Part 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedar tak sedar dah sebulan berlalu. Sekarang pula dah masuk musim cuti sekolah. Ada la dalam dua minggu. Dan dalam dua minggu ni juga aku busy tolong mama dan abang. Yala. Hujung minggu ni abang kesayangan aku tu akan berkahwin. Finally! Aku pula yang terlebih excited. Kau tau? Haha.

Kurang dari dua hari je lagi majlis abang dengan akak Dahlia. Nampak lah muka happy abang tu. Yala. Dia dah lama tunggu saat ini. Abang seorang lelaki yang setia. Beruntung Kak Dahlia. Hehe.

" Sayang. Buat apa tu?"

Dan dua hari ni sampai Ahad ni semua orang yang kerja ambil cuti demi menyempurnakan majlis pernikahan abang. Termasuk suami aku ni. Dia turut bantu apa yang patut.

" Masukkan barang ke dalam beg untuk bagi pada tetamu." Ujarku ringkas.

Dia ambil tempat sebelah aku dan turut bantu. Hadiah buat tetamu boleh dikatakan hampir perfect. Siapa buat? Aku la. Haha. Aku make sure semua perfect. Aku dah buat semenjak start cuti sekolah tiga hari lepas lagi. Tak ada kerja la katakan.

" Sayang."

" Yes?"

" Tadi abang nampak Lokman macam ada masalah."

Jelas dahiku berkerut saat ini. Masalah?

" Maksud abang?"

Dia menjongketkan bahunya.

" Abang sempat tegur dia masa dia nak masuk bilik tadi. Tapi riak wajah dia nampak sedih. Senyum pun terpaksa je. Abang jadi pelik. Ada problem dengan Dahlia ke?"

Aku terdiam. Yeke? Pagi tadi okay je pun. Takkan gaduh pula. Aku jadi tak senang duduk.

" Abang sambunglah buat. Fia nak pergi tengok abang."

Aku letakkan barang ke tepi. Dia kembali sambung. Aku bangun dan mula menuju ke tingkat atas. Bilik abang selang sebilik dari bilik aku. Aku mendekati pintu bilik abang dan ketuk perlahan.

" Abang!"

Dua kali ketuk masih tiada sahutan. Jadi aku ambil keputusan untuk buka pintu bilik abang. Aku jengulkan kepala ke dalam bilik. Mencari kelibat abang. Nah! Ada dibalkoni bilik rupanya. Aku masuk dan menuju ke arah abang. Perlahan-lahan sampai aku dah berdiri sebelah dia.

" Abang."

Dia nampak terkejut tapi still buat biasa dan tengok ke hadapan semula.

" Buat apa dalam bilik abang ni?"

" Abang ada masalah ke?"

Dia diam. Lama juga sampai aku terdengar dia mengeluh.

" Entah. Abang sendiri tak tahu."

Wajahnya diraup perlahan. Nampak stress.

" Cuba cakap dekat Fia. Apa masalahnya?"

Dia tersenyum hambar dan memandang ke arahku.

" Abang ni teruk sangat ke? Salah ke abang terlalu sayangkan dia?"

Okay. Dah agak. Ada kaitan dengan kak Dahlia.

" Kenapa dengan kak Dahlia? Gaduh?"

" Dia merajuk dengan abang sebab abang macam terlalu kongkong dia lately ni."

Aku tersenyum kecil dan menepuk bahu abang perlahan. Patutlah.

" Abang. Orang perempuan ni tak suka dikongkong tau? Kalau dah sebelum kahwin kena kongkong apatah lagi selepas kahwin? Lagi dia tak suka. Dia tak minta lebih. Dia Cuma nak abang lindungi dia, cintai dia dan hormat dia. Bukan kongkong abang. Fia tahu abang terlalu cintakan dia tapi jangan melebih. Nanti kak rimas."

Panjang lebar aku nasihati abang. Aku sebagai seorang perempuan faham apa yang kak Dahlia cuba maksudkan.

" Dan abang jangan ego. Kalau dua-dua ego tak ada maknalah sesuatu perhubungan tu. Abang kena mengalah. Jangan tinggi sangat ego tu. Kang melepas baru tahu."

Dia tersenyum pahit.

" Yes. Fia bangga dapat seorang abang macam abang ni. Seorang setia, penyanyang dan memahami. Tapi janganlah buat sesuatu yang dia tak suka. Tak salah nak halang benda yang abang tak suka tapi slow-slow. Jangan tergesa-gesa. Okay abang?"

Diam. Tapi dia mula mencapai telefon dan aku dapat kerling nama yang dia cuba dail. Dahlia. Aku tersenyum dan terus berlalu keluar daripada situ. Harap abang berjaya pujuk akak Dahlia ye bang? Hehe.

Aku turun semula ke bawah dan duduk sebelah Usyair. Dia tekun dengan kerjanya. Bila aku muncul dia hentikan kerja dia dan tengok aku dengan perasaan ingin tahu.

" So how?"

Aku tersengih dan sambung kerja.

" Okay dah. Tengah pujuk la tu. Biarlah."

" Pandai isteri abang kan?"

" Eh! Of course lah. Isteri siapa?"

Hidungku dicuit nakal. Aku Cuma tersengih dengan perasaan bahagia.

" By the way sayang."

Dia tarik beg yang aku pegang dan letak di tepi. Kemudian kedua-dua tanganku digenggam erat. Aku tengok dia dengan renungan tanda tanya.

" Abang terpaksa berjauhan lagi dengan sayang."

Aku terdiam. Sekali lagi?

" Ke mana?" Soalku separuh rela.

Dia tersenyum kecil dan merenung aku dalam.

" Sabah sayang."

" Berapa lama?"

" Sebulan."

Aku tergamam. Sebulan? Ya Allah. Kali ni lebih lama?

" Sorry sayang. Abang dah cuba tolak. Abang nak orang ganti. Tapi papa kata ini yang terakhir sebelum abang dinaikkan pangkat. So mahu tak mahu abang kena juga pergi. Maafkan abang sayang."

Aku rasa macam-macam. Kena berjauhan dengan Usyair selama sebulan. Kau rasa? Sedih kot.

" Okay."

Itu je aku mampu katakan. Takkan nak tolak. Itu kerja dia. Sebagai seorang polis.

" Sayang..."

Dia nampak risau tengok reaksi aku. Aku senyum dan sambung buat kerja.

" Fia okay. Sambunglah buat kerja tu."

Stay srong Fia. Dia pergi buat kerja bukan berfoya-foya. Ala. Boleh video call kan? Ceh.

**

" Eh! Abang! Tak siap lagi ke? Dah nak pergi ni!"

Aku mula bercekak pinggang tengok abang still tak pakai kain sampin lagi. Rambut pun tak terkemas. Duduk dibirai katil dengan telefon. Aku masuk ke dalam bilik dia dengan wajah geram. Dia tersengih sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

" Abang tak tahu nak pakai kain sampin la FIa."

Aku tepuk dahi. Ini seorang lagi. Nama je lelaki tapi ini pun tak tahu pakai. Aduhai! Teruk!

" Abang ni lelaki ke perempuan?" Sindirku lalu ambil kain sampin yang dipegangnya itu.

" Lelaki lah!"

" Tau pula lelaki. Tapi kain sampin pun tak pandai pakai. Ish." Aku mula bebel. Geram.

" Ala. Abang tahu pakai uniform polis je. sampin tak tahu."

Aku kerling dia tajam. Dia Cuma buat muka selamba.

" Menjawab je kerja abang kan? Haraplah kak Dahlia sabar dengan sikap annoying abang ni."

Dia tergelak dan hanya biarkan aku buat kerja aku. Aku kemaskan lilitan kain sampin dan nah! Kan dah elok. Perfect. Abang tengok dengan sengihan panjang.

" Thanks Fia."

Aku ambil pula songkok dia dan letak atas kepala dia. Giliran aku pula tarik senyuman panjang.

" Dah nak kahwin pun abang Fia ni."

Rasa sebak pula tengok abang aku yang segak ni. Abang tersenyum dan usap kepalaku lembut.

" Abang sayang Fia. Jangan lupakan abang ye?"

" Abang la. Jangan lupakan Fia bila dah kahwin."

Abang tergelak dan paut bahuku erat.

" Ye. Abang takkan lupa. By the way, Luthfi mana?"

Aku Cuma jongketkan bahu.

" Tadi kata dia pergi dulu ke masjid. Dia kan photographer abang."

" Nasib dia sampai juga semalam. Ingatkan tak balik."

Aku tergelak. Yala. Semua orang sakit hati dengan Luthfi. Kata tak jadi balik. Sedih betul. Tengok-tengok malam tadi muncul depan rumah. Suka sangat perkena orang mamat tu.

" Dah jom. Nanti tok kadi tunggu pula."

Cepat-cepat kami berdua melangkah turun daripada bilik. Semua orang dah berkumpul dekat ruang tamu kecuali Luthfi. Dia dah ada dekat masjid rasanya. Aku mendekati Usyair yang segak berpakaian baju Melayu berwarna biru lembut. Aku turut menggayakan baju kurung moden berwarna biru lembut. Tema kami warna biru lembut. Abang je putih. Dia kan pengantin.

" Jom la kalau dah siap."

" Jom!"

**

" Sini! Sini!"

Aku hanya memerhati dari jauh abang dan kak Dahlia bergambar. Alhamdulillah. Setengah jam yang lalu mereka dah sah jadi suami isteri. Aku bahagia tengok abang bahagia. Tiba-tiba bahuku dipaut. Aku kerling sebelah. Usyair. Dia tersenyum ke arahku.

" Kenapa ni?"

" Rasa tak percaya je abang Fia dah kahwin."

" Dia bukan makin muda sayang. 29 tahun tau? Macam abang."

Aku toleh ke arah Usyair dengan riak terkejut.

" La. Suami Fia dah 29 tahun ke? Ingatkan muda lagi."

Dia buat muka tak puas hati. Aku tersengih dan usap lengan dia.

" Amboi. Yala. Suami awak ni dah 29 tahun. Tapi buktinya abang kahwin dulu dari abang awak tu tau."

Giliran aku tergelak. Kami sama-sama melihat ke arah pengantin yang dalam sesi bergambar dan photographernya tentulah adik aku yang tersayang tu. Nama je doktor tapi mahir juga bergambar ni. dulu sempat dia ambil kursus tu sebelum masuk belajar. So dia tahu la. Jimat duit. Tapi time aku tak ada. Sebab ermm. Malas arh nak ungkit.

" Fia! Usyair! Sini!"

Abang memanggil kami berdua. Aku dan Usyair jadi tersentak.

" Jom. Dorang dah panggil tu."

Kami mendekati pasangan pengantin tersebut. Aku berdiri sebelah akak Dahlia. Usyair sebelah abang.

" Photo time."

Hampir 5 posing kami buat, dia panggil pula mama dan papa. Usyair dah mendekati aku. Kami beri ruang pada mama dan papa bergambar dulu.

" Okay. Family photo!"

Luthfi memanggil seorang rakannya untuk mengambil gambar. Dan kami sekeluarga berkumpul. Aku setia berdiri sebelah Usyair. Kami berdiri sebelah abang. Mama dan papa berdiri sebelah akak Dahlia. Luthfi pula duduk depan pengantin. Jadilah family potrait.

Klik!

**

Arh! Letih! Aku terbaring lemah atas katil. Esok kenduri pula. Letih juga. Dulu tak terasa sebab maybe bukan kehendak aku. Fia. Lupakan okay. Dah kata tak nak ungkit kan? Usyair tahu mesti tak suka.

" Letih ye?"

Dia muncul dan duduk sebelah aku. Aku Cuma senyum dan bangun duduk semula. Aku sandarkan kepalaku pada bahunya.

" Abang."

" Hmm?"

" Beza sangat kan kenduri kita dengan abang."

" Fia.."

Aku duduk tegak semula. Dia pusingkan badanku agar menghadap dia. Dia dah tak senyum. Wajahnya serius. Aku pun jadi serius juga.

" Jangan ingat lagi benda yang dulu. Kalau Fia nak abang boleh je buat sekali lagi majlis kita. Lagi happening. Nak? Asalkan sayang tak ungkit benda tu."

Aku tergamam. Dalam masa yang sama aku terharu.

" Abang tak menyesal ke?"

" No! Abang tak pernah menyesal asalkan buah hati abang dah jadi sebahagian dalam hidup abang."

Dia peluk aku dengan erat. Aku tersenyum jua akhirnya. Tapi tiba-tiba perut aku rasa sebu. Rasa mual dan nak termuntah. Tapi aku tahan. Perut masuk angin la ni. Tadi aku tak makan sangat. Sibuk buat kerja. Yela. Lepas akad nikah terus ke rumah pihak perempuan. Esok giliran kami pula.

" Fia. Abang.."

Tak sempat dia nak habiskan ayat dia aku tolak tubuh dia terlebih dahulu dan cepat-cepat menuju ke bilik air. Aku buang segala isi yang ada.

" werk! Werk!"

Terasa ada usapan lembut belakang aku sampailah aku terasa lega. Aku kumur mulut dan lapnya dengan kain. Aku berdiri tegak dan mula terasa lemah. Usyair dah tengok aku risau.

" Fia? Are you okay? Pucat je muka ni."

Aku angguk tanda dah okay. Cuma letih. Dia pimpin aku ke arah katil dan baringkan aku dengan perlahan.

" Fia? Kita pergi klinik?"

Aku terus gelengkan kepalaku.

" Perut masuk angin kot. Fia tak makan sangat tadi." Jelasku dengan perlahan.

" Tengok. Abang dah kata makan kan? Tunggu sini. Abang pergi ambil ubat dan makanan sikit."

Tak sempat aku nak halang dia keluar dulu dari bilik. Aku Cuma mampu diam dan memejamkan mata. Terasa pening dan perut mula rasa sebu semula. Tak berlengah lagi aku turun dari katil dan menuju ke bilik air.

" Werk! Werk!"

Aku kesat mulutku selepas muntah. Tapi tak ada isi yang keluar pun. Aku basuh muka lantas memaut tangan pada sinki. Rasa nak rebah. Tapi aku tahan. Aku keluar dari bilik air dan menuju ke arah katil. Mataku mula rasa berpinar-pinar, rasa nak jatuh lagi.

" Fia!"

Mujur ada orang sempat tahan tubuh aku sebelum aku rebah. Aku kerling sebelah. Usyair nampak sangat cemas tengok aku. Dia bawa aku ke katil dan baringkan tubuh aku perlahan.

" Nah. Makan roti ni. lepas tu telan panadol ni."

Aku Cuma menurut. Lepas dah makan ubat aku kembali pejamkan mata. Aku perlukan rehat. Itu je.

**

Aku tersedar bila aku rasa aku dah terlalu lama tidur. Aku buka mata dan perhati sekeliling. Masih dalam bilik. Aku tunduk tengok perut aku. Ada tangan yang merangkul pinggang aku. Aku kerling sebelah. Ternyata Usyair. Aku tersenyum. Mesti aku dah susahkan dia.

Aku tengok jam dekat dinding. Dah pukul 10 malam. Lama juga aku tidur. Aku tak Isyak lagi. Aku tolak tangan dia ke bawah dengan perlahan-lahan. Aku bangun duduk. Dah tak rasa pening. Baguslah. Aku cepat-cepat pergi ambil wudhuk dan solat Isyak.

Bila dah selesai, aku ambil keputusan untuk turun ke bawah. Biarlah Usyair berehat. Letih sangat la tu. Kesian dia. Aku turun ke ruang tamu. Kelihatan Luthfi seorang je.

" Luthfi." Tegurku dan ambil tempat sebelah dia.

" Ha Fia. Kau dah okay ke?"

Aku kerutkan dahi.

" Okay? Maksud kau?"

" Usyair kata tadi kau tak sihat. Tu yang tak turun makan. So dia pun tak turun makan dan teman kau."

Aku terdiam. Rasa bersalah pula. Jadi Usyair tak makan sebab aku?

" Mama dan papa mana?"

" Dalam bilik."

Aku angguk dan bangun berlalu ke dapur. Rasanya aku perlu sediakan makanan untuk Usyair. kesian dia. at least dia makan. Aku sediakan nasi bersama telur dadar. Ada sambal belacan dan sup kosong. Tu je yang ada. Yang cepat disediakan. Aku bawa dan sempat tegur Luthfi.

" Kau kenapa tak tidur lagi? Semua dah tidur. Letih."

" Aku still jet lag. Kau faham kan perbezaan waktu sana dengan sini berapa jam?"

Aku angguk faham.

" Yela. Aku naik dulu. Nak bagi ni pada abang ipar kau."

" Okay."

Aku bawa dulang makanan ni sehingga masuk ke dalam bilik. Aku tutup pintu bilik dengan siku. Mujur perlahan je. then aku letakkan dulang di meja sisi katil. Aku naik atas katil dan duduk sebelah Usyair. Aku sentuh lembut bahu dia dan goncang sedikit.

" Abang. Bangun."

Dia tergerak sikit dan buka mata. Bila tengok aku dia gosok matanya dan bangun duduk. Dia menguap kecil dan menarik senyuman ke arah aku.

" Sayang dah okay?"

Aku tersenyum dan menganggukkan kepalaku.

" Abang makan ye? Abang tak makan lagi kan?"

Aku ambil dulang makanan tadi dan letak di hadapan Usyair. Dia tengok aku dengan serba salah.

" Kenapa buat macam ni? Abang boleh ambil sendirilah sayang."

" Tahu. Tapi sebab Fia abang tak makan. Jangan risau. Fia dah okay. sekarang abang makan ye? Sorry ni je yang ada dan cepat dimasak."

Dia tersenyum dan mula menjamah makanan. Aku tersenyum saja tengok dia makan. Berselera sungguh. Sampai licin pinggan dia. Air pun habis diminum.

" Alhamdulillah kenyang. Thanks sayang."

Aku angguk dengan senyuman. Baru aku nak ambil dulang tu untuk letak di dapur, dia tahan tangan aku terlebih dahulu.

" Biar abang pergi letak dekat dapur. Sayang rehat je."

Aku terdiam bila tengok dia dah ambil dulang tersebut dan berlalu keluar. Jadi aku kembali baring atas katil sambil terkebil-kebil melihat siling. Aku teringat apa yang terjadi dekat aku tadi. Pening. Muntah-muntah. Asal?

Sebelum ni pun kalau perut kosong tak la macam ni. Paling teruk pun just pening. Tak la sampai muntah. Sebu je perut. Loya lagi. Ke ini simptom orang mengandung? Aku tersentak. Aku terus capai phone dekat sebelah dan mula google simptom orang mengandung.

Tanda-tanda kehamilan :

- Haid tidak datang.

- Mual atau morning sickness.

- Payudara yang tegang dan sensitif.

- Sakit kepala.

- Rasa penat.

- Perubahan mood yang ketara.

Aku berfikir sejenak. Haid tak datang? Aku tak ingat pula bila kali terakhir aku datang haid. Tak silap aku bulan lepas. Mual? Baru tadi. Tentang payudara tu ermmm. Tak kot. sakit kepala? Yes. Penat? Exactly. Tapi penat pun sebab kenduri ni. perubahan mood? Oh! Selalu sedih tu ke?

" Fia."

Aku tutup phone dan letak semula dekat tepi. Kalau boleh biarlah Usyair tak tahu. Nanti dah sah baru aku cakap dekat dia.

" Abang tidurlah dulu. Esok kan banyak lagi kena buat."

Dia datang baring sebelah aku. Tangannya tiba-tiba mengusap perutku. Membuatkan aku kaku.

" Tak tahu kenapa abang rasa teringin nak ada anak."

Baru je terfikir tadi bang.

" Kalau Fia mengandung abang suka?"

" Mestilah! Abang akan jaga sayang sebaik yang mungkin."

Dia dah nampak teruja. Aku tersenyum. Aku just cakap. Entah betul entah tak aku mengandung.

" InsyaAllah bang. Satu hari nanti. Kita doa je la erk?"

" Ye. Hari-hari abang doa tapi kalau tak usaha tak ada gunanya juga sayang."

Aku tampar tangannya lembut. Sengaja la tu.

" Dah. Fia nak tidur. Letih sangat. Esok banyak lagi kena buat. Aduhai."

Dia tarik aku ke dalam pelukan.

" Sayang."

" Ya."

" Kenapa abang rasa sayang lain sangat sekarang ni?"

Aku kerutkan dahi.

" Lain? Apa yang lain?"

Dia tergelak kecil dan mengusap belakangku dengan lembut.

" Sayanglah. Sekarang ni silap sikit dah merajuk. Dah tu suka sangat rapat dengan abang. But abang suka. Tadi pula tiba-tiba je muntah. Pening. Sebelum ni tak pernah pula tengok sayang macam tu. Kalau sayang letih sangat or tak makan pun paling kurang sayang just pening dan terus tidur. Tadi lain macam sangat sayang. Or you..."

Aku mendongak melihatnya.

" Or what?"

Dia tersenyum dan mengucup dahiku lembut.

" Or pregnant?"

Aku tersentak. Dia pun fikir benda yang sama ke? Tapi aku tak rasa macam tu. Lagipun macam terlalu awal je.

" Jangan terlalu berharap bang. Tengok-tengok tak pun. Dah la. Tidur."

" Yela. Goodnight sayang."

Aku gigit bibir. Betul ke? Esok nak pergi beli pregnancy test la. Untuk kesahihan. Kalau nak lagi sahih baik kau jumpa doktor je Fia. Tak nak. Nak sahkan dulu.

" Sayang tidur. Tadi kata nak tidur."

Aku cepat-cepat pejamkan mata. Tapi aku juga berharap yang aku pregnant. Dah la. Stop fikir. Aku eratkan pelukan dan merapatkan wajahku ke arah dada bidang Usyair sampai aku terbau sesuatu yang lain. Bau ni tak sama dan aku jadi suka bau ni.

" Abang."

Aku buka mata dan tengok dia yang sudah terpejam itu.

" Apa sayang?"

" Abang tukar minyak wangi ke?"

Dia buka mata dan tengok aku pelik.

" Tak la. Yang sama la. Yang boss tu. Kenapa sayang?"

Aku tersenyum manis dan bau lagi bauan itu. Aku jadi suka.

" I like it."

" Haih sayang. Pelik ni."

Dari ke dada aku bau pula sampai ke lehernya. Ish! Kenapa wangi sangat bau ni? Sampai aku tak boleh nak stop. Aku tengok Usyair yang dah tengok aku pelik tu.

" Erk apa?"

" Sayang tengah goda abang ke apa ni?"

Aku mengembungkan pipi dan menggelengkan kepala.

" Mana ada. Tak ada masa."

" Cara sayang tu macam nak goda abang. Abang bau busuklah sayang."

Aku tidak hiraukan dia malah kembali memejamkan mata dan sandarkan kepalaku pada dada bidangnya. Time to sleep. Tapi semuanya menjadi lain bila terdengar bisikan syahdu dia tu.

" I love you."

Okay. Aku rasa aku tak boleh tidur malam ni. Sadis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro