EPISOD 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Fiq...." Panggil Irfan perlahan semasa didalam kelas.

"Apa? Cikgu tengah ajar tu. Tengok depan." Balas Rafiq malas melayan.

"Fiq....lapar."

"Amboi kau! Baru pukul dua belas! Lapar mende! Kan puasa ni. Itulah kau, cari pasal dengan aku lagi. Kan dah kena kejar. Padan lah muka sendiri! Penat sampai dahaga." Kata Rafiq dengan pandangan tajam ke arah Irfan.

"Alah...." Irfan memasamkan muka kemudian memandang ke hadapan.

Pelajaran Rafiq hari itu menjadi sedikit tidak fokus dek kerana Irfan. Kerap kali dia tanya....

"Wei, dah nak balik ke?"

"Ya Allah! Ada yang aku campak keluar kelas ni kang. Belum lagi! Lagi dua puluh minit Irfan Hadi! Dua puluh minit!" Kata Rafiq dengan nada kesal.

Memang sangat tak fokus.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pulang dari sekolah....

"Panasnya...haus lah." Daripada keluar pagar sekolah sampai sekarang asyik cakap haus je.

Rafiq sampai dah naik malas nak melayan.

"Sabar, lebih kurang tujuh jam je lagi. Hei kau ni, boleh tak matang sikit! Kau dah tujuh belas tahun tau. Bukan lima tahun!"

"Alah kau ni, aku baru first time jalan kaki time balik sekolah dalam bulan puasa. Kalau hari biasa tak ada masalah aku nak jalan kaki." Rungut Irfan.

"Apa-apa je lah Irfan oi. Janji jangan kau buka puasa balik ni sudah lah."

Setelah tiga puluh minit berjalan, mereka pun sampai....di rumah Irfan.

"Haih, apalah nasib aku. Dah nak kena hantar kau balik pula! Dah sampai dah ni. Kau pergilah masuk." Suruh Rafiq yang melihat Irfan macam dah tak bermaya sangat tu.

"Thanks lah. Aku masuk- Eh papa! Papa balik awal ke harini?" Tanya Irfan teruja melihat Tuan Firdaus keluar dari pintu depan menyambut Irfan.

"Ya, papa balik awal harini. Papa cuti separuh hari. Esok papa kerja macam biasa." Ujar Tuan Firdaus tersenyum melihat Irfan yang tadi tak bermaya terus semangat.

"Bestnya! Boleh papa temankan Irfan main game harini! Fiq, aku masuk dulu tau! Bye!" Terus Irfan berlari masuk ke dalam tanpa menanggalkan kasut.

"Hmm bertuah punya budak. Fiq, tak nak singgah dulu ke? Kan panas ni. Nanti penat pula." Pelawa Tuan Firdaus.

"Tak apalah Pak Ngah. Fiq dah biasa dah. Cuma Irfan tu je lah, mengada-ngada nak ikut jalan sekali. Dah tahu penat nak juga jalan."

"Hahaha! Irfan memang macam tu. Dia tu memang kadang-kadang manja kalau dah penat sangat. Jadi Fiq buat biasa dah lah ye dengan dia."

"Alah Fiq ok je." Balas Rafiq sepatah.

"Hmm....Fiq, papa dan mama Fiq masih lagi tak berbaik dengan Fiq ke?" Tanya Tuan Firdaus. Sejujurnya dia juga bersimpati dengan anak saudaranya itu.

Pernah dia menasihati Tuan Zahran dan Puan Marissa supaya menerima semula Rafiq. Tetapi hampa, mereka tetap berdegil.

"Huh....masih lagi macam biasa Pak Ngah. Sekarang ni, balik pun diaorang dah jarang Pak Ngah." Luah Rafiq dengan senyum tawar. Sedih bila teringatkan perkara itu.

"Sabar ye Fiq. Pak Ngah yakin, satu hari nanti mesti mama dan papa akan sayangkan Fiq semula. Percayalah cakap Pak Ngah ni." Kata Tuan Firdaus sambil mengusap kepala Rafiq dengan lembut.

"Terima kasih Pak Ngah. Fiq pun harap benda yang sama akan jadi. Tapi harapnya sempat lah."

"Sempat? Apa maksud Fiq?" Tanya Tuan Firdaus pelik dengan ungkapan Rafiq.

"Hmm entah lah Pak Ngah, Fiq rasa macam...nak pergi.....pergi ke tempat yang jauh."

"Fiq janganlah cakap macam tu. Janganlah Fiq pergi kemana-mana. Dekat sini ramai orang yang sayangkan Fiq. Kawan-kawan Fiq, Pak Ngah, Pak Long semuanya sayangkan Fiq tau!" Kata Tuan Firdaus menolak ucapan Rafiq. Dia tidak suka Rafiq berkata sebegitu.

"Heheh baiklah Pak Ngah. Oklah Fiq balik dulu. Assalamualaikum!" Rafiq mencium tangan Tuan Firdaus dan kemudian terus meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Waalaikumsalam. Elok-elok jalan tu!" Pesan Tuan Firdaus.

"Okay!" Laung Rafiq dari jauh.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pulang ke rumah....

Rafiq akhirnya sampai ke rumah setelah dua puluh minit berjalan kaki. Rumah Irfan dan Rafiq tak adalah jauh sangat pun.

Cuma rumah Faris dan Aisyah saja yang agak sedikit jauh. Perlu berjalan lebih kurang dua puluh minit lagi untuk sampai ke sana.

Setelah meletakkan beg di biliknya, Rafiq pun berbaring seketika di atas katil.

"Huh....walaupun tak rasa lapar, penat juga harini." Gumam Rafiq. Nafas berat dihembus perlahan.

Sementara itu, ruang tamu Mak Jah sedang melakukan kerja-kerja rumah duduk sekejap di atas sofa.

Mata dia termenung melihat segenap ruang tamu rumah.

"Sampai bila Rafiq nak bertahan dengan keluarga ni. Aku dah bertahun-tahun jaga dia...."

"Ruang tamu ni...ruang tamu ni yang dah jadi saksi segala-galanya....saksi kebencian Tuan dekat Rafiq...."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Papa! Papa! Tengok ni, Fiq dapat 6A untuk UPSR! Tengok ni papa!" Kata Rafiq teruja sambil menunjukkan kertas slip UPSR itu.

Tetapi lain pula dengan Tuan Zahran. Dia hanya melihat Rafiq sekilas kemudian dia sambung membuat kerjanya semula.

"Papa? Papa tak suka ke Fiq lulus? Papa tak bangga dengan Fiq?" Tanya Rafiq dengan wajah polos dan jujurnya.

"Tak."

"Tapi papa-"

"APA LAGI YANG KAU NAK! AKU DAH CAKAP AKU TAK SUKA! TAK FAHAM BAHASA KE APA!" Tengking Tuan Zahran dengan nada yang sangat tinggi.

Bahu Rafiq terhenjut-henjut kerana takut dengan jeritan Tuan Zahran tadi.

"Papa..." Rafiq menoleh kebelakang dan berlalu ke biliknya tanpa sepatah kata.

Didalam bilik, Rafiq menangis semahu-mahunya. Dia menangis tanpa suara. Hatinya hancur....

Tok! Tok! Tok!

"Fiq...Cik Jah ni. Bukalah pintu." Suara Mak Jah kedengaran di balik pintu.

Rafiq yang dalam keadaan tersengguk-sengguk akibat tangisannya berjalan perlahan-lahan dan membuka pintu.

Setelah pintu dibuka, Mak Jah segera memeluk tubuh Rafiq.

Rafiq menangis didalam dakapan Mak Jah. Umpama meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku di hati.

"Menangislah sepuas-puasnya Fiq. Luahkan segalanya. Kalau itu yang dapat buatkan Fiq lega."

"Hisk....Fiq sedih Cik Jah! Kenapa papa kejam dengan Fiq! Kenapa orang lain gembira bila anak dia lulus ujian sedangkan Fiq diperlakukan macam ni!"

"Shh, Fiq kena ingat tau. Semua ni ujian dari Allah. Dia nak tengok kemampuan hambanya dalam menempuhi ujian. Insyaallah nanti Fiq akan temui kebahagiaan yang Fiq cari...." Nasihat Mak Jah. Air mata yang ditahan Mak Jah hampir sahaja mengalir melihat Rafiq dimarahi Tuan Zahran tadi.

Sesungguhnya kalau diberi pilihan, mau sahaja Mak Jah dan Pak Amir bawa Rafiq pulang ke kampung dan hidup bersama dengan mereka.

Tapi apakan daya....mereka hanya orang luar. Tidak berhak buat apa-apa keputusan. Mereka hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Rafiq.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sementara itu didalam bilik, Rafiq juga seperti Mak Jah. Teringatkan kenangan masa lalu.

"Hehehe....kalaulah mama boleh habiskan satu hari je dengan aku, kan bagus...tapi tak, dia sibuk....sibuk..."

"Dan sibuk...."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dua tahun lepas....

"Hello mama. Jadi tak mama balik rumah?" Rafiq bertanya kepada Puan Marissa di talian telefon.

"Mama sibuk dengan keluarga baru mama. Tak dapat nak balik. Fiq jaga diri baik-baik tau. Bye!" Puan Marissa terus mengucapkan selamat tinggal setelah memberitahu apa yang dia nak beritahu.

"Eh mama-"

Tuut!

Panggilan ditamatkan serta merta.

"Heh, lupa pula. Kalau papa sibuk, mesti mama lagi sibuk....hmm tak apalah. Tak ada peluang lah aku nak beraya dengan diaorang tahun ni...."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tak apalah Fiq, kau tak dapat raya dengan mama dan papa pun. Sekurang-kurangnya kau ada Cik Jah, ada Cik Mir. Diaorang berdua pun dah boleh bahagiakan kau Fiq. Hahaha..." Gumam Rafiq sambil tertawa sedih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro