Part 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Okay cik. Thanks."

Selepas Usyair selesai melakukan pembayaran, kami pun bergerak ke arah kereta untuk pulang ke KL. Ikutkan nak balik petang tapi sebab suasana yang tak begitu menyedapkan. So, kami pulang awal. Aku pula setia berdiam diri sebelah Usyair dari keluar sampai dah memandu keluar daripada Pulau Redang ini.

Aku terfikir fasal semalam. Fasal Zia. Entah kenapa tapi aku rasa macam Usyair ada sembunyikan sesuatu dari aku. Apa yang mereka berdua sembunyikan? Dan kenapa Zia cakap macam tu? Kenapa juga dia mesti benci aku? Tak boleh ke biarkan kami hidup bahagia macam pasangan yang lain? Sungguh aku tak faham.

" Fia."

Aku mengerling ke arah Usyair yang memanggil namaku itu.

" Kenapa diam je?"

Aku Cuma angkat bahu. Sebab dia diam so aku diam lah.

" Say something. Isteri abang bukan seorang pendiam macam ni melainkan dia tengah fikir sesuatu."

Aku senyum tipis.

" Nothing. Just about Zia." Aku berterus terang.

" Kenapa dengan dia? Kan abang dah kata semalam abang akan selesaikan sendiri dengan dia. Jangan risau okay?"

Tanganku digenggam erat. Seraya suruh aku mempercayai dirinya. Aku Cuma senyum sebab aku tak yakin yang semua ini boleh diselesaikan begitu sahaja.

" Abang percayakan Zia ke?"

" Kenapa cakap macam tu?"

" Abang percaya dia takkan ganggu Fia lagi selepas abang warning dia?"

Dia terdiam tapi dia meramas genggaman tangaku lembut.

" Abang tak janji tapi abang akan buat. Jangan risau. Fia Cuma perlu percayakan abang."

Tapi kenapa aku rasakan macam benda ni makin complicated?

" Tak nak fikirlah. Abang masih dalam mood holiday dengan sayang ni."

Aku tersenyum bila dengar suara merengek dia tu. Macam budak-budak.

" Sorry. Okay. Mari tukar topik."

" Good and I want ask you something."

Aku menjongketkan kening.

" What?"

Aku dah nampak dia tarik senyuman lebar.

" Bila sayang dah sedar yang sayang jatuh cinta dengan abang?"

Aku tergelak kecil. Jatuh cinta? Pandangan pertama maybe?

" Actually, dari first day Fia nampak abang Fia dah curious. Sampai Fia tak faham apa kena dengan hati Fia ni. Tengoklah. Bila Fia nampak abang dengan Zia je pun Fia terus rasa something wrong. Rasa sedih. Maybe time tu Fia sedar Fia dah sayangkan abang. Tapi lepas abang warning Fia dan tuduh Fia bukan-bukan. Terus Fia cuba buang jauh-jauh perasaan sayang tu sampai abang muncul semula time pertunangan Fia dengan Yusri."

Aku tersenyum hambar saat teringat tentang Yusri. Apa la jadi dengan kau Yusri? Aku rasa aku benci kau tapi aku perlu juga jumpa kau. Teringin nak tahu hal sebenar.

" Fia.."

Aku tersengih dan menggelengkan kepalaku.

" Fia okay. it's about the past right? Kenapa abang tiba-tiba boleh muncul time tu? And why you looked at me like that? Abang buat Fia menangis. Fia benci abang tapi Fia rindu abang. Stupid right?"

Dia menggelengkan kepalanya lantas tersenyum.

" No. you're not stupid dear."

" One more thing. Yusri pun perasan sampai dia tanya Fia apa hubungan Fia dengan abang time tu. Dia kata abang sayangkan Fia. Abang ada perasaan dekat Fia. Betul ke?"

Aku toleh ke arah dia dengan wajah curiga. Dia pula dah tersenyum dan tak lama selepas itu dia tersenyum.

" Yes. Masa tu abang kecewa sebab abang terlambat. Abang cuba kentalkan hati abang. Abang nak Fia faham apa yang abang rasa tapi abang tahu time tu Fia benci sangat dekat abang. So, itu je yang abang mampu buat."

No wonder aku pun rasa lain time tu. Cuma aku ketepikan perasaan aku sebab ego dan benci.

" Do you really love me that time abang?"

Aku masih tak percaya.

" Yes. True. I really love you. Macam abang pernah cakap sebelum ni. Bermula selepas abang warning Fia jangan ingat tentang abang. Ingat tak masa FIa keluar hospital? Dekat parking kereta? Time tu abang menafikan perasaan abang. Tapi selepas tu abang tak boleh lupakan sayang. How stupid I am."

Aku termangu. Ya. Baru teringat. Dekat parking kereta hospital. Aku baru keluar hospital masa tu sebab demam teruk.

" Abang cempung Fia ke masa Fia pengsan masa tu?" Soalku dengan nada terkejut.

Tiba-tiba dia tergelak dan menoleh ke arahku dengan kenyitan matanya.

" I have to. Sebab abang terlalu panik tengok sayang tiba-tiba pengsan. Abang jadi serba salah sebab abang puncanya. Kan?"

Aku tertunduk dengan rasa malu. Oh My! Malu!

" Tak payah malu dengan abang sebab abang dah jadi suami Fia kan? Dah boleh buat lebih dari tu kan?"

Terus aku tampar lengan dia dengan kuat. Sampai tergelak besar dia. Lagi malu aku jadinya.

" Abang! Stop it okay!" Tegasku ketika dia masih gelak.

" Okay. Sorry okay. You to cute sayang."

Aku pandang depan dengan wajah cemberut. Malu sebenarnya. Huargh! Jahat suami aku ni.

" Tapi satu je yang sayang perlu ingat. Abang terlalu sayangkan Fia. Terlalu cintakan Fia. Abang tak boleh kehilangan Fia. Fia dah jadi nyawa abang. Abang kahwin dengan Fia ikhlas. Bukan atas paksaan sesiapa pun. Dan abang langsung tak menyesal kahwin dengan Fia. Got it?"

Aku rasa nak menangis. Terharu. Aku terus menganggukkan kepalaku dan membalas genggamannya.

" Satu je abang minta. Percayakan abang. Jangan tinggalkan abang. If anything happen, jangan bertindak melulu tanpa dengar penjelasan abang. Sebab kepercayaan amat penting dalam sesebuah rumah tangga, faham kan sayang?"

Aku angguk lagi. Betul. Itu kunci utama.

" So, just stay with me forever okay dear?"

Aku tersenyum dan merapatkan bibirku ke arah telinganya. Aku bisikkan sesuatu sebelum melepaskan kucupan pada pipinya dan kembali jarakkan diri dengan senyuman bahagia.

" Okay abang because I love you."

**

" Sayang. Bangun. Kita dah sampai rumah."

Aku tersedar bila bahuku digoncang lembut. Aku memandang sekeliling. Ya. Dah sampai dekat rumah. Rumah kami. Aku keluar daripada kereta dengan rasa letih. Aku tunggu Usyair keluarkan beg dan kami sama-sama masuk ke dalam rumah.

Tapi sebaik sahaja pintu rumah dibuka, kami tersentak besar bila melihat keadaan rumah kami. Berselerak. Gaya macam ada orang pecah rumah. Aku tengok Usyair dan merangkul tangannya gara-gara rasa takut. Dia membalas rangkulanku dan wajahnya berubah tegang.

" Siapa punya kerja ni?"

Dia keluarkan phone dan terus call someone. Aku tak tahu siapa tapi yang pasti panggilan penting. Aku teliti sekali lagi keadaan rumah. Kalau nak kata perompak masuk, mesti televisyen dah lesap. Tapi televisyen masih ada elok dekat tempatnya. Aku melepaskan rangkulan Usyair dan melangkah masuk sambil memandang ke bawah. Takut terpijak sesuatu yang tajam.

Habis berterabur barang atas lantai. Sebenarnya apa yang perompak ni nak? Aku meluru ke dapur. Berselerak juga. Ada beberapa piring cawan pecah di atas lantai. Aku menuju ke almari bawah sekali. Sebab kat situ aku simpan sedikit duit. Duit simpanan aku. Tak banyak.

Aku buka dan tabung kecilku masih berada elok dekat situ. Tak terusik pun. Aku kerutkan dahi. Dorang tak buka kot. Pelik aku. Aku ke depan semula. Dan Usyair dah keluar. Ada dekat luar. Aku melangkah naik ke atas untuk ke bilik.

Aku terkedu bila masuk ke dalam bilik kami. Menggigil tangannku saat membuka pintu bilik kami. Air mataku pula terus mengalir kerana takut.

" Abang! Abang!"

Aku tak tunggu lagi dan terus panggil Usyair. Aku masih kaku depan bilik. Ya Allah. Apa yang mereka dah buat ni?

" Sayang! Kenapa ni?"

Usyair mendekati aku dengan wajah cemas. Aku menunjukkan ke arah bilik kami dengan tangan yang terketar-ketar. Dia juga terkedu bila melihatnya. Sama seperti aku tengok tadi. Dia menggenggam tangannya dengan wajah yang tegang.

" Fia. Ikut abang. Kita balik rumah mama."

" Tapi.."

" Now!"

Aku Cuma akur. Kenapa mereka buat semua ni?

**

Die!

Aku menggelengkan kepalaku berkali-kali setiap kali teringat perkataan yang tertulis dekat dinding atas penjuru katil dalam bilik kami sebelum ini. Dan aku pasti tulisan itu ditulis dengan darah. Sebab berwarna merah dan baunya cukup tidak sedap. Bilik kami berselerakan. Malah katil kami pun penuh dengan tompokan berwarna merah.

Aku jadi takut. Macam mana kalau mereka serang bila aku seorang diri dekat rumah? Apa patut aku buat? Ya Allah. Siapa mereka? Zia ke? Tapi kenapa?

" Fia!"

Aku tersentak bila namaku dipanggil kuat. Aku terus tersedar daripada lamunan dan melihat sekeliling. Abang dan Usyair melihatku pelik. Usyair mendekati aku dan mengusap kepalaku lembut.

" Kenapa ni?"

Aku gigit bibir.

" Fia takut. Mesti dia nak Fia mati. Sebab tu dia tulis macam tu kan?"

Aku dah mula fikir bukan-bukan. Mataku merah menahan tangis. Badanku menggeletar. Terbayang-bayang apa dah jadi selama ini dekat aku. Dan kata-kata Zia semalam terngiang-ngiang dekat fikiran aku.

" Fia. Rileks sayang."

Aku memerhati sekeliling. Aku angkat lutut dan memeluk lututku erat. Aku gigit bibir. Air mataku dah mengalir ke pipi.

" Argh!"

Aku terjerit bila terdengar sesuatu. Abang dan Usyair melangkah ke luar untuk memastikan itu bunyi apa. Aku masih ketakutan di sini. Mama dan papa pula tiada dekat rumah. Ada urusan mereka perlu uruskan.

" Fia. Chill okay. Tu bunyi kucing bergaduh je sayang."

" Zia nak bunuh Fia bang. Betul! Tak tipu! Dia nak Fia mati."

Usyair terus menarikku ke dalam pelukannya. Seraya ingin menenangkangku. Abang pula dah mengeluh kecil melihat keadaanku. Risau.

" Usyair. Aku rasa buat sementara waktu korang tinggallah dekat sini dulu. Bahaya kalau korang balik sana. Dah la kau selalu outstation. Tinggal Fia sorang-sorang dekat rumah. Lagi takut."

Kata-kata abang membuatkan Usyair turut mengeluh kecil.

" Jangan risau. Aku dah buat laporan polis masa kau call aku tadi. Mereka dah geledah rumah kau dan cari bukti. Dan aku juga suruh orang datang bersihkan semula keadaan rumah kau. Rahsia takkan bocor."

Usyair kelihatan lega dan tunduk tengok aku semula. Aku masih terdiam tapi dah tenang. Kenapa aku macam ni? Sepatutnya aku kena relaks. Perlu percayakan suami aku. Dia kan polis. So aku nak takut apa? Argh! Bodohnya aku!

" Fia. Fia percaya abang kan? Abang akan selesaikan semua ini secepat yang mungkin okay?"

Aku Cuma angguk dan kembali peluk Usyair bersama perasaan takut. I hope so.

**

Aku buka mata bila terasa lenaku terlalu lama. Aku toleh ke arah kiriku. Tiada. Aku kerling jam pula. Patutlah. Dah pukul 8 pagi. Mesti la dia dah pergi kerja. Aku bangun duduk dan mengikat rambut. Aku teringat semula apa yang dah jadi semalam.

Selepas Subuh tadi pun Usyair tak habis-habis memberikan aku kekuatan. Aku tersenyum. Terima kasih abang. Jangan risau. Fia okay.

Aku bangun dan pergi ke bilik air untuk bersihkan diri. Bila dah selesai aku turun ke bawah. Sunyi sepi je rumah. Mama ke mana? Aku menuju ke dapur. Tiada pun. Maybe keluar ke pasar. Aku ambil gelas dan tuang air kosong ke dalam gelas. Aku habiskan minuman dan meletakkan ke dalam sinki semula.

Aku menuju semula ke ruang tamu dan duduk di sofa. Terasa letih sangat lately. Sebab macam-macam dah jadi. Entah aku kuat ke tak nak alami semua ni. Setakat ugutan tu pun aku dah takut. Apa cer? Kesian Usyair. Mesti dia risau sangat dengan aku. Sepatutnya aku lawan dan kuat. Hmm.

Aku ambil remote tv dan buka. Terasa bosan pula. Nama je cuti. Aku baringkan tubuhku dekat sofa. Tengok televisyen dengan rasa bosan. Sampai aku terdengar bunyi moto dekat luar. Aku terus bangun dan mengintai sebalik tingkap. Ternyata abang posmen. Lepas abang posmen pergi aku pun keluar untuk ambil surat.

Aku masuk semula ke dalam rumah dan mengunci pintu bila dah ambil surat. Ada tiga surat dekat tangan aku. First surat papa. Second abang. Ketiga pula tiada nama melainkan Fia. Aku tersentak. Surat aku ke?

Aku letakkan surat yang lain di atas meja. Aku fokus pada surat yang kelihatan mencurigakan ini. Dengan debaran aku buka surat itu untuk ketahui isi di dalam.

Ada keratan kecil dari surat khabar. Jelas dahiku berkerut. Dan tajuk akhbar itu adalah Seorang perempuan dibunuh dengan kejam. Eh. Aku macam pernah baca je tajuk akhbar ni. Lepas tu ada sepucuk surat pula. Aku buka dan baca.

Kau tahu siapa perempuan yang dimaksudkan dalam akhbar tu? Perempuan tu dulu teman wanita suami kau! Suami kepada Luthfia Nisrina. Usyair Fahmi Ahsan. Yes. Perempuan tu kekasih suami kau dulu. Tapi dia dah jadi arwah. Kau tak percaya? Kau pergi cari bukti melalui suami kau sendiri. Aku yakin dia mesti ada simpan keratan akhbar macam ni juga. Oh lupa. Aku ada selit sekali gambar perempuan tu dalam sampul surat. Bye. See ya.

Terketar-ketar tangan aku baca surat itu. Aku yakin penulis ini adalah Zia. Tak. Aku tak percaya. Semua ni tipu semata-mata. Aku cari gambar yang dimaksudkan dalam sampul surat itu. Aku terkedu lagi bila ada sekeping gambar. Gambar itu merupakan seorang perempuan manis bertudung berbaju kurung dan berlatar belakangkan masjid.

Terjatuh terus gambar dan surat itu dari peganganku. Terus air mataku menitis ke pipi. Apa semua ni? Betul ke apa Zia katakan? Tapi kenapa mesti dia beritahu aku? Why? Kalau ye pun itu kekasih dia. perkara tu dah berlalu pun. Mestilah Usyair dah move on. Argh! Aku makin tak faham. But, aku perlu cari ke? Perlu ke aku selidik?

Tiba-tiba telingaku mendengar deruman kereta masuk ke dalam rumah. Aku yakin mama dah balik. Cepat-cepat aku masukkan semula keratan akhbar, gambar dan surat itu ke dalam sampul semula. Then aku lipatkan menjadi kecil lalu masukkan ke dalam poket seluarku. Aku buat-buat tengok tv saat mama dah masuk.

" Fia? Dah bangun?"

Aku menoleh dengan memberikan senyuman. Senyuman untuk mengaburi mata mama.

" Haha. Mama dari mana ni?"

" Dari office papa. Hantar barang. Mama tak sempat nak inform Fia sebab kelam kabut."

" It's okay mama."

Bila mama berlalu ke dapur barulah aku boleh menarik nafas lega. Tapi dalam hati masih ada rasa gusar dan resah. Satu je, aku perlu cari kalau nak sahkan benda ini betul atau tak. Kalau tak aku akan teringat. Tak guna kau Zia. Apa motif kau ni?

**

Sebab sifat ingin menguasai segala-galanya. Akhirnya aku balik juga ke rumah Usyair. Dengan debaran yang menggila aku buka kunci rumah. Tu pun terketar-ketar. Buka je pintu aku lega bila keadaan rumah jadi seperti sedia kala.

Aku melangkah masuk dengan rasa macam-macam. Tapi aku tetap tenang dan naik ke bilik. Aku tak tahu nak mula dari mana. Almari dulu kot. Aku melangkah ke arah almari dia. Aku buka dan cari sesuatu disebalik pakaian dia. Tapi tiada apa-apa yang mencurigakan pun.

Aku tutup semula dan buka laci bawah. Ada dua laci. Laci atas aku tak buka sebab aku tau apa ada dalam tu. Seluar kecik dia. Malu aku kalau buka. Cuma laci kedua aku tak pernah buka sebab ia berkunci. So aku try sekali lagi. Still berkunci. So kena cari kunci dia.

Aku toleh ke arah meja kerja dia. Aku mendekati situ dan cari apa-apa yang sesuai untuk buka laci tersebut. Lastly aku jumpa dawai kecil. Aku ambil dan melangkah semula ke arah laci. Aku cuba dengan masukkan dawai ke dalam lubang kunci tersebut. Pusing-pusingkannya sampai akhirnya aku berjaya tarik laci tu.

Tak berlengah lagi aku tarik laci tu dan ada sebuah kotak kasut berwarna hitam dalam laci tu. Aku bawa tarik kotak tu keluar. Aku buka kotak tu dan ada macam-macam dalam kotak tu. Semua barang dia.

Dan yang paling membuatkan aku rasa nak lari bila aku ternampak sekeping gambar. Gambar tu persis sekali dengan gambar yang aku dapat pagi tadi. Terketar-ketar aku capai gambar tu dan aku toleh belakang gambar tersebut.

I love you. Suraya Natasha.

Hatiku menjerit pedih. Air mataku dah lama jatuh ke pipi. Usyair. Apa semua ni? Aku kesat air mataku kasar dan letakkan gambar tu ke tepi. Aku tengok lagi isi dalam kotak tersebut. Macam-macam ada dan aku yakin semua ni barang peninggalan arwah. Tiba-tiba aku terjumpa lipatan surat.

Sekali lagi tanganku menggigil saat membuka lipatan surat itu. Ternyata keratan akhbar tentang arwah. Ya Allah! Di dalamnya juga terselit satu lipatan kecil surat berwarna putih. Aku buka dengan hati yang pedih.

Kenapa awak pergi tinggalkan saya Su. I miss you. Miss you badly. Please don't leave me alone. Perlu ke saya balas dendam atas apa yang terjadi pada awak? Su! I miss you!

Terlepas kertas itu dari pegangan tanganku. Puas dah aku menahan diri dari menangis. Tapi kali ni aku tewas. Aku terus menangis dengan kuat. Hatiku menjerit kuat. Pedih. Sakit. Air mataku pula mengalir laju ke pipi.

" Argh!!"

Aku tumbuk dadaku kuat. Rasa susah sangat nak terima semua ni. Tapi semua ni kenyataan yang tak boleh disangkal lagi. Aku gigit bibir. Aku masukkan semula apa yang aku keluarkan tadi ke dalam kotak semula.

Tiba-tiba aku teringat semula kata-kata janji manis dia sebelum ini.

" Tapi satu je yang sayang perlu ingat. Abang terlalu sayangkan Fia. Terlalu cintakan Fia. Abang tak boleh kehilangan Fia. Fia dah jadi nyawa abang. Abang kahwin dengan Fia ikhlas. Bukan atas paksaan sesiapa pun. Dan abang langsung tak menyesal kahwin dengan Fia. Got it?"

" So, just stay with me forever okay dear?"

" Abang Cuma sayangkan Fia. Abang Cuma cintakan Fia. Abang sanggup buat apa saja asalkan Fia ada dalam hidup abang dan di sisi abang. Tiada sesiapa pun dapat pisahkan kita melainkan ajal dan maut."

" Abang rindu Fia."

" I love you Fia."

Aku menjerit sekali lagi dengan tangisan sebaik sahaja teringat semua kata-kata dia itu. Ya Allah. Dia benar-benar maksudkan atau sekadar ingin ambil hati aku? Dia dah betul-betul lupakan arwah kekasih dia ke? Aku tak tahu nak buat apa ni. Ya Allah. Apa patut aku buat ni? Aku patut percaya siapa?

Aku meraup wajahku perlahan. Aku simpan semula isi dalam kotak tersebut dan masukkan semula ke dalam laci almari. Bila dah kemas kembali aku bangun dan ingin keluar semula dari situ. Tapi aku sempat berpaling semula ke arah katil. Sekali gus mengingatkan aku di mana kami berbaik, bergurau senda dan beradu asmara di situ.

" Abang. Should I trust you?"

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku tengok nama di skrin dengan rasa pedih di hati. Tapi aku kesat air mataku dan jawab juga panggilan tersebut supaya dia tak curiga.

" Helo."

" Sayang! Sayang dekat mana? Abang balik tengok sayang tak ada dalam bilik. Mama kata sayang keluar kejap tadi. Sayang kat mana ni?"

Aku ketap bibir menahan tangis.

" Haah. Ambil angin kejap. Nanti Fia balik."

Sedaya upaya aku tahan diri daripada menangis saat bercakap. Takut dia perasan.

" Fia? Are you okay?"

Aku memejamkan mata saat dia terperasan sesuatu. Ya Allah. Apa patut aku buat?

" Okay je. sorry. Tadi makan ais krim. Then bersin tak henti. Tu suara lain macam sikit. Kelakar kan?"

Aku buat-buat ketawa agar Usyair tak curiga. Bila dengar dia ketawa aku buka mata dengan senyuman pahit.

" Ada-ada je sayang ni. okay. cepat sikit balik. Abang tunggu ni. and you know? I miss you badly."

Senyumanku mati. You miss me? Or you miss Su?

" Okay abang. Bye."

Terus aku matikan talian. Serentak itu aku kembali menangis lantas terduduk. Abang. Tolong katakan semua ni tak betul! Argh!

**

Tepat pukul 8 malam baru aku sampai dekat rumah. Lepas keluar dari rumah Usyair aku melencong ke arah lain dulu. Tenangkan diri dan fikiran dan hilangkan kesan merah dekat mata. Kalau tak mesti orang dekat rumah akan tertanya-tanya dan soal macam-macam apa yang dah jadi. So better aku jarakkan masa tu kan?

Aku masuk ke dalam rumah dalam keadaan lemah dan fikiran yang berkecamuk. Mujur tiada orang dekat ruang tamu. Aku terus menuju ke bilik. Aku masuk ke dalam bilik dan langkahku yang ingin menuju ke meja solek terhenti bila Usyair dah berdiri tepat di hadapanku sekarang. Dengan wajah ketatnya.

" Fia pergi mana?"

Aku langsung tak tengok dia dan menonong terus ke arah meja solek. Aku letak beg dan buka tudung. Kemudian aku berura-ura nak ambil tuala dan pergi bersihkan diri. Tapi lenganku direntap Usyair sampai aku berhadapan semula dengan dia.

" Fia. Dengar tak abang tanya tadi? Kenapa balik lambat sangat? Risau tau tak?"

Aku masih tidak memberikan sebarang tindak balas. Malah hanya merenung dia dengan renungan kosong. Tapi yang pasti hatiku pedih bila mengingatkan apa yang aku jumpa petang tadi. Tapi aku tolak ke tepi. Aku tak boleh bersikap begini selagi tak tanya dia. Cuma aku betul-betul kecewa sebab dia tak pernah beritahu aku hal yang sebenar.

" Fia!"

" Fia penat. Fia nak mandi."

Aku langsung tak hiraukan dia malah berlalu untuk ke bilik air. Tapi sekali lagi langkahku ditahan. Dia memaut leherku erat lantas dengan pantasnya bibirku dipautnya. Aku tersentak dan menjadi kaku. Tapi tak lama bila aku tersedar dan aku terus berusaha tolak tubuh dia semula. Tapi aku gagal. Aku mula mengalirkan air mata bila dia masih memagut bibirku.

" Fia."

Aku tengok dia dengan mata yang berkaca-kaca. Dia melihatku dengan renungan serba salah. Sebab aku menangis. Aku ketap bibir. Aku kesat bibirku dan memandang tajam ke arah Usyair.

" Fia benci abang! Benci!"

Terus aku berlari masuk ke dalam bilik air dengan tangisan kecil. Aku kunci pintu dan tersandar belakang pintu dengan tangisan kecil. Tiba-tiba pintu diketuk. Dia memanggil namaku berulang kali tapi tidak aku hiraukan. Aku terjatuh terduduk dan menekup wajahku.

" Fia. Abang minta maaf. Abang Cuma geram sebab Fia tak cakap dengan abang. Abang Cuma terlalu rindukan sayang."

Aku jatuhkan tangan dan kesat air mataku dengan kasar. Aku sentuh bibirku yang baru disentuh tadi. Aku tenyeh berulang kali dengan kuat. Argh! Aku benci diri aku. Mudah terpujuk.

" Fia. I'm sorry. I miss you sayang."

Bila agak lama barulah aku dah tak dengar suara dan ketukan dia. Aku pula dah berhenti menangis. Puas aku menangis dan aku jadi penat.

" Fia cintakan abang tapi Fia kecewa dengan abang. Fia benci abang."

Terus aku basahkan diriku dibawah air paip hujan lantas terduduk dengan rasa lemah. I'm such a loser girl. Loser because I love him. I miss him and I cant leave without him. Stupid! I'm stupid!

" Arghhh! Benci!"

#Okay guys? Makin tertanya-tanya? Sis tahu korang dah pandai buat kesimpulan. Haha. But, jangan risau Usyair bukan orang jahat okay. Dia seorang suami dan pencinta yang baik buat Fia.#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro