Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku keluar dari bilikku pagi itu. Sejak dari aku bangun tidur lagi, aku dengar orang bersin sana-sini. Bersin lelaki memang takkan jauh dari bersin bapak orang. Aku menggerutu.

Ketika aku keluar, Karl juga turut sama keluar dari bilik. Aku dan dia berpandangan antara satu sama lain tapi aku dulu yang tarik muka sebal. Mataku yang bengkak kerana seharian menangis terus aku larikan. Malulah kalau lelaki itu tahu aku menangis.

"Menangis ajelah kerja perempuan. Tak habis-habis."perli Karl yang menuruti langkahku dari belakang.

Aku langsung tak endahkan kata-kata Karl. Bagiku setiap apa yang dihamburkan lelaki itu semuanya akan menyakitkan hati aku. Jadi, buat masa sekarang.. biarlah aku berpura-pura kalah dengan dia. Lagipun, hari ini aku tak ada mood nak bergaduh dengan orang.

"Kau ni memang senang percayakan orang ke apa?"soal Karl masih mengejekku ddaei belakang.

Aku dihadapan mencebikkan mulut. Tak puas hati betul bila ada orang sibuk fasal hidup aku. Jaga tepi kain sendiri tak boleh ke? Seronok ke jaga kain aku? Aku menggerutu geram.

"Pity girl.."

Aku mematikan langkahku untuk menuruni anak tangga. Tak semena-mena aku berpusing menghadap Karl yang sudah berdiri di hadapan ku. Jarak kami sangat dekat namun aku tak pedulikan. Wajahku berkerut geram memandangnya. Menyampah!

"Saya tak pernah kacau abang pun kan, kenapa abang sibuk-sibuk nak ganggu hidup saya?"soalku masih mencuka masam.

Karl berpeluk tubuh. Senyuman sinisnya meleret. Dia membelek wajahku.

"Sebab aku kasihankan kau." ujarnya dengan nada perli.

"Saya tak perlukan kasihan abanglah. Saya boleh hidup tanpa rasa kasihan orang jadi jaga hal masing-masing.."suaraku sedikit tegas.

Entah sejak bila pula aku berani bertentang mata dengan Karl. Perasaan takut ku jadi hilang bila berhadapan dengannya. Mungkin disebabkan aku sudah meluat sangat tengok perangai dia. Perangai syok sendiri!

"Berlagaknya kau.."

"Abang tu yang berlagak sebenarnya. Kalau.."belum sempat aku menghabiskan ayatku. Karl secara tiba-tiba terbersin di hadapanku. Aku terkejut. Tak semena-mena aku melatah dan kakiku melangkah ke belakang. Sudahlah di belakangku ada tangga. Tubuhku hampir saja terjatuh ke belakang namun terus aku rasakan tangan seseorang merangkul pinggangku lalu menarik tubuhku.

Hampir terpana aku dibuatnya. Leher Karl aku terangkul kemas. Wajahnya amat hampir dengan wajahku. Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum nipis. Jantungku berdebar tak keruan secara tiba-tiba. Apakah ini? Kenapa aku berdebar sampai sekencang ini? Ah, sudahlah! Berhenti..

"Lepaslah.."bisikku minta dilepaskan.

Dada sasa Karl aku tampar berkali-kali. Namun, langsung dia tak rasa sakit. Perkataan auch pun tak keluar dari mulutnya. Aku lihat dia jungkit senyum sinisnya bila melihat aku meronta minta dilepaskan.

"Pretty girl but.."

"Karl? Lepaskan Aira!"lantang Puan Sri Tania bersuara.

Lelaki itu terus melepaskan aku lalu menolak aku ke sisinya. Aku tertunduk takut tatkala melihat Puan Sri Tania sudah membengis. Dia memanjat tangga menghampiri kami berdua.

"Apa kamu berdua buat ni? Masa mama suruh kahwin dulu, berkali-kali kamu tolak tapi sekarang? Apa semua ini, Karl?" rintih Puan Sri Tania. Nada suaranya sedikit kecewa melihat perlakuan tak sengaja aku dan Karl tadi.

Karl mengeluh. Dia menoleh ke belakang memandang aku yang membatu di belakangnya. Tak semena-mena, dia menarik lenganku.

"Karl dah fikir masak-masak. Karl akan kahwin dengan Aira." putusnya tekad.

Aku dan Puan Sri Tania sama-sama terkejut. Namun reaksi terkejut aku makin ketara. Apa yang Karl cuba buat ini? Aku tak faham?! Aku sudah berpandangan dengan Puan Sri Tania.

"Apa kamu cakapkan ini?"soal Puan Sri Tania masih separuh percaya.

Karl mengetap bibir. Dia diam untuk sejenak. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata sekejap. Lalu, dia pandang Puan Sri Tania semula. Lenganku masih dipegangnya erat.

"Karl akan berkahwin dengan Aira sebab.. huh.. sebab Karl sudah jatuh cinta pada Aira."luah Karl lalu memandang ke arahku. Aku tergamam dan tak mampu untuk membalas. Mata kami saling bertentangan.

"Ap.. apa yang abang cuba buat ni?"soalku dengan nada masih terkejut.

"Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Aku tunggu jawapan kau.." luah Karl sambil memegang kedua-dua belah bahuku.

"Karl.. serius ke kamu ini? Ini bukan soal main-main tau. Ini soal kahwin."celah Puan Sri Tania masih dalam keadaan tak percaya.

Karl berpaling pada Puan Sri Tania. "Karl serius mama. Kalau mama masih tak percaya, biar Karl buktikan.."ujar Karl.

Tak semena-mena dia menarik lenganku. Aku menurutinya menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Tempat di mana, semua orang sedang menikmati sarapan pagi seperti hari-hari biasa.

Karl berdiri di hadapan meja makan. Muka yang lain sudah berubah hairan tatkala melihat aku datang bersama dengan Karl sekali. Sempat aku jeling ke arah abang Fakhrul yang turut sama tercengang melihat aku dan Karl berdua.

"Pa, uncle dan auntie.. Karl pagi ini, ada benda yang Karl nak umumkan. Disaksikan oleh semua, Karl nak melamar Aira menjadi isteri Karl. Peneman hidup Karl sampai bila-bila. Karl mahu melamar Aira menjadi ibu kepada anak-anak Karl suatu hari nanti."lantang Karl berbicara.

"Apa?!"aku dengar Tan Sri Afran bersuara terkejut.

"Kenapa tiba-tiba?"soalnya hairan.

Karl mengukir senyum nipis. Ekor matanya menjeling ke arah papanya yang sudah tersenyum. Nampaknya, Tan Sri Imran gembira mendengar berita lamaran ini. Inilah pertama kalinya dia melihat papanya senyum kerananya. Mata Karl dialihkan padaku. Aku sudah menikus di belakangnya.

"Saya cintakan dia dan saya taknak tunggu masa yang lama untuk melamar dia."luah Karl dengan nada romantis.

Aku melarikan pandanganku ke tempat lain. Tak semena-mena aku terlihat Puan Sri Tania menghampiri ruang makan. Bibirnya menguntum senyum hambar. Senyuman penuh rasa bersalah.

"Cliche! Pasti ada benda kamu mahukan daripada Aira."sampuk Puan Sri Yati yang sedari tadi mendiamkan diri.

Dahi Karl berkerut. "Apa maksud auntie?"

Bibir Puan Sri Yati menguntum senyum sinis. Jus mangga dihirupnya perlahan. "Tak payah tanya pun, Karl faham sendiri kan?"ujarnya memandang tajam pada Puan Sri Yati.

Mendengarkan kata-kata Puan Sri Yati terus aku terdiam. Karl lakukan semua ini berniat? Sebab Harta yang aku miliki ke? Aku terpaku. Tak semena-mena aku menepis kasar tangan Karl yang menggenggam lenganku. Aku menjelingnya tajam. Sempat juga aku menoleh ke arah abang Fakhrul  yang sedari tadi mendiamkan diri.

Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi, Karl pegang semula lenganku. Aku matikan langkahku semula.

"Kau nak pergi mana?"soal Karl memandang tajam ke arahku.

"Saya nak masuk bilik."balasku. Dengan kasar, aku melonggarkan pegangannya dan terus berlari anak memanjat tangga.
...
"Apa yang kau cuba nak buat sebenarnya?"Fakhrul menolak tubuh Karl menghempas dinding.

Lengannya menghalang leher Karl. Karl tak boleh bergerak melepaskan diri. Terpaksa juga dia bersemuka dua mata dengan Fakhrul. Bibir Karl menguntum senyum sinis.

"Apa kau cuba buat pada aku sekarang ini?"soal Karl pula.

"Kau jangan nak berdolak dalih. Kenapa kau melamar Aira pagi tadi? Kau nak pergunakan dia ke?"soalan berbalas soalan.

Karl masih berwajah selamba. Buat apa dia rasa takut. Dia tahu Fakhrul takkan lakukan lebih teruk. Fakhrul bukannya seorang perengus apabila dia sedang marah.

"Sebab aku cintakan dia. That's it."

Kini giliran Fakhrul pula menyungging sengih namun tak lama. Dia sudah membengis. "Jangan nak tipulah, Karl. Kau tahu ke cinta?"

"Main dan dipermainkan."balas Karl spontan.

Fakhrul terus menolak tubuh Karl ke tepi. Dia melepaskan Karl. Terus Karl menyapu bahunya lalu dia berpeluk tubuh memandang Fakhrul.

"Itukan cinta yang sekarang ni kau sedang amalkan? Mempermainkan dua hati perempuan dan dipermainkan oleh hati sendiri? Tak betul ke, bro?"ujar Karl tanpa rasa bersalah.

Fakhrul mengacip gigi. Dia masih bersabar hati. Egonya cuba ditahan. Kalau diikutkan perasaan, memang sudah lama wajah Karl akan lebam-lebam hasil penangannya.

"Aku tanya kau tadi kan. Kenapa kau nak kahwin dengan Aira? Jangan nak sentuh topik lain pula!"jerkah Fakhrul geram.

"Sebab aku cintakan dia."jawapan Karl masih sama.

Fakhrul tersengih. Playboy mengaku cinta? Sudah basilah Karl! Playboy memang takkan pernah kenal erti cinta. Jauh sekali rasa setia.. Apa yang mereka tahu hanya berseronok dengan perempuan sahaja.

"Kau jangan nak mempermainkan Aira. Aku tahu kau cuma nak pergunakan dia untuk kepentingan kau. Aku tak bodohlah."ujar Fakhrul tegas.

Karl tersengih. Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan sepucuk surat. Surat itu tak semena-mena dicampakkan ke atas meja. Fakhrul mengambilnya perlahan.

"Kau pula? Kenapa kau dekati Aira?"soal Karl dengan nada perli.

Fakhrul terkesima. Matanya tak semena-mena dialihkan pada Karl. Surat yang dipegangnya tadi dikeronyok lalu dibuang ke dalam tong sampah.

"Itu dulu bukannya sekarang. Sekarang aku betul-betul cintakan dia."ujar Fakhrul bersungguh-sungguh.

Karl menggelengkan kepala. Penipu! Takkan mungkin semudah itu berubah. Karl tak percayakan hati manusia boleh berubah baik dalam sekelip mata. Tersangatlah cliche..

"Kita sama tak ada beza pun sebenarnya. Jadi, jangan berlagak mahu jadi hero buat gadis kampung itu."luah Karl.

Dia tak semena-mena berlalu pergi meninggalkan Fakhrul di pejabatnya. Daripada terus melayan Fakhrul, lebih baik dia bersantai sementara masih ada masa. Lepas kahwin nanti, mungkin susah untuk dia enjoy sebab dia perlu berlakon jadi suami mithali buat kampung girl pula.

Terpaksa tinggalkan syurga dunianya ini buat sementara waktu.
...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro