun sedang membelakangi dirinya.

"Anggap aku balas budi kau sebab dah selamatkan aku dan juga Mingyu." ujar Jungkook sambil menyembur minyak wangi di bahagian nadi.

Dia memusingkan badannya ke arah Jihyo sambil memakai jam tangan.

"Aku dah sediakan pakaian untuk kau. Mandi lepastu makan dekat bawah. Aku dah suruh Mingyu temankan kau harini"

Kemudian dia terus keluar dari biliknya tanpa mendengar jawapan dari gadis itu.

Jihyo dibuat termangu seketika. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah pintu yang sudah tertutup rapat.


-When money, wealth and power become the meaning of life, life becomes meaningless.-

Vomment anda amat yaya hargai❤️❤️







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro