Part 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Other's POV

Bunyi mesin denyutan jantung Fia kelihatan stabil. Cuma Fia masih belum sedarkan diri even dah dua hari berlalu. Usyair pula setia berada di sisi Fia sentiasa. Dia tak renggang sikit pun dengan Fia. Kecuali waktu nak makan dan solat. Tapi tu pun dalam bilik rawatan Fia.

Pada masa yang sama dia bersyukur sebab Fia dan anak dalam kandungan selamat. Mujur dia cepat time tu. Kalau tak mesti salah seorang akan terkorban. Usyair menggenggam erat tangan Fia. Berharap sangat Fia akan sedar.

" Sayang. Sedarlah. Dua hari dah sayang tidur. Abang rindu ni sayang."

Kadang-kadang dia rasa air matanya nak tumpah. Tapi dia kuatkan hati. Dia tak nak menangis lagi depan Fia. Kalau dia lemah Fia juga turut lemah. So, dia kena juga tabah. Jangan sesekali menitiskan air mata depan Fia.

" Sayang. Baby kita sihat. Sayang tak payah la takut dan risau lagi. Tak nak jumpa abang ke sayang?"

Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Kalau lah time tu aku sedar siapa yang berada belakang Fia. Mesti Fia takkan terbaring lemah macam ni. Tapi kenapa aku tak perasan?! Bodohnya aku. Sedangkan masa tu Fia nampak serba tak kena. Aku abaikan sebab aku ingat dia cuba ambil keselesaan untuk masuk ke dalam kereta.

Argh! Dia meraup wajahnya kasar. Bodohnya aku. Kau memang betul-betul dah melampau Zia! Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat kami sebelum ni? Sampai nak membunuh segala. Sebelum ni papa. Sekarang giliran Fia. Aku lebih rela kena tikam dengan kau daripada mereka berdua jadi mangsa!

Bibirnya diketap kuat. Tak guna aku merintih macam ni kalau aku tak tahu di mana Zia berada. Aku tengok wajah Fia dengan pandangan sayu. Sayang. Bersabar ye. abang akan pastikan Zia ditangkap. Itu janji abang. Abang dah penat beralah sebelum ni mengingatkan dia kawan abang. But for this time! No!

" Assalamualaikum."

Usyair menoleh ke belakang. Dia tersenyum tawar saat melihat kedatangan Luthfi dan Lokman. Mereka berdua mendekati Usyair dan sama-sama melihat ke arah Fia kembali.

" Usyair. Dah dua hari kau bermalam dekat sini. Hari ni biar aku pula jaga dia. kau baliklah berehat dekat rumah Usyair."

Usyair tersenyum hambar saat mendengar kata-kata Lokman. Dia membuat gelengan kecil.

" Aku tak nak. Aku tak boleh berjauhan dari dia. Aku okay. Jangan risau. Macam mana berkenaan Zia? Dah dapat sebarang info?"

Lokman mengeluh kecil. Kasihan melihat adik-adik dia jadi mangsa.

" Belum. Kau jangan risau. Walau apa pun yang terjadi aku takkan lepaskan dia macam tu je."

Mereka semua terdiam. Hanya memerhati keadaan Fia. Tapi mereka tersentak kemudiannya saat melihat ada pergerakan kecil pada jari-jari Fia. Usyair apatah lagi. Luthfi pula cepat-cepat keluar untuk panggil doktor.

" Fia. Fia. Usyair ni. bangun sayang."

Lokman mengetap bibir. Ya Allah. Kuatnya Engkau uji mereka berdua.

" Dik. Bangun la. Kesian suami kau ni."

Jari jemari Fia semakin banyak pergerakan. Itu menunjukkan tanda positif. Satu saat kemudian doktor dan nurse pun masuk.

"' Semua diminta keluar kejap. Kami nak buat pemeriksaan."

Semua akur dan keluar daripada situ. Luhtfi dibiarkan sebab dia bekerja dekat situ. Hanya Lokman dan Usyair setia duduk di luar. Hati masing-masing berdebar menantikan keputusan positif. Berharap sangat Fia dah sedar.

" InsyaAllah. Fia akan sedar." Suara Lokman.

Usyair hanya tersenyum. Dia juga harap macam tu.

" Abang."

Luthfi keluar daripada bilik rawatan. Selepas itu doktor dan nurse pun keluar. Usyair menerpa ke arah doktor dengan perasaan berkobar-kobar.

" Alhamdulillah. Isteri awak dah sedar. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan yang baik."

Semua yang mendengar mengucapkan syukur. Selepas doktor berlalu Usyair terus lakukan sujud syukur dekat situ. Luthfi dan Lokman yang melihat mengetap bibir menahan sebak. Ya Allah. Berilah pasangan ini kekuatan.

" Aku nak masuk tengok dia."

Tanpa berlengah lagi, ketiga-tiga mereka masuk ke dalam untuk melihat Fia. Usyair meluru ke sisi katil Fia. Tangan Fia digenggamnya erat. Tak cukup dengan itu dahi Fia dikucupnya lembut. Bibirnya menarik senyuman saat merasai genggamannya dibalas.

Perlahan-lahan mata Fia dibuka. Dia melihat sekeliling. Dan pandangannya terus tertumpu pada Usyair. bibirnya turut menarik senyuman even lemah.

" A..abang."

Usyair terus menganggukkan kepalanya. tanpa dipinta, air matanya terus mengalir ke pipi. Dia bersyukur sangat doanya dimakbulkan.

" Ya sayang. Abang ni."

Lokman dan Luhtfi yang melihat sudah menarik senyuman kecil. Fia yang melihat mereka turut tersenyum.

" Korang."

" Ye Fia. Alhamdulillah kau dah sedar dik. Lepas ni jangan buat kami semua risau lagi tau?"

Fia hanya membuat anggukan kecil dan dia kembali menoleh melihat Usyair. Mesti suaminya orang yang paling susah hati.

" Usyair. kami keluar dulu."

Usyair hanya mengangguk. Selepas Luthfi dan Lokman keluar, Usyair merenung dalam wajah Fia. Air matanya dikesat.

" Sayang buat abang takut."

Fia tersenyum. Dia mengangkat tangannya perlahan-lahan dan mengusap pipi Usyair.

" Maafkan Fia."

" Betapa takutnya abang tengok Fia macam tu. Abang ingat abang akan kehilangan sayang dan baby."

Fia menggelengkan kepalanya.

" Fia dah selamat. Fia dah sedar pun. Kan?"

" Tolong jangan buat macam ni lagi. Abang boleh gila tahu tak?"

Fia tersenyum lagi. Dia terlalu lemah untuk bercakap banyak.

" Fia sayang abang."

" Abang pun. I love you."

Tangan Fia dikucupnya lembut. Ya Allah. Terima kasih sebab beri peluang untuk kami bersama lagi.

End Other's POV

**

Aku melihat sekeliling. Aku cuba bangun duduk. Perlahan-lahan dan berjaya. Aku sentuh balutan dekat pinggang aku. Sakit juga. Tapi ni dah kurang. Aku kerling jam. Masuk hari ni dah lima hari aku dekat hospital termasuk time aku tak sedarkan diri tu. Aku tidak dibenarkan keluar selagi luka aku ni belum sembuh.

Aku merenung ke luar jendela. Teringat semula di mana kejadian aku ditikam. Zia. Kau terlalu kejam. Kau memang manusia yang berhati busuk. Apa dah jadi dengan kau sebenarnya Zia? Kadang-kadang aku kesian tengok kau. Kadang-kadang tu aku jijik tengok kau. Ya Allah. Berilah hidayah dan petunjuk pada dia. Kesian tengok dia macam ni.

Aku kembali tunduk tengok perutku. Terima kasih Ya Allah kerana kau selamatkan kami berdua. Baby. Terima kasih sebab kuat dengan mama. Mama harap kamu kuat sampai kamu keluar. Tak sabar mama nak jumpa kamu.

" Morning sayang!"

Aku toleh ke arah pintu. Kelihatan Usyair masuk sambil membawa bungkusan makanan. Aku tersenyum sambut kehadiran dia. Aku tunduk salam tangan dia dan dia pula kucup dahiku. Kemudian dia ambil tempat di sisi aku.

" Ini masakan dari mama. Mama datang petang nanti. Sayang makan ye?"

Sememangnya selera aku mati. Sebab apa? Sebab semua makanan orang sakit tak sedap weh! Memang hilanglah selera aku. Yang aku tau, aku mengidam burger mcd. Mcflurry Oreo. Ayam KFC. Ambik kau. Mengidam benda yang tak boleh makan buat masa sekarang. Haih. Tak bersalin lagi pun dah kena pantang. Sedih weh.

" Tak ada selera la bang." Jujurku dengan wajah masam.

" Sayang. Janganlah macam ni. kalau tak makan macam mana nak makan ubat? Kalau tak makan ubat macam mana nak cepat sembuh?"

Saat Usyair menyua makanan ke arah mulutku, aku dah rasa nak muntah. Serius tak ada selera. Rasa kenyang.

" Makan sikit sayang."

Aku gagah makan juga apa yang disuap Usyair. sampai suapan ketiga aku dah tak tahan. Aku ambil bekas dekat sebelah dan terus keluarkan isi. Sampai sesak aku rasa.

" Ya Allah sayang."

Aku tersandar lemah. Letih sebab muntah.

" Perut sayang dah masuk angin la ni. Tengok. Kan dah muntah."

Aku minum air yang dihulurkan Usyair. kemudian aku dibaringkan semula. Aku tengok Usyair yang sudah fokus dekat aku.

" Maaf sebab susahkan abang."

Dia terus menggelengkan kepalanya.

" Langsung tak susahkan la sayang. Sayang tanggungjawab abang tau."

Aku tersenyum hambar. Aku rasa aku dah banyak menyusahkan hidup dia. maaf kan Fia abang.

" Sayang rehat la."

" Abang. Boleh Fia tanya sikit?"

" Tanya apa sayang?"

Aku tarik nafas dalam sebelum keluarkan pertanyaan.

" Zia macam mana?"

Berubah terus riak wajah Usyair saat aku mention fasal Zia.

" Abang takkan biar dia terlepas."

" Maaf sebab Fia semua orang terpaksa.."

" Syuhh. Jangan cakap apa-apa lagi. Bukan sebab Fia tapi sebab dia tu yang susah nak terima kenyataan. Dah. Jangan cakap fasal dia lagi. Sekarang Fia rehat. Hal tu serahkan je pada kami pihak polis. Okay?"

Lastly aku hanya diam dan pejam mata. Maafkan Fia bang.

**

" Fia!"

Aku yang baru selesai makan selepas disuap Usyair menoleh ke arah pintu. Terkejut aku bila tengok batang hidung Syikin dan Azlan. Usyair cepat-cepat capai tuala dan letak atas kepala aku. Mujur sempat.

" Syikin!"

Usyair bangun untuk beri ruang pada kami berdua. Syikin datang dan terus peluk aku. Aku tertawa kecil saat melihat telatah dia.

" ya Allah. Tak padan dengan ibu mengandung. Ingat sikit kau tu dah 8 bulan. Tunggu hari je. jangan la lasak sangat weh. Risau pula aku tengok."

Kami leraikan pelukan. Dan dia hanya mencebik. Azlan dah tergeleng-gelengkan kepalanya.

" Itula yang aku nasihatkan pada dia hampir setiap hari Fia. Tapi hampeh. Kau tau kan dia ni jenis degil. Keras kepala. Macam kau juga la."

Dan sekarang aku pun dipersalahkan juga?

" Betul tu Lan. Mereka dua ni sebenarnya sama je. keras kepala dan degil. Mujur mereka dapat suami yang penyabar macam kita ni kan?"

Aku dan Syikin saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah mereka berdua. Mereka berdua dah tergelak kecil melihat reaksi kami.

" Aiii! Aku tak boleh kalau orang macam ni. Yang degil dan keras kepala ni jugalah yang mereka sayang dan rindu-rindu. Cuba kalau kita jauh? Yang tu jugalah dorang cari pun. Kan Fia?"

Aku angguk laju dan giliran kami pula tergelak bila mereka berdua terus terdiam. Terasa la tu. Haha.

" Fia. Kenapa kau tak cakap kau masuk hospital? Hampir luruh jantung aku saat dengar berita ni dari Luthfi. Tu pun aku terserempak dengan dia dekat bawah tadi. Kalau tak mesti kau takkan cakap dekat aku sampai bila-bila kan?"

Syikin dah bercekak pinggang. Aku pula dah menarik sengihan panjang.

" Sorry. Aku bukan tak nak cakap tapi aku terlupa. Aku Cuma fikir diri aku dan suami aku je. sorry la."

Usyair dan Azlan tersenyum dan mendekati kami berdua. Azlan memaut bahu Syikin. Usyair pula duduk sebelah aku.

" Sayang. Sayang dah tahu kan puncanya kenapa?"

Syikin tersenyum hambar. tanganku digenggamnya erat.

" Maaf Fia. Aku kawan yang teruk. Sepatutnya aku tahu dari awal. Bolehlah lawat kau. Tapi dah lambat aku tahu."

Aku pantas menggelengkan kepalaku. Aku menarik senyuman buat dia.

" Tak. Kau la kawan yang paling baik yang aku pernah ada. Aku bersyukur dapat kawan macam kau."

" Thanks. Nanti time aku beranak kau jangan tak datang pulak!"

" Wajib! Haha."

Aku dan Syikin mula ketawa kecil. Dah lama tak rasa happy macam ni rasanya.

" Usyair. jom la kita berbual dekat luar. Biar mereka melepaskan rindu dulu. Mesti banyak yang dorang nak story tu."

Ajakan Azlan membuatkan Usyair tertawa kecil. Dia pun menganggukkan kepalanya dan keluar bersama Azlan. Syikin pun apa lagi naik atas katil duduk sebelah aku. Kami sama-sama tersandar dekat kepala katil sambil merenung ke luar tingkap.

" Tak sangka kan impian kita dulu menjadi kenyataan. Kahwin dengan orang yang cintai kita. Dapat anak. Serius tak sangka."

Aku tersenyum. Aku pun Syikin. Aku ingat impian aku musnah selepas kejadian tu. Tapi sebaliknya ada hikmah atas kejadian tersebut.

" Aku lagi tak sangka Syikin."

Syikin tersenyum dan menoleh ke arah aku.

" Aku sebenarnya bersyukur sebab Usyair yang jadi suami kau bukan Yusri."

Aku terdiam. Kenapa?

" Aku tau dulu dia sayang gila dekat kau. Terkejar-kejar. Tapi satu hari aku tersedar sesuatu. Kalau betul dia ikhlas sayang kau, betul-betul cintakan kau. Dia takkan buat macam tu. I mean dia takkan tinggalkan kau terkontang kanting macam tu je. Aku rasa dia just tak nak rasa alone. Tengoklah. Bila dia dah dapat kau. Dah tunang. Time sweet tu sweet sangat. Time menghilang tu menghilang betul. Sampai aku sendiri tak faham. Kau tak cerita pun aku dah tahu."

Aku terkedu. Tak sangka Syikin tahu sebanyak ni. Aku sendiri pun tak sedar.

" Dan dia takkan sangsi dengan kau. Lelaki macam tu memang aku tak gemar sangat. Mujur bukan dia suami kau Fia. Mujur Usyair. Aku suka Usyair tu. Dia memang seorang lelaki yang bertanggungjawab. Tak cakap pun orang tahu dia betul-betul sayangkan kau. Cintakan kau. Sebab dari perbuatan pun orang boleh nampak beb. Tak perlu diungkapkan dengan kata-kata."

Okay. Aku dah rasa sebak. Nak nangis pun ada ni.

" So, hargailah dia Fia. Susah nak jumpa lelaki macam tu zaman sekarang. Satu je aku minta tolong dekat kau. Kalau ada apa-apa salah faham please jangan bertindak melulu macam dulu lagi. Dengar dulu penjelasan dia. dan jangan cepat percaya. Selalu apa yang kita nampak tak selalunya betul. Ada kisah disebalik semua tu."

Aku angguk. Aku dah menyesal. Aku sedar kesilapan aku.

" Aku harap kawan aku bahagia dengan suami yang dicintainya tu."

" Alhamdulilah. Aku bahagia Syikin. Dia satu-satunya lelaki yang dapat sabar dengan kerenah aku. Terima kelemahan aku dan selalu dengan aku time aku tak kuat. Aku sayang dia sangat-sangat beb."

" Lega aku dengar. Okaylah. Aku nak tidur. Letih."

Mencerlung aku tengok dia dah baring dengan perut memboyot dia tu.

" Amboi kau. Buat macam rumah sendiri nampak?"

Terhambur tawa besar daripada bibir dia. Dia kembali bangun duduk.

" Well. Nanti sini jadi rumah kedua aku time beranak."

Aku tengok perut Syikin. Rasa nak jadi seorang ibu semakin membuak-buak.

" Doakan kanduangan aku selamat Syikin?"

" InsyaAllah. Aku pun."

" InsyaAllah Syikin. Kita dua akan selamat. Amin."

" Amin."

**

Bila kaki dah menjejak masuk ke dalam rumah, aku tarik senyuman lebar.

" Finally. Dapat juga balik ke rumah sendiri. Happynya!"

Aku berjalan ke arah sofa dan duduk dengan perlahan-lahan. Tak tunggu lama aku terus baring atas sofa sambil kuak tangan. Haha. Dah gaya macam budak-budak pun ada.

" Sayang. Nak baring dalam bilik la. Come."

Tak semena-mena dia cempung aku. Aku yang tak ready mujur sempat paut lehernya. Sampai saja dekat bilik, dia tutup pintu dan letakkan aku atas katil. Tetap dengan perlahan.

" Sayang tak sembuh lagi. So jangan gatal nak lasak-lasak ye?"

Aku tersengih. Kira dah okay la ni. kalau teruk aku masih perlukan kerusi roda. Sakit pun dah beransur hilang. Cuma kesan jahitan ni masih ada. Tinggal parut je nanti. Aku lepaskan lelah sambil baring. Tiba-tiba sang suami pun datang baring dekat sebelah. Siap rangkul pinggang aku lagi.

" Sakit tak bila abang buat macam ni?"

Aku geleng kepala. Dah tak sakit. Maybe dah okay. Yala. Seminggu aku duduk dekat hospital tu. Hari-hari nurse bagi ubat dan sang suami tolong tukar balutan. Lakukan dressing. I mean cuci luka. So rasa sakit tu dah tak rasa.

" Alhamdulillah. Abang rindu nak buat macam ni."

Aku tersenyum dan renung dia yang mengiring ke arahku sambil tangannya tahan atas katil dengan siku. Aku tak dapat mengiring sebab kesan balutan ni. Takut berdarah kembali.

" Lega abang tengok sayang masih ada depan mata macam ni."

Aku senyum tawar.

" Sorry bang."

" No need. Sayang tak salah pun la. Dah jangan ungkit lagi."

" Tapi sayang juga abang dekat saya kan?"

" Of courselah. Sayang tu satu-satunya wanita yang abang cinta selain arwah ibu abang."

Aku tersenyum dan mula rasa sebak. Terharu bila diri disayangi.

" Kadang-kadang Fia rasa menyesal sebab lari dari abang dulu. Haha."

Usyair dah mengusap kepalaku lembut.

" benda dah berlalu Fia. Lagipun bukan salah Fia."

Tangannya setia mengusap rambutku. Aku pula setia merenung dirinya. Aku tak dapat bayangkan kalau orang di depan aku ni tiada. Aku rasa aku boleh jadi gila. Macam dia kata sebelum ni.

" Kenapa tengok abang macam tu?"

Aku sengih.

" Saja. Rindu."

Dia tersenyum dan tunduk cium dahiku.

" Abang pun rindu. Dua hari sayang tak sedar. Abang rasa macam mayat hidup je. Sunyi hidup abang. Abang doa tiap malam agar sayang sedar. Alhamdulillah. Allah dengar doa abang."

Aku capai tangannya dan kucup lembut.

" Ampunkan Fia atas kesalahan Fia sebelum ni. Fia harap Fia masih berkesempatan menjadi isteri yang solehah pada abang."

Tanganku diusap lembut. Bibirnya merekah dengan senyuman. Kemudian dia kembali baring dan rapatkan dirinya denganku.

" Maafmu diterima. Abang pun minta maaf andai abang masih tidak mampu menjadi seorang suami yang soleh. Kita sama-sama perbaiki diri ye sayang?"

Aku angguk dan tangannya kini mengusap perutku. Aku turut lakukan benda yang sama.

" Baby. Papa harap baby dapat jadi anak yang kuat, yang soleh dan solehah, dengar kata dan sentiasa doakan kami nanti. Papa tahu kamu seorang yang kuat. Tengoklah. Walaupun mama dalam kesakitan kamu setia berada di sisi mama. Thanks sayang."

Dia tunduk kucup perutku. Itu sudah cukup membuatkan air mataku mengalir tanpa dipinta. Ya Allah. Syukur.

" Sayang."

Dia kembali merenung aku. Air mataku dikesatnya lembut.

" Terima kasih atas segala-galanya. I love you."

Aku tersenyum dan serentak itu bibirku dikucupnya lembut. Bila dia lepas aku peluk dia dengan penuh kasih sayang.

" I love you to."

**

Aku tersedar daripada tidur saat terdengar sesuatu yang kuat. Aku tengok kiriku. Usyair masih tidur di sisiku. Aku kerling jam. Baru pukul 1 pagi. Tapi bunyi apa yang bising tadi tu? Tak cukup dengan tu, telefon Usyair pula tiba-tiba berbunyi.

Tak nak ganggu tidur Usyair, aku ambil telefon dia dan tengok nama di skrin. Private nombor? Tanpa teragak-agak aku jawab tapi aku diam. Takut orang jahat ke kan?

" usyair! hoi!"

Tersentak aku dengar suara ni. Zia!

" Hahaha. Kau memang lelaki tak guna Usyair! kenapa kau pilih perempuan tu! Aku sikit punya cantik, punyalah hot tapi dia juga kau pilih?! Bangsat!"

Astaghfirullah. Apa dah jadi dengan perempuan ni?

" Woi! Bukalah pintu ni. Aku rindu kau ni! Aku rasa nak peluk dan cium kau. Argh! Sayang..."

Jijik terus aku rasa. Tak tunggu lama aku terus letakkan panggilan. Nombor tadi terus aku block. Aku call pula security yang menjaga kawasan sini. Aku maklumkan pada dia ada orang buat kacau depan rumah aku. Dia kata dia akan pergi tengok dan akan maklumkan pada aku kejap lagi.

Aku tunggu punya tunggu, telefon Usyair kembali berbunyi. Aku jawab bila pihak security yang jawab. Dia kata ada seorang perempuan yang tengah mabuk buat kacau depan rumah aku. Dia kata dia dah halau perempuan tu pergi.

Aku mengeluh kecil. Macam mana dia boleh sampai ke sini? Ya Allah. Dia ni makin berbahaya la. Sampai mabuk segala. Astaghfirullah. Aku letak phone dekat tepi. Aku kerling Usyair yang masih tidur itu.

" Abang."

Aku cuba gerak Usyair. Aku nak beritahu dia tentang Zia. Tak sanggup nak tunggu esok.

" Hmm?"

" Ada orang buat kacau tadi."

" Hmm? Siapa?"

Dia kembali memelukku dengan mata yang terpejam. Aku ketap bibir. Dia dengar ke tak ni?

" Zia."

Barulah dia buka mata. Tapi dia kembali memejamkan matanya. Macam nama tu tak jadi masalah pun pada dia.

" Biarlah dia. kita tidur ye sayang? Abang mengantuk ni."

Dia eratkan pelukan. Aku pula jadi terpinga-pinga.

" Abang... ka-.."

Cup!

" Tidur okay sayang?"

Akhirnya aku hanya mampu diam. Tengoklah. Nak cakap lebih dia pergi cium aku pula. Memang sengaja la tu. Arh! Biarlah. Malas nak layan. Aku pun kembali pejamkan mata dan dia pula eratkan pelukan.

" Jangan fikir dia. Buang masa. Now sleep okay dear?"

Sempat juga dia berbisik. Aku Cuma tersenyum dan dalam hati aku tergelak. Usyair. Usyair. Ini la yang Fia suka dengan abang ni. Haih. Yala. Selamat malam abang.

#So how?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro