Part 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Fia!"

Aku tersentak. Aku buka mata je dah ada dalam satu suasana. Dan suasana sekarang ni adalah rumah aku. Di ruang tamu. Dan itu aku. Aku mendekati jasad aku satu lagi. Dia tengah membaca surat khabar. Aku baca tajuk akhbar itu dan aku terkedu.

Seorang perempuan dibunuh dengan kejam

" Seorang perempuan dijumpai mati di sebuah rumah usang dalam keadaan berdarah dan pisau diperutnya. Dikatakan perempuan ini menjadi tebusan seorang penculik tapi tidak berjaya diselamatkan bila penculik tersebut berjaya melarikan diri selepas membunuh perempuan tersebut."

Tiba-tiba ada cahaya putih menerpa ke arah mataku sampai aku terpaksa pejamkan mata. Bila cahaya itu hilang aku buka mataku semula. Dan aku terkedu bila aku berada di hadapan balai polis dan berdepan dengan Usyair dan abang. Jasad aku pun turut ada di situ. Dan telingaku dapat mendengar perbualan mereka.

" Lokman!"

Aku mendongak ke depan. Lelaki tadi memanggil abang aku.

" Ha. Kenapa?"

" Aku takkan ubah fikiran aku."

" Tapi kau dengar kan apa papa aku cakap tadi?"

" No! Aku takkan beralah. Cukuplah sekali aku ikut kata papa kau sampai Su mati!"

Aku terdiam. Saat ini masa aku tak kenal Usyair lagi. Su? Aku rasa nak terjatuh tapi sekali lagi aku dibawa ke satu tempat. Air mataku nak mengalir bila suasana saat ini aku berada di sisi abang.

" You will know soon. But, he such a kind person Fia. Just for the one reason. He's changed a lot. Sebab tu Fia nampak dia dingin dengan Fia. Dia dah tak ngam dengan perempuan. Dia benci semua perempuan dan dia keraskan hati dia. Sebab tu dia jadi macam tu. Tapi dia seorang yang baik Fia. Abang tak cerita sebelum ni sebab abang tak nak Fia fikir fasal dia. Sebab abang sendiri pun serabut fikir fasal dia."

Aku tersenyum hambar. Dia dah berubah ke abang? Dia dah tak jadi dingin seperti sebelum ini dan apa yang menyebabkan dia berubah? Maksud abang dulu mesti sebab arwah kekasih dia kan?

" FIa! Tolong! Jangan benci Usyair! Please dengar penjelasan dia dulu baru kau nak benci dia."

Tiba-tiba ada satu suara berkata. Aku melihat sekeliling mencari suara itu tapi tiada. Aku jadi takut.

" Aku sakit hati tengok kau Fia. Dia layan kau cukup baik tapi apa yang kau buat? Sebab Zia kau percaya? Yes tak salah tapi jangan bertindak melulu."

Sekali lagi suara itu berkata sampai akhirnya aku terduduk dan menutup kedua-dua telingaku. Tak nak dengar! Tak nak dengar! Arh!

**

" Fia! Fia! Bangun sayang!"

Aku tersedar saat terdengar suara Usyair. Tercungap-cungap aku bangun dan melihat sekeliling. Ya Allah. Aku bermimpi. Tapi mimpi tu terkesan sekali dekat hati aku. Sekali lagi air mataku mengalir ke pipi tanpa aku pedulikan renungan risau Usyair.

" Ya Allah. Fia. Kenapa ni?"

Teresak-esak aku menangis bila mengingatkan mimpi tersebut. Aku rasa diri aku paling lemah saat ini.

" Fia..."

Dia ingin menarik aku ke dalam pelukannya tapi aku tepis. Aku masih tak boleh termakan pujukan dia. Aku perlukan masa. Aku tengok dia dengan mata yang penuh air mata. Dia kasihan tengok aku dan ingin memujuk.

" Usyair. Siapa Suraya?"

Dia nampak terkejut saat aku sebut nama Suraya. Wajahnya berubah menjadi sayu. Tapi dia masih beriak tenang. Tangannya cuba mencapai tanganku tapi aku tolak lagi.

" Fia."

" Just answer me!" Tegasku. Aku dah tak tahan. Takut aku makin hilang rasa sabar.

" Mana Fia tahu fasal Suraya?"

Dia dah nampak serius. Aku tersenyum sinis. Aku menggelengkan kepalaku dan menoleh ke arah lain.

" Tak perlu tahu. Fia just nak abang jujur siapa Suraya. Tell me." Tegasku sekali lagi tanpa memandang ke arahnya.

Terdengar keluhan kecil daripada bibirnya. Membuatkan aku rasa sakit. Tapi aku tahan.

" Dia arwah kekasih abang."

Ya Allah. Pedih sangat hati aku saat dengar. Tapi aku tak boleh macam ni. Lagipun itu kisah silam dia.

" Dia meninggal sebab kena bunuh dengan ketua samseng. Benda ni dah lama berlalu. Sebelum abang kahwin dengan Fia lagi. Seminggu sebelum abang kenal dengan Fia. Dah lama sayang. Abang pun dah lupakan tentang peristiwa tu."

Dia kembali memujuk tapi aku tak terima. Aku tarik nafas dalam dan cuba kuatkan hati untuk bertanya soalan ini. Walau apa pun jawapan dia aku kena terima dengan hati yang rela. Sebab aku kan batu loncatan dia.

" Do you still love her?"

Suasana jadi sunyi sepi. Aku menoleh ke arah dia. Tajam dia merenung aku.

" I love you."

" You miss her?"

" I miss you!"

Aku tertawa sinis.

" Abang! Please jujur! Abang tak cintakan saya kan? Abang masih cintakan dia kan? Abang masih rindukan dia kan? Dan abang Cuma nak balas dendam dan gunakan Fia untuk lupakan dia kan? Kan?!"

Aku dah mula hilang sabar dan soal dia bertalu-talu. Sampai aku sendiri penat dengan diri aku sendiri. Aku lihat dia yang tengah meraup wajahnya itu.

" Kenapa Fia jadi macam ni? Kenapa mesti Fia lebih percayakan orang lain?"

" Sebab Fia tengok dengan kepala mata Fia sendiri! Fia dah jumpa bukti! Dan abang masih cintakan dia!"

Aku dah membentak. Dah tak sanggup nak simpan semua ni seorang diri.

" Bukti apa Fia?"

Aku tersenyum sinis. Aku kesat air mataku kasar.

" Kalau lah abang dah lupakan dia abang takkan simpan kotak tu kan? Abang takkan simpan semua fasal dia lagi. Dengan gambar dan kata-kata abang terhadap dia. No! You wont if you really forget about her."

Kami saling memandang dan aku mengalah sebab dah tak tahan dengan renungan dia itu. Aku tewas.

" Jadi Fia dah tahu fasal kotak tu? Dan sebab tu Fia balik tadi dan marah abang? Macam tu?"

Aku just diam. Tak nak bahaskan soal tu.

" Betul. Dia kekasih abang. Abang cintakan dia. Abang rindu dia. Dan abang pernah berniat nak balas dendam demi dia. Tapi itu dulu Fia! Dulu!"

Aku tahan rasa. Rasa sakit bila dengar pengakuan dia tu. Ya Allah. Kuatkan hati aku.

" Itu dulu Fia. Sekarang dia pun dah tak ada. Dan dia dah tak ada dalam hati abang. Cuma Fia seorang je dalam hati abang. Semuanya berubah bila abang dah jatuh sayang dekat Fia. Tolonglah percaya. Semua tu kenangan lalu abang dengan dia je. kalau abang masih tak dapat lupakan dia dah lama abang tak cari Fia. Abang biarkan Fia dengan orang lain. Dan maybe abang takkan jadi suami Fia sekarang ni."

Aku terkedu. Tapi aku masih diam. Tak terasa nak cakap.

" Apa lagi yang kurang pada abang Fia? Okay. Kalau Fia nak abang buang kotak tu abang akan buang. Sebab kotak itu dah tak bermakna lagi. But dia tetap menjadi kenangan abang sebab dia pernah bahagiakan abang."

Aku ketap bibir. Adakah aku terlalu memaksa dia?

" Fia. Maaf sebab abang tak beritahu pada Fia lebih awal. Abang tak nak ingat perkara lama."

Aku tunduk dengan rasa sedih. Langsung tak tengok ke arah dia.

" Fia.."

Dia cuba ingin meraih tanganku tapi terhenti bila aku tak berikan reaksi. Akhirnya dia menjauhkan semula tangannya.

" Take your time. Abang takkan kacau Fia buat masa ni. I just you to know that I love you. Not Su. Only you."

Usai saja dia berkata begitu dia terus keluar daripada bilik. Meninggalkan aku dalam keadaan sedih dan pilu. Aku ketap bibir.

" Abang. Maafkan Fia. Fia dah tuduh abang."

**

Makanan yang terhidang depan mataku saat ini aku pandang dengan renungan kosong. Langsung tak tertarik selera aku untuk makan. Sampai aku Cuma kuis-kuis nasi dalam pinggan. Aku langsung tak jamah nasi tersebut. Cuma termenung sampai abang mengembalikan aku ke dalam dunia nyata.

" Fia. Kenapa tak makan nasi tu?"

Aku dongak tengok abang dan tunduk tengok nasi. Aku tersenyum hambar dan gelengkan kepala. Aku minum air sampai habis dan bawa pinggan ke sinki. Aku terpaksa buang sisa makanan ke dalam tong sampah dan basuh pinggan. Selepas itu aku duduk di sofa ruang tamu.

Aku capai phone dan tengok skrin. Aku mengeluh kecil. Dah dua hari tiada chat daripada Usyair. Dia berdiam diri terus. Selepas kes aku tanya fasal Su. Dia terus diam. Langsung tak balik sini. Mana dia pergi? Dia terasa dengan aku ke?

" Kenapa tak call je dia?"

Terkejut aku bila abang tiba-tiba muncul dan duduk depan aku. Wajahnya cukup serius. Tiada senyuman pada wajahnya.

" Kenapa nak call dia pula?" Soalku buat-buat tak tahu.

" Abang tak faham betul la dengan kau ni Fia. Kenapa ego sangat? Kenapa mesti ikutkan sangat perasaan tu? Sudah-sudahlah ungkit fasal peristiwa dulu. Itu kisah lalu Fia. Dia dah tak nak ingat. Dia Cuma fokus dekat Fia sekarang. Dia Cuma sayangkan Fia bukan Su!"

Aku tersentak bila abang tiba-tiba meninggikan suara dan semua itu tentang Usyair.

" Abang dah tahu semuanya. Abang paksa Usyair cerita. Kenapa mesti tuduh dia macam tu Fia? Tak salahkan dia just nak simpan sikit kenangan dia dengan arwah kekasih dia? Tapi cinta dia hanya pada Fia. Takkan selama ini Fia masih tak nampak?"

Aku tertunduk dengan rasa serba salah. Aku terlalu ikutkan perasaan. Semua ini sebab tuduhan Zia. Dia galakkan aku membenci Usyair. Ya Allah.

" Dia dah cukup perfect tapi apa kau buat Fia? Sekarang ni abang nak Fia cari dia sampai jumpa. Berbaik semula. Pujuk dia. Abang nak tengok dia balik sini. Malam ni juga! Kalau tak abang takkan maafkan Fia."

Terus abang bangun dan berlalu dari sini. Meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Tapi akhirnya aku turut mengeluh sebab semua ni memang salah aku. Ego! Terlalu ikutkan emosi! Terlalu takut akan kehilangan Usyair. Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Dia suami aku. Tapi aku dah sakitkan hati dia. Ampunkan aku Ya Allah.

Yang penting sekarang ni aku nak cari dia dekat mana? Nak aku call dia ke? Message? Tak salah kalau nak try kan?

Dengan debaran kecil aku paksa diri call Usyair. Dalam hati berharap dia akan jawab. Tapi semuanya sia-sia. Panggilan aku tak berjawab. Aku tersenyum pahit. Mesti dia marah aku.

" Abang. Maafkan Fia."

**

Aku tengok sekeliling halaman rumah aku dan USyair. Aku tersenyum pahit. Tiada apa yang berubah. Sebab aku call dia tak jawab. Aku ambil keputusan untuk datang ke sini. Dan aku yakin dia pun ada dekat sini sebab kereta dia ada di sini.

Aku melangkah perlahan-lahan ke pintu utama rumah. Mujur ada kunci pendua. Aku buka dan masa masuk dalam keadaan gelap. Lampu tak buka. Dah la malam. Tapi aku tak pedulikan. Aku melangkah pula ke arah tangga dan naik untuk menuju ke bilik kami.

Aku ketap bibir saat sudah berdiri depan bilik kami. Aku tiada kekuatan untuk masuk. Tapi ini salah kau Fia. Jangan lari. Kau kena juga pujuk dia. Kau sayang dia kan?

Aku buka juga pintu bilik. Aku meliarkan pandangan ku ke sekeliling bilik. Mataku terus terarah pada katil. Tiada Usyair. Yang ada Cuma sehelai baju dan seluar yang macam baru lepas dipakai. Aku tengok sekeliling bilik. Tiada orang. Mana dia pergi?

Aku masuk dan tutup pintu. Aku melangkah ke arah birai katil. Aku duduk dan melihat pakaian Usyair. Aku usap lembut baju dia.

" I miss you. Where are you?"

Aku tunduk dan entah masa bila air mataku pula menitis ke pipi.

" Maafkan Fia. Fia ego. Fia emosi. Fia dah tuduh abang. Tapi Fia cintakan abang. Fia Cuma takut akan kehilangan abang. Abang..."

Tiba-tiba aku rasa ada seseorang berdiri depan aku. Perlahan-lahan aku mendongak ke atas dan terpampang wajah Usyair yang segar sebab baru lepas mandi itu. Dia Cuma bertuala tapi aku langsung tak tolehkan wajah daripada melihat wajah suci dia. rambutnya yang basah membuatkan hatiku berdebar kembali.

" A..abang..."

Aku bangun dan rasa nak menangis lagi.

" Apa Fia buat dekat sini?"

Aku tersentak bila Usyair soal macam tu. Aku terasa tapi memang patut pun aku dapat layanan macam ni. Semua salah aku.

" Maafkan Fia. Fia tahu Fia salah. Fia dah tuduh abang macam-macam. Fia tak sepatutnya tuduh abang. Yang dah lepas sepatutnya lepas. Fia ego. Maafkan Fia. Maaf.."

Tak sempat aku nak sambung lagi, tiba-tiba bibirku dipagut lembut oleh si dia. membuatkan aku terkaku tanpa bergerak. Beg aku pun dah jatuh ke bawah. Kedua-dua tanganku pula dah digenggam erat sampai aku terpejam mata menghayati ciuman dia.

" I miss you badly."

Ucapnya selepas melepaskan bibirku. Aku melihat dia dengan renungan berkaca.

" I'm sorry."

Dia menarik senyuman lebar dan terus menarikku ke dalam pelukannya.

" Abang tak pernah salahkan sayang. Abang pun salah sebab tak cerita benda ni lebih awal. I'm sorry to."

Aku Cuma angguk dalam pelukannya. Aku rasa lega bila maafku dah terlunas. Ya Allah. Terima kasih.

" Lepas ni jangan cakap lagi fasal tu. Sebab abang tak pernah tipu tentang perasaan abang. Abang memang betul-betul cintakan Fia. Sayang Fia."

Dia leraikan pelukan dan renung aku dalam. Aku ketap bibir bersama air mata. Betul. Dia benar-benar ikhlas ketika mengucapkan kata-kata itu.

" So, please. Don't go far away from me. I wont lose you." Pintanya lagi dengan wajah mengharap.

Aku Cuma angguk dengan senyuman di bibir. Air mataku dah dikesat dengan tangan kasarnya.

" Promise me?"

" InsyaAllah. I'm promise."

Dia tersenyum dan mengusap lembut kepalaku.

" So, can I?"

Aku menjongketkan kening tanda tak faham.

" Can what?"

Dia tersenyum dengan penuh makna dan terus tolak tubuh aku sehingga terbaring ke atas katil. Aku terjerit kecil tapi dia berjaya menutup mulutku dengan ciumannya. Aku tersenyum dan membiarkan dia melepaskan rindunya sebab aku pun merinduinya.

" I love you Fia."

" I love you to abang."

**

" Abang! Apa ni?!"

" Hahaha. Degil sangat. Itu balasannya."

Aku memuncung. Tak puas hati bila kena buli macam ni. Nak balas balik la tu. Aku tengok dia kecil besar je sekarang ni.

" Abang tunggu. Fia akan balas dendam."

Dia tergelak besar. Dia memaut bahuku erat dan aku Cuma mencebik.

" Ye? Balas dendam apa tu sayang? Hmm?"

Aku terus buat muka geli geliman. Tak tunggu lama aku terus tolak tangan dia ke bawah dan berjalan masuk ke rumah. Rumah orang tua aku. Dari jauh aku dapat dengar ketawa dia. Hampeh!

" Assalamualaikum!" Panggilku bila dah berdiri depan pintu.

Baru je aku nak masuk ada satu kelibat muncul depan aku. Aku pun terus terkaku pada tempat sampailah bahuku dipaut Usyair. Aku kerling dia. Usyair nampak tenang tapi tak pula dia memberikan senyuman buat insan yang sedang berdiri depan kami ini.

" Waalaikumussalam. Masuklah." Jemputnya macam rumah sendiri.

Aku tahan rasa hati. Kenapa dia boleh ada dekat sini? Aku baru nak keluarkan suara, tiba-tiba terdengar pula bisikan Usyair.

" Biarkan dia sayang. Jangan ikut kata hati sangat. Abaikan je. sekarang kita masuk okay?"

Aku akhirnya hanya akur. Dia menarikku sehingga ke arah abang yang tengah duduk diruang tamu bersama papa. Mama entah pergi ke mana. Aku dan Usyair duduk di hadapan abang dekat sofa. Si tetamu tadi duduk jauh sikit daripada kami berdua.

" Dah selesai kan korang berdua?" Soal abang dengan kenyitan di mata.

Usyair tergelak. Aku Cuma diam.

" Alhamdulillah. Mana boleh merajuk lama-lama. Nanti rindu." Ujarnya selamba.

Aku yang malu ni terus cubit pinggang dia. Geram.

" Ouch! Sakit la sayang." Ngadunya sambil melihat aku.

Aku Cuma buat muka selamba. Aku tengok abang dan papa dengan kerutan di dahi. Then aku kerling tetamu yang berada tidak jauh dari kami ni. Buat apa pagi-pagi buta ada dekat rumah aku ni.

" Korang pergilah rehat dulu. Abang tahu kamu berdua letih. Nanti dah okay turunlah." Suruh abang.

Ala. Aku baru nak tanya fasal Zia. Tak sempat bila lengan aku cepat-cepat ditarik Usyair agar berlalu ke atas. Tapi sempat juga aku kerling ke arah dia dengan renungan tak puas hati. Dia macam tu la. Buat selamba badak dia je. macam tak ada apa-apa yang terjadi pun. Huh!

" Fia.."

Aku dah duduk dibirai katil dengan dengusan kasar. Tanda tak puas hati bila si Zia boleh ada dekat rumah ni. Aku buka tudung dan letakkan di tepi. Kemudian aku terus baring sambil memicit dahiku.

" Sayang.."

Aku kerling sebelah. Dia dah baring sebelah aku. Pinggang aku juga dirangkulnya erat.

" Kenapa dia boleh ada dekat sini?" Soalku tak puas hati.

" Fasal kerja la tu. Sayang jangan risau la."

Aku mencebik. Kerja?

" Abang tahu tak dia la punca kita bergaduh."

Usyair nampak still tenang even aku dah jujur. Malah dia setia merenung aku dengan senyuman.

" Abang! Dengar ke tak ni?"

Aku dah geram bila dia bisu je tadi. Tangannya setia mengusap kepalaku. Bila aku geram barulah dia nak beri respon. Gelak dulu pula tu.

" Tak nak dengar. Abang nak tengok sayang je sekarang ni. Nak lepaskan rindu."

Aku dah buat muka toya. Aku tolak tangan dia ke tepi. Aku bangun duduk. Rasa macam nak berdepan dengan si Zia tu la. Patut tak? I think patut. Baru je aku nak turun daripada katil, lenganku direntap terlebih dahulu sampai aku terbaring dalam pelukan dia. terpinga-pinga aku dongak ke arahnya.

" Don't go anywhere." Arahnya lembut.

Aku cuba melepaskan diri daripada pelukannya tapi gagal. Ubun-ubunku pula dikucup bertalu-talu sampai membuatkan aku rimas.

" Abang. Please."

" No."

" Ala. Please. Kejap je." Pujukku lagi dengan buat muka comel.

Tapi dia tetap dengan jawapan dia. menggelengkan kepala tanda tak boleh.

" No tetap no."

" Benci la dengan abang ni."

Aku mengiring ke arah bertentang dengan dia. Sakit hati. Semua tak boleh. Huh!

" Sayang..."

Terasa sentuhan lembut pada bahuku. Kemudian sentuhan itu turun pada leherku. Aku terkaku dan cuba menepis. Cuma gagal. Dia lebih cepat menangkap tanganku.

" Janganlah marah. Abang tahu apa yang sayang nak buat dekat bawah tu."

Aku terdiam. Tahu ke?

" Sebelum sayang nak buat sesuatu yang tak patut. Baik abang buat ni dulu."

Dia tarik aku agar berdepan dengan dia semula. Terkebil-kebil aku tengok dia dengan renungan tak faham.

" buat apa?"

" Goda sayang. Hahaha."

Aku tengok dia dengan renungan kosong.

" Not funny abang. Tak kira. Fia nak pergi jumpa dia juga. Nak berdepan. Fia tahu niat dia tak baik. Dia nak Fia tinggalkan abang tahu tak?"

Kami sama-sama terdiam selepas itu. Aku dah penat dengan keadaan ni. Aku bangun duduk dan diikuti dia.

" Abang takkan tinggalkan Fia." Ujarnya kedengaran tegas.

" But dia tetap akan buat Fia tinggalkan abang. Fia tak nak."

Suara aku dah kedengaran serak. Nak menangis. Sebak. Dia tarik aku ke dalam pelukan.

" No. I wont. Abang takkan benarkan dia sentuh isteri abang. Fia Cuma milik abang."

" Abang.."

Aku dah mula rasa lain bila tengok renungan dia. Dia pula dah tundukkan wajahnya sehingga berjaya merapatkan bibirnya ke arah bibirku.

" I love you."

Aku kaku tapi tak pula biarkan apa yang dia nak buat. Malah rasa selamat berada di sampingnya. Tangannya dah mula menjalar ke belakang aku. Aku terteguk air liur melihat renungan nakal dia. bibirnya dah menarik senyuman sinis.

" You're mine darling."

Terus dia tolak tubuhku perlahan agar aku baring semula. Dia pula mula mendekati aku. Bila dia ingin memaut bibirku, pintu bilik tiba-tiba diketuk.

Kami sama-sama menoleh ke arah pintu dengan tanda tanya. Aku tengok dia dengan renungan tanda tanya. Dia dah pamerkan wajah kecewa dan meraup wajahnya perlahan. Dia melepaskan aku dan turun daripada katil. Aku pula dah bangun duduk dan kemaskan pakaian.

" Ye?"

Dia buka pintu dan terjengul wajah Zia. Okay. aku dah mula rasa bara balik. Cepat-cepat aku turun dan berdiri sebelah Usyair. Aku paut erat pinggangnya. Nasib baik Usyair pun faham dan paut pinggang aku juga. Dan dari situ aku dapat tengok riak wajah Zia berubah.

" Ada apa ni Zia?" Soal Usyair macam tak puas hati.

" Err. Aku just nak cakap esok kerja kita dekat luar. Tak masuk office."

Cakap dengan Usyair tapi mata tu tengok aku. Aku ketap bibir. Terniat pula nak buat bagi dia cemburu. Aku tersenyum sinis. Aku rapatkan tubuhku ke arah Usyair. Aku sandarkan kepalaku pada bahunya. Lentok habis. Aku sendiri naik meluat. Haha.

" Oh. Boleh message kan?"

Usyair tengok aku pelik tapi tak pula tolak. Malah siap kucup lagi pipi aku. Aku sendiri jadi blushing.

" Oh. Haah. Okay la. Tu je."

Aku tahu dia dah bara tengok aksi kami berdua. Siapa suruh kacau.

" Eh Zia!"

Usyair memanggil tanpa sempat dia nak berlalu.

" Ya?"

" Tolong jangan kacau isteri aku lagi. Aku takkan diam diri kalau kau ada sakitkan isteri aku. I love her very much. Remember that."

Tak tunggu lama Usyair terus tutup pintu bilik. Aku sendiri pun jadi terkejut selepas Usyair katakan tadi. Aku tengok dia dengan riak tak percaya.

" Abang. Kenapa cakap macam tu?"

Usyair tersenyum dan mengheret tubuh aku ke arah katil.

" Dah betul. Kan sayang kata dia suka kacau sayang kan? Dan abang takkan benarkan."

Nampak lah suami aku tak suka bila Zia berniat tak baik dekat aku.

" Thanks abang."

Aku peluk dia dengan senyuman lebar.

" Abang sayang Fia tau tak? Sebab tu abang tak nak kehilangan Fia. Walau apa pun yang terjadi abang tak akan tinggalkan sayang."

" Kalau Fia hilang tanpa khabar berita?" Saja aku nak menguji.

Dia menggelengkan kepalanya dengan wajah serius.

" Abang akan cari sayang sampai jumpa. Itu janji abang. Tapi abang takkan benarkan sayang pergi tanpa abang."

Dia membalas pelukan aku. Ya Allah. Tolong lindungi rumah tangga kami. Jauhkan daripada anasir-anasir jahat. Aku cintakan dia Ya Allah. Aku tak nak kehilangan dia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro