BAB 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HUK! HUK!

Dari Syuhada tiba di rumah Amri sehinggalah pulang ke rumahnya, batoknya tidak hilang. Digosok lembut tekaknya supaya melegakan anak tekak tetapi tidak berhasil. Segera Syuhada keluar dari perut kereta dan berlalu masuk. Tas tangan tidak lupa untuk bersama. Terketar-ketar tangannya memulas kunci rumah dengan tangan kiri menekup mulut yang tidak berhenti melepaskan batok.

Laju kaki Syuhada melangkah naik ke bilik. Badan terasa lemah ketika ini. Kepala yang berpusing ditahan seketika. Tas tangan ditimpuk ke katil dan berlalu ke tandas. Singki dihampiri sebelum dia melepaskan smeua kahak yang tersekat pada tekak.

Seketika matanya membulat. Menggigil tangannya melihat jemari kiri sudah terpalit dengan darah bersama biji-bijian kecil. Syuhada angkat kepala dan melihat pantulan diri. Hendak luruh jantungnya melihat dagunya juga melelehkan darah dari celah bibir. Pili dipulas sebelum dibasuh tangan yang dicemari darah. Mulut juga dibasuh cermat.

Kepala ligat memikirkan asbab dia boleh batuk darah. Hendak kata dia sakit, tidak boleh jadi. Kalau betul, mesti Dr Hanny sudah dapat cam tetapi doktor itu tak berkata apa-apa. Atau mungkin baru sekarang sakitnya menunjukkan simptom?

Usai membersihkan darah, Syuhada keluar dari tandas. Wajah yang basah diraup sekali. Telefon dicapai. Dia perlu bertemu dengan doktor wanita itu.

.

.

PINTU yang dihempas kasar menyentak Syuhada dari lena. Mata yang masih terpejam digosok perlahan. Tubuh diangkat dengan sebelah tangan memegang kepala. Peningnya masih tidak hilang sejak petang tadi.

“Abang dah balik?” soalnya perlahan. Tekak terasa payau. Tadi selepas solat Asar, Syuhada baring dan lelapkan mata. Kepalanya benar-benar tak boleh terima sakit di kepala. Namun sehingga Aizat sudah pulang pun, sakit itu enggan pergi.

“Kenapa kau jumpa Amri lagi?”

Dahi Syuhada berkerut. Dia tidak silap dengarkah? Aizat guna gelaran ‘kau aku’?

“Aku tanya ni! Kenapa kau masih berdegil nak jumpa lelaki tu?!”

“Mana abang tahu?” Syuhada melekapkan tangan pada dada dan diusap perlahan. Entah mengapa, nafasnya terasa pendek. Mata mengerli jam yang tergantung dalam bilik. Sudah menjelang maghrib. Kenapa waktu maghrib juga Aizat hendak mengamuk?

“Tak kisahlah dari mana aku tahu! Aku dah cakap, jangan sesekali jumpa Amri! Kau lupa ke?!”

Syuhada hela nafas. Dada sudah merombak. Hidung semakin kerap kembang kuncup mencari nafas. Bibir sedikit terbuka, membantu tugas hidung menghirup oksigen. Termengah-mengah nafasnya jadi.

“Jawablah!”

“Ya, saya tak lupa.” Syuhada pejamkan mata. Liur ditelan perit. Wajahnya berkerut menahan azabnya kesukaran bernafas. Beginikah cara orang asma yang terpaksa menahan sakitnya mengah?

“Jadi, kenapa kau jumpa dia lagi?! Dah hamak sangat nakkan belaian lelaki ke?!”
Syuhada tahan kepalanya yang berpusing. Mata dicelikkan memandang Aizat yang beberapa kaki jauh darinya. Diri lelaki itu nampak kusut. Tali leher yang pagi tadi tergantung kemas di leher kini sudah hilang. Baju juga sudah tiga butang terbuka dari atas, mendedahkan singlet putih yang dipakai sebalik baju kerja. Rambut lelaki tak usah sentuh, hilang kekemasan diri lelaki itu.

“Aku tanya ni, kau jawablah!” sergahnya lagi. Kali ini dia tidak berdiri tegak. Aizat menghampiri Syuhada dan dicengkam pipi itu tajam dan dihalakan tepat ke wajahnya.

Spontan Syuhada mengerang menyeringai.

“Ksnapa kau jumpa lelaki tu lagi? Tak cukup ke apa yang aku bagi?”

“Sa... Kit. Sakit... Abang...”

“Hati aku lagi sakitlah bila kau tak tahu malu minta simpati lelaki tu! Siapa suami kau?! Aku ke dia?!” Pipi itu ditolak kasar. Rambutnya diraup kasar. Hembusan nafasnya kasar. Kipas yang dipasang tidak mampu melegakan hatinya yang menggelegak.

“Syu minta maaf...” Syuhada mengalah. Tambah pula, dia tidak larat hendak bertengkar dengan suami. Kalau boleh, dia tak mahu berkaku salah faham.

“Aku tak nak dengar kata maaf kau! Aku nak tahu, siapa Amri dalam hati kau tu?!”

Syuhada menunduk tetapi segera Aizat tarik dagu itu ke atas, memaksa mereka bertentang nata.

“Tak...”

“Perempuan macam kau ni memang tak reti bersyukur ke?! Kau ada laki, kau boleh minta sendiri dengan laki kau! Bukan jantan lain! Kau nak sangat rasa kan?!”

Aizat terlentangkan tubuh Syuhada. Kaki wanita itu ditarik pantas. Sekelip mata, Aizat sudah menindih isteri. Wajah yang berpeluh itu dipandang penuh geram. Dagu kembali dicengkam malah, kian erat. Leher isteri terus digomol. Syuhada berusaha menolak tubuh suami. Tatkala waktu maghrib menjelma, kenapa waktu ini jugalah lelaki ini melempiaskan nafsu? Kenapa sewaktu diri dikawal amarah?

“Sa... Kit... Abang...” Syuhada menyerah. Badannya terasa terlalu penat. Lengan terasa lenguh. Mata berkaca-kaca menyaksikan tubuh dibedal nafsu suami.

“Aku pun tak hinginlah nak sentuh kau! Tak selera!” Lelakit itu bangkit. Syuhada ucap syukur dalam hati biarpun terasa dengan hinaan itu.

Aizat langsung berlalu hilang di balik tandas. Spontan, air mata Syuhada gugur. Baju yang terselak dibetulkan duduk. Tubuh diiringkan. Sungguh, tubuhnya terasa lemah. Dia hanya ingin rehat. Ingin lari dari realiti.

Kenapa Aizat bertukar baran? Kenapa cemburunya terlalu buta? Allahu...

.

.

BUAT kali ke lima, Syuhada berlari masuk ke tandas. Isi perut dimuntahkan beserta darah yang meleleh. Spontan matanya berair melihat titisan darah. Sudah dekat seminggu perkara ini terjadi. Selama tempoh itu, dia tidak berhenti muntah. Batok juga berterusan walhal dia sudah makan ubat mengikut saranan doktor. Kata Dr Hanny, dia sihat saja. Tiada sakit serius seperti kanser.

Kalau bukan sakit, apa puncanya? Kenapa sehingga dia boleh muntah darah?

Sungguh... Syuhada tiada jawapan.

Dalam tempoh itu juga, hubungan antara dia dan Aizat keruh. Ada aje perkara yang ingin digaduhkan. Pernah sekali, kerana dia terlebih garam dalam masakan amarah lelaki itu tidak dikawal. Terus dihambur kata-kata kesat kepadanya. Lebih menyedihkan, sanggup Aizat mengamuk di hadapan Syahadat. Sejak itu, Syahadat kembali bisu. Kata yang keluar dari mulutnya hanya sepatah dua.

Syahadat kembali mendiamkan diri.

Keluar dari tandas, Syuhada menghampiri katil. Melihat bilik yang sunyi, Syuhada jadi hiba. Pergaduhan mereka menjadi teruk sehinggakan Aizat langsung tak ingin masuk ke kamar mereka. Tiba waktu malam, lelaki itu tidur bersama Syahadat.

Hati Syuhada benar-benar terasa dengan dinginnya sikap suaminya.

Ting!

Spontan, wajah Syuhada berpaling. Telefon pintar yang menyala skrinnya dicapai dan dibelek. Mesej dari Amri. Dalam senarai contact telefonnya, dia hanya beri nombornya kepada Amri sahaja. Biarlah lelaki itu saja yang dia simpan nombornya. Andai yang lain ingin menghubungi dirinya, Amri akan menjadi orang tengah. Lagipun, Syuhada percaya akan Amri sejak zaman sekolah dan sehingga kini kepercayaan belum pernah direntap. Dia rasa bersyukur dikurniakan anak murid yang begitu amanah.

Selepas melihat mesej yang diterima, Syuhada meletakkan kembali telefon ke sisi katil. Kepala ligat memainkan peranan.

Santau? Itu kata Amri. Dia ada ceritakan kepada lelaki itu melalui aplikasi whatsapp. Hendak bertemu, Syuhada tidak ingin melawan api. Kini, dia hanya berbalasan pesanan ringkas dengan Amri sahaja. Itu lebih baik.

Syuhada kembali mengeluarkan isi akal tentang santau. Dia mengajar subjek agama maka, dia sedikit tahu mengenai santau. Kalau dilihat tanda-tanda awal santau, memang ada dalam senarai muntah darah. Kedua, sesak nafas ketika menjelma maghrib. Itu dia tak boleh sangkal lagi. Kadang-kadang terasa seperti nyawa ingin dicabut ketika itu juga.

Syuhada ruap wajah. Siapa yang busuk hati terhadapnya? Perlu ke melibatkan makhluk mistik dalam hal ini? Kenapa perlu guna ilmu sihir? Kalau tak puas hati, sepatutnya mereka bersua dan selesaikan masalah ketika itu.

Telefon Syuhada berdering. Nama pemanggil dilihat sekilas sebelum diangkat. Hatinya tertanya asbab Amri menelefonnya. Tidak cukupkah sekadar berbalas pesanan ringkas?

“Izuan...” Terkedu Syuhada bilamana salamnya dijawab oleh suara asing.

“Ikut saya balik Mersing, cikgu.”

“Awak merepek apa ni, Izuan? Saya ni dah jadi isteri oranglah, Izuan. Bukannya anak dara lagi!”  Di situ juga dia lepaskan tidak puas hatinya. Ada ke patut ajak isteri orang melancong? Gila namanya!

“Bukan macam tu cikgu. Pak Long saya pandai ubatkan santau.”

Syuhada diam. Laju betul Izuan mencari jalan penyelesaian.

“Kalau cikgu mahu, hari ni juga kita gerak. Kalau makin lambat, takut santau tu makan diri cikgu.” Bersungguh-sungguh lelaki di hujung talian memberi penjelasan.

Syuhada hela nafas. Mersing bukannya dekat. Hampir 5 jam perjalanan. Bukan mudah untuk dia keluar kalau dia masih sah bergelar isteri Aizat. Marah takat mana pun lelaki itu, belum pernah dia sebut perihal cerai dengannya. Jadi, buat apa dia hendak cetuskan lagi kemarhan lelaki itu?

“Bukan saya tak nak tapi...”

“Cikgu tak kesian ke kalau Syah tengok cikgu sakit sebab santau?”

Kepala Syuhada tergeleng kecil. Mustahil dia mahu melihat lakaran air mata di wajah anaknya. Lebih-lebih lagi andai melibatkan nyawanya.

“Saya tahu cikgu tak mahu. Jadi, tolonglah cikgu. Dengar cakap saya, kita pergi Mersing untuk berubat.”

“Nantilah saya fikirkan,” dalih Syujada.

“Lagi lambat cikgu tangguh, makin kuat kuasa santau tu makan cikgu. Tolonglah cikgu...”

Tut... Tut...

Syuhada lempar telefon ke tengah katil. Rambut diraup kasar. Dia serabut dengan semua yang terjadi. Kalau boleh dia tak mahu sesiapa keruhkan keadaan. Kalau mampu, dia hanya mahu dia dan Aizat selesaikan masalah mereka bersama.

Aizat hanya salah faham. Pasti lelaki itu insecure dengan sahabat Farhan yang lebih mengenali dirinya daripada Aizat sendiri.

Allah... Tolonglah hambaMu ini... Aku buntu, Ya Allah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro