EPISOD 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

1 Ramadhan

Mak Jah menyiapkan masakan untuk bersahur hari ini. Semua lauk dihidangkan diatas meja makan.

"Hmm, semuanya dah siap. Tinggal nak kejutkan je." Mak Jah segera pergi ke bilik Rafiq untuk mengejut dia dari tidur.

"Fiq, bangun! Sahur." Mak Jah menggerakkan sedikit tubuh Rafiq.

"Erm...dua minit, dua minit." Kata Rafiq dalam keadaan mamai kemudian menarik semula selimut menutupi seluruh badan.

"Dua mini lah sangat, nanti jadi dua jam. Rafiq! Cepat bangun sahur!"

Setelah tidak menerima reaksi yang positif Mak Jah kelihatan berfikir cara nak kejutkan Rafiq dengan cepat.

Pak!

"Aduh sakit Cik Jah!" Rafiq terus terbangun akibat sakit ditampar di bahagian tangan.

"Ha, bangun pun kamu Fiq. Dah jom sahur, nanti terlepas pula. Bangun!" Mak Jah memberikan ruang untuk Rafiq bangun dan mencuci mukanya.

Setelah kepergian Mak Jah, lah Rafiq boleh tidur balik.

Kemudian dia terdengar suara laungan dari tingkat bawah.

"Kalau Fiq tidur balik, Cik Jah siram Rafiq dengan air! Kalau nak sangat, cubalah tidur balik!"

"Ok! Rafiq dah bangun! Aduh potong ah! Baru je nak layan mimpi tadi..." Rafiq segera bangun dan pergi mencuci muka. Pintu dibuka dan langkah dibawa turun ke tingkat bawah.

Tengah mereka menikmati makanan, Rafiq bersuara.

"Cik Mir, jadi ke mama balik ke sini?" Tanya Rafiq teruja.

Malam tadi Pak Amir memberitahu Rafiq yang Puan Marissa, ibu Rafiq akan berbuka puasa bersama dengan Rafiq.

"Hmm....maaflah Fiq, Cik Mir baru je dapat mesej dari Cik Puan, katanya dia tak dapat nak balik. Sebabnya suami dia tak izinkan dia balik. Maafkan Cik Mir ye." Kata Pak Amir dengan rasa bersalah yang amat.

"Ye ke....tak apalah! Tak ada mama, tak ada papa, ada Cik Mir dengan Cik Jah pun Fiq dah happy!" Kata Rafiq tersenyum melihat Mak Jah dan Pak Amir.

Jujurnya, pasangan suami isteri itu hampir saja menangis kerana melihat Rafiq. Mereka tahu Rafiq sedih cuma disorok dengan senyuman palsu.

"Beruntung mama dan papa dapat anak yang baik macam kamu Fiq." Pak Amir pantas mengelap air mata yang bakal mengalir. Begitu juga dengan Mak Jah.

"Ye ke Cik Mir? Heheh, sedang Cik Jah dan Cik Mir yang tak ada kena mengena pun boleh sayangkan Fiq macam anak sendiri......kenapa mama dan papa kandung Fiq sendiri tak pernah sayangkan Fiq macam Cik Jah dan Cik Mir sayangkan Fiq." Ucap Rafiq dengan air mata tertahan.

"Cik Jah, tak berani nak cakap apa-apa sebab kami ni orang luar. Tapi, mungkin mama dan papa Fiq masih lagi belum sedar dengan kesalahan diaorang. Lagipun, mak dan ayah mana yang tak sayangkan anak sendiri Fiq...." Nasihat Mak Jah layaknya seperti seorang ibu.

"Terima kasih Cik Jah, kalau Cik Jah dan Cik Mir tak ada....mungkin Fiq dah tak ada semangat lagi nak hidup-"

"Haish! Apa Fiq mengarut ni! Tak baik tau cakap macam tu. Cik Jah yakin suatu hari nanti mesti mama dan papa Fiq akan sayang Fiq. Cuma masa je belum tiba."

"Hmm baiklah Cik Jah......Erm! Sedapnya masakan Cik Jah!" Rafiq mengalihkan perbicaraan dengan memuji masakan Mak Jah.

Mak Jah tahu yang itu hanyalah sekadar hendak mengalihkan topik. Jadi dia layankan sahaja.

"Amboi! Pandai kamu ambil hati Cik Jah ye. Makan cepat sikit, dah nak imsak ni."

Selesai sahaja bersahur, Rafiq pun pergi membersihkan diri dan terus menunaikan solat subuh.

Setelah selesai, Rafiq pun bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Baru sahaja dia ingin bertolak ke sekolah dengan berjalan kaki, Irfan sampai di depan rumahnya.

"Assalamualaikum!" Irfan memberi salam.

"Waalaikumsalam. Eh Irfan, ada apa kau datang sini?"

"Kau ni....dengan baju sekolah, seluar sekolah, beg sekolah ni kau boleh tanya lagi? Nak pergi sekolah sekali dengan kau lah!" Jelas Irfan.

"Oh haha! Sorry tak perasan. Jom lah, kejap lagi lambat pula." Ajak Rafiq. Kasut sekolah dipakai dan beg sekolah digalas. Mereka berdua pun berjalan ke sekolah bersama-sama.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di Sekolah.....

"Morning!" Ucap Irfan dengan ceria sambil meletakkan beg di tempat duduk.

"Morning. Amboi kau, ceria nampak. Apahal? Ada benda best ke jadi first day puasa ni?" Tanya Faris pelik melihat Irfan yang ceria harini.

"Eh? Aku memang lah ceria selalu! Bukan macam kau, dingin je. Muka tak ada perasaan!" Kata Irfan dengan senyum mengejek.

"Ceh! Sekurang-kurangnya aku ni nampak matang. Kalau kau tu, dah tujuh belas tahun tapi perangai macam budak-budak!"

"Aku ceria okay! Bukan perangai budak-budak! Kau tu bukan matang, tapi dingin!" Balas Irfan tak nak kalah dengan Faris.

'Dah mula dah drama dua orang ni. Matang lah ceria lah...kenyataannya memang dua-dua perangai macam budak-budak. Sama je.' monolog hati Aisyah yang memerhati pergaduhan kecil Faris dan Irfan tadi.

"Sudah! Haish korang berdua ni kalau sehari tak gaduh, memang tak sah kan?" Rafiq meleraikan mereka berdua daripada terus bergaduh mulut.

Diaorang berdua tu kalau dah gaduh, memang cikgu masuk pun diaorang takkan habis.

Tapi benda tu juga lah yang buatkan diaorang makin rapat. Alah gaduh tu sekejap je lepastu baik balik.

Korang pun macamlah tak biasa kan gaduh-gaduh macam tu. Tak payah tipulah mesti pernah punya!

"Tak ah Fiq, mamat ni lah mula dulu! Ada ke patut kata aku ni perangai macam budak-budak!" Irfan menyalahkan Faris kerana memulakan pergaduhan.

"Eh dah memang perangai kau tu macam budak-budak! So apa masalahnya?" Faris menambah lagi.

Tanpa cakap banyak, terus Rafiq menarik telinga Faris dan Irfan dengan kuat.

"Diam aku cakap! Kalau korang masih gaduh lagi, aku tarik telinga korang ni sampai putus. Nak ke?" Ini je cara yang selalu Rafiq guna kalau pergaduhan tu semakin teruk.

"Adoi! Adoi! Tak nak! L-lepaskan aku Fiq!" Rayu Faris kesakitan yang amat dekat telinganya.

"Adoi! Apa ni tak nak tak naik! Lepas lah Fiq! Kang putus telinga aku, dah tak hensem aku nanti! Tolong! Bomba! Polis! Tolong ada orang mengamuk!"

Rafiq yang dah tak tahan nak tergelak melihat reaksi mereka berdua pun terus melepaskan mereka.

Satu kelas ketawa dek kerana terdengar lolongan Irfan meminta tolong itu.

Irfan dan Faris memegang cuping telinga masing-masing. Nak check takut telinga dah tercabut.

"Ha! Gaduh lagi gaduh." Ugut Rafiq sinis.

Dia tahu memang mereka berdua takkan bergaduh lagi dah....hari tu saja lah. Hari lain belum tentu lagi.

"Aduh duh duh....kau ni kan, kalau dah marah memang menakutkan lah Fiq.." gumam Irfan perlahan. Hampir tidak didengari tetapi Rafiq mendengarnya.

"Apa kau cakap?!" Tanya Rafiq. Saja je dia tinggikan suara. Bukan dia nak marah pun sebenarnya.

"Eh! Tak ada apa-apa! Aku tak cakap pun yang kau tu menakutkan bila marah- Ops!" Irfan menekup mulutnya bila dia menyedari dia dah terlepas cakap.

"Oh kau cakap aku menakutkan eh....meh sini kau!" Rafiq mengejar Irfan yang sudah lama melarikan diri dek kerana terlalu takut.

"Tolong! Singa mengamuk!" Jerit Irfan sambil berlari sekeliling kelas.

"Nasib kau lah Irfan. Tak ada pasal, kau cari pasal. Hahaha!" Kata Faris tergelak melihat dua orang tu berkejaran di setiap sudut kelas sehinggalah ke luar kelas.

"Rapat betul eh hubungan Fiq dengan Irfan tu." Kata Aisyah yang duduk disebelah Faris.

"Ha'ah diaorang berdua tu memang dari kecil berkawan. Sebab tu lah rapat bukan main."

"Harapnya mama dan papa Fiq tu kembali sayang dia macam biasalah. Aku tengok setiap kali raya je, mesti Fiq akan beraya dengan Mak Jah dan Pak Amir. Macam diaorang pula nak dan ayah kandung Rafiq." Luah Aisyah dengan wajah sedih.

"Harap macam tu lah. Aku pun kalau boleh tak nak Fiq tu asyik bermain dengan perasaan dia sendiri. Dah banyak kali dia diberi harapan palsu. Tapi dia bertahan juga demi untuk dapatkan balik kasih sayang dari orang tua dia." Giliran Faris pula berkata-kata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro