BAB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


MASUK kali ini, sudah lima kali Syuhada meronda seisi rumah. Kepala digaru tanpa sebab. Baru lima jam orang dalam rumah ini keluar, dia sudah jadi bosan. Sejurus mereka keluar, Syuhada terus mengemas rumah. Dari atas ke bawah, porch hingga ke belakang rumah. Sehinggakan dia sudah tidak punya kerja. Nak memasak, bahan pula tak ada. Hanya ada beberapa biji telur, makanan segera dan bertin. Sudahnya, dia hanya memanaskan sardin dan digoreng telur dadar bersalut bawang. Itu pun sudah siap. Hanya perlu tunggu Syahadat pulang ke rumah sajalah.

Telefon rumah di rak televisyen dipandang lama. Dia teringat helaian kertas yang ibu Summayah beri. Nombor itu masih dia simpan. Laju dia mencari semula kertas itu. Memandangkan tiada orang di rumah, boleh rasanya kalau dia berborak dengan Ibu Sumayyah. Tak adalah rasa bosan.

"Assalamualaikum, ibu."

"Syu ke tu?"

Melebar senyuman Syuhada mendengar suara yang dia rindukan. Dia dilayan seperti anak sunti wanita itu, mustahil dia tidak rindu. "Syu ni."

"Ya Allah... Syu okey tak? Ibu dengan abi risau sangat dekat sini."

"Ibu jangan risau. Syu baik-baik dekat sini."

Talian sepi di hujung sana. Syuhada jadi tertanya-tanya.

"Ibu?" Panggilnya.

"Aizat ada buat apa-apa dengan Syu?"

"Itulah yang Syu nak borak dengan ibu sebenarnya." Syuhada membetulkan duduk. Gembiranya bukan kepalang.

Sangkanya, telefon itu tidak berfungsi tetapi tak sangka boleh digunakan. Yalah, zaman sekarang sudah kurang masyarakat gunakan telefon rumah ini semenjak  telefon pintar mula diperkenalkan.

"Aizat buat apa? Dia pukul Syu ke?"

"Tak, ibu..." Syuhada menggeleng hatta ibu Sumayyah di sebelah sana tidak dapat melihat dirinya.

"Kalau dia tak pukul, dia buat apa?"
Syuhada menguis paha dengan hujung telunjuk. Mulutnya berbicara dengan lancar tentang kejadian selepas di rumah ibu Summayah. Dari perwatakan Aizat yang marah-marah sehinggalah dia menjadi lembut habis lebih-lebih lagi pada malam hari lahir Syahadat.

"Ibu..." Serunya.

"Ya?"

"Syu buntu. Aizat dah pulih dari santau ke?"

"Syu yakin ke dia disantau?"

Lidah Syuhada kelu. Dikemam dua ulas bibir bersama. Dibiarkan soalan ibu Sumayyah tidak terjawab.

"Doa pada Allah supaya rumah tangga Syu dengan suami sentiasa terpelihara. Tak perlu fikir sama ada dia disantau atau pun tidak. Sekarang, misi Syu untuk ikat semula ikatan suami isteri. Jangan biarkan retak sekali lagi. Kesian pada anak Syu, terpaksa lalui hubungan ibu bapa yang berkelahi. Syu mesti tak nak Syah sedih tengok ibu dengan ayah dia bergaduhkan?"

Dalam diam Syuhada mengangguk bersetuju.

"Tapi... Jangan lupa semua amalan Syu dekat Mersing. Jangan tinggalkan, sentiasa amal. Ibu dengan abi tak ada nak tengok-tengokkan Syu. Syu jaga diri Syu sendiri. Jangan malas-malas, lagi syaitan suka."

"Baik, ibu."

"Ibu letak dulu ya? Nak hidang lauk untuk abi."

"Okey, ibu."

Selepas bertukar salam, Syuhada meletakkan panggilan. Keratan kertas kembali disimpan ke dalam dompetnya. Disembunyikan kertas kecil itu supaya tidak dijumpai oleh orang lain. Andai hilang, dia tidak mampu menghubungi Ibu Sumayyah lagi.

.

.

SEBAIK dia turun dari tingkat atas, pintu rumah terbuka. Tersembul dua susuk tubuh yang amat dia kenali. Anaknya dan adik ipar.

"Syah dah balik... Aduh!" Belum sempat dia berkata apa-apa, Syahadat menolaknya tubuh Syuhada dan berlari naik ke atas. Wajahnya penuh cuka. Langsung tidak memandang ibu yang menjemputnya di rumah.

"Kenapa ni Syah?"

Tiada jawapan.

Syuhada mengeluh. Dipandang adik iparnya meminta jawapan.

"Kenapa tanya Zati? Manalah Zati tahu. Dia naik kereta diam aje. Macam akak tak kenal anak akak tu? Dia bukannya suka Zati. Sudahlah, Zati nak naik. Kejap lagi ada kelas petang."

Tangga dipanjat. Syuhada masuk ke bilik anaknya. Gelap-gelita. Terus dihampiri langsir dan diselak habis. Rasanya tadi dia sudah buka, ni mesti Syahadat tutup sendiri.

"Syah ada masalah ke? Kenapa tak tukar baju lagi ni?" Punggung dilabuhkan pada birai katil. Selimut yang menyelubung anaknya ditarik. Selalunya Syahadat akan salin baju dan solat zohor dahulu sebelum melakukan perkara-perkara lain.

Hari ini lain pula rutinnya. Terus melambungkan diri ke katil dan selimut membaluti tubuh.

"Ya Allah... Syahadat!" Suara ditinggikan. Selimut yang dia tarik ditahan oleh insan di dalamnya. Keluhan Syuhada lepaskan. Rasanya kali terakhir Syahadat berperangai sebegini adalah selepas pulang berbulan madu. Itu pun sudah tiga bulan yang lepas! Selepas dibawa ke pakar, Syahadat mula tunjukkan perubahan yang positif.

"Syah..."

Syuhada hilang kata. Dipandang tubuh Syahadat yang berselindung. Bibir diherotkan. Mungkin dia perlu berbincang dengan Aizat. Semalam elok anak itu bergelak tawa, hari ini langsung hilang riangnya.

Syuhada keluar dari bilik. Dibiarkan anaknya bersendirian. Ruang diberi untuk anak itu untuk berehat.

.

.

USAI memanaskan lauk di dapur, Syuhada berlalu mendapatkan suami yang baru pulang. Seperti biasa, dia akan bersalam dan mencapai beg kerja dari tangan Aizat. Wajah Aizat yang tegang merisaukan Syuhada. Takut andai lelaki itu mengamuk lagi.

"Abang nak makan dulu atau nak mandi?" Soal Syuhada. Walaupun dia tahu lelaki itu akan mandi dulu, sengaja dia menyoal untuk meredakan aura tegang dari diri suaminya.

"Mana Syah?" tanya dia, dingin.

Dahi Syuhada melakar kerutan.

"Syah?"

"Mana Syahadat?" Kali ini lebih dingin. Malah ditanya acuh tak acuh. Lelaki itu memeluk tubuh.

"Dia dekat atas." Lambat lambat Syuhada menjawab. Jarang Aizat hendak bertanyakan tentang anak tirinya sendiri, lebih-lebih bila dia baru pulang.

Mengingatkan pengakuan Syahadat, Syuhada jadi risau. Aizat hendak mendera anaknya lagi ke? Luka yang lama belum pulih lagi, masakan mahu ditambah lagi? Tetapi mengapa Aizat sanggup buat sedemikian? Sedangkan dahulu Aizat pikat anaknya untuk mendapatkan dia.

"Panggil dia turun."

"Er..." Syuhada kelu. Wajahnya pucat.

"Panggilah dia turun!"

Syuhada gamam dengan volum suara Aizat. Dengan wajah memerah, lelaki itu sedang menahan marah.

"Dia tak nak. Tadi Syu panggil dia turun dia..."

Aizat terus melangkah ke atas tanpa menunggu Syuhada menghabiskan ayat. Segera si isteri mengejar langkah suami. Darah sudah berderau melihat tingkah Aizat. Syuhada berdoa agar Syahadat tidak diapa-apakan. Dia sangat risau sekarang.

"Syah." Panggilnya sebaik suis lampu dibuka. Dia berdecit melihat katil terdapat gelombong besar di bahagian tegah yang ditutupi selimut. Laju tangan menarik kasar selimut itu pergi. Dihempas ke lantai. Mata helangnya merenung sekujur tubuh Syahadat.

"Bangun. Bangun." Ditepuk tubuh anak itu berkali-kali. Penolakan Syahadat mendidihkan darahnya. Ditepuk lagi kasar pinggang Syahadat.

"Abang, kenapa tepuk kasar sangat?" Syuhada duduk di antara Aizat dan Syahadat. Ditarik tangan Aizat pergi. Anaknya yang meringkuk dipeluk.

"Suruh dia bangun." Aizat menahan perasaan geram. Rambut diraup ke belakang. Lengan baju dibuka butang dan ditarik hingga ke siku. Butang baju dilepaskan dua dari atas. Dipandang kipas di siling. Tangan mengipas diri sendiri. Kipas yang tersedia laju tidak mampu menyejukkan hati yang bergelora.
Mata dialihkan kembali ke arah tengah katil.

"Syahadat! Papa kata bangun!"

"Abang!" Suara Syuhada turut sama naik. Kerutan dia tajamkan. Sungguh dia tidak berkenan dengan layanan Aizat kepada anaknya. Tubuh Syahadat ditarik merapat. Risau kalau-kalau Aizat melakar luka baru.

Aizat sengetkan bibir.

"Syu tak tanya ke anak Syu tu, apa dia dah buat dekat sekolah sampai guru besar telefon saya?" Soalan diajukan bersama sinisan di bibir. Tangan mengelap peluh di dahi. Terngiang-ngiang di telinganya suara feminin yang berbual dengannya petang tadi. Satu hari dia berangin. Ramai staf dimarahinya, semata-mata ingin melepaskan rasa geram. Tetapi hingga kini, marahnya belum hilang.

"Syah... Bagitahu ibu, Syah buat apa dekat sekolah?"

Syahadat menggeleng berkali-kali. Wajah disembunyikan pada paha si ibu. Baju Syuhada digenggam erat.

"Syah... Jujur dengan ibu..." Pujuknya lagi.

"Dia takkan jawab punya."

Syuhada angkat kepala memandang Aizat.

"Guru besar cakap apa pada abang?"

"Dia cakap anak Syu ni dah pandai ponteng kelas. Melepak belakang tandas, entah apa dibuatnya. Baru-baru ni peperiksaan pertengahan tahun, hancur! Jauh beza dengan result penilaian pertama. Kecik-kecik dah pandai jadi samseng. Mana saya tak hangin? Budak baru tujuh tahun dan pandai tunjuk belang!" Hambur Aizat geram. Rengusan dia lepaskan. Disilangkan tangan bersama. Tajam matanya merenung tubuh yang mengelak memandangnya.

Syuhada terkedu mendengar jawapan Aizat. Tidak berkelip dia memadang Aizat sebelum dikalih melihat Syahadat.

"Syah... Betul ke?"

"Syu nak tanya buat apa? Syu ingat guru besar main-main ke call abang? Dia siap suruh kita berdua datang sekolah esok hari!" Tekan Aizat.

Syuhada mengeluh.

"Syah... Kenapa Syah buat macam tu?"

Diam.

"Esok Syu pergilah sekolah. Abang tak nak pergi."

"Abang izinkan?" Syuhada pandang suaminya tidak percaya.

"Kalau abang pergi, confirm abang cemuh guru besar tu. Syu pergilah bincang dengan dia. Abang malas nak dengar dia bebel. Itu anak Syu, bukan anak abang."

Hati Syuhada bagaikan disiat. Bila bergaduh, Aizat mengaku Syahadat sebagai anaknya tetapi bila Syahadat menjadi punca masalah, terus tidak mengaku. Dia sedikit terasa. Mentang-mentang Syahadat bukan anak kandungnya, sebegitu mudah mengaku begitu dan tidak mengaku bila perlu.

"Syu dengar tak abang cakap ni?"

"Dengar..." Perlahan dia menjawab.

"Abang mandi dulu. Nanti sediakan makan malam."

"Baik, abang."

.

.

Get ready untuk kebangkitan di bab seterusnya ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro