Part 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Papa. Hati-hati. Slowly."

Perlahan-lahan aku dan Usyair meletakkan papa dekat kerusi roda. Then Usyair tolak papa sehingga ke arah kereta. Aku pula buka pintu kereta dan Usyair mengangkat papa masuk ke dalam. Mama dan aku masuk ke dalam kereta. Usyair masuk ke arah driver dan mula memandu keluar daripada hospital.

Dari belakang nampak kereta abang. Mereka setia ikut dari belakang. Luthfi pula stay dekat hospital sebab perlu bekerja. Sampai saja dekat rumah, Usyair sekali lagi angkat papa letak dekat kerusi roda. Kami sama-sama masuk ke dalam rumah.

" Dah sampai pun papa."

Papa tersenyum kecil dan memandang ke arah aku dan Usyair. Mama dah memaut bahu papa mesra. Abang dan kak Dahlia berdiri belakang kami.

" Terima kasih sebab sanggup tolong papa."

" Papa tu papa kami tau. Of course kami akan tolong." Jawab Usyair dan membuatkan semua orang mengangguk.

" Eh jom la. Mama nak masak."

" Dahlia bantu."

Aku pandang mereka berdua kemudian tengok Usyair. Usyair dan abang dah duduk berdepan dengan papa. Maybe berbual. Aku tersenyum dan mula melangkah naik ke bilik. Aku buka tudung dan salin pakaian. Bila dah okay barulah aku turun semula.

Aku terus saja menuju ke dapur. Nak bantu mama masak. Nampak la kak Dahlia dan mama menyiapkan makanan tengah hari.

" Apa yang Fia boleh bantu?" Soalku lantas mendekati mama yang tengah kacau gulai ikan.

" Fia rehat je sayang. Biar mama dan kak kamu je masak. Kamu tu tengah hamil. Tak elok buat kerja berat."

Aku memuncung.

" Ma. Masak je kot. berat apanya."

Kak Dahlia dah tertawa kecil.

" Fia. Rehat je la. Bukan selalu dapat peluang macam ni kan?"

Aku mencebik. Tak puas hati. Rasa macam disisihkan pun ada. Choih.

" Ala."

" Tak ada Fia. Pergi depan. Rehat."

Mahu tak mahu aku terpaksa turutkan juga arahan mama tu. Haih. Bosan la macam ni. Aku ikhlas nak bantu. Choih. Lastly, aku menuju ke ruang tamu dan duduk sebelah Usyair. Abang dan papa dah tak kelihatan. Mana pergi?

" Mana dua orang tu?" Soalku ingin tahu.

" Abang bawa papa ke dalam bilik. Suruh papa rehat."

Oh. No wonder. Jadi, aku hanya bersandar dekat sofa sambil tengok televisyen. Bosan. Tiada cerita yang best sikit ke?

" Kenapa ni?"

" Bosan. Nak tolong masak mama suruh rehat."

Terdengar tawa sipi dari mulut Usyair. Tengah gelakkan aku la tu.

" Sebab sayang tu tengah mengandung."

" Abang. Baru tiga bulan lebih kot. Bukan 8 bulan."

" Mencegah lebih baik okay?"

Mencegah? Apa yang nak dicegahnya? Pelik.

" Abang naik atas kejap. Sayang duduk la sini."

" Hmmm."

Tinggallah aku keseorangan dekat sofa ni. Bosan. Aku tutup televisyen dan menuju ke bilik papa. Nak borak dengan papa. Masih banyak yang aku nak tahu fasal Zia. Terlalu banyak. Sampai saja aku dekat bilik papa, kelihatan papa dengan abang tengah berborak. Serius sangat. Nak dengar la.

" Perlu ke kita buat semua ni?"

" Tapi kita nak buat macam mana lagi Man? Kamu tak tengok adik kamu tu. Dah buat laporan polis pun. Lagipun betul juga tindakan adik kamu tu. Papa tahu nyawa dia pun dalam bahaya."

Aku ketap bibir. Mesti dorang tengah cakap fasal Zia.

" Papa? Sekarang ni nyawa papa dan Fia dalam bahaya tahu tak? Man takut kalau dia jadi buruan polis lagi lah merbahayakan."

Aku genggam tangan dengan rasa tak puas hati. Tak berlengah aku terus masuk ke dalam bilik papa dan tutup pintu. Sampai menarik perhatian mereka berdua. Dan mereka nampak terkejut dengan kehadiran aku.

" Nak bahaya apa lagi? Buat laporan polis tu dah okay. Apa masalah abang ni? Nak tengok Fia mati dulu baru nak buat laporan polis? Baru nak bertindak? Fia tak hairan langsung la si Zia tu polis or bekas polis ke apa ke. Yang pasti dia dah tikam papa!" Bentakku dengan rasa bara di hati.

Abang terkedu. Papa pula dah tersenyum hambar. Aku mendekati mereka dan duduk sebelah papa.

" Fia takkan berdiam diri lagi kali ni. Apa nak jadi pun jadilah pa."

Aku kerling abang yang terdiam itu.

" Fia. Jangan buat yang bukan-bukan. Kamu tu tengah hamil sayang." Papa pesan.

Aku tersenyum sinis.

" Fia tak kisah. Fia tahu jaga diri. Yang penting family Fia tak kena ganggu dengan perempuan tu."

Aku pandang papa inginkan jawapan.

" Boleh Fia tanya satu soalan?"

" Apa?"

" Kenapa samseng tu tangkap Su? Kenapa mesti Su dijadikan tebusan? Kenapa bukan orang lain?"

Mereka berdua nampak terkedu dengan soalan aku. Aku masih diam menantikan jawapan.

" Fia..."

Aku tak hiraukan panggilan abang. Aku tahu abang cuba nak menghentikan pertanyaan aku ni.

" Sebab.."

" Papa."

Aku tengok abang dan papa silih berganti. Mereka macam ada sembunyikan sesuatu dari aku.

" Please. Tell me! I need to know." Tegasku.

Abang kehilangan kata-kata. Papa pula dah tersenyum dan menepuk bahu abang seraya bersabar.

" Okay. papa akan beritahu. Tapi ini rahsia kita je. Usyair pun tak tahu."

Aku terdiam. Usyair pun tak tahu? Ya Allah. Mesti rahsia yang besar.

" Sebenarnya Su seorang perisik. Perisik rahsia polis. So tiada sesiapa pun yang tahu pekerjaan dia melainkan papa dan orang dalam yang boleh dipercayai saja termasuk abang."

Aku terkedu. Perisik? Serius? Ya Allah.

" Habis tu Usyair kenal dia sebagai apa?"

" Hanya sebagai penjual kantin. Lagipun dia memang buat part time dekat kantin sekolah. Tapi sambil tu dia jadi perisik. Dan kebetulan sebulan sebelum kejadian tu berlaku Su memang diberikan tugas untuk menyiasat tentang samseng-samseng tersebut. Tapi dia tak sedar, kelakuan dia selama ini sudah diketahui. Jadi, orang dalam samseng tersebut siasat Su sampai dia tahu Su siapa. So dia tak tunggu lama. Dia terus perangkap Su sampai masuk ke dalam kumpulan mereka."

Penerangan abang membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Ya Allah. Rupanya ini cerita yang sebenar.

" Sebab tu malam sebelum dia diculik dia message papa. Dia dah tahu diri dia bakal ditangkap samseng tersebut. Sebab maklumat penting ada pada Su. Su sedikit sebanyak dah tahu sedikit gejala yang dilakukan mereka. That's why samseng-samseng tu tak boleh biar Su hidup. Bagi mereka Su perlu mati."

Aku tekup mulut. Ya Allah. Kasihannya.

" Kami terpaksa pegang rahsia ni sampai sekarang. Sebab kerja sebagai seorang perisik bukanlah mudah Fia. Usyair pun tak tahu. Bukan tak percaya tapi dah peraturan kerja."

Aku termangu seketika. Kesian dia. Tapi samseng tu dah ditangkap.

" Actually bila Usyair dapat tahu Su ditangkap tu, dia susah hati. Dia cakap dekat abang nak pergi cari dia. Tapi masa tu abang dan papa buntu. Susah nak cari dekat mana sebab lokasi kejadian langsung tak dapat dijejak. Lagipun Su mungkin akan mati kalau kita jejak dia. Tapi sama ada kami pergi cari dia atau tak Su tetap akan mati. Then Usyair buat keputusan tak payah cari Su. Cuma Zia tak puas hati."

Sayang sekali Zia dekat kak sepupu dia.

" Tapi sehari selepas tu Usyair tekad nak cari Su. Sebab tu dia kesal. Papa pun bersalah sebenarnya tapi dah terjadi. So kena redha. Alhamdulillah apa pun papa bersyukur sebab Usyair dah bahagia dengan kamu sayang."

Aku tersenyum hambar. Papa mengusap perlahan kepalaku. Abang pula menarik senyuman kecil.

" Kalau la Usyair tahu."

Abang terus menggelengkan kepalanya selepas aku berkata demikian.

" Please Fia. Secret just keep as secret. Sampai bila-bila. Please." Pinta abang.

Aku terdiam. Aku pandang papa.

" Hal ni tolong jangan beritahu sesiapa Fia. Kalau hal yang semalam InsyaAllah boleh. Tapi untuk ini tidak boleh sama sekali. Please Fia?"

Aku cuba ukirkan senyuman.

" InsyaAllah. Fia pegang rahsia ni sampai Fia mati."

Mereka menghembus nafas lega. Aku toleh ke arah tingkap. Su. Suraya. Terima kasih dan minta maaf. Saya harap awak dapat bersemadi dengan tenang. Tentang Usyair awak jangan risau. Saya akan jaga dia dengan sebaik mungkin sebab saya cintakan dia. Pergilah awak dengan tenang.

**

Sebulan kemudian

Aku belek beberapa helai baju bayi yang ada depan mataku saat ini. Bibirku merekah dengan senyuman panjang. Cantiknya! Comel! Nak beli la satu. Even tak tahu lagi lelaki ke perempuan. Aku pun ambil satu pasang baju baby berwarna biru. Sesuai untuk kedua-dua jantina.

Kemudian aku bawa ke kaunter untuk bayar. Bila dah bayar aku keluar daripada kedai baby tersebut. Aku menuju pula ke arah satu kerusi yang diduduki oleh seseorang. Aku tersengih panjang. Tanpa sebarang salam aku tepuk bahu dia kuat.

" Wargh!"

" Argh! Fia!"

Aku tergelak besar melihat telatah dia yang terkejut gila tu. Aku duduk di sisinya sambil pegang perut. Kelakar sangat.

" Kelakar la tu?"

Aku tekup mulut. Menahan diri daripada terus ketawa. Nanti dia terasa aku juga yang susah. Lastly aku Cuma senyum sambil kenyitkan mata.

" Ingat comel la buat macam tu?"

Hidung aku dicuitnya nakal kemudian dia pun turut tersenyum. Aku tersengih lagi. Mujur dia tak merajuk.

" Dah lama ke tunggu? Jom lah."

" Sayang pergi beli apa tadi? Sampai tak nak abang ikut sekali."

Dia tengok aku dengan muka curgia. Aku buat-buat tengok ke arah lain. Tak nak dia tahu. Baju tu ada elok je dalam beg. Mujur beg tangan aku besar. Boleh isi barang. Kahkah.

" Jom. Nak ais krim. Lapar."

Aku tarik lengan dia dan menuju ke baskin robin. Dah lama tak makan ais krim ni.

" Sayang. Mahal la."

Aku tersenyum dan berdiri depan kaunter ambil pesanan.

" Jangan risau. Fia bayar. Nak belanja abang juga."

Aku tak hiraukan wajah tak puas hati dia. Aku terus buat pesanan. Bila dah dapat aku tarik dia duduk di meja berdekatan. Aku serahkan ais krim yang aku pesan tadi ke arah dia. Dia tengok aku dengan dahi yang berkerut.

" kenapa bagi abang? Tadi sayang kata nak sangat."

Aku tersenyum.

" Untuk abang. Sayang tak nak makan sorang. Tak feel."

Usyair tengok aku dengan wajah tak percaya.

" Pelik la sayang ni."

" haha. Cepat makan."

Dia mula ambil sudu dan cedok ais krim tersebut. Dia bawa ke mulutnya tapi dia tak masukkan pun. Lastly dia sua dekat mulut aku pula. Aku jongketkan kening.

" Abang tak nak. Abang tak suka sangat benda manis ni. untuk sayang. Cepat makan. Biar abang yang suap."

Okay. Hati aku pula berbunga-bunga selepas dengar dia cakap macam tu. Aku pun apa lagi bukala mulut. Dia suap aku sampai habis satu bekas aiskrim tu. Kenyang gak la even sikit je. mahal doh. Haha.

" Okay. Habis dah. Jom balik."

Aku berjalan perlahan di sisinya. Dia pula setia genggam tangan aku. Tak nak aku terlepas. Aku senyum je dengan telatah dia. Langkah aku pun makin slow. Yala perut pun makin memboyot doh. So tak boleh nak lari dah. Tak boleh jalan laju sangat-sangat. Cannot. Dapat tahu orang sebelah free je kena bebel doh. Sampai naik bosan aku. Haha. Sedangkan okay lagi kot. still nampak slim doh badan aku. Haha.

" Abang."

" Hmmm?"

" Tak ke sweet namanya ni?"

Aku angkat tanganku yang digenggam dia itu ke arahnya dengan senyuman kecil. Dia pula dah menjongketkan keningnya.

" Yela. Tengok. Orang lain tak berpegang tangan macam ni pun. Tu. Kak dan abang tu. Biasa je tengok even dah ada anak seorang. Haah kan. Bila dah ada anak kita bukan boleh sweet macam ni dah. Abang mesti akan dukung anak. Sayang pula mesti cemburu."

Entah dari mana aku kutip falsafah tu sampai membuatkan Usyair tertawa besar. Aku memuncung. Benci la macam ni. Aku cakap benda betul kot.

" Sayang nak jeles kenapa? Anak sendiri kot. Ala. Tak payah jeles. Bila baby tidur sayang milik abang seorang je."

Dia kenyitkan mata nakal. Aku pula dah tampar bahu dia geram. Main-main pula dia.

" Abang ni!"

" Sayang. No matter what happen, you always in my heart. Got it? Sayang dan anak ni anugerah terindah daripada Allah untuk abang. Abang takkan sia-siakan kedua-duanya. Sebab sayang kita dapat anak. Kalau tanpa sayang mana nak dapat anak. Kan?"

Aku tersenyum. Pandai juga suami aku ni kan? Pandai ambil hati. Haha.

" Faham sayang?"

Aku angguk. Faham sangat.

" So, can we go now? Abang dah letih la nak berjalan."

" Okay boss. Jom."

Kami pun sama-sama keluar daripada megamall dan menuju ke arah kereta. Saat Usyair buka pintu kereta untuk bagi aku masuk, aku terasa sesuatu yang tidak menyedapkan hati. Aku toleh ke belakang. Tersentak besar aku jadinya bila ternampak Zia yang tengah pegang pisau dan nampak gaya dia macam nak datang sini.

Aku tengok Usyair yang masih tak perasan akan kehadiran Zia. Sebab dia fokus pada aku untuk masuk dalam kereta. Aku ketap bibir.

" Abang! Tepi!"

Aku tolak Usyair ke dalam kereta dan aku berdiri depan Usyair. selepas itu aku memejamkan mata dengan rapat saat terasa benda tajam menusuk ke pinggang aku. Aku tunduk tengok Usyair dengan senyuman lemah.

" Sayang? Why? What's wrong? Hey?"

Perlahan-lahan aku mula jatuh rebah dan terbaring atas jalan tepi kereta. Aku nampak dari jauh Zia tengah tersenyum sinis ke arah aku. Dia dah berlalu ke seberang jalan sambil membuat gaya membunuh. Aku tersenyum pahit. Terima kasih Zia. Sekarang puas hati kau kan?

" Ya Allah sayang! Darah!"

Aku terasa ada darah keluar banyak dari belakang pinggang aku. Aku kerling Usyair yang dah cemas itu. Air muka dia berubah melihat keadaan aku yang kian lemah.

" A..abang."

" Syuh! Sayang diam. Jangan cakap banyak! Sayang kena selamat!"

Dia capai phone dari poket seluanya dengan tangan yang terketar-ketar. Aku tak tahu dia call siapa tapi dengar nama abang dekat belakang. Aku genggam tangan Usyair. memohon kekuatan. Anak mama. Tolong kuat. Jangan pergi.

" Sayang. Please. Bertahan. Jangan pengsan. Sedar. Please!"

Tersenyum aku melihat Usyair saat ini. Dia mula kendong aku dan masukkan ke dalam kereta. Aku mengerang kesakitan saat rasa ngilu dekat perut. Aku tunduk tengok kakiku. Ya Allah! Darah!

" Abang! Anak kita bang!"

Usyair meraup wajahnya kasar. Tak berlengah lagi dia terus memandu keluar daripada situ dan menuju ke hospital.

" Sayang kena selamat! Baby kita pun! I promise you!"

Abang. Maafkan Fia.

**

Other's POV

" Abang. Maafkan Fia."

" Syuhh. Sayang akan selamat. Doktor nak rawat sayang ni. sayang wajib selamat okay?"

Kedua-dua tangan yang digenggam Usyair terlepas apabila Fia dah masuk ke dalam wad kecemasan. Usyair yang melihat dah terduduk sambil meraup wajahnya. Ya Allah. Apa dah jadi ni?

Teringat semula kata-kata Fia dalam kereta tadi.

" Zia. Fia Cuma tak nak dia cederakan abang. Maafkan Fia."

" Argh! Tak guna kau Zia!"

Usyair bangun dan mundar-mandir depan wad kecemasan tersebut. 2 minit kemudian ahli keluarga Fia pun sampai. Masing-masing cemas. Usyair pula dah terduduk lemah. Lokman terus meluru ke arah Usyair. tempat sebelah Usyair di ambil.

" Usyair."

" Apa aku dah buat ni Man? Aku gagal jaga dia. sebaliknya dia yang lindungi aku. Suami apa aku ni?"

Lokman terasa sebak melihat keadaan Usyair.

" Jangan cakap macam tu. Sebenarnya apa yang dah jadi?"

Usyair terbayang keadaan Fia yang masih tersenyum tadi.

" Zia. Dia tikam Fia."

Semua orang terkejut. Usyair merengus geram.

" Aku takkan biarkan perempuan tu hidup! Aku akan cari dia sampai ke lubang cacing!"

Usyair terus bangun dan meninggalkan wad kecemasan tersebut. Dia tak kuat. Dia cari satu sudut yang jauh daripada orang ramai dan disitulah dia lepaskan tangisan dia. yang dia tahan daripada dalam kereta tadi lagi.

" Fia. Jangan tinggalkan abang. Jangan. Abang taknak kehilangan sayang


#Sorry pendek sikit part ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro