BAB 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYUHADA mematikan skrin telefon selepas selesai menghantar pesanan ringkas kepada Amri. Dia perlu jumpa lelaki itu. Hanya lelaki itu dan Ameer yang perlu membantunya. Selagi kes Farhan tidak selesai, selagi itu dia jadi tidak senang duduk.

Buku-buku yang selesai ditanda ditolak ke tepi. Meja kerjanya dikemas sebelum kerusi ditolak masuk. Tas tangan dicapai dan berlalu masuk ke pejabat. Usai thumb print untuk balik, Syuhada terus memboloskan diri ke dalam kereta. Teringatkan sesuatu, Syuhada kembali mencapai telefon pintarnya semula. Nombor Aizat didail.

"Syu nak pergi jumpa Amri kejap, abang." Syuhada terus menyuarakan hasrat diri selepas berbalas salam.

Hujung talian terasa sunyi. Seketika, bunyi helaan nafas seseorang kedengaran.

"Kenapa awak selalu jumpa dia?"

Syuhada gigit bibir. Otak ligat mencari idea. "Ada hal sikit."

"Tahu. Tahu sangat, Syu. Tiap kali awak nak jumpa Amri, setiap itu juga awak cakap ada hal. Hal ala yang penting sangat sampai berkali-kali awak kena jumpa dia? Cuba awak terangkan betul-betul. Abang ni siapa sampai Amri yang dilebihkan? Hujung minggu pun awak nak jumpa dia. Awak ada masalah ke?"

Syuhada tidak menjawab. Dia sudah kehilangan idea. Dia sudah agak tiba satu masa Aizat akan menyoal tindakannya.

"Syu dengan Amri tak ada apa-apa hubungan, abang. Dia bekas anak murid Syu saja."

"Apa Syu ingat kalau bekas anak murid tak boleh ada perasaan dekat bekas guru dia?" balas Aizat dengan soalan. Terselah nada suara yang sudah marah.

"Amri bukan macam tu."

"Kalau bukan macam tu, macam mana lagi? Syu, abang ni dah bingung tengok Syu kerap jumpa dia. Kalau Syu ada masalah, jelaskan pada abang bukan pada orang luar."

"Syu dah anggap dia macam adik Syu, abang. Lagipun, Syu yakin Amri tak ada perasan pada Syu. Dia hormat Syu sebagai balu Farhan," jelas Syuhada, enggan suaminya salah sangka. Tangan memulas suhu pendingin hawa supaya bahang kereta hilang. Bercakap dengan Aizat pula menambah minyak kepanasan hatinya pula. Selama ini lelaki itu tidak kisah, kenapa kali ini dia kisah? Bukannya dia berlaku curang!

"Bekas, Syuhada. Awak bekas balu. Sekarang ni Syu isteri abang!"

Syuhada tersentak. Suara Aizat yang naik seoktaf benar-benar mengejutkan dia. Kalau beginilah sikap Aizat, memang kesudah dia takkan cerita perihal jasad Farhan yang hilang nak masuk enam bulan!

"Tak apalah. Syu balik terus." Putus Syuada. Hendak bergaduh dengan Aizat, bukan masa yang sesuai.

"Eh, pergilah. Nak pergi sangatkan? Pergilah pada lelaki tu!"

"Syu letak dululah kalau abang marah-marah macam ni." Hati syuhada bertukar tawar. Tidak suka dengan sikap Aizat yang memarahinya.

"Abang tak habis lagi, Syu!"

Syuhada matikan talian. Dicampak telefon pintar itu ke dalam tas tangan. Stereng kereta digenggam rapat sebelum dahi disandarkan pada kepala stereng. Keluhan dilepaskan. Seketika, telefonnya berbunyi. Dia mencapai semula peranti elektronik itu. Nama suaminya tertera. Langsung dia menolak simbol merah. Andai Aizat ingin sambung melepaskan marahnya, lebih baik dia tidak angkat.

Dia kembali ke home screen dan aplikasi whatsapp dibuka. Nama Amri dicari sebelum menghantar pesanan supaya membatalkan pertemuan mereka. Serba-salah dia ingin menjelaskan. Kasihan lelaki itu. Waktu sekarang sudah luar dari waktu rehat. Pasti lelaki itu mengambil cuti separuh hari.

Telefon pintar dimutekan sebelum diletak semula ke dalam tas tangan. Syuhada menekan brek sebelum gear ditukar kepada D. Kereta mula bergerak pulang.

.

.

"SYUHADA, kenapa awak letak telefon masa saya tengah bercakap? Kenapa tak angkat bila saya recall?"

Syuhada hela nafas. Sudah dia agak. Marah Aizat akan dibawa ke rumah. Pensel warna ditangan disimpan ke dalam kotaknya. Kepala Syahadat diusap seketika.

Syuhada bangkit dan memandang Aizat lama sebelum jatuh kepada Syahadat. Kalau hendak marah pun, janganlah depan Syahadat. Dia tidak suka. Pantas tangan Aizat ditarik menuju ke bilik mereka.

"Jawablah soalan saya!"

"Sabarlah! Boleh tak jangan jerit-jerit? Syu tak suka kita bergaduh depan Syah."

"Biarlah anak awak tu tahu."

"Tolonglah, abang." Syuhada berdengus. Sampai di bilik, dia melepaskan tangan Aizat. Pintu laju ditutup dan dikunci. Nafas diambil dalam sebelum berpaling menghadap Aizat yang merenungnya.

"Abang nak cakap fasal apa?" Syuhada memeluk tubuh. Dia menghampiri katil dan dilabuhkan punggung.

"Kenapa awak tak angkat call saya?" soalnya terus.

"Syu tengah drive." Mudah Syuhada memberi alasan.

"Lama betul nak sampai rumah ya? Kenapa tak call balik bila dah sampai rumah?"

"Syu penatlah. Balik Syu terus masak. Tak sempat nak tengok telefon. Lepas dah masak saya mandikan Syah, ajak dia makan sebelum suruh dia siapkan kerja rumah."

"Awak mute phone awak, kan?" serkapnya. Syuhada larikan pandangan. Memang sampai sekarang dia letak telefon pintarnya dalam mood mute. Sengaja dia buat, tanda dia protes. Sudahnya, dia tak mampu jumpa Amri.

"Apa masalah awak dengan saya, Syuhada?"

"Masalah apa?"

"Kenapa awak layan saya nak tak nak? Siapa saya pada awak?"

Syuhada tidak menjawab. Dia sedar status dirinya. Tak perlu diingatkan lagi. Dia tak suka.

Aizat raup rambut sambil mengeluh geram. "Saya tak izinkan awak jumpa Amri lagi lepas ni."

"Aizat!"

Tubuh Syuada tegak. Punggung segera diangkat. Wajah Aizat dipandang tidak percaya.

"Apa? Sebabkan lelaki tulah awak jadi macam ni. Lepas ni, balik kerja terus ke rumah. Tak perlu jumpa sesiapa. Kalau saya dapat tahu, siaplah awak. Jangan sampai saya paksa awak letak jawatan." Ugut Aizat bersama telunjuk yang dihalakan pada wajah isterinya.

Aizat mencapai tuala di ampaian tuala dan terus meluru masuk ke bilik mandi, meninggalkan isteri di katil termangu-mangu.

Syuhada raup wajah. Apa yang merasuk dirinya untuk terus menjawab dengan Aizat? Sepatutnya dia menjadi air, bukannya api untuk sama-sama berlawan.

Syuhada kembali keluar. Anaknya kembali didapatkan dan duduk bersama Syahadat. Buku kerja Syahadat kembali dilihat. Anaknya hampir siap semua tugasan yang diberi cikgu.

"Lepas ni tidur ya?"

"Okey, ibu."

.

.

TELEFON yang berdering minta diangkat diambil segera. Syuhada melihat nama yang tertera. Nama Amri. Keluhan dia lepaskan, memikirkan patut atau tidak dia mengangkat panggilan lelaki itu.

Seketika telefonnya berhenti berdering. Hanya untuk beberapa ketika sebelum telefon itu kembali menjerit. Nama yang sama juga muncul. Syuhada berkira dalam hati. Hal penting ke?

Dia langsung menjawab.

"Kenapa Amri?"

"Hari ni cikgu free tak? Saya ada hal penting nak cakap ni. Berkaitan Farhan."

Dada Syuhada mula berombak. Degupan jantung menjadi laju. Terdengar nama Farhan, dia menjadi penasaran.

"Kenapa dengan Farhan?"

"Ameer nak jumpa dengan cikgu. Tolong datang, cikgu."

Syuhada gigit bibir. Suara Amri di sebelah sana yang seperti terdesak melemahkan jantungnya. Baru semalam Aizat mengugut dirinya, masakan esoknya juga dia hendak buat hal? Memang nayalah!

"Saya tak boleh, Amri."

"Kenapa? Cikgu jangan cakap..."

"Yes, suami saya dah syak." Syuhada berkata jujur. Pen di tangan dijatuhkan. Tubuh disandarkan ke kusyen kerusi. Mata dipejam rapat menenangkan masalah yang dia tanggung.

Talian di sebelah sana menyepi.

"Dia dah tahu ke yang..." Amri gantung kata.

"Belum. Dia hanya syak saya ada hubungan sulit dengan awak."

Kedengaran suara Amri mengucap di sebelah sana. Syuhada senyum tawar. Mendengar lafaz itu sahaja, dia sudah tahu perasaan Amri terhadapnya. Tidak lebih sebagai seorang cikgu. Malah, gelaran cikgu itu sendiri tidak pernah dia gugurkan dalam bicara.

"Sekarang mscam mana, Amri?"

"Boleh tak, kalau cikgu datang ke rumah saya? Hal yang nak dibincangkan ni perlukan cikgu sendiri di sini. Nak bercakap dalam telefon, tak sesuai. Lagipun, ada orang nak jumpa cikgu."

Syuhada kerutkan dahi. Dia kembali tegakkan tubuh. "Siapa?"

"Abang Ameer ada bawa kawan dia dari JAIS. Dia minta cikgu ada dekat sini sekali untuk dengar sendiri penerangan kawan dia."

Lidah Syuhada kelu. Kenapa orang dari pejabat agama hendak bertemu dengannya? Atas urusan apa?

"Tolong datang ya, cikgu? Lepas ni kita tak perlu jumpa, ikutkan saja flow Aizat."

"Tunggu saya." Syuhada beri kata putus. Barang segera dikemas. Kalau berkaitan Farhan, dia tak boleh fikir dua kali. Dia perlu selesaikan perkara itu sekarang. Lagi cepat lagi bagus.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro